Astro AWANI
الذهاب إلى القناة على Telegram
Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com
إظهار المزيد2025 عام في الأرقام

79 133
المشتركون
-2124 ساعات
-1757 أيام
-51930 أيام
أرشيف المشاركات
Photo unavailableShow in Telegram
Thailand dan Kemboja hari ini mencapai persetujuan melaksanakan gencatan senjata serta-merta bermula jam 12 tengah hari waktu tempatan (1 tengah hari waktu Malaysia), sekali gus menamatkan beberapa minggu pertempuran di sempadan kedua-dua negara.
Persetujuan itu dicapai selepas rundingan selama tiga hari antara kedua-dua negara jiran Asia Tenggara susulan ketegangan yang memuncak sejak awal Disember lalu sehingga mengorbankan puluhan nyawa dan memaksa ribuan penduduk berpindah.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/thailand-kemboja-setuju-gencatan-senjata-sertamerta-mulai-tengah-hari-ini-553202
#AWANInews
Photo unavailableShow in Telegram
Alkohol bertanggungjawab terhadap satu daripada tiga kematian akibat kecederaan dan keganasan di Wilayah Eropah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekali gus menimbulkan ancaman besar kepada kesihatan awam, terutamanya semasa musim cuti apabila pengambilan alkohol lazimnya meningkat, lapor Anadolu Ajansi.
Menurut helaian fakta baharu yang diterbitkan WHO Eropah berdasarkan data 2019, hampir 145,000 kematian berkaitan kecederaan di rantau itu berpunca daripada pengambilan alkohol, termasuk kecederaan sengaja kendiri, kecederaan akibat kemalangan jalan raya dan insiden terjatuh.
"Tiada bahan psikoaktif lain yang menyumbang begitu besar kepada kecederaan tidak sengaja mahupun yang disengajakan," menurut agensi itu, sambil memberi amaran bahawa alkohol kekal sebagai faktor risiko yang sangat berbahaya, khususnya kepada kalangan golongan muda.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/satu-daripada-tiga-kematian-akibat-kecederaan-keganasan-di-eropah-dikaitkan-dengan-alkohol-553123
#AWANInews
❤ 1🔥 1
Photo unavailableShow in Telegram
Jumlah mangsa banjir gelombang ketiga di Terengganu meningkat kepada 468 orang daripada 116 keluarga setakat 9 pagi ini, berbanding 103 orang daripada 24 keluarga malam tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, daerah Kuala Nerus mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 372 orang daripada 91 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal dan SK Kompleks Mengabang Telipot.
Di daerah Kuala Terengganu, sebanyak 87 mangsa daripada 23 keluarga berlindung di sebuah PPS di SK Chendering manakala di daerah Dungun 13 mangsa daripada dua keluarga berteduh di sebuah PPS di Dewan Sivik Kampung Seberang Pintasan.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jumlah-mangsa-banjir-di-terengganu-meningkat-553184
#AWANInews
❤ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Mohamed Salah menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada separuh masa pertama untuk membantu Mesir menewaskan Afrika Selatan 1-0 dalam aksi Kumpulan B Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) pada Jumaat, sekali gus menjadi pasukan pertama mara ke pusingan kalah mati.
Mesir kini mengumpul enam mata daripada dua perlawanan dan mengesahkan kedudukan teratas kumpulan dengan satu perlawanan berbaki.
Afrika Selatan pula mengutip tiga mata, manakala Zimbabwe dan Angola masing-masing memiliki satu mata selepas seri 1-1 awal hari sama.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
👍 1👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima negeri hingga 11 pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 7.55 pagi memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Pahang (Bentong dan Temerloh) serta Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin).
Amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh negeri Melaka, serta Johor yang melibatkan kawasan Tangkak dan Muar.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/amaran-ribut-petir-hujan-lebat-di-lima-negeri-hingga-11-pagi-ini-553176
#AWANInews
❤ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Ulu Sat, Machang petang Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang Ahmad Alfarra Mohamad Zain berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.33 petang dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 30 minit kemudian.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/remaja-lelaki-dikhuatiri-lemas-di-machang-553130
#AWANInews
Photo unavailableShow in Telegram
Pelakon popular selatan India dan kini bergelar ahli politik, Vijay tiba di Kuala Lumpur semalam, menjelang pelancaran audio filem terbaharunya Jana Nayagan, yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.
