Nota Redza Zainol
Open in Telegram
Ilmu eksklusif kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu keibubapaan.
Show more2025 year in numbers

143 997
Subscribers
+724 hours
-2177 days
-87230 days
Posts Archive
π° Kita mak ayah yang lemah kalau kita biarkan..
π³ Anak main phone berjam-jam
π³ Anak makan jajan tanpa kawalan
π³ Anak minum air manis sesuka hati
π³ Anak cakap kasar pada sesiapa
Parenting tak bermaksud kita perlu menjadi mak ayah yang lemah.
Sebagai mak ayah, kita lebih faham apa yang baik untuk anak kecil kita.
Memantau dan memberi tunjuk ajar apa perkara baik yang perlu anak buat, itulah tugas kita.
What must be done, must be done.
#NotaRedzaZainol
#didikanak
π 585β€ 169π€― 26π₯ 13π₯° 13π 11
π₯ Risau anak ada kelewatan perkembangan (developmental delay)?
π ada sebahagian bayi dan kanak kanak memang perlukan bantuan profesional daripada:
β’ Doktor kanak-kanak
β’ Terapi percakapan
β’ Terapi cara kerja
β’ Fisioterapi
β’ Pakar audiologi
π Langkah pertama, buat dulu saringan ringkas di klinik kesihatan atau di pusat terapi swasta.
Lebih cepat bertindak, lebih banyak masa yang anak anda ada.
#NotaRedzaZainol
#PerkembanganAnak
β€ 190π 96π₯° 5π€― 3
π Dah guna perkataan yang buatkan pasangan rasa disayangi?
ππ» Salah satu cara untuk menyatakan rasa sayang ialah dengan kata-kata.
Ada 3 dialek kata-kata yang boleh kita gunakan.
β
Yang pertama ialah pujian (compliments)
β
Yang kedua ialah kata-kata memberi galakan (encouraging words)
β
Ketiga ialah kata-kata yang baik (kind words)
3 perkara ni jika digunakan, akan membantu memenuhkan tangki emosinya.
Yang lebih penting, pujian ni juga yang membuatkan dia menjadi lebih yakin dengan dirinya sendiri.
#NotaRedzaZainol
#KeluargaBahagia
β€ 276π 93π₯° 16π₯ 11π 3
Photo unavailableShow in Telegram
Ilmu penting untuk anak lelaki dan anak perempuan kita. Apa tanda-tanda akil baligh dan apa yang perlu mereka lakukan.
Persiapkan anak kita dengan ilmu ni. Daftarkan anak kita dengan seminar online RM20 sempena cuti sekolah minggu depan.
Esok hari terakhir pendaftaran:
ππ» https://akhifairuz.onpay.my/order/form/botp-sm2023/241
Photo unavailableShow in Telegram
Sempena cuti sekolah pada minggu depan, saya cadangkan tuan/puan bagi anak-anak join seminar online anjuran Tuan Akhi Fairuz.
ππ» Seminar βKerana Dirimu Begitu Berhargaβ. Khas untuk kanak-kanak usia 6-9 tahun.
Topik yang akan dikongsikan:
1. Malu
2. Private part
3. Sentuhan selamat & tidak selamat
4. Minta izin masuk bilik mak ayah
5. Pengurusan diri
6. Apa itu cabul
7. Pengawalan gajet
8. Apa nak buat bila terjumpa video tak elok di internet
9. Didik anak agak tidak membuli atau dibuli
10. Apa nak buat bila ada orang sentuh private part
11. Akil baligh lelaki & perempuan
Tempat limited. Daftar di sini:
ππ» https://akhifairuz.onpay.my/order/form/botp-sm2023/241
π₯° Ada anak usia bawah 2 tahun?
ππ» Jom tambah baik perkembangan anak dengan memberi βstimulasi sensoriβ:
β
Bermain dengan air
β
Berjalan atas pasir di pantai sambil angin bertiup ke arah muka anak
β
Berjalan sekeliling rumah sambil mendengar burung berkicau
β
Merasa sinaran matahari pada kulit
β
Membiarkan anak makan sendiri
β
Benarkan anak memijak rumput
#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
β€ 288π 89π₯° 19π 6π₯ 3π€© 3
Kadang-kadang bila terlalu penat, terlalu sibuk dan emosi tengah tak stabil. Terlupa nak melayan anak-anak dengan baik.
