Azizan Osman (Official)
Open in Telegram
Business Growth Mentor Professor of Practice Asia e University | Founder RichWorks International | Innovative University College | ManagePay (MPay) Berhad | Phd Asia e University | MScM University of Salford https://AzizanOsman.com/OfficialChannel
Show more2025 year in numbers

51 588
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
-31330 days
Posts Archive
Photo unavailableShow in Telegram
Ramai usahawan boleh mula, tapi tak semua boleh sustain kerana tak ada hala tuju yang jelas.
Jangan terlepas, sertai sesi live voice chat di Telegram Azizan Osman Official bagi mendengar perkongsian pagi ini. >>>https://t.me/AzizanOsmanOfficial
#AzizanOsman
#DisiniLahirnyaUsahawanJutawan
Photo unavailableShow in Telegram
Malam ini di TikTok LIVE β 30 Hari Pesanan Suara π€
Berapa banyak peluang kita dah lepaskan sebab takut?
Kalau kita tak mula ubah hari ni⦠bila lagi?
Jangan biarkan rasa takut halang langkah anda!
Puan Nor Azwani Osman, Vice President Sales, akan menemani malam anda dengan perkongsian yang akan bantu anda keluar dari ketakutan serta berani ambil peluang besar dalam hidup serta bisnes.
π
Jumaat, 15 Ogos 2025
π 9.00 malam
π Live di TikTok: Azizan Osman Official https://www.tiktok.com/@azizanosman_official
Dengar sendiri inspirasi & strategi terus dari pakar. Tanya soalan & dapat jawapan secara real-time.
Inspirasi SeeNI - Ikon Industri, Inspirasi Dunia | Borak SeeNI - EP184 (15 Aug)
https://www.youtube.com/live/DYUzYFnyqM4?si=cbqGM1HdKZCT2hVe
Photo unavailableShow in Telegram
π€π€π€π€π€ π€π€π€π€π€π€
π€π€π€π€ π π π π π
π π π π π π π
Insha Allah 11pagi ni saya di Astro untuk slot InspirasiSeeni di BorakSeeni. Hari ini minggu kedua saya menjadi host slot ini mewawancara mereka yang telah melalui jatuh bangun dalam hidup, bisnes dan pelbagai cabaran tapi tetap bangkit.
Anyway, suka saya kongsikan 7 Power β Kekuatan Seorang Muslim Berjaya
Alhamdulillah, syukur kerana kita masih diberi peluang berada di hari yang mulia ini.
Dalam buku saya β25 Formula Hidup Luar Biasaβ, saya kongsikan 7 prinsip yang menjadi pegangan untuk membentuk insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
1. Power of Syukur
Sentiasa bersyukur dalam setiap keadaan. Syukur membuka pintu rezeki dan menenangkan hati.
2. Power of Selawat
Perbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW. Ia mendekatkan kita dengan Baginda dan mengundang rahmat Allah.
3. Power of Sedekah
Bersedekah dengan ikhlas, walau sedikit. Sedekah membersihkan harta dan melipatgandakan ganjaran.
4. Power of Senyum
Senyum itu sedekah. Ia mampu mengubah mood orang lain dan menebarkan kebaikan.
5. Power of Sangkaan
Sentiasa bersangka baik kepada Allah dan manusia. Sangka baik membina hati yang positif dan damai.
6. Power of Serah
Serahkan segala urusan kepada Allah selepas berusaha. Inilah kunci ketenangan dan redha.
7. Power of Service
Berkhidmat untuk memberi manfaat kepada orang lain. Kejayaan sebenar diukur dengan sejauh mana kita memberi nilai kepada manusia.
π‘ Pesan saya:
Pilih satu βPowerβ untuk diamalkan lebih konsisten minggu ini, dan lihat bagaimana ia mengubah hidup anda.