Menurut penganjur, Malik Streams Corporation, pelakon berusia 51 tahun itu berlepas dari Chennai dengan menaiki jet peribadi dan mendarat di Subang Skypark pada kira-kira 4.30 petang (waktu tempatan).
Ketibaan artis itu mendapat perhatian meluas media sosial, yang dikongsi pada pelbagai platform.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/pelakon-vijay-tiba-di-kuala-lumpur-menjelang-pelancaran-audio-filem-jana-nayagan-553152
#AWANInews
❤ 6👎 5👏 2
Photo unavailableShow in Telegram
Sebanyak 313,529 saman dikeluarkan sepanjang pelaksanaan Operasi Patuh Undang-Undang (Op PUU) sejak 1 Oktober lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata daripada jumlah itu, lebih 200,000 saman dikeluarkan atas kesalahan menghalang lalu lintas, sekali gus menjadikannya kesalahan tertinggi direkodkan dalam operasi berkenaan.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/313529-saman-dikeluarkan-di-kl-sejak-1-oktober-lalu-553134
#AWANInews
👍 3👎 2
Photo unavailableShow in Telegram
Alkohol bertanggungjawab terhadap satu daripada tiga kematian akibat kecederaan dan keganasan di Wilayah Eropah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekali gus menimbulkan ancaman besar kepada kesihatan awam, terutamanya semasa musim cuti apabila pengambilan alkohol lazimnya meningkat, lapor Anadolu Ajansi.
Menurut helaian fakta baharu yang diterbitkan WHO Eropah berdasarkan data 2019, hampir 145,000 kematian berkaitan kecederaan di rantau itu berpunca daripada pengambilan alkohol, termasuk kecederaan sengaja kendiri, kecederaan akibat kemalangan jalan raya dan insiden terjatuh.
"Tiada bahan psikoaktif lain yang menyumbang begitu besar kepada kecederaan tidak sengaja mahupun yang disengajakan," menurut agensi itu, sambil memberi amaran bahawa alkohol kekal sebagai faktor risiko yang sangat berbahaya, khususnya kepada kalangan golongan muda.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/satu-daripada-tiga-kematian-akibat-kecederaan-keganasan-di-eropah-dikaitkan-dengan-alkohol-553123
#AWANInews
Photo unavailableShow in Telegram
Pendatang Israel menyerang dua rakyat Palestin pada awal pagi Jumaat dan melarikan kira-kira 150 ekor kambing dalam satu serangan ke atas sebuah ladang di bandar Deir Dibwan, timur Ramallah, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Sumber tempatan berkata pendatang Israel menyerbu sebuah ladang kambing milik Hassan Mohammad Ghannam di kawasan Khallet al-Louz, timur bandar itu, memukul dua orang pekerja dengan kejam sebelum melarikan 150 ekor kambing dan melarikan diri dari lokasi kejadian.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/pendatang-israel-serang-dua-rakyat-palestin-larikan-150-ekor-kambing-di-timur-ramallah-553133
#AWANInews
👎 20❤ 2🔥 2
Hari ini 76 tahun yang lalu, Belanda dengan rasminya memperakui kedaulatan Indonesia.
Apabila Soekarno membacakan Proklamasi Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945, ia tak diperakui oleh Belanda yang merasakan wilayah itu, yang dijajah sejak kurun ke-16, masih kepunyaan mereka setelah Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia II.
Maka Belanda menghantar angkatannya untuk kembali berkuasa ke atas Indonesia (Hindia Timur). Kehadiran semula mereka tak diundang & ditentang oleh badan-badan perjuangan watan dinaungi kerajaan Republik yang baharu dibentuk.
Berlaku siri pertempuran dalam episod perang bangsa Indonesia menentang kolonialisme, Pertempuran Surabaya (27 Oktober-20 November 1945) menjadi detik kemuncak paling berdarah, di mana sekitar 16,000 nyawa pemuda Indonesia terkorban.
Ia membawa kepada Perjanjian Linggarjati (15 Nov 1946). Bagaimanapun natijahnya tak diterima baik kedua-dua pihak, lalu Belanda melancarkan tindakan ketenteraan besar-besaran pada Julai 1947 untuk menundukkan kedegilan Republikan.
Tindakan itu dikecam dunia lalu Belanda berdepan sekatan antarabangsa. Resolusi PBB menggesa gencatan senjata dikuatkuasakan & membuka jalan kepada Perjanjian Renville pada 17 Januari 1948. Namun ia juga satu usaha yang gagal.
