en
Feedback
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Open in Telegram

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Show more
2025 year in numberssnowflakes fon
card fon
396 576
Subscribers
-9024 hours
-8677 days
-2 97530 days
Posts Archive
Photo unavailableShow in Telegram
Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas peranan bersama dalam memerangi COVID-19. Komitmen dan kerjasama rakyat Malaysia adalah kunci kepada kejayaan pencapaian peralihan fasa hidup bersama COVID-19. Namun begitu, kita tidak boleh alpa dengan situasi semasa dan orang ramai dinasihatkan untuk memperkasakan diri untuk menjaga kesihatan masing-masing serta mencegah daripada mendapat jangkitan atau menularkan kepada orang lain. #KKMPrihatin #KKMSihat #MalaysiaMadani
Show all...
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia β€œLiving With COVID-19”
Show all...
ππ„π‘π‡π€π“πˆπ€π: π€πŒπ€π‘π€π πŠπ„π‡π€πƒπˆπ‘π€π π†π€π’π“π‘πŽππŽπƒπ€ ππ„π‘ππ€π‡π€π˜π€ πƒπˆ ππ„π‘π€πˆπ‘π€π πŒπ„π‘π’πˆππ†, π‰πŽπ‡πŽπ‘ Jabatan Perikanan Negeri Johor memberi amaran kepada orang ramai tentang bahaya gastropoda yang dikenalpasti sebagai Petropoda (π‘ͺπ’“π’†π’”π’†π’Šπ’” π’‚π’„π’Šπ’„π’–π’π’‚), khususnya di perairan Mersing, Johor. Kehadiran Petropoda dikesan oleh pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung pada 11 Jun 2024 di kepulauan Mersing. Petropoda berasal dari perairan tropika dan subtropika. Perubahan iklim, peningkatan suhu air, dan air ballast perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesis ini ke perairan Malaysia. Moluska ini mempunyai sengat yang boleh menyebabkan keradangan, kegatalan, kekeringan, pengelupasan, kemerahan dan kulit bersisik. Kesan ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit manusia. Dapatkan rawatan perubatan segera jika terkena sengatan. DOF akan memantau kehadiran Petropoda sehingga situasi selamat dan menasihatkan orang ramai jauhi aktiviti berkaitan air buat masa ini. Sumber DoF Malaysia
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Seringkali berlaku kejadian keracunan makanan yang disebabkan oleh pengendalian penyediaan makanan yang tidak selamat. Pengusaha dan pengendali makanan seharusnya peka terhadap isu ini dan mengambil langkah proaktif dengan memastikan pengendalian dan kebersihan persekitaran di tempat memasak sentiasa mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia dan juga kebersihan dijaga selalu. Pengusaha dan peniaga makanan perlu menjamin makanan yang dihasilkan selamat untuk dimakan‼️ #KKMPrihatin #KKMSihat #MalaysiaMadani
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Demam denggi boleh menyerang semua peringkat masyarakat tanpa mengira umur‼️ Walau bagaimanapun, risiko mendapat jangkitan demam denggi adalah lebih tinggi bagi individu yang tinggal atau berada di kawasan hotspot πŸ“ atau wabak denggi serta golongan bekerja dan pelajar yang kerap melakukan aktiviti di luar rumah. ⚠️ Amalkan langkah-langkah pencegahan kendiri. Cegah denggi sebelum terkena. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika. #KKMPrihatin #KKMSihat #MalaysiaMadani
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Anda merancang untuk berkelah? Ingat! Leptospirosis boleh mengancam nyawa! ➑️ Pilih kawasan yang bersih ➑️ Pilih kawasan air yang mengalir ➑️ Bilas atau mandi dengan sabun dan air bersih selepas aktiviti rekreasi ➑️ Minum air yang telah dimasak #ANMS #sihatmilikku
Show all...
KENYATAAN MEDIA PENGARAH KESIHATAN NEGERI JABATAN KESIHATAN NEGERI KEDAH SITUASI SEMASA KEJADIAN PENYAKIT LEPTOSPIROSIS (KENCING TIKUS) DI TAMAN EKO RIMBA LATA BAYU, BALING, KEDAH
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
WASPADA RISIKO PENYAKIT LEPTOSPIROSIS! πŸ“ŒLEPTOSPIROSIS ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria β€œLeptospira”. Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air, makanan, atau tanah yang dicemari dengan air kencing haiwan yang terjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, dan haiwan-haiwan yang lain. πŸ“Pengesanan dan rawatan awal akan dapat mengelakkan komplikasi dan kematian akibat penyakit ini.⚠ Oleh itu, ketahui SIMPTOM penyakit Leptospirosis serta LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN yang boleh anda lakukan untuk kesihatan dan keselamatan anda dan keluarga tersayang.
Show all...
Punca utama keracunan makanan adalah apabila seseorang individu memakan makanan atau minuman yang tercemar. Tempoh keracunan boleh terjadi seawal 30 minit hingga 72 jam. Keracunan makanan boleh membawa kematian jika serius. Orang ramai dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami gejala keracunan makanan. #ANMS #sihatmilikku
Show all...
π— π—”π—žπ—Ÿπ—¨π— π—”π—‘ π—•π—˜π—₯π—žπ—”π—œπ—§π—”π—‘ 𝗦𝗨π—₯𝗔𝗧 π—§π—¨π—Ÿπ—”π—₯ π—ͺπ—”π—•π—”π—ž π—šπ—”π—¦π—§π—₯π—’π—˜π—‘π—§π—˜π—₯π—œπ—§π—œπ—¦ π—”π—žπ—¨π—§ (π—”π—šπ—˜) π——π—œ π——π—”π—˜π—₯𝗔𝗛 π—§π—˜π—‘π—’π—  Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Sektor Promosi Kesihatan JKNSabah KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA #kenyataanmediapengarahkesihatannegerisabah #datukdrasitsbinsanna #pengarahkesihatannegerisabah #tenom
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Kek, kuih-muih, nasi goreng mahupun pelbagai menu 🍰πŸ₯ŸπŸš lain menggunakan telur sebagai bahan asas. Oleh itu, telur merupakan antara makanan ruji bagi masyarakat khususnya rakyat Malaysia. Namun, penggunaan telur πŸ₯š yang telah rosak boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan. Dikongsikan cara untuk mengenal pasti tahap kesegaran telur. Ingat‼️Pastikan anda sentiasa mengamalkan konsep π—Ÿπ—œπ—›π—”π—§, 𝗕𝗔𝗨 dan π—₯𝗔𝗦𝗔 sebelum dimasak. Telur yang telah rosak akan berbau busuk. #KKMPrihatin #KKMSihat #MalaysiaMadani
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
⚠️ Jangan ambil mudah dengan penggunaan telur dalam masakan. πŸ₯š Telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, kejang perut dan cirit-birit. ⚠️ Oleh itu, perhatikan dan buat penilaian sebaiknya sebelum membuat pembelian. πŸ“’ Anda juga dinasihatkan untuk: 1. Membeli ikut keperluan 2. Simpan telur di tempat yang sesuai 3. Basuh telur sebelum guna π™†π™šπ™¨π™šπ™‘π™–π™’π™–π™©π™–π™£ π™ˆπ™–π™ π™–π™£π™–π™£ π™π™–π™£π™œπ™œπ™ͺπ™£π™œπ™Ÿπ™–π™¬π™–π™— π˜½π™šπ™§π™¨π™–π™’π™– #KKMPrihatin #KKMSihat #MalaysiaMadani
Show all...