Firdaus Wong Wai Hung Telegram
Ir al canal en Telegram
Channel Telegram rasmi Bro Firdaus Wong Wai Hung bagi berkongsi tip dakwah, menjawab persoalan terhadap Islam, perkembangan dakwah dalam dan luar negara.
Mostrar más2025 año en números

101 556
Suscriptores
-2724 horas
-2027 días
-79130 días
Archivo de publicaciones
Photo unavailableShow in Telegram
Dahulu, kaum Quraisy mencuba pelbagai cara untuk menghentikan dakwah Nabi Muhammad ﷺ.
Mereka melabel Baginda dengan pelbagai gelaran. Namun akhirnya memakan diri mereka sendiri.
Setiap gelaran yang direka untuk menjatuhkan, tidak pernah melemahkan perjuangan Baginda.
Sebaliknya, Allah mengangkat kedudukan Nabi ﷺ dengan gelaran-gelaran yang jauh lebih mulia.
Tahukah anda apa gelaran-gelaran itu?
❤ 59👍 15❤🔥 1🔥 1
Muallaf Diugut B*nuh?
Ramai yang menghantar mesej & tag saya di medsos tentang satu video yang tular dimana seorang individu berketurunan India mendakwa adik beradik kandungnya telah membelikan insuran atas nama beliau & kini mereka menghantar orang untuk membunuhnya.
Saya meminta maaf kerana tidak dapat memberikan respon segera kerana terlibat dalam pengubalan Sijil Kemahiran Malaysia (Dakwah) di Bangi selama 5 hari selain banyak lagi urusan lain.
Namun, itu tidak bermakna saya tidak mengambil peduli isu ini.
Secara peribadi saya suka bekerja di belakang tabir untuk mengumpul maklumat & menyiasat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun status.
Saudara berketurunan India itu bernama Kanegeswaran A/L Muniandy berusia 36 tahun berasal dari Johor Bahru.
Alhamdulilah. Beliau memang telah memeluk Islam dengan rela hati serta tanpa paksaan sesiapa pada 23/9/2023 di Pejabat Agama Islam Johor Bahru dan memilih nama Mohd Khairul. Alhamdulilah.
Saya juga telah berusaha menghubungi ketiga-tiga nombor telefon beliau tetapi hanya satu sahaja yang dibalas tetapi nombor itu bukan miliknya tetapi kenalannya yang juga tidak tahu di mana keberadaan saudara Mohd Khairul Kanegeswaran.
Saya enggan berspekulasi tentang dakwaan Mohd Khairul Kanegeswaran kononnya adik-beradik kandungnya telah membeli insuran dan mahu membunuhnya sehingga saya dapat berkomunikasi secara langsung dengan beliau atau adol beradik beliau.
Kita serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat & membantunya. Saya bukan polis atau adiwira.
Saya mendoakan agar beliau dalam keadaan sihat & selamat.
Jikalau ada sesiapa yang mengenali adik beradik kandungnya, bolehlah hubungkan saya dengan mereka untuk kami membantu mereka dan mengetahui apakah sebenarnya yang terjadi.
Sesiapa yang mengenali saudara Mohd Khairul Kanegeswaran atau mengetahui keberadaannya, bantulah dia dengan membawanya ke balai polis berdekatan untuk kita sama-sama membantunya.
❤ 55👍 39
Sebagaimana kita bercita-cita untuk mencapai sifar gula dan sifar rokok dengan pelbagai inisiatif dilakukan demi kesihatan masyarakat.
Mengapakah kita tidak meletakkan matlamat yang sama — sifar gaya hidup berisiko — dalam tangani penyakit Men Sex Men (MSM)?
👍 31❤ 4🤔 1
“Mummy, suruh daddy cerita sekali lagi cerita yang dia kongsikan tadi.”
Cerita ringkas apa itu tauhid & syirik kepada anak perempuan tanpa menyebut tauhid & syirik. Pada usia dia, perkataan teknikal kurang penting berbanding dengan pemahaman konsep tauhid & syirik.
