Nadir Al-Nuri
Ir al canal en Telegram
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Mostrar más2025 año en números

238 548
Suscriptores
-5424 horas
-4687 días
-1 81730 días
Archivo de publicaciones
00:17
Video unavailableShow in Telegram
Masyarakat yang jijik dan rosak tanda negara akan jatuh tak lama lagi, inshaAllah. Kerja kita untuk menolak mereka supaya jatuh lebih cepat.
4.87 MB
👍 380🔥 83🤯 38❤ 25👎 13
Pendirian saya terhadap Syria sama macam pendirian saya terhadap G.
أهل مكة أدرى بشعابها
'Penduduk Makkah lebih tahu tentang jalan-jalan kecilnya.'
Selagi ada keyakinan terhadap kepimpinan di sana, kita percaya mereka lebih tahu apa yang perlu dan sedang dilakukan untuk negara mereka. Lagi-lagi untuk Syria, tempat saya pernah menuntut ilmu dan masih ramai rujukan kami di kalangan masyayikh yang sempat kami ketemu awal tahun ini. Setakat yang kami tanya mereka memberi ruang kepada Ahmad Sharaa' untuk memimpin dan membawa kestabilan kepada negara.
Boleh tengok siri dokumentari kami di sana.
https://www.youtube.com/watch?v=hUandN88aD0&t=65s
❤ 176👍 41👎 9👏 1
Repost from Terkini dan Sensasi Palestin
Photo unavailableShow in Telegram
Presiden Ahmad al-Sharaa menegaskan bahawa lawatannya ke Rumah Putih dan pertemuannya bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandakan permulaan baharu bagi hubungan strategik antara Syria dan AS. Beliau menekankan bahawa Syria kini tidak lagi dilihat sebagai ancaman kepada AS, sebaliknya sebagai rakan geopolitik.
Dalam temu bual bersama saluran AS, Fox News hari ini, Presiden al-Sharaa berkata: “Sepanjang 60 tahun yang lalu, Syria terasing daripada dunia luar dan hubungannya dengan AS terputus. Ini adalah kali pertama seorang Presiden Syria melawat Rumah Putih sejak penubuhan negara ini pada tahun 1940-an.”
Beliau menambah: “Selepas kejatuhan rejim terdahulu, Syria memasuki fasa baharu, terutamanya dalam hubungannya dengan AS. Semasa pertemuan dengan Trump, kami membincangkan keadaan semasa dan masa depan, termasuk peluang pelaburan di Syria, supaya negara ini tidak lagi dilihat sebagai ancaman keselamatan, tetapi sebagai rakan geopolitik dan destinasi pelaburan yang menarik bagi AS, khususnya dalam sektor pengeluaran gas.”
Beliau turut menyatakan: “Kami membincangkan isu penghapusan sekatan, berikutan keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terhadap saya serta beberapa individu lain.”
Mengenai penyertaan Syria dalam pakatan antarabangsa menentang kumpulan militan negara Islam (ISIS) pula, beliau berkata: “Kami telah terlibat dalam pelbagai pertempuran menentang ISIS selama sepuluh tahun, menanggung banyak penderitaan dan kehilangan sebahagian besar pejuang kami. Kehadiran tentera AS di Syria mempunyai tujuan tertentu, namun ia mesti dijalankan dengan koordinasi bersama kerajaan Syria. Oleh itu, perkara ini perlu kita bincangkan dan mencapai persetujuan mengenai ISIS.”
Berhubung kemungkinan Syria menyertai Perjanjian Abraham dengan Israel pula, beliau menjelaskan bahawa situasi Syria kini berbeza daripada negara-negara lain yang menyertai perjanjian itu kerana Syria mempunyai sempadan dengan Israel yang menduduki Bukit Golan sejak 1967. Beliau menambah: “Namun, mungkin pentadbiran Trump boleh membantu kami mencapai perjanjian keselamatan dengan Israel atau memulihkan kembali perjanjian umum 1974.”
Sesi perbincangan rasmi di Rumah Putih turut melibatkan penyertaan menteri luar kedua-dua negara dan beberapa pegawai kanan, bagi membincangkan cara memperkukuh hubungan dwipihak Syria–Amerika dan mengembangkan kerjasama dalam pelbagai bidang.
Dalam masa yang sama, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio telah menyerahkan sepucuk surat rasmi kepada Menteri Luar Syria, Asaad Hassan al-Shaibani, semasa pertemuan dua hala yang memberi kebenaran untuk membuka semula Kedutaan Syria di Washington pada bila-bila masa yang diputuskan oleh pihak Syria. Langkah itu diambil susulan pemansuhan sekatan undang-undang dan diplomatik yang dikenakan semasa rejim terdahulu, kata Wakil Syria ke PBB, Ibrahim Olabi dalam temu bual bersama stesen televisyen Syria, Al-Ikhbariya pada Isnin.