Jumpa nanti 5-7 September 2025 di Transformasi360 untuk mereka yang benar-benar nak keluar dari kehidupan struggle dalam kewangan, bisnes atau nak ubah kehidupan menjadi lebih berjaya terutamanya dalam kewangan dan perniagaan.
Layari www.Transformasi360.com
01:51
Video unavailableShow in Telegram
Semua orang ada impian untuk berjaya. Tak ada siapa yang lahir untuk mengalah. Dalam segmen khas Borak SeeNI, saya akan duduk bersama individu-individu hebat yang tak pernah berputus asa membina empayar mereka sendiri.
Setiap kisah mereka akan buka mata dan berikan semangat baharu untuk anda terus melangkah, walau apa pun cabaran yang datang.
Jangan lupa saksikan Inspirasi SeeNI secara langsung Jumaat (esok), jam 11 pagi di Astro Prima.
#Transformasi360
#RichWorksAcademy
Promo Borakseeni 15 Ogos 2025.mp428.62 MB
Photo unavailableShow in Telegram
Malam ini di TikTok LIVE - 30 Hari Pesanan Suara π€
Kalau kita tak mula ubah hari niβ¦ bila lagi? π€
Puan Nor Azwani Osman, Vice President Sales, akan kongsikan pesanan penting yang boleh jadi titik mula perubahan hidup & bisnes anda.
π
Khamis, 14 Ogos 2025
π 9.00 malam
π Live di TikTok Azizan Osman Official https://www.tiktok.com/@azizanosman_official
Dengar sendiri inspirasi & strategi terus dari pakar. Jangan lepaskan peluang untuk tanya soalan & dapat jawapan secara real-time!
π π π π π π π π π π π
3οΈβ£6οΈβ£0οΈβ£
2οΈβ£3οΈβ£ π€π€π€π€ π€π€π€π€
π€π€π€ π€π€π€ π€π€π€π€π€β
Photo unavailableShow in Telegram
Sertai sesi Live Voice Khas Klinik Usahawan bersama Tuan Nasrul Hadi, jam 10.35 malam ini.
Real story. Real impact.
Jangan dengar sorang, ajak sekali circle usahawan anda yang serius nak grow dan upgrade diri.
Sesi eksklusif ini hanya di Telegram:
https://t.me/AzizanOsmanOfficial
Jom ramai-ramai tonton Podcast Usahawan Talk sekarang.
https://vt.tiktok.com/ZSSnPmRhq/
Assalammualaikum wbt & Selamat Pagi!
Ready dan ajak rakan-rakan anda untuk join Voice/Video Chat Telegram bersama Team RichWorks.
Anda boleh komen di ruangan bawah ππ»ππ»ππ»
#TeamRichWorks
Photo unavailableShow in Telegram
Apa makna βmerdekaβ kalau hidup dan bisnes masih terikat dengan masalah sama?
Sekarang masa untuk upgrade. Masa untuk grow. Masa untuk bangkit.
Jangan terlepas, sertai sesi live voice chat di Telegram Azizan Osman Official bagi mendengar perkongsian pagi ini. >>>https://t.me/AzizanOsmanOfficial
#AzizanOsman
#DisiniLahirnyaUsahawanJutawan
Hari ini dalam Borak SeeNI, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman akan bersama barisan usahawan hebat yang membuktikan kalau nak berjaya, memang tak ada alasan!
Turut bersama dalam sesi kali ini adalah Puan Kartika Wati Mohamed, Pengasas & Pengarah Urusan Eskayvie Malaysia, Puan Nurul Asmah Mohamad Noh, Pengasas Selera Alesya dan Ustazah Siti Khadijah Mohni, Pengasas Tijarah Hatimurni Sdn. Bhd.
Setiap daripada mereka akan kongsikan rahsia kejayaan, kisah penuh inspirasi dan topik-topik yang sangat menarik untuk usahawan dan bakal usahawan!