Nampak ketika makan, Alayna masih menyebut,
“SO UNGRATEFUL”
Daddy tersenyum keseorangan melihat gelagatnya sambil berkata dalam hati;
“Alhamdulilah. Dia dapat pengajarannya.”
Alhamdulilah.. Itulah ‘ kelas’ agama untuknya..
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02Nr7mW3bDGYeR2r2VGYVD2VYAFuj13XFtyzJ84NfHSKUSWkRUvVCaWaz7E1B4CchVl&id=100044182431632
❤ 59👍 8🫡 6
“She is so ungrateful! 😡”
Sambil menunggu makanan tadi di Homst TTDI, saya berborak dengan anak perempuan saya yang berusia 10 tahun.
Saya tahu dia suka dengar cerita, saya memancing perhatiannya;
“Alayna, daddy nak kongsi satu cerita. Kamu berminat nak dengar?”
Pantas dia menjawab? “Adakah ianya kisah benar? Saya nak dengar cerita.”
Saya mulakan cerita ringkas;
“Ada seorang gadis yang disayangi oleh ibubapanya. Mereka sangat menyayanginya. Tidaklah mewah tetapi mereka membelanya, membelainya, mendidiknya & memberikannya pendidikan sehinggalah gadis ini berjaya masuk ke universiti.”
Alayna mencelah, “Ok. Lepas tu? Apa yang berlaku?”
Faham sangat dah anak perempuan saya ni. Tak sabar nak dengar cerita dan kesudahannya. Saya sambung;
“Dia berjaya menamatkan pelajarannya di universiti. Pada hari graduasinya dimana orang lain akan menjemput ibubapa mereka untuk meraikannya bersama, gadis ini tidak jemput ibubapanya.”
Alayna bertanya, “Habis tu, dia jemput siapa? Kenapa dia tak jemput ibubapanya?”
Saya membalas,
“Dia meRASAkan dia tak nak jemput ibubapanya. Dia RASA dia tak nak so dia tak jemput langsung ibubapanya TETAPI gadis itu menjemput dua ‘random person’.”
Raut wajah Alayna berubah. Nampak kegeramannya.
Saya cuba ‘memprovokasi’ emosinya sikit,
“Apa pendapat Alayna tentang gadis itu?”
Tanpa fikir panjang, Alayna terus menjawab;
“UNGRATEFUL!”😤
Saya ‘provok’ lagi dengan lembut;
“Kenapa UNGRATEFUL?”
Alayna membalas;
“Ya la. UNGRATEFUL la. Ibubapanya jaga dia dan bagi dia belajar tinggi-tinggi sehingga dia berjaya tamatkan pelajaran tapi dah la tak jemput ibubapanya tetapi pergi pula jemput ‘random person’. SO UNGRATEFUL!”
Jalan cerita berjaya mencetuskan emosinya. Saya ‘provok’ lembut lagi;
“Tapikan, gadis ini seorang yang sangaatttttt baik. Dia dapat keputusan yang sangat bagus dalam pelajaran lalu dia mendapat pekerjaan yang sangat bagus dan pendapatan yang tinggi. Dia bukan sahaja layan dua ‘random person’ tu sangat baik malahan dia juga suka menolong orang lain. Doa memang terkenal sebagai orang yang sangat baik. Suka tolong orang susah.”
Dia masih tak puas hati kenapa gadis itu tak jemput ibubapanya;
“KE NA PA DI-A tak jemput ibubapanya tetapi jemput ‘random person’?”
Saya membalas bersahaja;
“Dia RASA dia tak nak jemput. Itu je alasan dia.”
Alayna dari raut wajah 😤 berubah kepada 😡😢
Saya sambung cerita;
“Ramai orang mengingatkan gadis itu tentang ibubapanya tetapi gadis itu buat ‘derkk’ je. Dia tetap tak nak akui ibubapa kandungnya yang membesarkannya apatahlagi berterima kasih kepada mereka. So apa pendapat tentang gadis ini lagi, Alayna? Ingat ya, gadis ini sangatttt baik orangnya. Suka tolong orang susah & sangat berjaya dalam hidup.”
