ar
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

الذهاب إلى القناة على Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

إظهار المزيد
2025 عام في الأرقامsnowflakes fon
card fon
79 123
المشتركون
-2124 ساعات
-1757 أيام
-51930 أيام
أرشيف المشاركات
Photo unavailableShow in Telegram
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, mengesahkan telah berlaku kekosongan luar jangka susulan pengguguran tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis daripada parti PAS. Tiga kekosongan itu melibatkan DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews
إظهار الكل...
🔥 16👎 5👏 4 1
Photo unavailableShow in Telegram
Jika mahu melaksanakan hukuman tahanan di rumah, perkara tersebut perlu dibentang, dibahas dan diluluskan parlimen agar ia menjadi satu undang-undang berkuatkuasa, kata penganalisis politik, Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri. Tambah Konsultan Kanan, Asia Global Consulting itu, ketika ini tidak wajar untuk menilai keputusan mahkamah menolak permohonan pihak Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai menghakis kuasa Yang di-Pertuan Agong. "Apabila kita cerita tentang tahanan di rumah, ia bukan perkara baharu. (Datuk Seri) Anwar Ibrahim ketika dalam penjara juga pernah mohon tahanan di rumah. Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/titah-adendum-jika-mahu-tahanan-di-rumah-bawalah-ke-parlimen-penganalisis-552974 #AWANInews
إظهار الكل...
👎 20👍 10 4👏 2
Photo unavailableShow in Telegram
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata tindakan Israel yang tidak patuh kepada perjanjian yang ditaja oleh Amerika Syarikat (AS) itu menimbulkan kecurigaan mengenai keadaan Gaza yang dihasratkan bertambah baik. "Berdasarkan berita yang saya terima melalui hubungan langsung dengan wakil di sana (Gaza), mereka katakan bahawa sempadan semakin memberi laluan untuk membenarkan penghantaran batuan ditambah walaupun sedikit. “Tidak pada kadar yang diharapkan, umpamanya sepatutnya setiap hari 700 lori, ternyata hanya 100 lori sahaja dibenarkan masuk. Sepatutnya keseluruhan bantuan yang dibenarkan masuk ialah 14,000 lori, tetapi akhirnya yang kita tahu hanya 4,000 sahaja lori dibenarkan masuk. Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/gencatan-senjata-gaza-realiti-lapangan-tidak-seiring-pelan-curiga-keadaan-tambah-baik-presiden-mapim-552972 #AWANInews
إظهار الكل...
🔥 5👏 2
Penganut agama Kristian hari ini melakukan upacara sembahyang beramai-ramai di gereja St. John's Cathedral Bukit Nanas sempena sambutan Krismas tahun ini. 📸 Astro AWANI / Shahir Omar #AWANInews
إظهار الكل...
10👏 2👎 1
Photo unavailableShow in Telegram
Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang dipercayai hilang selepas terjatuh ke laut di Tanjung Kubung, di Labuan, pagi Rabu. Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Izwanhadi Idros berkata, mangsa, Rosli Awit, 49, dipercayai terjatuh dari bot dinaikinya dalam insiden yang berlaku di kedudukan 7.8 batu nautika utara Tanjung Kubung pada 8.43 pagi. "Kru bot nelayan tersebut telah melakukan pencarian awal sebaik menyedari Rosli hilang tetapi usaha mengesan mangsa gagal," katanya dalam satu kenyataan. Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/nelayan-dikhuatiri-hilang-jatuh-laut-di-tanjung-kubung-552964 #AWANInews
إظهار الكل...
