es
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

Ir al canal en Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

Mostrar más
2025 año en númerossnowflakes fon
card fon
79 128
Suscriptores
-2124 horas
-1757 días
-51930 días
Archivo de publicaciones
Photo unavailableShow in Telegram
Pendatang Israel menyerang dua rakyat Palestin pada awal pagi Jumaat dan melarikan kira-kira 150 ekor kambing dalam satu serangan ke atas sebuah ladang di bandar Deir Dibwan, timur Ramallah, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA). Sumber tempatan berkata pendatang Israel menyerbu sebuah ladang kambing milik Hassan Mohammad Ghannam di kawasan Khallet al-Louz, timur bandar itu, memukul dua orang pekerja dengan kejam sebelum melarikan 150 ekor kambing dan melarikan diri dari lokasi kejadian. Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/pendatang-israel-serang-dua-rakyat-palestin-larikan-150-ekor-kambing-di-timur-ramallah-553133 #AWANInews
Mostrar todo...
👎 30🔥 4 2
Hari ini 76 tahun yang lalu, Belanda dengan rasminya memperakui kedaulatan Indonesia. Apabila Soekarno membacakan Proklamasi Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945, ia tak diperakui oleh Belanda yang merasakan wilayah itu, yang dijajah sejak kurun ke-16, masih kepunyaan mereka setelah Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia II. Maka Belanda menghantar angkatannya untuk kembali berkuasa ke atas Indonesia (Hindia Timur). Kehadiran semula mereka tak diundang & ditentang oleh badan-badan perjuangan watan dinaungi kerajaan Republik yang baharu dibentuk. Berlaku siri pertempuran dalam episod perang bangsa Indonesia menentang kolonialisme, Pertempuran Surabaya (27 Oktober-20 November 1945) menjadi detik kemuncak paling berdarah, di mana sekitar 16,000 nyawa pemuda Indonesia terkorban. Ia membawa kepada Perjanjian Linggarjati (15 Nov 1946). Bagaimanapun natijahnya tak diterima baik kedua-dua pihak, lalu Belanda melancarkan tindakan ketenteraan besar-besaran pada Julai 1947 untuk menundukkan kedegilan Republikan. Tindakan itu dikecam dunia lalu Belanda berdepan sekatan antarabangsa. Resolusi PBB menggesa gencatan senjata dikuatkuasakan & membuka jalan kepada Perjanjian Renville pada 17 Januari 1948. Namun ia juga satu usaha yang gagal. Belanda sekali lagi melancarkan operasi ketenteraan major & sekali lagi dunia mengecam, kali ini AS mengugut untuk menyekat dana USD1 bilion di bawah Pelan Marshall untuk Belanda membangunkan kembali negara pasca Perang Dunia II. Perjanjian Roem van-Roijen 7 Mei memuktamadkan gencatan senjata kedua-dua pihak, membawa kepada Persidangan Meja Bulat di The Hague (23 Ogos-2 November 1949) di mana akhirnya Belanda setuju untuk mengiktiraf kedaulatan Indonesia. Secara rasminya kedaulatan diperakukan pada 27 Disember 1949, terbentuk negara persekutuan baharu dipanggil Republik Indonesia Serikat, merangkumi seluruh bekas wilayah Hinda Timur Belanda kecuali New Guinea. *Gambar: Ratu Belanda, Juliana menandatangani instrumen pengakuan, diperhatikan oleh Wakil Presiden Indonesia, Mohammad Hatta (berkaca mata). Sumber: Britannica, Liputan 6, New World Encyclopedia #PeristiwaHariIni
Mostrar todo...
7👍 3
Photo unavailableShow in Telegram
4
Photo unavailableShow in Telegram
Jumlah pesakit baharu influenza di Jepun kekal melebihi tahap amaran iaitu 30 kes bagi setiap institusi perubatan pada minggu lalu, menurut Kementerian Kesihatan pada Jumaat, lapor Jiji Press. Kes selesema baharu yang dilaporkan oleh kira-kira 3,000 hospital dan klinik yang dipantau secara berkala di seluruh negara mencatatkan purata 32.73 kes bagi minggu berakhir Ahad. Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/kes-selesema-melebihi-tahap-amaran-di-jepun-553129 #AWANInews
Mostrar todo...