Belanda sekali lagi melancarkan operasi ketenteraan major & sekali lagi dunia mengecam, kali ini AS mengugut untuk menyekat dana USD1 bilion di bawah Pelan Marshall untuk Belanda membangunkan kembali negara pasca Perang Dunia II.
Perjanjian Roem van-Roijen 7 Mei memuktamadkan gencatan senjata kedua-dua pihak, membawa kepada Persidangan Meja Bulat di The Hague (23 Ogos-2 November 1949) di mana akhirnya Belanda setuju untuk mengiktiraf kedaulatan Indonesia.
Secara rasminya kedaulatan diperakukan pada 27 Disember 1949, terbentuk negara persekutuan baharu dipanggil Republik Indonesia Serikat, merangkumi seluruh bekas wilayah Hinda Timur Belanda kecuali New Guinea.
*Gambar: Ratu Belanda, Juliana menandatangani instrumen pengakuan, diperhatikan oleh Wakil Presiden Indonesia, Mohammad Hatta (berkaca mata).
Sumber: Britannica, Liputan 6, New World Encyclopedia
#PeristiwaHariIni
❤ 5
Photo unavailableShow in Telegram
Jumlah pesakit baharu influenza di Jepun kekal melebihi tahap amaran iaitu 30 kes bagi setiap institusi perubatan pada minggu lalu, menurut Kementerian Kesihatan pada Jumaat, lapor Jiji Press.
Kes selesema baharu yang dilaporkan oleh kira-kira 3,000 hospital dan klinik yang dipantau secara berkala di seluruh negara mencatatkan purata 32.73 kes bagi minggu berakhir Ahad.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/kes-selesema-melebihi-tahap-amaran-di-jepun-553129
#AWANInews
Photo unavailableShow in Telegram
Seorang lelaki Palestin cedera selepas dilanggar pendatang haram Israel ketika menunaikan solat di tepi jalan berhampiran kampung Deir Jarir, timur laut Ramallah, Tebing Barat, pada Khamis.
Menurut laporan media tempatan dan pengesahan tentera Israel, suspek bersenjata yang juga anggota simpanan tentera terlebih dahulu melepaskan tembakan di kawasan berkenaan sebelum memandu kenderaan jenis ATV dan melanggar mangsa yang sedang sujud di bahu jalan.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/lelaki-palestin-cedera-dilanggar-penjarah-israel-ketika-solat-di-tepi-jalan-ramallah-553126
#AWANInews
👎 27🔥 3❤ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Beberapa kawasan rendah di jajahan Pasir Mas dan Tumpat dijangka mengalami banjir bermula tengah malam ini hingga 30 Dis susulan jangkaan hujan berterusan tahap bahaya yang akan menyebabkan peningkatan paras sungai.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
👍 2🔥 1
Photo unavailableShow in Telegram
Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi perkhidmatan rel hingga 2 pagi sempena sambutan ambang tahun baharu 2026 pada Rabu ini.
Selain itu, perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway serta beberapa laluan bas terpilih dan perkhidmatan Rapid KL On-Demand (ROD) akan beroperasi hingga 2.30 pagi pada 1 Jan 2026.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rapid-kl-lanjut-operasi-rel-bas-terpilih-sempena-ambang-tahun-baharu-2026-553117
#AWANInews
❤ 6👍 2👎 1👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat meninggalkan Istana Kehakiman, Putrajaya selepas disabitkan kesalahan menyalahgunakan kuasa menerima suapan RM2.3 bilion dana 1MDB serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang sama
📸: Astro AWANI/ @shahiromar
👏 10👎 3
Photo unavailableShow in Telegram
Seramai 14 individu cedera dalam serangan pisau disertai semburan cecair tidak diketahui di sebuah kilang getah di bandar Mishima, Wilayah Shizuoka, tengah Jepun, petang Jumaat.
Pegawai Jabatan Bomba, Tomoharu Sugiyama, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.30 petang waktu tempatan daripada sebuah kilang berhampiran yang melaporkan lima atau enam orang telah ditikam dan terdapat penggunaan cecair seperti semburan dalam kejadian tersebut.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/14-cedera-dalam-serangan-pisau-semburan-cecair-di-kilang-jepun-553119
#AWANInews
🔥 3❤ 1👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun serta denda berjumlah RM11.38 bilion selepas didapati bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Beliau disabitkan kesalahan terhadap empat pertuduhan menyalahgunakan kuasa bagi menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selain 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
👍 29👎 23🔥 7❤ 6
