CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
Open in Telegram
2025 year in numbers

396 576
Subscribers
-9024 hours
-8677 days
-2 97530 days
Posts Archive
Perspektif Pakar Mpox
๐ Apakah itu mpox? Clade 1 dan Clade 2?
๐ Bagaimanakah penyakit mpox ini merebak?
๐ Apakah gejala mpox?
๐ Bagaimanakah ujian saringan dilakukan untuk mengesan mpox?
Anda tanya, pakar jawab. Dengarkan ulasan lanjut oleh Dr. Khairil Erwan Khalid, Pakar Perunding Perubatan Penyakit Berjangkit daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL).
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
#PerspektifPakar
#AndaTanyaPakarJawab
Photo unavailableShow in Telegram
Kesesakan di pusat pemindahan banjir di Semenanjung Utara boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan. Cegah jangkitan saluran pernafasan semasa banjir dengan
โก Elak berdekatan dengan mereka yang mempunyai simptom seperti batuk atau bersin
โก Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
โก Jaga kebersihan diri dan persekitaran
โก Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan
โก Gunakan tisu untuk membuang kahak
โก Asingkan mangsa banjir yang mempunyai gejala
โก Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak
Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan.
Layari https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.
#MalaysiaSihat
LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA
(pada jam 4:00 PM, 19 September 2024)
Sumber: NDCC, NADMA
Untuk maklumat lanjut, layari https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Photo unavailableShow in Telegram
KAJIAN KECENDERUNGAN TARIKAN MESEJ SARINGAN KANSER PAYUDARA, INSTITUT PENYELIDIKAN KLINIKAL, KKM
Institut Penyelidikan Klinikal, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan Kajian Kecenderungan Tarikan Mesej Saringan Kanser Payudara : Kajian Rentas Masa Di Malaysia. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumbalas daripada pengguna media sosial mengenai mesej bagaimanakah yang lebih menarik dan mudah difahami oleh wanita bagi menggalakkan mereka menjalani saringan pemeriksaan kanser payudara.
Klik link ini untuk menjawab survey : https://redcap.crc.gov.my/surveys/?s=MMRDWCEXF7TREAPT
Kerjasama tuan/puan untuk meluangkan masa menjawab kajian ini amatlah dihargai.
Terima kasih.
Photo unavailableShow in Telegram
Mpox (yang dahulunya dikenali sebagai monkeypox) ialah penyakit yang disebabkan oleh virus monkeypox (MPXV) daripada famili Poxviridae.
Pada masa ini, lazimnya jangkitan berlaku daripada manusia kepada manusia melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox.
Terdapat dua (2) jenis clade virus monkeypox (MPXV) yang diketahui boleh menyebabkan mpox iaitu clade I dan clade II.
#KKMSihat
#KKMPrihatin
#MalaysiaMADANI
Photo unavailableShow in Telegram
KENYATAAN MEDIA
PRESS RELEASE
KELULUSAN KIT UJIAN MONKEY POX YANG BERADA DALAM PASARAN MALAYSIA
Layari media sosial MDA untuk melihat kenyataan penuh.
Instagram MDA : https://shorturl.at/ybJIV
Facebook MDA : https://shorturl.at/R8X3v
Tiktok MDA : https://shorturl.at/E0SIq
Apakah perbezaan MPOX, Chickenpox dan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)?
Ketiga-tiga penyakit ini berbeza. Pengetahuan mengenai penyakit-penyakit ini penting supaya kita lebih waspada dan dapat bertindak bagi menangani dan mendapatkan rawatan dengan lebih berkesan.
Pastikan anda dan keluarga sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit ini.
#MalaysiaSihat
Tanda jangkitan mpox adalah ruam dan lepuh di badan, terutamanya di muka, tapak tangan dan tapak kaki. Pesakit juga boleh mengalami demam, keletihan, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang dan bengkak kelenjar limfa.
Golongan yang berisiko untuk penyakit mpox yang teruk ialah kanak-kanak, ibu mengandung dan pesakit yang mempunyai tahap imun yang rendah. Pesakit boleh mengalami komplikasi jangkitan seperti lesi pada kornea, radang paru-paru dan jangkitan kuman dalam darah.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan laporan berita tidak benar yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai dakwaan mpox kini merebak di Singapura.
Imej yang ditularkan ๐๐จ๐๐๐ก imej kes mpox tetapi merupakan imej mangsa kecederaan peluru tabur dalam artikel berita daripada satu laman sesawang luar negara pada 17 September 2022.
Usah terpedaya dengan mesej yang disampaikan. Elakkan juga daripada berkongsi mesej ini kepada ahli keluarga atau 'groupchat' yang lain. Rujuk sumber rasmi sahaja di platform media sosial KKM iaitu Facebook, Instagram ataupun aplikasi X.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia
Situasi Semasa Kes Monkey Pox (MPOX)
Photo unavailableShow in Telegram
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
26 Julai 2024
๐ธTerdapat 8 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu (Larut&Matang) Perak, (Gombak) Selangor, (Kuala Krai) Kelantan, dan (Raub, Temerloh, Maran, Bentong dan Rompin) Pahang.
Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/
#metmalaysia
#statuscuacapanas
#NRES
#MalaysiaMADANI
Photo unavailableShow in Telegram
Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan dilanjutkan bagi membolehkan penguatkuasaan beberapa peruntukan, jika perlu, di dalam Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), seperti:
Pegawai yang diberi kuasa boleh mendapatkan maklumat dan menjalankan siasatan kejadian COVID-19
supaya majikan patuh kepada SOP COVID-19 bila diperlukan sekiranya terdapat lonjakan kes COVID-19 luar biasa, Ketua Pengarah Kesihatan boleh mengarahkan kuarantin atau isolasi selain di hospital.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Photo unavailableShow in Telegram
Bermula 15 Julai 2024, ujian pengesahan bagi COVID-19 ๐ต๐ฎ๐ป๐๐ฎ ๐บ๐ฒ๐น๐ฎ๐น๐๐ถ ๐ฅ๐ง๐-๐๐ป๐๐ถ๐ด๐ฒ๐ป ๐ฝ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ฒ๐๐ถ๐ผ๐ป๐ฎ๐น (๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฑ๐ถ๐๐ฒ๐น๐ถ๐ฎ ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐ฑ๐ถ๐น๐ฎ๐ธ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฝ๐ฒ๐๐๐ด๐ฎ๐ ๐ธ๐ฒ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ป) ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ท๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐๐ฅ.
Keputusan ujian COVID-19 tidak perlu lagi dimuat naik ke aplikasi MySejahtera. Keputusan ujian positif COVID-19 akan dilaporkan oleh pengamal perubatan melalui sistem eNotifikasi.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Photo unavailableShow in Telegram
Dengarkan perkongsian mengenai 'Hidup Bersama COVID-19' bersama Dr. Tan Seok Hong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam daripada Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia di Bernama Radio pada 15 Julai 2024 jam 12.15 tengah hari.