Tak dapat tengok secara LIVE di TV? Jangan risau, anda boleh juga strim terus di YouTube Borak SeeNi.
>>> https://www.facebook.com/azizanosmanofficial/videos/1100606981447287
Photo unavailableShow in Telegram
Malam ni saya nak luangkan masa bersama anda semua, secara LIVE jam 9 malam di Facebook, TikTok & YouTube saya.
Saya akan kongsikan insight sebenar tentang apa yang saya nampak berlaku sekarang dalam hidup, bisnes dan apa yang anda boleh buat untuk bangkit dan upgrade diri.
Kalau anda tengah rasa stuck, hilang arah, atau nak cari jalan untuk bina hidup dan kewangan yang lebih baik, saya jemput anda hadir.
Percuma saja. Tapi pastikan hadir dengan hati yang komited nak belajar.
Jumpa malam ni in shaa Allah.
#AzizanOsman
#Transformasi360
Assalammualaikum wbt & Selamat Pagi!
Ready dan ajak rakan-rakan anda untuk join Voice/Video Chat Telegram bersama Team RichWorks.
Anda boleh komen di ruangan bawah ππ»ππ»ππ»
#TeamRichWorks
Photo unavailableShow in Telegram
Sempena bulan kemerdekaan, merdekakan bisnes anda dengan laksanakan tindakan yang bawa kejayaan.
Jangan terlepas, jom sertai sesi live voice chat di Telegram Azizan Osman Official bagi mendengar perkongsian pagi ini. >>>https://t.me/AzizanOsmanOfficial
#AzizanOsman
#DisiniLahirnyaUsahawanJutawan
Jangan Buang Masa Melayan Mereka Yang Sakit Hati Dengan Kejayaan Kau & Cuba Menjatuhkan Kau!
Anda pasti pernah dengar tentang seekor burung ini kan?
Kisah the only seekor burung yang berani patuk belakang burung helang yang hebat?
Ya⦠satu-satunya burung yang berani buat kerja tu ialah burung gagak.
Bayangkan⦠burung helang, simbol kekuatan, kepimpinan, ketenangan.
Dia terbang tinggi, fokus ke langit yang luas, membelah awan untuk capai puncak impian dia.
Tapi datang seekor gagak, bertenggek di belakang, mula mencakar, mula patuk, mula menyakitkan.
Tapi persoalannyaβ¦
Helang tu buat apa?
Haa baca selanjutnya di sini >> https://azizanosman.com/jangan-buang-masa-melayan-mereka-yang-sakit-hati-dengan-kejayaan-kau-cuba-menjatuhkan-kau/
Photo unavailableShow in Telegram
Jangan lepaskan peluang ini!
Eksklusif bersama Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman di Niaga Awani - bongkar bagaimana Ai bakal mengubah masa depan PMKS dalam era RMK13.
Hari ini | 9.00 Pagi
Saluran 501 | Astro Awani & astroawani website.
Ini bukan sekadar bual bicara, ini peta jalan bisnes anda untuk kekal relevan!
#AzizanOsman #RMK13 #NiagaAwani #AI #PMKS
KENYATAAN RASMI: Penjelasan Akademik Berhubung Gelaran, Artikel Jurnal & Konvokesyen LL.M
Saya ingin memberikan penjelasan rasmi berhubung tiga (3) isu yang telah menjadi perhatian dan perbincangan di media sosial serta komuniti akademik: penggunaan gelaran βDatuk Wira Drβ dalam artikel jurnal yang diterbitkan, susunan nama penulis dalam artikel tersebut yang berkait dengan penyelidikan PhD saya, serta dakwaan berkenaan konvokesyen Master of Laws (LL.M) saya di United Kingdom.