🔥 5
Photo unavailableShow in Telegram
Seorang lelaki Palestin cedera selepas dilanggar pendatang haram Israel ketika menunaikan solat di tepi jalan berhampiran kampung Deir Jarir, timur laut Ramallah, Tebing Barat, pada Khamis. Menurut laporan media tempatan dan pengesahan tentera Israel, suspek bersenjata yang juga anggota simpanan tentera terlebih dahulu melepaskan tembakan di kawasan berkenaan sebelum memandu kenderaan jenis ATV dan melanggar mangsa yang sedang sujud di bahu jalan. Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/lelaki-palestin-cedera-dilanggar-penjarah-israel-ketika-solat-di-tepi-jalan-ramallah-553126 #AWANInews
Mostrar todo...
👎 42🔥 6 1
Photo unavailableShow in Telegram
Beberapa kawasan rendah di jajahan Pasir Mas dan Tumpat dijangka mengalami banjir bermula tengah malam ini hingga 30 Dis susulan jangkaan hujan berterusan tahap bahaya yang akan menyebabkan peningkatan paras sungai. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews
Mostrar todo...
👍 2🔥 2
Photo unavailableShow in Telegram
Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi perkhidmatan rel hingga 2 pagi sempena sambutan ambang tahun baharu 2026 pada Rabu ini. Selain itu, perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway serta beberapa laluan bas terpilih dan perkhidmatan Rapid KL On-Demand (ROD) akan beroperasi hingga 2.30 pagi pada 1 Jan 2026. Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rapid-kl-lanjut-operasi-rel-bas-terpilih-sempena-ambang-tahun-baharu-2026-553117 #AWANInews
Mostrar todo...
6👍 2👏 2👎 1
👎 11👍 4 2👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat meninggalkan Istana Kehakiman, Putrajaya selepas disabitkan kesalahan menyalahgunakan kuasa menerima suapan RM2.3 bilion dana 1MDB serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang sama 📸: Astro AWANI/ @shahiromar
Mostrar todo...
👏 11👎 3🔥 2
Photo unavailableShow in Telegram
Seramai 14 individu cedera dalam serangan pisau disertai semburan cecair tidak diketahui di sebuah kilang getah di bandar Mishima, Wilayah Shizuoka, tengah Jepun, petang Jumaat. Pegawai Jabatan Bomba, Tomoharu Sugiyama, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.30 petang waktu tempatan daripada sebuah kilang berhampiran yang melaporkan lima atau enam orang telah ditikam dan terdapat penggunaan cecair seperti semburan dalam kejadian tersebut. Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/14-cedera-dalam-serangan-pisau-semburan-cecair-di-kilang-jepun-553119 #AWANInews
Mostrar todo...
🔥 5 1👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun serta denda berjumlah RM11.38 bilion selepas didapati bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Beliau disabitkan kesalahan terhadap empat pertuduhan menyalahgunakan kuasa bagi menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selain 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews
Mostrar todo...
👍 32👎 25🔥 7 6
Photo unavailableShow in Telegram
Terowong Tianshan Shengli sepanjang 22.13 kilometer (km), iaitu terowong lebuh raya terpanjang di dunia dibuka secara rasmi kepada lalu lintas pada Jumaat, lapor Xinhua. Merentasi Pergunungan Tianshan tengah di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China, terowong itu mengurangkan masa perjalanan yang dahulunya mengambil masa beberapa jam kepada hanya 20 minit. Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/terowong-terpanjang-di-dunia-dibuka-di-xinjiang-553093 #AWANInews
Mostrar todo...
👍 7👏 3👎 2
Photo unavailableShow in Telegram
Sebanyak 20,609 produk makanan dan minuman di Jepun mengalami kenaikan harga pada 2025, didorong terutamanya oleh peningkatan kos bahan mentah dan buruh, sekali gus menonjolkan bebanan yang semakin meningkat terhadap isi rumah, lapor Agensi Berita Kyodo. Sebuah institut penyelidikan Jepun pada Jumaat memaklumkan bahawa keadaan yang berlaku ketika nilai yen menyusut, menandakan kali pertama jumlah produk terjejas melebihi 20,000 sejak 2023, apabila angka berkenaan mencecah 32,396. Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/harga-lebih-20000-barangan-makanan-minuman-di-jepun-meningkat-pada-2025-553103 #AWANInews
Mostrar todo...