Alayna masih dengan pendiriannya tetapi kali ini dia menambah;
“Dia suka tolong orang & berjaya semua tu tak bernilai pada saya sebab dia sangat UNGRATEFUL. FULL STOP!”
Nampak geram sangat dah anak saya ni. Makanan pun sampai. Sebelum menjamu selera, Alayna tanya saya;
“Sebenarnya daddy, apa yang daddy cuba beritahu kepada saya?”
Alhamdulilah. Dia tahu dalam cerita saya ada sesuatu yang saya ingin ajarkan kepada dia. namun saya tahu, dengan budak-budak, kita tidak bpleb mengajar macam cikgu dalam kelas.
Kita kena dapatkan perhatian mereka sebelum ‘engage’ mereka. Tak boleh meleret-leret. Attention span mereka rendah. Saya membalas soalan Alayna;
“Bayangkan ya. Tadi Alayna kata gadis itu tak bernilai dan sangat marah dengan dia walaupun dia sangat berjaya dalam hidup, buat baik dan tolong orang susah HANYA kerana dia tak berterima kasih kepada ibubapanya. UNGRATEFUL, itu perkataan Alayna tadi.
Bagaimana pula dengan manusia yang hidup di muka bumi ini dengan segala nikmat kehidupan mereka, dari mata, telinga, hidup, bernafas, segala-galanya diberikan oleh Allah namun mereka tidak mengakui Allah sebagai Tuhan mereka & tidak berterima kasih kepada Allah malahan berterima kasih kepada selain dari Allah?”
Secara spontan Alayna mengangguk lalu merenung kisah tadi.
Ibunya selesai solat dan sampai ke meja. Alayna berkata kepada ibunya;
❤ 55👍 4
Pernah tak kita fikir kenapa dalam al-Quran Allah banyak sebut 'Kami' berbanding 'Aku'?
Adakah hendak menunjukkan yang Tuhan itu banyak?😱
Mari dengar jawapan bro Firdaus apabila ditanyakan hal ini oleh misionari Kristian muda ini
https://youtu.be/rXfvF3jPkXs
Jadilah Penyokong Usaha Dakwah MRM
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
https://support.my-mrm.org
❤ 30👍 3
Must we see everything to believe it exists?
Observe. Reflect. Think.
The signs around us lead to only one conclusion - there is a Creator, The One who Created Everything.
👍 32❤ 25
Photo unavailableShow in Telegram
天命所归 – tiān mìng suǒ guī
Balik kepada takdir langit - yang bermaksud takdir sudah ditentukan.
Sebagai Muslim, kita meyakini bahawa segala yang berlaku rezeki, jodoh, kematian semuanya telah ditetapkan oleh Allah.
Menariknya, pepatah Cina ini juga selari dengan firman Allah dalam Ayat ke-2, Surah Al-Hadid.
Usaha tetap perlu, tapi jangan lupa untuk sentiasa berserah kepada Allah swt.
👍 91❤ 37
Sejujurnya, bila saya dapat emel dari saudara Haziq Ikmal menyatakan hasrat untuk menemuramah saya untuk tesisnya, saya merasa kurang selesa & hanya mampu istighfar.
Kenapa kurang selesa & beristighfar?
Tajuk tesis pengajian Degree beliau di UKM adalah “Pendekatan Dakwah Media Baharu Firdaus Wong”.
Pendekatan saya di media sosial & di lapangan sebenar sekadar menyuarakan pandangan & pendapat yang saya yakini benar sahaja agar saya ada jawapan kepada Allah di Padang Mahsyar kelak. Mengajak manusia untuk berfikir secara rasional bukan emosional.
Setelah beberapa bulan tertangguh, maka berlangsunglah sesi temuramah petang semalam. Semoga Allah mempermudahkan urusan saudara Ikmal.
