Astro AWANI
前往频道在 Telegram
2025 年数字统计

79 123
订阅者
-2124 小时
-1757 天
-51930 天
帖子存档
照片不可用在 Telegram 中显示
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat ini tidak mengesan sebarang indikator saintifik, yang menunjukkan risiko berlaku banjir besar atau hujan ekstrem pada awal tahun 2026.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MetMalaysia, Mohd Zunaidi Mat, penilaian semasa mendapati keadaan cuaca negara masih berada dalam julat terkawal walaupun Malaysia kini sedang melalui fasa Monsun Timur Laut (MTL).
Beliau menjelaskan, tiga indikator saintifik utama yang lazim digunakan bagi menilai potensi kejadian hujan ekstrem di Malaysia, antaranya ialah La Nina atau El Nino.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
照片不可用在 Telegram 中显示
Tiga sekeluarga dan seorang artis dari Singapura, yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru Ahad lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Rabu.
Chua Chin Heng, 56, Loe Sou Peng, 55, dan Axl Chua Kai Jun, 27, bagaimanapun minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret A. Shaarmini manakala P. Suresh, 46, mengaku bersalah di hadapan Majistret Nabilah Nizam.
Ketiga-tiga beranak berdepan pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Suresh di sebuah pusat beli-belah di Jalan Serigala pada 5.17 petang 21 Dis lepas manakala penyanyi kelahiran Singapura itu didakwa memukul Chua di lokasi dan masa yang sama.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bergaduh-tiga-sekeluarga-seorang-artis-singapura-didakwa-552908
#AWANInews
🔥 10❤ 1👍 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Bersempena sambutan Hari Krismas esok, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia memperkukuh tekad untuk menolak kebencian dan menyemai empati demi keharmonian bersama.
Menerusi hantaran di Facebook pada Rabu, beliau berkata kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara terletak pada kesatuan dalam kepelbagaian khususnya dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan kaum.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-seru-rakyat-tolak-kebencian-semai-empati-sempena-hari-krismas-552950
#AWANInews
照片不可用在 Telegram 中显示
Pelakon dan pelawak British, Russell Brand, berdepan dua pertuduhan baharu melibatkan satu kes rogol dan satu kes serangan seksual, menjadikan jumlah mangsa meningkat kepada enam orang.
Polis Metropolitan London dalam kenyataan memaklumkan pertuduhan terbaharu itu melibatkan dua wanita berasingan dan dikatakan berlaku pada 2009.
Sebelum ini, Brand, 50, didakwa pada April lalu dengan lima pertuduhan berkaitan kesalahan seksual, termasuk satu rogol, satu serangan tidak senonoh, satu rogol oral dan dua serangan seksual, yang dikaitkan dengan empat wanita antara 1999 hingga 2005.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/russell-brand-berdepan-dua-pertuduhan-baharu-rogol-serangan-seksual-di-uk-552912
#AWANInews
🔥 9❤ 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, berkata analisis Indeks PAKW bagi isi rumah pada tahun 2024, dengan Kuala Lumpur sebagai rujukan pada 100 mata indeks, menunjukkan perbezaan jelas di antara negeri.
Katanya, bagi isi rumah seorang, Selangor mencatat indeks tertinggi pada 92 mata indeks, diikuti Pulau Pinang (84.2) dan Putrajaya (83.1). Manakala, nilai terendah dicatat di masing-masing di Kelantan dan Sarawak (53.7 mata) dan Kedah (56.6).
"Untuk isi rumah empat orang, Selangor sekali lagi mencatat indeks tertinggi pada 91.3 mata indeks, diikuti Putrajaya (84.7) dan Melaka (83), manakala indeks terendah kekal di Sabah (59.4), Kedah (60.5) dan Perlis (60.9).
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kos-sara-hidup-kuala-lumpur-selangor-dan-pulau-pinang-tertinggi-dosm-552897
#AWANInews
👍 9🔥 6❤ 4👎 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Susulan penularan maklumat palsu di media sosial dan aplikasi WhatsApp, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam kenyataan pada Rabu, memaklumkan maklumat itu tidak sahih dan berpotensi mengelirukan orang ramai, khususnya dalam kalangan warga emas serta ahli keluarga mereka.
"Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat tepat, sahih dan terkini hanya melalui saluran rasmi JKM termasuk portal dan akaun media sosial jabatan.
"Antara saluran itu ialah portal rasmi JKM, Facebook, Instagram, TikTok dan laman X bagi memastikan maklumat diterima benar dan terkini," menurut kenyataan itu.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-kad-warga-emas-rasmi-malaysia-dikeluarkan-jkm-552898
#AWANInews
🔥 7❤ 1👍 1👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
"Papa dia cuba selamatkan, tapi Irfan ditarik ombak kuat sehingga hilang daripada pandangan abang saya". Itu cerita bapa saudara kepada mangsa lemas, Muhamad Irfan Mohd Afendi, 9, iaitu Nazrul Ya, 32, ketika berkongsi kisah duka mengenai kejadian tersebut.
Nazrul berkata, semasa kejadian kira-kira jam 6.40 petang pada Selasa, abangnya, Mohd Afendi Ya, 44, juga hampir lemas ketika berusaha menyelamatkan anak sulungnya itu.
Ujarnya, semasa kejadian, Muhamad Irfan dikatakan sedang bermain air pada paras 0.2 meter di tepi pantai sebelum dihanyutkan ombak besar.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/papa-cuba-selamatkan-tapi-irfan-ditarik-ombak-kuat-552890
#AWANInews
❤ 4🔥 4👏 4👍 3
照片不可用在 Telegram 中显示
Ketua Pengarah JAKIM Datuk Sirajuddin Suhaimee mengesahkan individu itu bukan pegawai jabatan berkenaan dan beliau berkata pihaknya juga telah mengadakan pertemuan dengan pemilik akaun Facebook Ahmad Iqram Mohamad Noor, yang mendedahkan bahawa terdapat umat Islam yang terlibat dalam program itu, bagi memastikan penelitian secara adil dan menyeluruh.
"JAKIM sentiasa komited memelihara kesucian akidah umat Islam... mana-mana pihak yang mempunyai maklumat, dimohon membuat laporan rasmi kepada pihak Polis Diraja Malaysia serta pihak berkuasa agama Islam negeri,
"Perkara ini sedang diteliti secara serius oleh JAKIM,” kata beliau.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jakim-akan-panggil-individu-muslim-disyaki-terlibat-program-interfaith-water-ceremony-552885
#AWANInews
👍 22👎 3🔥 2❤ 1
照片不可用在 Telegram 中显示
NasibPemain sayap, Imanol Machuca menjadi individu yang paling terkesan apabila nilai pasarannya yang sebelum ini mencecah AS$3 juta (RM11.98 juta) kini 'hangus' sepenuhnya.
Situasi sama turut dirasai penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Joao Figueirido apabila nilai pasarannya susut sebanyak AS$2.3 juta (RM9.58 juta) sekelip mata.
malang terus menimpa tujuh pemain warisan Harimau Malaya apabila nilai pasaran mereka bukan sahaja jatuh mendadak, malah kini direkodkan sebagai tidak bernilai susulan isu pemalsuan dokumen.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/nilai-tujuh-pemain-warisan-hangus-sekelip-mata-552886
#AWANInews
👍 15👏 8🔥 4❤ 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Rakyat Malaysia kini dapat menikmati penjimatan bil elektrik melalui Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR@PETRA), satu inisiatif nasional berimpak tinggi yang menawarkan rebat pembelian peralatan elektrik cekap tenaga untuk kegunaan isi rumah, perniagaan dan sektor industri.
Program ini merupakan kesinambungan kepada Program SAVE (Sustainability Achieved Via Energy Efficiency) yang telah dilaksanakan dengan jayanya sebelum ini, dan kini diperkasakan di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Sebagai agensi pelaksana rasmi kerajaan, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan NUR@PETRA dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga (ST) serta Energy Commission of Sabah (ECOS).
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/nurpetra-bantu-rakyat-jimat-bil-elektrik-sokong-peralihan-tenaga-negara-552892
#AWANInews
👍 8👏 2❤ 1👎 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Program inovasi terkemuka Asia, Innovathon Musim Ke-3, menyaksikan pasukan Rebooz Hydrogen Technology diumumkan sebagai pemenang minggu ketiga dengan idea bateri pintar berasaskan hidrogen.
