17 445
Suscriptores
-224 horas
-207 días
+14630 días
Archivo de publicaciones
Repost from TgId: 1395176154
Photo unavailableShow in Telegram
📊 Isu C-Section makin meningkat di Malaysia ❗
Apa sebenarnya yang berlaku? 🤔
🔥 Join LIVE malam ni bersama Zaki Omar (MZO)
📌 TikTok: tiktok.com/@doulamas
📌 Telegram: t.me/notadoulamas
👉 Bantu sebarkan ya!
#Doulamas #CSection #NotaDoulamas
Repost from TgId: 1572804669
Photo unavailableShow in Telegram
Salam sejahtera kepada semua ahli grup dan channel
Kami dengan sukacitanya menjemput anda untuk menyertai sesi voice chat (VC) eksklusif di grup Telegram malam ini.
Ini adalah peluang terbaik untuk kita bersama-sama berbincang, berkongsi maklumat, dan mendapatkan pencerahan tentang isu vaksin yang sering menjadi perdebatan.
Apa antara isu yang akan kita bincangkan?
Membongkar mitos dan salah faham tentang vaksin.
Perkongsian pengalaman peribadi berkaitan vaksinasi.
Perbincangan terbuka mengenai kebimbangan dan persoalan anda.
Perspektif dari pelbagai sudut pandangan.
Kami menggalakkan semua ahli untuk menyertai dengan minda terbuka dan semangat perkongsian yang konstruktif.
TARIKH: 24.09.2025 | Rabu
MASA: 9pm
PLATFORM: VC Grup Telegram
Link group untuk VC: https://t.me/+25Q2hM4jfBEwMWU1
Jangan lepaskan peluang ini untuk bersama-sama memahami isu vaksin dengan lebih mendalam!
Jumpa anda malam nanti
P/s :
1. Tujuan VC kerana sudah lama tak buat dan ramai ahli baru yang ada banyak persoalan untuk bertanya jadi diharap dengan vc ini lebih memudahkan pemahaman
2. Sekiranya mendapat sambutan kami akan usahakan menjemput tokoh2 antivaksin di kalangan golongan profesional untuk berkongsi ilmu di sesi bulan2 berikutnya.
Bantu kami sebarkan sesi VC percuma malam ini ye
Sharing is caring
Empowered by channel Sharing by Nfam & friends
https://t.me/Sharingbynfam
JANGAN lupa :
Link group untuk VC: https://t.me/+25Q2hM4jfBEwMWU1
👍 24❤ 3🔥 2
Kerana Bencikan Doula, Masyimee Turut Disabotaj Lily Mk
Dilaporkan kepada Halal Jakim.
Dilaporkan kepada Kementerian Hal Ehwal Pengguna. PPIM turut disiasat kerana berikan sokongan kepada Masyimee. Logo sokongan halal bumiputera PPIM dipertikaikan.
Dilaporkan isu packaging Masyimee hingga diugut untuk ditarikbalik sijil halal (aku ingatkan sebab ada babi dalam masyimee 🙄
Syarikat Masz Design Enterprise dan penggunaan akaun bank untuk kutipan dana kes pendakwaan MZO turut dilaporkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM.
Stor masyimee cuba diserbu KPDHEP
Premis pejabat Masyimee dilawat secara mengejut oleh pihak Halal Pulau Pinang
Kilang hampir dikenakan tindakan berikutan isu packaging, bukan isu halal haram.
Ini semua kerja-kerja sabotaj Lily Mk. Dokumen berkaitan ada dalam perbicaraan kes saman fitnah Doula terhadap Lily Mk, yang mana disediakan sendiri oleh Lily Mk.
Disebabkan kebencian dan busuk hati beliau, urusan kehidupan kami cuba dirosakkan hingga ke akar umbi.. Allhamdulillah gagal.. kami serta program Doula dan Masyimee masih kekal teguh hingga hari ini.
Kerana itu saya pesan kepada Lily Mk.. cukup-cukuplah dengan segala yang dah berlaku..
Kononnya niat untuk membanteras ‘kejahatan Doula’ telah menjadi satu kemaksiatan dan kejahatan besar beliau terhadap kami sekeluarga.
Episod penyitaan dan lelongan adalah petanda awal kepada kehancuran dan kemusnahan hidup beliau.. moga hentikanlah semua ini demi kebaikan beliau sekeluarga..