Latar Penyelidikan dan Artikel Diterbitkan
Artikel ini merupakan lanjutan daripada penyelidikan PhD saya yang telah disempurnakan secara rasmi di Asia e University (AeU) pada tahun 2022. Tajuk tesis saya ialah:
βEffect of Business Coaching on Growth and Performance and The Moderating Role of Competitive Advantage in Small Medium Enterprises in Malaysia.β
Saya telah menyempurnakan kesemua keperluan akademik termasuk proposal defence, viva voce, pembetulan, dan menerima pengiktirafan kelulusan secara rasmi.
Artikel ini dibangunkan secara bebas selepas pengajian tamat, melalui peluasan terhadap model dan pendekatan metodologi bersama dua penyelidik akademik berpengalaman. Oleh itu, penyelia asal PhD saya tidak terlibat secara langsung dalam penulisan artikel ini.
Saya kini sedang menyiapkan empat (4) lagi artikel penyelidikan bersama pelbagai kumpulan penyelidik, termasuk penyelia semasa saya di Universiti Putra Malaysia (UPM). Artikel-artikel ini berada di pelbagai fasa penyelidikan dan penilaian; beberapa daripadanya kini hampir diterima oleh jurnal terindeks seperti MDPI dan Elsevier.
Artikel yang diterbitkan di Cogent ini https://www.tandfonline.com/doi/full/10.1080/23311975.2025.2469769#abstract hanyalah salah satu daripada lima (5) kertas kerja yang sedang dikembangkan dengan matlamat memperkukuh hubungan antara teori akademik dan amalan industri sebenar.
Tanggungjawab Penulis dan Isu Gelaran
Saya merupakan penulis utama (principal author) dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap proses penyerahan dan semakan akhir artikel. Penggunaan gelaran βDatuk Wira Drβ dalam artikel berlaku apabila sistem jurnal menarik maklumat secara automatik daripada profil ORCID saya. Saya akui ini merupakan kekhilafan saya kerana tidak menyemak dengan lebih teliti konfigurasi ORCID pada waktu tersebut.
Sebagai langkah pematuhan kepada etika penerbitan akademik antarabangsa, saya telah mengambil tindakan segera untuk membuang gelaran bukan akademik daripada profil tersebut. Profil rasmi saya boleh dirujuk di sini: https://orcid.org/0009-0003-5104-2876
Prinsip Peribadi
Dalam setiap keputusan dan tindakan, saya berusaha berpegang teguh kepada sabda Nabi Muhammad SAW: βSebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.β Prinsip ini menjadi panduan utama dalam kehidupan dan kerjaya saya, termasuk dalam usaha menyumbang kepada dunia akademik dan pembangunan keusahawanan melalui ilmu yang sahih, beretika dan bermanfaat.
Saya percaya bahawa pendidikan, penyelidikan dan perkongsian ilmu bukan sahaja usaha duniawi, malah satu bentuk ibadah sekiranya dilaksanakan dengan niat yang ikhlas dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Komitmen Akademik
Saya menghargai segala maklum balas membina daripada komuniti akademik dan terbuka untuk sebarang perbincangan ilmiah yang dapat meningkatkan mutu penyelidikan dan penyampaian ilmu. Saya akan terus komited untuk menghasilkan karya-karya akademik berkualiti, berintegriti, dan memberi nilai tambah kepada ekosistem keusahawanan dan ilmiah.
Saya berharap kenyataan ini dapat memberi pencerahan dan menyatukan kembali perbincangan ilmiah kepada landasan yang adil dan objektif.
Isu Konvokesyen LL.M (Corporate Governance)
Selain isu berkaitan artikel jurnal, terdapat juga dakwaan daripada sesetengah pihak bahawa gambar konvokesyen saya di University of Cumbria pada 16 Julai 2025 adalah palsu dan dihasilkan menggunakan teknologi AI.
Assalammualaikum wbt & Selamat Pagi!
Ready dan ajak rakan-rakan anda untuk join Voice/Video Chat Telegram bersama Team RichWorks.
Anda boleh komen di ruangan bawah ππ»ππ»ππ»
#TeamRichWorks