Teknologi ini menggunakan hidrogen yang dihasilkan daripada air untuk meningkatkan proses pembakaran petrol atau diesel, menjadikan enjin lebih bersih, cekap dan menjimatkan bahan api.
Proses asasnya bermula dengan air yang ditukar menjadi gas hidrogen menggunakan tenaga elektrik sebelum disalurkan ke ruang pembakaran enjin bersama bahan api sedia ada.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/rebooz-hydrogen-technology-pemenang-minggu-ketiga-innovathon-3-552869
#AWANInews
❤ 7👍 7👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Bagi kebanyakan pengguna, membuat aduan berkaitan harga barangan sebelum ini sering dikaitkan dengan proses yang rumit dan memerlukan kehadiran fizikal ke pejabat kerajaan.
Namun, pendekatan itu berubah apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkenalkan sistem e-Aduan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bagi memudahkan penyampaian perkhidmatan awam.
Inisiatif e-Aduan selari dengan pelaksanaan RKB yang menekankan pemudahan proses, pendigitalan perkhidmatan, dan peningkatan kecekapan penyampaian kerajaan.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rkb-kpdn-kuasa-aduan-di-hujung-jari-kelulusan-lesen-lebih-pantas-552867
#AWANInews
👍 9🔥 3❤ 2
02:55
视频不可用在 Telegram 中显示
SIGGRAPH 2025 | Malaysia Pavilion
Kehadiran Malaysia Pavilion bukan sahaja menunjukkan keupayaan teknikal & kreatif negara, tetapi juga bertindak sebagai ruang kolaborasi, jaringan dan peluang kerjasama antarabangsa antara industri kreatif tempatan dengan peserta global di bidang CGI, XR, AI, animasi dan teknologi interaktif.
Dipengerusikan & disokong oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebagai platform rasmi untuk menonjolkan kekuatan ekosistem kreatif Malaysia dan mempersiapkan negara menjelang penganjuran SIGGRAPH Asia 2026 di Kuala Lumpur.
Delegasi & peserta Malaysia yang terlibat termasuk gabungan organisasi dan bakat tempatan dari sektor teknologi kreatif seperti Anima Vitae Point, Passion Republic, Virtualtech Frontier, Vortex XR Lab (Taylor’s University), XR SUMMITS, Experiential Design Team (EDT), TSSRM, OMG Studios.
#SIGGRAPHAsia #SIGGRAPHAsia2025 #SIGGRAPHAsia2026
SIGGRAPH ASIA 2025_MALAYSIA PAVILION.mp4260.03 MB
🔥 7👍 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Di tengah kesibukan rutin harian, wujud sebuah restoran yang bukan sekadar menyajikan makanan, sebaliknya menghidupkan semula nilai kebersamaan dalam komuniti setempat.
Itulah Botani Kitchen di Puchong yang lahir daripada minat mendalam terhadap dunia sukan dan kulinari, serta keinginan untuk mewujudkan ruang berkumpul yang bermakna buat keluarga dan rakan-rakan.
Sejak hari pertama operasi, Botani Kitchen mendapat sokongan Astro BizOne, sekali gus menjadikan hiburan sukan dan kandungan premium sebagai medium yang menghubungkan pelanggan melalui detik-detik dikongsi bersama.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/astrobiz-astro-bizone-hidupkan-kebersamaan-di-botani-kitchen-552879
#AWANInews
🔥 5❤ 4👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Amerika Syarikat (AS) berikrar kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengenakan sekatan “sehingga tahap maksimum” bagi menghalang Presiden Venezuela, Nicolas Maduro daripada memperoleh sumber, ketika Rusia memberi amaran bahawa negara-negara Amerika Latin lain mungkin menjadi sasaran seterusnya.
Duta AS ke PBB, Mike Waltz berkata, ancaman paling serius terhadap hemisfera Barat adalah daripada kumpulan pengganas dan jenayah transnasional termasuk menegaskan bahawa kapal tangki minyak yang disekat menjadi nadi ekonomi utama Maduro dan membiayai kumpulan narco-pengganas Cartel de Los Soles.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/tekad-laksana-sekatan-maksimum-terhadap-maduro-venezuela-dakwa-tindakan-tidak-masuk-akal-552857
#AWANInews
👎 12❤ 7🔥 6
照片不可用在 Telegram 中显示
LHDN maklumkan RM18 bilion bayaran balik cukai telah diproses melibatkan 3.54 juta kes, baki RM1 bilion akan diselesaikan sebelum akhir Disember.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
🔥 11👎 4👍 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, kesemua mereka ditahan dalam operasi dan ujian urin yang dilakukan.