Olabi menjelaskan bahawa pertemuan antara Al-Sharaa dan Donald Trump di Rumah Putih berlangsung secara praktikal dan mesra, melebihi tempoh yang dijadualkan berikutan perbincangan pelbagai isu penting. Pertemuan itu kemudiannya diperluas kepada sesi lebih besar dengan penyertaan Menteri Luar Syria serta beberapa menteri lain.
Beliau menutup kenyataan dengan menegaskan bahawa lawatan Al-Sharaa ke Rumah Putih merupakan babak baharu dalam hubungan Syria-Amerika dan menandakan permulaan fasa baru kerjasama. Beliau menekankan bahawa rakyat Syria berhak sepenuhnya meraikan pencapaian ini, yang dicapai hasil ketabahan mereka dan sokongan terhadap kepimpinan negara.
Sumber: SANA
🔥 78👎 52❤ 43😢 10👍 8🤔 2
Hari ni last boleh support beli windbreaker Palestin. Bab ekonomi ni satu hal juga, tak boleh nak fokus 100% ke sana ke mari sebab ada keluarga besar perlu ditanggung. Kalau yang nak support boleh dapatkan windbreaker ni yok di sini https://tmo.bcl.my/form/x2len
👍 98❤ 17🔥 5😢 5🤩 2
Photo unavailableShow in Telegram
1187.
Barangkali ada sebab Allah bagi saya lahir pada angka ini. November 87 dan tarikh pembebasan. Kalau ikutkan usia Saladin masa membebaskan Al-Aqsa, ada baki masa lagi 12 tahun. Tapi itu zaman berkuda, zaman tak ada internet.
Zaman kita kena cuba ikut firasat Syeikh Ahmad Yasin, 2027. Apapun hari ni pasang azam setahun,
30 negara bersama SN - GSF.
7 negara Islam terbesar bergerak bersama Malaysia.
Bantu Sudan dan bertapak di sekurangnya 5 negara Afrika.
Tak susah tapi tak mudah, selagi kalian terus menjadi tulang-belakang dan tulang depan kami. Sedia kita gempur bersama?
👍 213❤ 78🔥 31😢 3
Photo unavailableShow in Telegram
Ratusan dah mendapatkan windbreaker terpaling Palestin ni tapi masih tak cukup ramai nak isytihar jadi satu clan #PalCreed. Teringin juga nak nampak lelaki-lelaki dan wanita-wanita misteri yang pakai sweater ni bila keluar berprogram serata Malaysia malah sampai ke luar negara.
Nak beza dengan yang orang lain pakai senang sebab yang ni ada logo 2lenPalestin di bucu windbreaker.
Cool, macho dan bergaya je berjalan ke mana-mana sambil membawa warna-warna yang sudah menjadi simbol kebangkitan ini. Dua hari saja lagi untuk preorder, lepas tu lama lagilah nak tunggu batch baru pula, itupun kalau ada.
Cepat dapatkan di https://tmo.bcl.my/form/x2len untuk diri sendiri, suami dan orang tercinta. Sulami cinta kalian dengan perjuangan.
👍 141❤ 65🔥 10😁 3
00:26
Video unavailableShow in Telegram
Macam AI, macam movie, tapi pahitnya ia realiti. Yang lebih pahit, ia dah jadi fenomena biasa di G sehinggakan orang yang lalu-lalang pun dah tak boleh buat apa.
Bayangkan di padang mahsyar nanti bagaimana dahsyatnya sehingga ayah melupakan anak, suami meninggalkan isteri sebab porak-perandanya keadaan, semua nafsi nafsi hanya menjaga diri sendiri.
Tetapi tak semua dan mudah-mudahan kita tergolong dalam kumpulan yang dipelihara, ameen ameen.
8.21 MB
😢 640❤ 35👏 3👎 1
Photo unavailableShow in Telegram
Jumpa orang JB malam ni, jom ramai-ramai!
❤ 158👍 17🤩 2
01:27
Video unavailableShow in Telegram
Mereka anak-anak kita, tetapi di dimensi dunia yang berbeza. Dunia yang zalim dan penuh kekejaman.
Doakan mereka, kasihi mereka, mereka anak-anak kita, tetapi di dimensi dunia yang berbeza.
8.52 MB
❤ 331😢 242
Repost from Terkini dan Sensasi Palestin
Photo unavailableShow in Telegram
Pada pagi semalam, Knesset Israel telah meluluskan bacaan pertama rang undang-undang yang mengenakan hukuman mati ke atas tahanan Palestin, menurut Saluran 12 Israel.
Saluran itu melaporkan bahawa rang undang-undang tersebut telah melepasi bacaan pertama di peringkat Jawatankuasa Keselamatan Negara dan dijangka akan dibentangkan untuk undian penuh di Knesset pada hari Rabu.
Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia
t.me/cintagaza
😢 242👎 112🤯 32🔥 14❤ 10👏 1
Windbreaker Palestin yang saya pakai tu boleh dapatkan di https://tmo.bcl.my/form/x2len, preorder akan tutup kurang dari seminggu lagi.
❤ 93👍 19🔥 2
Tempat saya dan isteri bergambar di Kundasang ni namanya Anooh Coffee. Pemandangan dari sini atuuukuiii memang menenangkan. Kami dulu masa di UMS kalau nak bertenang memang ke Kundasang khususnya sebab ia laluan untuk sampai ke pantai Timur Sabah. Ranau tempat kami pekena Radix panas sebelum meneruskan perjalanan.
Pemilik Anooh ni junior saya di UMS Tuan Azizul Julirn. Azizul ni pelajar akuakultur dulu, dekat dengan kami di Sains Marin. Tapi mereka bela ikan, kami makan. Azizul ni juga pemilik Midori Homestay, Aquafarm dan lain-lain, dia model anak Kundasang yang berjaya sebagai orang bisnes. Kalau ke sini, korang kena khatam Anooh, Midori dan Aquafarm.
Oh ya, betullah di sebalik gambar yang saya ambil dengan isteri, ada penyibuk yang nak photo bomb semua gambar kami. Nasiblah.
4.47 MB
❤ 208👍 34🥰 20👏 4🔥 2
Repost from Terkini dan Sensasi Palestin
Selepas pengunduran tentera rejim Israel, pasukan Pertahanan Awam Gaza menemui mainan, anak patung dan tin makanan yang dipasang bahan letupan, direka untuk menarik kanak-kanak dan mencederakan orang awam.
Tindakan ini membuktikan bahawa Israel bukan sahaja berperang dengan senjata, tetapi juga dengan kebuluran dan ketakutan, menjadikan kanak-kanak sasaran kezaliman mereka.
Teruskan bersuara. Teruskan bercakap mengenai Palestin.
Hasbunallah wanimal wakil!
#Heroes4Hope
#DuniaPerluTahu
#CintaGazaMalaysia
😢 263🤯 22❤ 18🔥 9👎 8
Photo unavailableShow in Telegram
Dulu nak pakai baju P ni keluar Malaysia kena berfikir-fikir. Senang ke nak lepas imigresen? Orang pandang pelik tak nanti? Boleh kena tangkap ke?
Sekarang tak banyak negara dah yang akan tahan-tahan orang beridentiti P, pakai kuffiyeh ke mana-mana pun ok.
Jadi windbreaker cun ni dari Sabah sampai ke Eropah boleh pakai dah alhamdulillah, unapologetic. Jom dapatkan, tak sampai seminggu lagi nak tutup dah preorder. Kita sokong P seSumud Akinabalu!
Dapatkan di https://tmo.bcl.my/form/x2len
Siapa suka keluar rumah pakai baju P?
❤ 315👍 34
Photo unavailableShow in Telegram
Sampai je sini pagi tadi terus masuk meeting. Ingat datang nak tenang, rupanya akan pening panjang. Global Sumud Flotilla 2.0 in the making inshaAllah.
❤ 495🔥 137👍 67😢 2
Intipati syarat gencatan senjata di Gaza vs angka sebenar di lapangan :
1. 600 trak bantuan sehari vs sekitar 93 lori sehari
2. 300,000 khemah vs 20,000 dibenarkan masuk
3. Bantuan masuk untuk lawan kebuluran vs 70,000 kanak-kanak masih dikategori berdepan kebuluran
4. Baik pulih hospital vs tiada baik pulih hospital
5. Pelarian perang dalam Gaza (IDP) dibenarkan pulang ke tempat asal vs 55% tanah Gaza masih diduduki tentera penjajah
6. 5 sempadan dibuka untuk masuk bantuan vs hanya satu beroperasi iaitu Kerem Abu Salem
Isu sempadan dan pelanggaran syarat gencatan senjata ini adalah besar tetapi isu yang juga besar adalah isu koordinasi bantuan yang diusahakan dalam Gaza menyebabkan penyelarasan tidak berpusat dan agihan tak sekata.
Keperluan utama Gaza dalam 60 hari :
1. 600 lori bantuan masuk sehari untuk 2.1 juta penduduk menjelang Ramadan
2. Baik pulih dan operasi 177 dapur makanan panas (tikkiah) dan 25 bakeri di Gaza
3. Meningkatkan kapasiti bakeri dan dapur, mengurus keperluan WASH, memulihkan institusi pendidikan, kesihatan dan lain-lain.
Workshop NGO Al-Kheir, Jakarta
❤ 198😢 122👍 17🔥 3🥰 2
Baju windbreaker Palestin yang saya pakai ni berkualiti tinggi tapi terhad. Yang sempat dapatkan ni memang terpaling Sumudlah. Klik sini cepat, harga RM190, baca di laman ya kenapa berbaloi nak dapatkan https://tmo.bcl.my/form/x2len
❤ 106👏 6🔥 2🤩 1