Ingatan untuk diri saya juga.
Diriwayatkan daripada Saidatina βAisyah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku.
(Riwayat al-Tirmidhi)
β€ 431π 97π₯° 21π€― 15
π₯ Salah ke kalau anak rasa marah, sedih atau takut?
ππ» Tak salah.
π Tapi ada mak ayah yang nak anaknya rasa gembira sahaja. Tak boleh rasa marah atau sedih.
π Sedangkan emosi ni dialami oleh semua orang tak kira budak atau dewasa.
π Bila anak rasa marah, sedih atau takut, kita perlu ingat yang ia bukanlah perkara negatif yang perlu dibetulkan.
Sebenarnya, inilah peluang untuk anak kita belajar kenal, faham dan berlatih menguruskan emosi yang dialami.
#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
β€ 266π 144π₯° 10π 5π€© 3π€― 2
π₯΅ Nampak anak pukul ibu?
ππ» Kalau ayah nampak anak kecil pukul ibu, kita ambil tangan anak dan letak di dadanya.
π Cakap padanya βTak boleh pukul ibuβ.
π Masa anak bawah 7 tahun ni la kena tegas mendidik bab adab.
π Fitrah anak lebih mendengar cakap bila ayah yang tegur bab adab.
Kalau tak tegur, lama-lama dia hilang hormat dengan ibu ayah.
#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
π 449β€ 161π₯° 17π 10π₯ 7
Photo unavailableShow in Telegram
Checklist perkembangan kanak-kanak usia antara 1 bulan - 6 tahun. Mak ayah boleh simpan siap-siap.
Dengan checklist ni:
β
Ia memberi gambaran awal tentang perkembangan anak kita.
β
Membantu untuk mengesan sebarang isu perkembangan sebelum keadaan jadi lebih teruk.
ππ» https://bit.ly/Checklist-Perkembangan
π 237β€ 94π 14π₯° 12π€― 10
Strok haba boleh berlaku pada bayi & kanak kanak walaupun berada dalam rumah.
1. Guna pakaian nipis & berlengan pendek.
2. Bayi tak perlu bedung tebal dan ketat.
3. Kurangkan penggunaan mitten dan booties bayi.
4. Gunakan kipas siling, kipas berdiri, penghawa dingin.
5. Buka tingkap untuk pengaliran udara yang baik.
6. Kerap beri minum air kosong atau susu.
7. Kerap mandikan anak.
#NotaRedzaZainol
#AnakSihat
π 484β€ 157π₯° 15π₯ 9
Photo unavailableShow in Telegram
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua followers. Hari ni sambil beraya, saya buka klinik saya mulai pukul 2 petang di Kuantan.
Lokasi klinik ππ» https://maps.app.goo.gl/sL61DN3WH7CJjAVJA
β€ 254π 73π₯° 24π 1
π Sedang bercuti dengan keluarga?
ππ» Ambil peluang ini untuk penuhkan tangki emosi anak.
β’ Pujian dan beri perkataan yang baik.
β’ Melakukan sesuatu (tindakan dan layanan) untuk anak.
β’ Masa berkualiti bersama.
β’ Sentuhan, pelukan, ciuman dan usapan.
Tangki emosi yang sudah penuh inilah yang akan anak gunakan ketika kita keluar semula bekerja.
#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
β€ 187π 49π₯° 13π 1
π₯° Ajarkan 4 ayat ni pada anak kita sejak kecil.
β
Kita ajarkan anak kita untuk sentiasa ucap Minta Tolong bila dia nak minta bantuan daripada orang lain.
β
Kita latih anak kita untuk sebut Minta Maaf bila dia tersilap buat sesuatu perkara.
β
Kita biasakan anak untuk ucap Terima Kasih bila dia terima sesuatu.
β
Ajar untuk Minta Izin dulu sebelum pinjam atau nak guna barang milik orang lain.
Nak Raya ni, kena ingatkan 4 perkara ni pada anak-anak.