"Saya tidak malu untuk nyatakan pegawai dan anggota polis turut terbabit di mana pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan yang kita tidak akan berkompromi dan tangkapan penjawat awam ini termasuklah guru dan sebagainya," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di Alor Setar pada Selasa.
Adzli berkata, statistik kejayaan Kontinjen Kedah, merekod tangkapan berkaitan dadah sejak Januari hingga 21 Disember tahun ini sebanyak 26,907 kes berbanding tahun lalu hanya 23,759 kes.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pegawai-anggota-polis-antara-77-penjawat-awam-ditahan-terbabit-dadah-pada-2025-552861
#AWANInews
🔥 11👏 6❤ 3
照片不可用在 Telegram 中显示
Pentadbiran Presiden Donald Trump dilaporkan memanggil semula hampir 30 diplomat kerjaya daripada jawatan duta dan kedudukan kanan di kedutaan Amerika Syarikat (AS) dalam usaha merombak semula dasar diplomatik negara itu di luar negara selaras dengan agenda “America First.”
Menurut dua pegawai Jabatan Negara AS yang enggan dikenali, ketua misi di sekurang-kurangnya 29 negara dimaklumkan minggu lalu bahawa tempoh perkhidmatan mereka akan berakhir pada Januari 2026.
Kesemua mereka dilantik ketika pentadbiran Presiden Joe Biden dan sebelum ini terselamat daripada pembersihan awal pada bulan-bulan pertama penggal kedua Trump yang menyasarkan lantikan politik.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/.../pentadbiran-trump-gugurkan...
#AWANInews
👎 16👏 4❤ 2
Hari ini 111 tahun yang lalu, berlakunya Gencatan Senjata Krismas (The Christmas Truce) ketika Perang Dunia I.
Apabila perang meletus pada Julai 1914, sebahagian besar tentera menyangka perang akan tamat sebelum Disember tahun sama. Namun menjelang Krismas, mereka masih berada di perbatasan, jauh dari keluarga & meringkuk dalam kesejukan.
Pada malam Krismas, beberapa kelompok tentera Jerman, British, Perancis & Belgium di sepanjang Perbatasan Barat, juga beberapa lokasi di Perbatasan Timur, tiba-tiba mengadakan gencatan senjata untuk meraikan hari suci Kristian itu bersama.
Tentera yang bermusuhan keluar dari perlindungan, bertemu di tengah medan pertempuran yang memisahkan mereka untuk saling bersalaman, berbual mesra, berkongsi makanan & minuman, bernyanyi malah didakwa ada yang bermain bola sepak beramai-ramai.
Ada catatan menceritakan tentang tentera Jerman menggunakan lilin untuk menghias pokok Krismas sekitar parit mereka. Dikisahkan juga ada tentera British yang membuka kedai gunting rambut sementara dengan rokok sebagai bayaran.
Di samping itu, mereka juga saling membantu mengumpulkan mayat rakan seperjuangan yang gugur & mengebumikannya bersama. Ada yang menganggap kisah ini sebagai mitos, tapi ia dicatatkan dalam banyak diari & surat oleh tentera yang terlibat.
Ada tempat yang gencatan senjatanya berlaku dalam beberapa hari, ada yang satu malam sahaja. Jumlah mereka yang menyertai perhimpunan perayaan spontan ini diperdebatkan, namun catatan majalah Time menganggarkan sekitar 100,000 orang terlibat.
Bagaimanapun insiden ini mengundang kemarahan para general perang masing-masing. Ada laporan menyatakan bahawa anggota tentera yang terlibat dalam gencatan senjata itu dihukum & perintah dikeluarkan supaya perkara sedemikian tak berlaku lagi.
Ada memorial didirikan di England untuk memperingati peristiwa bersejarah itu. Pada 2014, pasukan bola sepak tentera England & Jerman mengadakan perlawanan persahabatan sempena ulang tahunnya yang ke-100.
Sumber: History, Smithsonian Magazine, Imperial War Museum
#PeristiwaHariIni #AWANInews
❤ 16
