es
Feedback
Nadir Al-Nuri

Nadir Al-Nuri

Ir al canal en Telegram

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Mostrar más
2025 año en númerossnowflakes fon
card fon
238 493
Suscriptores
-4524 horas
-4317 días
-1 81330 días
Archivo de publicaciones
Photo unavailableShow in Telegram
1 363👍 318🔥 125🎉 14👏 12😢 6🤔 3
Perkongsian pasukan peguam kita Tuan Azril kepada pasukan GSF di atas bot : Rakan-rakan di atas kapal flotilla, semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Dalam beberapa jam lagi, Presiden Colombia akan membentangkan Deraf Resolusi 377A(V) “Uniting for Peace” di PBB — satu usul penting yang boleh mengatasi kuasa veto Majlis Keselamatan dan menuntut penempatan pasukan perlindungan multinasional di Gaza serta membuka laluan kemanusiaan. Mohon sangat doa kalian, khususnya doa seorang musafir, agar resolusi ini diluluskan (2/3 negara anggota) demi menghentikan pembunuhan dan penyeksaan terhadap rakyat Palestin. Doa kalian amat besar ertinya pada saat genting ini. Input tambahan, Resolusi ini dengan tindakan menghantar pasukan perlindungan tanpa perlu mendapat kebenaran UNSC hanya pernah dilaksanakan sekali sahaja dengan menghantar pasukan pada 1951 di dalam perang Korea kerana China menggunakan kuasa vetonya untuk menidakkan resolusi UN menghentikan peperangan. Colombia dan Indonesia antara lainnya adalah negara yang telah menyatakan kesediaan menghantar tentera bagi memaksa genosid dihentikan.
Mostrar todo...
823👍 158🔥 61
00:29
Video unavailableShow in Telegram
11 serangan ke atas kapal-kapal Sumud kita dalam tempoh 3, 4 jam yang lepas penting untuk kita sedar dan sebar kerana ia bukti musuh semakin gentar dengan kemaraan kita. Tetapi yang lebih utama ialah untuk tidak melupakan MEREKA di sana, kerana serangan ke atas mereka di Ghazzah, setiap detik dan saat tanpa noktah.
Mostrar todo...
9.05 MB
😢 948 137🔥 79👍 22
Ada yang persoal, apa efek flotilla ni? Saya jawab, sejak 2 tahun lepas tak ada apa-apa tindakan yang membawa perubahan. Hari ini, hasil semua tekanan termasuk dengan himpitan dan hebahan pelayaran GSF, negara-negara yang dulunya berkepit dengan penjajah ini merubah pendirian. Kalian ukurkan sendiri. Saya kongsikan penulisan Ketua Command Centre Sumud Nusantara kita di Malaysia untuk menyejukkan hati kalian dan titipan buat kami peserta misi, ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH Hari ini, Sejarah ditulis dalam lembaran kebenaran dan permulaan kemenangan! Sesuatu yang selama ini dikira mustahil akhirnya berlaku dimana pihak bersekutu rejim 'berpaling tadah' dan buat pertama kalinya, mengiktiraf Palestin secara rasmi atas kesedaran kemanusiaan yang solid dan bold. Hari ini sejarah menulis United Kingdom, Canada, Australia iktiraf Palestin secara rasmi dan berdaulat. Besok mungkin diikuti oleh Perancis dan negara lainnya Maka semakin dekat firasat Sheikh Ahmad Yassin menyatakan israel akan terkubur pada 2027. mungkin kita sedang masuk zaman akhir yang bakal kacau dan gila untuk melihat dunia bertarung dengan orang-orang yang angkuh dan sombong ini! Sahabatku Delegasi Malaysia, kalian adalah denyut nadi peralihan zaman ini. Dari doa qunut nazilah yang basah di sejadah, dari solat hajat di surau kecil hingga perhimpunan besar di jalanan, dari seruan boikot yang pernah diejek cerca ,semuanya telah menjadi gelombang besar yang menghentak benteng keangkuhan dunia. Ditambah dengan suara kepimpinan negara dan misi gila Sumud Nusantara dan Flotilla kita, akhirnya Allah izinkan dalam zaman ini kita melihat perubahan gila yang menjadi sejarah besar dunia! Ingatlah, mereka merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Lagi diasak, lagi tekad iman kita Kejayaan ini bukan milik satu nama atau satu pasukan; ia adalah milik seluruh umat yang tidak berhenti percaya bahawa Gaza akan bebas dan Palestina akan merdeka! Bezanya kalianlah penghidupnya Kepada semua delegasi di kapal, pasukan di darat, dan pewakaf diri yang disebut mahupun yang tidak disebut, kalian adalah tinta sejarah yang menulis kemenangan penting hari ini. Terus mara, kerana Palestin belum merdeka sepenuhnya. Namun detik ini membuktikan, segala yang mustahil sedang runtuh satu demi satu. Kebangkitan itu sedang berlaku dan alhamdulillah kita menjadi salah satu titik yang menghubungkan garis penting sejarah dunia untuk Palestina Sani Araby
Mostrar todo...
