ar
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

الذهاب إلى القناة على Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

إظهار المزيد
2025 عام في الأرقامsnowflakes fon
card fon
79 116
المشتركون
-1324 ساعات
-1687 أيام
-49030 أيام
أرشيف المشاركات
Photo unavailableShow in Telegram
Polis merampas 33 mesin perlombongan bitcoin dalam serbuan di Taman Merbau Butterworth dan Taman Ara Jaya Tasek Gelugor, di Butterworth yang menggunakan sambungan elektrik tidak sah, semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman berkata operasi turut dibantu Tenaga Nasional Bhd (TNB) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-rampas-33-mesin-bitcoin-di-pulau-pinang-552491 #AWANInews
إظهار الكل...
🔥 8 2👍 2👏 2
00:41
Video unavailableShow in Telegram
Penduduk dan pelawat mengunjungi Jabal Al-Lawz di Arab Saudi pada Jumaat selepas salji luar biasa menyelubungi pergunungan itu, mencetuskan suasana musim sejuk yang menarik perhatian ramai. Agensi Berita Arab Saudi (SPA) melaporkan pemantauan keselamatan dipertingkat di wilayah Tabuk, manakala Pusat Meteorologi Kebangsaan memberi amaran suhu terus menurun di beberapa kawasan. #AWANInews
إظهار الكل...
2112 snow2.mp481.34 MB
👍 7 2
Photo unavailableShow in Telegram
Seramai 31 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myawaddy, Myanmar, berjaya dibawa pulang dan selamat tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah pada petang Sabtu. Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan kumpulan itu tiba di Kompleks ICQS kira-kira pukul 6.50 petang Sabtu dan seterusnya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan lanjut. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/31-rakyat-malaysia-mangsa-sindiket-penipuan-pekerjaan-di-myanmar-selamat-dibawa-pulang-552492 #AWANInews
إظهار الكل...
👍 11 2👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Seorang guru di sebuah sekolah di Kampung Pandan di sini, ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun, pada Jumaat. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata semakan mendapati, lelaki berusia 40 tahun itu telah mengajar di sekolah berkenaan kira-kira 11 tahun. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/guru-ditahan-bagi-siasatan-amang-seksual-murid-lelaki-552487 #AWANInews
إظهار الكل...
🔥 6
Photo unavailableShow in Telegram
Orang ramai sanggup beratur pada Sabtu di Zoo Ueno di sini pada hujung minggu pertama sejak diumumkan bahawa pasangan panda gergasi kembar, Xiao Xiao dan adiknya Lei Lei, akan meninggalkan Jepun bulan depan, dengan ramai pengunjung datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada haiwan itu, lapor Agensi Berita Kyodo. Seorang wanita berusia 45 tahun dari Daerah Taito, Tokyo, berkata beliau kerap berkunjung untuk melihat panda berkenaan dan menyifatkan haiwan itu sebagai "comel dan menenangkan." Beliau menambah pengumuman mengenai kepulangan haiwan itu ke China dibuat secara mengejut dan merupakan satu "kejutan." Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/pengunjung-serbu-zoo-ueno-susulan-pengumuman-kepulangan-panda-ke-china-552486 #AWANInews
إظهار الكل...
8👍 3🔥 1
Photo unavailableShow in Telegram
Data rasmi Pusat Tindak Balas Keselamatan Siber (Cyber999) di bawah CyberSecurity Malaysia merekodkan sebanyak 5,735 laporan insiden siber sehingga September lepas. Ketua Setiausaha Kementerian Digital Fabian Bigar berkata jumlah itu meningkat lebih 1,000 kes, berbanding 4,659 kes bagi tempoh sama tahun lepas. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebih-5000-insiden-siber-dilaporkan-sembilan-bulan-pertama-tahun-ini-552469 #AWANInews
إظهار الكل...
🔥 8👍 2 1
Photo unavailableShow in Telegram
Selut atau lumpur tebal akibat banjir yang melanda sejak Khamis lepas menyukarkan mangsa bencana itu di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Lebir, di Gua Musang membersihkan rumah masing-masing. Rata-rata mereka terpaksa bersusah payah dan bertungkus lumus menghilangkan sisa kotoran pada barangan, peralatan dan perabot selain dinding dan lantai rumah yang diselaputi lumpur. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/selut-tebal-sukarkan-mangsa-banjir-bersihkan-rumah-552463 #AWANInews
إظهار الكل...
🔥 6 5👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Menantu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Jared Kushner, dan Utusan Khas AS Steve Witkoff telah membentangkan draf pelan pembinaan semula Gaza kepada pelabur berpotensi, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik laporan The Wall Street Journal. Rangka tindakan pusat peranginan futuristik yang dinamakan "Project Sunrise" itu dirangka oleh Kushner dan Witkoff. Menurut akhbar itu pada Jumaat, Washington berkemungkinan akan memberi komitmen kira-kira 20 peratus daripada kos pembinaan semula Gaza bagi tempoh 10 tahun. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/rangka-pelan-jadikan-gaza-pusat-peranginan-futuristik-laporan-552478 #AWANInews
إظهار الكل...