#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
β€ 353π 152π₯° 18π 1
π₯΅ Mak ayah asyik larang anak buat banyak perkara?
π Mak ayah macam ni sebenarnya jenis ambil berat.
π Cuma kena tahu kesan terlalu βOverprotectiveβ dan terlampau tegas dengan anak.
π Anak ni otaknya berkembang dengan 3E:
β’ Explore
β’ Experiment
β’ Experience
Jadi lepas larang anak, kita kena tunjuk cara yang betul:
"Sini mama tunjuk cara nak cuci cawan ni"
"Mari papa ajar awak cara gunting kertas ni"
#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
β€ 179π 91π₯° 10π 7π€© 4π₯ 3
π₯° Nak anak jadi manusia yang lebih baik?
Antara cara yang berkesan adalah dengan:
β’ Doa
β’ Perbaiki rutin keluarga
Setiap hari, cuba kita perbaiki rutin harian keluarga kita :
π Apa rutin di pagi hari?
π Lengkap solat 5 waktu?
π Buat apa di hujung minggu?
π Apa aktiviti malam bersama anak?
Beri nasihat pun perlu juga, tapi rutin harian ni yang membentuk anak sebenarnya.
#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
β€ 208π 79π₯° 24π 6π 4
01:04
Video unavailableShow in Telegram
Ni trailer filem Bilal dalam Bahasa Melayu
Hari ini (15/4/23) filem animasi Bilal bernilai RM 120 juta akan keluar di Durioo+ tau.
Lagi best ada dubbing Bahasa Melayu dan English. Subtitle pun ada sekali.
First in Malaysia! π±
Nanti langgan Durioo+ di bawah dan pakat ajak anak-anak tengok sekali tau. Murah je. Rm11 je sebulan π
Strim Durioo+ Sekarang di:
https://bit.ly/Durioo-Plus
IMG_6266.MP45.18 MB
π 134β€ 66π€― 11π 7π₯° 2π 2
π₯΅ Anak mengadu cuaca terlalu panas?
ππ» Jika ahli keluarga menunjukkan tanda-tanda βstrok habaβ :
βΆοΈ Segera bawa pesakit ke tempat yang teduh.
βΆοΈ Telefon 999 untuk bantuan ambulans.
βΆοΈ Longgarkan pakaian dan basahkan kulit badan yang didedahkan ke udara sambil menjaga kesopanan pesakit.
βΆοΈ Beri udara segar, kipas pesakit atau halakan kipas secara terus.
βΆοΈ Letakkan ais di leher, ketiak dan pelipat peha untuk menyejukkan aliran darah.
#NotaRedzaZainol
π 232β€ 24π₯ 9π₯° 8π€― 4
00:37
Video unavailableShow in Telegram
Saya suka sangat dengan siri Mina Mila ni. Bahasa yang diguna elok, banyak social story dan sentiasa diselit dengan ilmu untuk anak usia 2-12 tahun.
Ada dalam dwibahasa. Sekarang Durioo+ tengah ada 2 promo special:
β’ Langgan selama 3 bulan (RM35)
β’ Langgan 12 bulan, dapat lagi percuma 2 bulan (Jumlah 14 bulan bernilai RM135)
Siri berkisar tentang sirah Nabi pun ada (Aqil Stories, Qisa, The Little Believers Stories & Rayhana Kids).
Saya betul-betul recommend pakej 3 bulan dan 14 bulan Durioo+:
ππ» https://bit.ly/Durioo-Plus
IMG_6184.MP43.23 MB
β€ 78π 42π₯° 10
π₯° Didik anak dengan βInner Talkβ yang positif
ππ» Cara anak berkelakuan boleh dikaitkan dengan cara mereka bercakap dengan diri sendiri (Inner Talk).
π βInner talkβ yang baik boleh menambah keyakinan anak untuk buat tugasan dan keputusan yang sukar.
π Mak ayah yang selalu kritik diri sendiri akan buat anak percaya yang mereka juga serupa seperti mak ayah mereka.
We are formed into adults by our childhood experiences. Together, letβs create better experiences for our kids π
#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
π 147β€ 56π₯° 9π 4π₯ 2π 1