🔥 4 1👍 1
Hari ini 1,689 tahun yang lalu, perayaan Krismas dipercayai disambut buat kali pertama. 25 Disember adalah waktu pertengahan musim sejuk di hemisfera utara. Banyak budaya bangsa di Barat merayakan tarikh itu sebagai permulaan kepada pengakhiran musim sejuk & sedia menyambut kemunculan semula matahari. Orang Norse di Skandinavia menyambut tempoh dari 21 Disember hingga Januari sebagai perayaan Yule, orang Jerman pula meraikan dewa pagan Odin & orang Rom berpesta 'Saturnalia' meraikan Saturn, dewa agrikultur selama sebulan. Di awal kewujudan agama Kristian, para penganutnya hanya menyambut Easter. Hari kelahiran Jesus tak diraikan memandangkan ia tiada disebut secara spesifik di dalam kitab Perjanjian Baharu atau mana-mana kitab suci agama samawi lain. Pada 221, perkiraan sejarawan Kristian, Sextus Julius Africanus mencadangkan bahawa Jesus diciptakan pada tarikh sama dengan penciptaan dunia sepertimana diriwayatkan dalam Bible iaitu pada 25 Mac & lahir 9 bulan kemudian, pada 25 Disember. Seabad kemudian, selepas Maharaja Rom Constantine I memeluk Kristian pada tahun 312, para pemimpin gereja mencari jalan untuk mengkristiankan seluruh warga empayar itu daripada kepercayaan pagan melalui tradisi budaya masyarakatnya. Dengan menerapkan perayaan solstis musim sejuk orang Rom itu dengan perkiraan yang dibuat Africanus, Paus Julius I mengisytiharkan secara rasmi bahawa 25 Disember adalah tarikh kelahiran Jesus & ia disambut kali pertama pada tahun 336. Bila kalendar Gregorian diperkenalkan pada 1582 yang kemudian menjadi kalendar rujukan utama dunia, wujud perbezaan waktu sambutan dengan Kristian Greek & Orthodoks di Eropah Timur yang masih menggunakan kalendar Julian. Tarikh sambutannya tetap sama - 25 Disember, namun 25 Disember dalam kalendar Julian lazimnya jatuh pada 7 Januari dalam kalendar Gregorian. Maka penganut Kristian Orthodoks menyambut Krismas 13/14 hari lewat daripada penganut Katholik. Awalnya dipanggil ‘Perayaan Kelahiran’, ia kemudian dipanggil Krismas/Christmas, yang datangnya daripada perkataan Inggeris “Christ’s mass” atau 'keramaian Kristus'. Sumber: History, Britannica #PeristiwaHariIni
إظهار الكل...
10👍 6
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan pada Rabu bertemu dengan delegasi Hamas yang diketuai Khalil al-Hayya, anggota Biro Politik Hamas, di Ankara, menurut Kementerian Luar Turkiye. Dalam pertemuan itu, Fidan dan delegasi Hamas meneliti perkembangan terkini di Gaza, lapor Anadolu Ajansi, memetik sumber kementerian. Perbincangan turut melibatkan pertukaran pandangan mengenai fasa kedua pelan damai Gaza. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/menteri-luar-turkiye-bertemu-delegasi-hamas-di-ankara-bincang-pelan-damai-gaza-552954 #AWANInews
إظهار الكل...
👍 16🔥 5 1👎 1
Photo unavailableShow in Telegram
Pernah terfikir untuk jadi penyampai radio tetapi rasa usia sudah lewat? Jangan risau, SINAR FM kini membuka peluang emas kepada rakyat Malaysia untuk merealisasikan impian itu menerusi pencarian bakat Penyampai Emas SINAR! Stesen radio yang sinonim dengan tagline “SINAR Muzik Retro Terbaik” ini tampil dengan program khas bagi mencungkil bakat baharu yang kreatif, bersahaja dan penuh karisma, khusus buat mereka yang berusia 35 tahun ke atas. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/impian-jadi-penyampai-radio-sinar-fm-cari-penyampai-emas-baharu-552920 #AWANInews
إظهار الكل...
👍 8👎 3 1
Photo unavailableShow in Telegram
Polis Itali menahan ketua Camorra yang lama diburu di Naples selepas menemuinya bersembunyi di dalam bilik rahsia di sebuah pangsapuri, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Ciro Andolfi, yang tersenarai sebagai antara 100 pelarian paling berbahaya di negara itu oleh Kementerian Dalam Negeri, ditangkap di sebuah pangsapuri di daerah Barra, Naples, kata polis pada Rabu. Lelaki berusia 49 tahun itu melarikan diri sejak 2022 dan perlu menjalani hukuman penjara selama lapan tahun tiga bulan atas sabitan kesalahan terdahulu, menurut penyiasat. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/itali-tangkap-ketua-mafia-yang-lama-diburu-di-pangsapuri-rahsia-di-naples-552952 #AWANInews
إظهار الكل...
🔥 13
Photo unavailableShow in Telegram
Potensi tersebut menjadi lebih penting apabila mod pengangkutan baharu yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura iaitu Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027 dengan kapasiti penumpang seramai 10,000 orang setiap jam. Pengarah Research Institute for Sustainable Environment (RISE) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Ts Dr Muhammad Zaly Shah Muhammad Hussein berkata Forest City yang merupakan sebahagian daripada Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) boleh dibangunkan sebagai penyelesaian kepada isu berkenaan. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/forest-city-berpotensi-selesai-isu-kesesakan-trafik-kepadatan-penduduk-johor-bahru-552939 #AWANInews
إظهار الكل...