👎 46 5🔥 3
Photo unavailableShow in Telegram
Polis mengesahkan kejadian yang memaparkan seorang pelajar tahfiz dirotan oleh seorang lelaki yang tular di media sosial baru-baru ini berlaku di sebuah maahad tahfiz di Sungai Kob, dekat Kulim pada September lepas. Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata kejadian yang berlaku pada 29 Sept itu melibatkan seorang murid lelaki berusia 11 tahun. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-sahkan-kejadian-video-tular-pelajar-tahfiz-dirotan-berlaku-di-kedah-552484 #AWANInews
إظهار الكل...
🔥 8 3👍 2
Photo unavailableShow in Telegram
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut akibat dilanggar ketika bapa mangsa sedang mengundurkan kereta dalam kejadian di Taman Kesang Baru, Parit Bunga, Khamis lepas. Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, DSP Jamellulkamal Abdul Halim berkata siasatan awal oleh pihaknya mendapati ketika kejadian pada 8.15 pagi itu, bapa mangsa yang berusia 30 tahun sedang mengubah kedudukan kenderaan jenis Suzuki Swift di kawasan garaj rumahnya. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kanakkanak-dua-tahun-maut-dilanggar-ketika-bapa-undur-kereta-552466 #AWANInews
إظهار الكل...
🔥 7 4
Photo unavailableShow in Telegram
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat agar tidak mempolitikkan isu kelewatan bantuan banjir, khususnya yang berlaku pada hari-hari awal bencana. Titah baginda, keadaan banjir yang berlaku secara mendadak menyukarkan proses penyelarasan bantuan. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jangan-politikan-isu-kelewatan-bantuan-banjir-sultan-pahang-552476 #AWANInews
إظهار الكل...
11👍 5👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Skuad sepak takraw negara menutup kempen kontinjen Malaysia dalam Sukan SEA Thailand 2025 dengan kilauan emas terakhir apabila menewaskan Vietnam dalam final acara antara regu di Nakhon Pathom sebentar tadi. Selepas pasukan tuan rumah, Thailand, tumbang dalam separuh akhir, ia menunjukkan Vietnam bukanlah boleh dipandang mudah tetapi Malaysia, yang menurunkan Shahir Rosdi (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Azlan Alias (perejam) selaku trio pemula, mempamerkan dominasi untuk memenangi set pertama 15-9. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/sukan-sea-skuad-sepak-takraw-tutup-kempen-malaysia-dengan-emas-terakhir-552470 #AWANInews
إظهار الكل...
20👍 6👏 3
Photo unavailableShow in Telegram
Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah menafikan sebarang salah guna atau penyelewengan dana melibatkan Tabung #JusticeForZara, yang diwujudkan bagi membantu keluarga Allahyarhamah Zara Qairina dan menyokong prosiding inkues berkaitan kes berkenaan. Setiausaha pertubuhan, Sitti Fhaizah Mukthar berkata, semua pengurusan kewangan dilakukan mengikut prosedur pertubuhan serta peraturan sah yang berkuat kuasa, selain komitmen terhadap ketelusan dan akauntabiliti. Menurutnya dalam satu kenyataan pada Sabtu, semua maklumat serta rekod berkaitan Tabung JusticeForZara telah didedahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan, manakala laporan kewangan juga boleh disemak oleh pihak berkuasa atau penderma melalui saluran rasmi pertubuhan, tertakluk kepada prosedur dan keperluan dokumentasi. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bayu-raudhah-sabah-nafi-penyelewengan-dana-tabung-justiceforzara-552462 #AWANInews
إظهار الكل...
8👍 1🔥 1
Photo unavailableShow in Telegram
Anthony Joshua kembali ke landasan kemenangan dengan penuh bergaya apabila menumbangkan Jake Paul, menerusi 'knockout' pada pusingan keenam dalam aksi tinju heavyweight 'Judgment Day' yang disiarkan Netflix di Miami, Florida, pada Sabtu. Bekas juara dunia heavyweight dua kali itu menjatuhkan Paul sebanyak empat kali sebelum melengkapkan kemenangan dengan satu tumbukan kanan y#awaninews Pertarungan bermula agak perlahan apabila Paul lebih banyak berlegar di tepian gelanggang pada pusingan pertama hingga ketiga, memanfaatkan saiz gelanggang besar sambil mengelak kelebihan Joshua yang jelas lebih dominan dan kuat dari segi fizikal. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-sukan/ko-jake-paul-tumbang-di-tangan-anthony-joshua-552457 #AWANInews
إظهار الكل...