🔥 3👏 3
Photo unavailableShow in Telegram
Agensi cuaca Jepun pada Jumaat mengeluarkan amaran mengenai tiupan angin kencang, ribut salji dan ombak besar yang dijangka melanda wilayah barat, timur dan timur laut Jepun, dengan kemungkinan berlakunya kilat, puting beliung, runtuhan salji serta gangguan lalu lintas, lapor Agensi Berita Kyodo. Menurut Agensi Meteorologi Jepun, cuaca buruk dijangka melanda kawasan barat negara itu pada hari yang sama, manakala kawasan timur dan timur laut pula berkemungkinan mengalami keadaan cuaca tidak menentu hingga Sabtu. Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/angin-kencang-ribut-salji-diramal-di-seluruh-jepun-553097 #AWANInews
Mostrar todo...
🔥 5 1
Photo unavailableShow in Telegram
Jumlah korban akibat runtuhan sebuah bangunan kediaman lima tingkat di Wilayah Giza, selatan Kaherah meningkat kepada lapan orang, lapor Xinhua memetik portal berita milik kerajaan Mesir, Ahram Online pada Khamis. Menurut laporan itu, pasukan penyelamat menemukan mayat mangsa terakhir yang dilaporkan hilang selepas dua hari operasi pencarian dan pengalihan runtuhan dijalankan secara berterusan. Kejadian berlaku lewat Selasa di kawasan Imbaba, sebuah kejiranan padat penduduk di Wilayah Giza dan turut mengakibatkan kerosakan pada beberapa bangunan berhampiran. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/8-maut-bangunan-runtuh-di-mesir-553086 #AWANInews
Mostrar todo...
4🔥 3
Photo unavailableShow in Telegram
Agensi cuaca Jepun pada Jumaat mengeluarkan amaran mengenai tiupan angin kencang, ribut salji dan ombak besar yang dijangka melanda wilayah barat, timur dan timur laut Jepun, dengan kemungkinan berlakunya kilat, puting beliung, runtuhan salji serta gangguan lalu lintas, lapor Agensi Berita Kyodo. Menurut Agensi Meteorologi Jepun, cuaca buruk dijangka melanda kawasan barat negara itu pada hari yang sama, manakala kawasan timur dan timur laut pula berkemungkinan mengalami keadaan cuaca tidak menentu hingga Sabtu. Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/angin-kencang-ribut-salji-diramal-di-seluruh-jepun-553097 #AWANInews
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan sindiket dadah antarabangsa yang didalangi warga Asia Timur dengan rampasan dadah seberat 6.2 tan bernilai RM1.04 bilion menerusi Op Gaharu 2.0 di sekitar Lembah Klang, pada 21 Disember lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, operasi itu dijalankan susulan penahanan enam suspek termasuk tiga wanita dalam Op Gaharu 1.0 yang dilaksanakan pada 16 Disember lalu. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-tumpas-sindiket-antarabangsa-asia-timur-rampas-dadah-rm104-bilion-553089 #AWANInews
Mostrar todo...
👍 12 2🔥 2👏 2
Photo unavailableShow in Telegram
MetMalaysia memaklumkan, kawasan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang serta Pasir Puteh di Kelantan, manakala di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang. Amaran hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai di Kelantan; Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman); serta Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) bagi tempoh yang sama. Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada diramalkan melanda kawasan Gua Musang di Kelantan; Pahang (Jerantut, Maran dan Bera) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) hingga Isnin depan. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/amaran-hujan-berterusan-tahap-bahaya-di-kelantan-terengganu-hingga-29-dis-553071 #AWANInews
Mostrar todo...
👍 7🔥 5 1
Photo unavailableShow in Telegram
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews
Mostrar todo...
👍 48👎 9🔥 8👏 8
Photo unavailableShow in Telegram
Malaysia berjaya mengekalkan daya tahan ekonominya pada 2025, disokong oleh dasar perdagangan yang terbuka dan berkecuali walaupun dalam realiti perang tarif Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump serta ketidaktentuan geopolitik. Ketika berkongsi perkara itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ini turut didorong oleh kemampuan negara mewujudkan asas-asas kukuh bagi pertumbuhan masa depan. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/ekonomi-malaysia-kekal-berdaya-tahan-pada-2025-dalam-cabaran-tarif-geopolitik-amir-hamzah-553083 #AWANInews
Mostrar todo...
👍 14👎 13 1👏 1