1 516🔥 135👍 88🥰 26😢 6👎 3
Photo unavailableShow in Telegram
390👍 54👏 16
00:40
Video unavailableShow in Telegram
"Semua anak aku syahid ya Allah. SEMUA! Tolong pegang jantung aku, jantung aku nak gugur!" Jeritan wanita ini terngiang di telinga. Membelah badai dan samudera, mendesing telinga. Ya Allah. Mereka semakin hampir. Tetapi usaha kita masih jauh. Hidupkan hati kami ya Allah, hidupkan hati kami.
Mostrar todo...
14.84 MB
😢 1 086 116🔥 24
01:23
Video unavailableShow in Telegram
Salam perjuangan dari bot Nusantara. Ingatkan bila dah naik bot, ringan sikit tugas. Rupanya kerja bertambah dari mengurus ribuan peserta dan puluhan bot kepada tambahan kerja mengurus pasukan dalam bot kecil kita ini pula. Jaga enjin pun ya, bayar bahan bakar pun ya, nak cek dapur hidup ke tak pun ya. Selain buat muka tahan mabuk laut. Allahul musta'an.
Mostrar todo...
10.85 MB
840👍 121🔥 56🥰 10
Photo unavailableShow in Telegram
It's the little things in life that we often forget. Nikmat-nikmat kecil yang selalu dilupakan kerana sudah dianggap rutin. Sedangkan bernyawa itu nikmat, sihat itu nikmat, membuang air dengan selesa itu nikmat. Sebab itu kadangkala, campakkan diri dalam kesusahan, untuk belajar menghargai segala nikmat yang Allah beri. Misi menghantar portable toilet ke kapal wanita Huga beberapa hari lepas bersama Abang Ariff Budiman . Tak perlulah mereka membuang air dalam besen lagi. Cuba tanya Kak Zizi Kirana dah sampai ke belum tandasnya ke bot mereka. Alhamdulillah atas segala nikmah.
Mostrar todo...
668👍 104🔥 12🥰 11😁 11👏 5
Photo unavailableShow in Telegram
Sampai ke Italy. Pertama kali jumpa 'kawan' bot dalam misi, yang ni bot Mali dan Kaiser. Terus naik semula semangat walaupun bot Nusantara kita perlu sedikit baik pulih. Doakan esok pagi kami jumpa segala keperluan dengan mudah dan dapat teruskan perjalanan ke Greece.
Mostrar todo...
857👍 102🔥 65🥰 12🎉 7👏 1
6.89 MB
8.88 MB
😢 580 25🔥 12🥰 2
Kami tak tahu apa harga yang perlu kami bayar demi merubah situasi di sana tetapi apa pun maharnya, kami bersedia! Sikit lagi sayang 😭
Mostrar todo...