👏 12👍 4 3
Photo unavailableShow in Telegram
Sebuah siasatan eksklusif oleh Al Jazeera telah mendedahkan kewujudan sebuah syarikat palsu bernama Al-Majd Europe yang didakwa terlibat dalam operasi penyeludupan rakyat Palestin keluar dari Gaza secara rahsia, dengan mengenakan bayaran tinggi kepada mereka yang terdesak melarikan diri daripada konflik yang berlarutan. Menurut laporan yang diterbitkan pada 19 Disember, syarikat tersebut beroperasi sebagai organisasi hadapan yang tidak berdaftar dan mendakwa menjalankan misi kemanusiaan. Namun, siasatan mendapati Al-Majd Europe mempunyai kaitan dengan individu dan entiti yang berpangkalan di Israel serta terlibat dalam rangkaian penerbangan rahsia yang membawa rakyat Palestin ke luar negara. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/almajd-europe-syarikat-rahsia-bantu-penyeludupan-rakyat-palestin-keluar-dari-gaza-552425 #AWANInews
إظهار الكل...
👎 8 6
Photo unavailableShow in Telegram
Menjelang ambang 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengingatkan bahawa Malaysia berdepan tugas besar untuk memimpin rantau Asia Tenggara memasuki tahun baharu selaku Pengerusi ASEAN. Dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan", Perdana Menteri berkata kerumitan landskap global menuntut ASEAN untuk melakar peranan serta pengarahan baharu. "Ini tugas besar Malaysia untuk membawa seluruh kekuatan, seluruh pasukan yang ada sebagai satu kesatuan dan menjamin supaya pembangunan ini terus mampan," katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2025 ketika itu. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/malaysia-kemudi-asean-harungi-tahun-mencabar-anjur-lebih-320-mesyuarat-552443 #AWANInews
إظهار الكل...
👎 21👍 2 1🔥 1
Photo unavailableShow in Telegram
Bermula sembilan tahun lalu dengan sebuah cawangan di Pasar raya Mydin Samariang, jenama Nasi Kandar Line Q kini berkembang kepada lima cawangan di Sarawak, sekali gus membuktikan keupayaan perniagaan tempatan untuk bertahan dan terus berkembang dalam industri makanan dan minuman (F&B) yang kompetitif. Pengurus Nasi Kandar Line Q Wilayah Sarawak, Rezalman Redzuan atau lebih dikenali sebagai Cik Man berkata, kejayaan itu banyak dipacu oleh keunikan menu yang sukar ditemui di tempat lain, khususnya lauk telur ikan dan telur sotong yang menjadi signature Line Q sejak awal penubuhan. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/nasi-kandar-line-q-raih-bizone-rewards-perkukuh-jenama-tempatan-di-tengah-persaingan-fb-552447 #AWANInews
إظهار الكل...
👏 4 2👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kumpulan rock terkenal Amerika Syarikat, My Chemical Romance, menangguhkan konsert yang asalnya dijadual pada 30 April kepada 19 dan 20 November 2026. Menurut kenyataan Hello Universe selaku penganjur hari ini, persembahan akan tetap diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dalam pada itu, semua tiket yang telah dibeli kekal sah untuk tarikh baharu berkenaan. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/konsert-my-chemical-romance-di-bukit-jalil-tunda-ke-19-20-november-552452 #AWANInews
إظهار الكل...
👎 11 4👍 4🔥 3
Photo unavailableShow in Telegram
Kelibat seorang wanita sedang menunaikan solat di pondok kecil, dengan ratusan ribu batang kayu yang dihanyutkan banjir 'terhampar' di bawah dangau itu, mencuri perhatian penulis sebaik memasuki Kampung Menang Gini, Karang Baru, di Aceh. Pondok kecil yang hanya boleh memuatkan kira-kira dua orang itu mengundang rasa ingin tahu kepada penulis, yang berkesempatan mengikuti misi bantuan kemanusiaan ke kampung yang terletak di Aceh Tamiang itu. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/banjir-sumatera-tsunami-kayu-ranapkan-kediaman-terpaksa-minum-air-lumpur-552432 #AWANInews
إظهار الكل...
🔥 6 5👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Dalam sektor pelancongan, akses internet menjadi faktor utama bagi pelancong menilai pengalaman mereka di hotel. Tanpa sambungan internet yang baik, reputasi hotel boleh terjejas termasuklah perkhidmatan makanan dan penginapan di hotel terlibat. Naib Presiden Unifi Business, Dr Mohamad Yusman Ammeran berkata, bagi memastikan kelancaran digital platform dan keselesaan tetamu, hubungan dan jaringan antara hotel dengan Unifi Business amat penting. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sokongan-digital-tingkatkan-pengalaman-pelancong-di-hotel-552406 #AWANInews
إظهار الكل...
👍 7 2🔥 1