👍 65❤ 20🫡 8
Ateis mengatakan bahawa sains membuktikan Tuhan tidak wujud. Apakah benar dakwaan mereka atau sekadar ‘sembang kencang’?
Apa itu ‘fitrah’ & bagaimana untuk menerangkan konsep fitrah secara mudah?
Ikuti perkongsian dengan 20 lebih bakal missionari dari Amerika Syarikat ini.
Jadilah Penyokong Usaha Dakwah MRM
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
https://support.my-mrm.org
❤ 26👍 4
Hentikan Kitaran Buli, Mulakan Dengan Kita!
Rasulullah SAW bersabda:
“Tolonglah saudaramu sama ada ia berbuat zalim atau dizalimi.”
Lalu seorang sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, saya faham jika dia dizalimi, tetapi bagaimana menolong saudara yang berbuat zalim?”
Baginda menjawab: “Engkau mencegah atau menahannya daripada kezaliman, itulah cara menolongnya.”
(Sahih Bukhari, No. 6438)
❤ 61👍 8
Pelajar Kristian Terdiam Mendengar Peristiwa Rasis Pertama
https://youtu.be/199-T2jNsWw
Jadilah Penyokong Usaha Dakwah MRM
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
https://support.my-mrm.org
❤ 16👍 10
00:39
Video unavailableShow in Telegram
Pelajar pukul guru
Video pelajar menumbuk guru lalu di ‘feed’ saya. Dikhabar bahawa pelajar itu telahpun ditahan polis setelah laporan polis dilakukan dan dijangka akan didakwa di mahkamah hari ini.
Tindakan pelajar ini tidak mengejutkan saya. Kenapa?
Saya tidak mengatakan bahawa tindakan semua guru betul tetapi antara dua faktor utama yang menyumbang kepada kelakuan pelajar sebegini adalah ibubapa & pergaulan.
Saya tidak terlalu suka membandingkan situasi pada zaman berbeza tetapi adakalanya perbandingan itu perlu untuk kita memahami kenapa sesuatu perkara itu berlaku.
Dahulu pada 80an atau 90an, jikalau guru memaklumkan kepada ibubapa bahawa anak mereka mempunyai masalah disiplin di sekolah, pelajar tersebut akan didisiplinkan oleh ibubapanya sendiri malahan adakalanya ibubapa akan meminta guru sekolah mendisiplinkan lagi anak mereka.
Apa yang berlaku hari ini adalah ibubapa terlalu ‘over protective’ sehingga anak-anak hilang rasa hormat pada guru & berani mencabar malahan memukul guru sebagaimana dalam video ini.
Disiplin anak bermula dari rumah. Jikalau ibubapa sendiri berkelakuan kasar & kurang disiplin di rumah, kebiasaannya anak mereka akan menjadi kurang ajar & kasar di sekolah yang seterusnya menyebabkan pelajar bergaul dengan individu yang mereka boleh ‘buli’ & kuasai atau yang sama perangai dengan mereka.
Senakal manapun seorang pelajar pada 80an & 90an, paling teruk sekalipun hanyalah menenung tajam guru apabila ditegur atau memaki guru di belakangnya.
Saya tak kata perkara itu bagus tetapi sebagai perbandingan dengan pelajar hari ini.
Melawan balik atau memukul guru? Jauh sekali.
Mereka yang kerap dirotan atau dihukum guru disiplin dulu akan paling banyak mengingati & berterima kasih kepada guru-guru mereka itu kerana ketegasan mereka dulu yang telah menjadikan mereka seorang manusia pada hari ini.
Nasihat kepada pelajar, jagalah adab kelakuan anda terhadap orang yang lebih tua apatahlagi pada guru.
Kepada ibubapa, jagalah akhlak kita sebagai ibubapa kerana kelakuan kita akan menjadi contoh kepada anak-anak di rumah.
Buat semua guru, jikalau ada pelajar begini, buat laporan polis untuk melindungi diri anda.