👍 7👎 4🔥 4 1
Photo unavailableShow in Telegram
Dos kelahiran vaksin Hepatitis B akan terus dikekalkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan walaupun terdapat perkembangan terkini di Amerika Syarikat, menurut Kementerian Kesihatan (KKM). Dalam satu kenyataan hari ini, KKM memaklumkan keputusan itu dibuat selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), walaupun Advisory Committee on Immunisation Practices (ACIP) di AS melalui undian bersetuju menghentikan pelaksanaan universal birth dose vaksin Hepatitis B. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dos-kelahiran-vaksin-hepatitis-b-kekal-dalam-program-imunisasi-kebangsaan-kkm-552934 #AWANInews
إظهار الكل...
👎 12👏 3👍 1🔥 1
Photo unavailableShow in Telegram
Selepas sekitar empat bulan pemergian bapa tercinta ke rahmahtullah, pasangan adik beradik yang juga penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain dan Anuar Zain kini kehilangan ibu mereka pula. Menurut Ziana, ibunya, Robiah Abdul menghembuskan nafas terakhir malam tadi (Rabu). Kata Ziana, Allahyarham ibunya yang berusia 74 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Klang, Selangor, sekitar jam 10.40 malam. Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/ibu-ziana-anuar-zain-meninggal-dunia-552962 #AWANInews
إظهار الكل...
15👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Polis menahan seorang lelaki dan wanita tempatan bagi membantu siasatan berhubung video tular di media sosial memaparkan individu bertudung minum minuman keras. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata lelaki berusia 22 tahun dan wanita berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira 4.30 petang tadi di kawasan Subang Jaya. Beliau berkata siasatan awal polis mendapati individu yang memakai tudung dan minum minuman keras dalam rakaman video tersebut adalah seorang lelaki. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/video-tular-individu-bertudung-minum-arak-pdrm-tahan-dua-individu-552953 #AWANInews
إظهار الكل...
👍 29👏 4👎 2
Photo unavailableShow in Telegram
Menurut Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang pada Rabu. Ujar beliau, keputusan dibuat berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025). Tiga wakil rakyat yang terlibat ialah Saad Seman (ADUN Chuping); Fakhrul Anwar Ismail (ADUN Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (ADUN Guar Sanji). Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews
إظهار الكل...
👍 36👎 6👏 5 3
Photo unavailableShow in Telegram
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat ini tidak mengesan sebarang indikator saintifik, yang menunjukkan risiko berlaku banjir besar atau hujan ekstrem pada awal tahun 2026. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MetMalaysia, Mohd Zunaidi Mat, penilaian semasa mendapati keadaan cuaca negara masih berada dalam julat terkawal walaupun Malaysia kini sedang melalui fasa Monsun Timur Laut (MTL). Beliau menjelaskan, tiga indikator saintifik utama yang lazim digunakan bagi menilai potensi kejadian hujan ekstrem di Malaysia, antaranya ialah La Nina atau El Nino. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews
إظهار الكل...
👍 8🔥 5👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan berjumlah 3.38 juta pada 2025, dengan kadar pertumbuhan tahunan menurun kepada -0.5 peratus berbanding 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Berdasarkan Statistik Migrasi Antarabangsa, Malaysia, 2025 dikeluarkan DOSM hari ini, komposisi penduduk bukan warganegara turut menunjukkan penurunan daripada 10.0 peratus pada 2024 kepada 9.9 peratus pada 2025. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penduduk-bukan-warganegara-di-malaysia-dianggarkan-338-juta-pada-2025-dosm-552914 #AWANInews
إظهار الكل...
👎 30🔥 7 4👍 2
Photo unavailableShow in Telegram
Selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia dengan harapan sambutan kali ini membawa kegembiraan, kemakmuran dan keberkatan buat anda sekeluarga. Di samping itu, Selamat Tahun Baharu! Moga segala impian menjadi kenyataan. #AWANInews
إظهار الكل...
9👍 3👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Bersempena sambutan Hari Krismas esok, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia memperkukuh tekad untuk menolak kebencian dan menyemai empati demi keharmonian bersama. Menerusi hantaran di Facebook pada Rabu, beliau berkata kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara terletak pada kesatuan dalam kepelbagaian khususnya dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan kaum. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-seru-rakyat-tolak-kebencian-semai-empati-sempena-hari-krismas-552950 #AWANInews
إظهار الكل...
👎 34 15👏 4👍 2
Photo unavailableShow in Telegram
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat ini tidak mengesan sebarang indikator saintifik, yang menunjukkan risiko berlaku banjir besar atau hujan ekstrem pada awal tahun 2026. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MetMalaysia, Mohd Zunaidi Mat, penilaian semasa mendapati keadaan cuaca negara masih berada dalam julat terkawal walaupun Malaysia kini sedang melalui fasa Monsun Timur Laut (MTL). Beliau menjelaskan, tiga indikator saintifik utama yang lazim digunakan bagi menilai potensi kejadian hujan ekstrem di Malaysia, antaranya ialah La Nina atau El Nino. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews
إظهار الكل...