650😢 100🔥 35👍 21
Photo unavailableShow in Telegram
Kalian nak tahu apa yang paling cantik dengan gambar ni? Yang paling cantik ialah kami akan berada bersama armada ini kerana bot observer - Nusantara kita sudah bertolak dari Tunisia malam semalam! Ya memang namanya Nusantara, kalian boleh cek di dalam tracker!
Mostrar todo...
1 162👍 67🔥 24👏 12🤩 6🥰 1
00:30
Video unavailableShow in Telegram
Saya rasa bahawa sepanjang perjalanan ini, terlalu banyak air mata telah dan akan ditumpahkan. Lautan, bersendirian dan kebergantungan, ia resepi kuat untuk membawa kita lebih mendekati Tuhan. Sebab itu uzlah dan khalwah adalah ubat jiwa yang cukup berkesan. Ya Allah kau siapkanlah ramuan terbaik untuk kami - jangan terlalu keras sehingga patah dan mengalah, dan jangan terlalu lembut sehingga ghairah dan melatah. Doakan kami sahabat-sahabat semua, perjalanan baru bermula.
Mostrar todo...
9.37 MB
1 537😢 109🔥 58👍 54🥰 19
01:10
Video unavailableShow in Telegram
Ke mana saja kami pergi, kami cuba membawa sentuhan Islam. Dan kami.dikerumuni dan dipuji rakan-rakan negara Islam dan asing kerana membawa mesej perpaduan dan keharmonian. Alhamdulillah. Misi kita bukan sekadar misi untuk kepungan dipecah, tapi juga agar jiwa-jiwa yang kering didakwah.
Mostrar todo...
22.56 MB
983👍 56🥰 26🔥 21😢 9
Photo unavailableShow in Telegram
Setiap kali saya video call dia akan berlari dan menjerit meminta telefon, nak bercakap. Dia mesti tak tahu Babanya duk buat apa, yang dia tahu Babanya tak ada di rumah selalu, telefon pun jarang-jarang. Hari ni dia masuk hospital dan kena warded pun kakaknya yang jaga sendirian. Sabarlah Ibrahim. Sikit lagi inshaAllah, sikit lagi 😔
Mostrar todo...
😢 655 416🥰 40🔥 16
00:20
Video unavailableShow in Telegram
Hari ni ribut. Ribut hujan, ribut politik dan ribut pengurusan. Tak sempat kongsi apa melainkan video pendek ini untuk kalian yang rindukan mereka.
Mostrar todo...
8.11 MB
1 162🔥 115👍 64🥰 25👏 20
01:17
Video unavailableShow in Telegram
Saat bot utama, yang dikenali sebagai "Familia Madeira" dan membawa ahli jawatankuasa eksekutif, telah diserang oleh dron awal pagi waktu Tunisia. Ada 6 orang mangsa berjaya diselamatkan oleh pengawal keselamatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. #sumudnusantara #breakthesiege #nusantaraforgaza
Mostrar todo...
IMG_2442.MOV6.32 MB
😢 569 68👍 40🔥 30🤯 13👎 4
Sidang media dan perkongsian peserta sedang berlangsung di IG Sumud Nusantara.
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Reports are coming from Tunis that the Familia Madeira has been subjected to a drone attack. The fire is out and we have been told everyone who was on board is accounted for and fine. Security protocols are in place and the authorities are doing everything necessary. Steering Committee Members
Mostrar todo...
😢 578👍 74 64🔥 28🤯 17
Photo unavailableShow in Telegram
Ada penyokong Sumud Nusantara tanya, kenapa saya tak naik kapal fasa pertama dari Barcelona ke Tunis? Jawapannya sebab saya ada tugas lain. Tugas saya mendanai dan membeli kuda-kuda yang akan dipacu kemudian menyediakan 1001 pejuang dari seluruh dunia yang siap siaga berkorban dan terkorban untuk P. Tugas saya, menggerakkan armada bersama pemikir dan penyusun strategi di belakang, agar tak kalah, membujur lalu melintang patah. Semoga barakah!
Mostrar todo...
1 703👍 283🔥 175🥰 17👏 16😢 7🤔 4👎 1😁 1