Tiada toleransi terhadap buli begitu juga tiada toleransi terhadap pelajar yang kurang ajar sehingga memukul guru.
IMG_3435.MP43.40 MB
👍 118❤ 25🔥 5🤬 5😢 2
00:12
Video unavailableShow in Telegram
“Alhamdulillah ok sgt. part sy,sy terfikir-fikir bila lepas coaching tu,sy rasa lebih sedar dan lebih faham diri sendiri. pro n cons nya. sbb semua tu memberi impact kepada org sekeliling juga dan kita boleh improve. Dan coaching session tu rasa kejap sgt😅tak perasan 4 jam.”
Itu feedback dari Dr. Fatain selepas sesi Elite Mindset coaching Sabtu lepas. Sesi yang sepatutnya 2 jam berlanjutan sehingga 4 jam.
Coffee Bean dah tutup pukul 10.30pm, kami sambung lagi di luar sehingga 12.15tgh malam. Punyalah semangat pasangan suami isteri usahawan ini nak belajar & pertingkatkan kemahiran mereka. MashaAllah.
Bulan depan, customise team building 3 hari pula bersama dengan kumpulan Klinik Pergigian Fatain + group coaching bersama mereka selepas itu.
Anda mahu saya bantu anda & organisasi membina mindset yang kuat, mantap, kepimpinan kendiri serta meningkatkan kemahiran komunikasi?
Hubungi SHIFT Academy By Firdaus Wong di wa.me/0162429978 untuk kami bantu anda & organisasi.
IMG_3415.MOV10.06 KB
👍 25❤ 7
Sekumpulan pelajar Kristian dari Duke University di Amerika telah melawat pejabat kami (MRM) di Kuala Lumpur. Mereka telah disambut dengan sesi perkongsian dan kuliah oleh Bro Firdaus Wong. Tonton video penuh kuliah di sini.
https://youtu.be/dhCWzHjIVN0
❤ 39👍 8😁 1
Bro Firdaus berkongsi kisah penciptaan Adam dari perspektif Islam kepada pelajar-pelajar Kristian dari Amerika. Lihat riaksi pelajar-pelajar tersebut apabila mengetahui kisah rasis pertama yang telah berlaku kepada Nabi Adam.
https://youtu.be/dhCWzHjIVN0
Hanya sarjana boleh kenal Tuhan?
Tak logik Tuhan cipta manusia, tapi hanya “yang pandai” boleh faham Dia.
https://youtu.be/1bxqrVh_nRQ
Jadilah Penyokong Usaha Dakwah MRM
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
https://support.my-mrm.org
👍 25❤ 5
Photo unavailableShow in Telegram
Mereka bersatu & bersungguh-sungguh mahu mendesak agar saya & Zamri didakwa walaupun Menteri dah maklumkan bukti tidak mencukupi.
Insya Allah, saya akan lebih bersungguh-sungguh menentang penentangan mereka sebagaimana perintah Allah;
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka.”
(Al-Anfaal 8:15)
Doakan kami ikhlas & kuat untuk terus berjuang..
👍 193❤ 72🫡 39🔥 5🤝 2
Photo unavailableShow in Telegram
Hati-hati dengan fake account yang menggunakan video & suara saya yang dihasilkan oleh AI yang menawarkan bantuan kewangan❎
Saya tidak pernah menawarkan bantuan pinjaman kewangan dan hanya memiliki satu akaun TikTok sahaja iaitu yang di sebelah kanan sahaja yang mempunyai lebih dari 241k pengikut.
Saya TAK PERNAH gelarkan diri saya sebagai Ustaz!
JANGAN TERTIPU ❎ dengan scammer!
👍 60❤ 9😱 2
Jika anda fikir Trend S-Line hanya isu remeh anak muda... fikirkanlah semula.
Mungkin ia tanda kerosakan akhlak yang selama ini kita tidak sedar.
👍 57😢 13🔥 3❤ 2