-MZO-
www.masyimee.com
IMG_9809.MP43.42 MB
IMG_9808.MP42.77 MB
👍 41🔥 13❤ 9🤯 3👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
“Cukuplah Setakat Ini Lily Mk”
Saya ingin mengajak beliau untuk tamatkan perkara ini secara berhemah.
Hormati keputusan mahkamah (jika benar dia seorang Graduan Profesional PhD Universiti Malaya), hormati perjanjian yang dibuat di rumah beliau pada 11 September lepas.
Tak perlu perpanjangkan semua ini lagi..
Jangan sangka saya mengalah dan penat apabila sebutkan perkara ini, tapi apa yang pernah saya janjikan sebelum ini, dengan izin Allah benar-benar berlaku.
Saya khuatir jika semua ini berlarutan, hidup beliau akan menuju ke arah kemusnahan dan kehancuran yang sia-sia. Kebencian beliau terhadap Doula dan vaksin tiada sebab musabab yang relevan untuk diteruskan.
Jangan kerana dek hasutan rakan-rakan yang menjadikan beliau sebagai alat permusuhan, maka beliau mahu teruskan semua ini hingga mensia-siakan masa berharganya bersama keluarga, kerjaya dan masa depan.
Arahan lelongan dan penyitaan yang diputuskan Mahkamah Petaling Jaya hanya sebahagian daripada perkara yang beliau hadapi.. kejutan demi kejutan boleh berlaku yang mana beliau takkan mampu menjangkakan perkara ini.
Allah dah memberi petunjuk satu demi satu kegagalan beliau untuk menghentikan semua ini.
1. Nak batalkan penyitaan dan lelongan - gagal
2. Nak halang notis pecah masuk - gagal
3. Nak halang listing barang dalam rumah - gagal
4. Mohon batalkan lelongan ditolak - gagal
5. Deal tepi untuk tebus barang lelong - gagal
6. Nak halang pembida (termasuk MZO) masuk rumah - gagal
7. Nak bid sendiri barang lelong - gagal
8. Terpaksa beli semula barang lelong harga 10 kali ganda
9. Terpaksa tandatangan arahan Penal Code untuk bayar RM120k hutang kepada Doulamas
10. Terima saman hina mahkamah yang baru
11. Terpaksa tukar dan guna lawyer lain pula setelah gagal berturut-turut
Saya sarankan cukup setakat ini dan hentikan perjuangan yang sia-sia ini. PW si hantu pun tak mampu bantu beliau.. si acah-acah barisan admin Ini Taik Beb pun tak mampu tolong beliau.. kerana asas perjuangan beliau bermula dengan adu domba, dengki, iri hati dan yang terbesar adalah fitnah yang disengajakan.
Saya tak cakap kosong dan banyak lagi perkara yang boleh berlaku.. termasuk terhadap rakan subahat kamu..
Mereka yang bersama-sama baling batu sembunyi tangan bersama beliau.. jangan sangka saya tidak kenal siapa kamu, hanya kerana saya tidak tulis nama kamu di sini..
-MZO-
👍 40🔥 9❤ 4👏 3
Photo unavailableShow in Telegram
Kaki Ayam: Murah Tapi Penuh Khazanah Kesihatan
Baru ini saya buat artikel tentang persediaan rutin diet Vitamin C untuk hadapi fasa selesema dan batuk yang makin menular bermula awal September 2025.
Post ini;
[https://www.facebook.com/share/p/1CrG3Zy78e/]
Ada juga yang dah lama mengalami sejak Ogos 2025 lagi, dan belum direzekikan penyembuhan. Saya dah share di mana nak dapatkan Vitamin C berkualiti tinggi dalam bahagian komen artikel tu.
Dan ada beberapa rutin dan kaedah lanjutan yang saya belum share. Kita belajar secara berperingkat ya. Kali ni saya nak cerita tentang kaki ayam sikit 🥰
Selama ni ramai pandang kaki ayam ni makanan kampung, “low class”, atau sekadar buat tambah dalam sup. Tapi sebenarnya, dalam dunia kesihatan — especially kalau kita cerita tentang nutrisi dan penyembuhan semulajadi — kaki ayam adalah superfood yang ramai tak tahu nilainya.
1. Kolagen Semula Jadi
Kaki ayam kaya dengan kolagen. Inilah bahan yang mahal kalau beli dalam bentuk serbuk atau kapsul. Kolagen bantu kulit jadi anjal, kurangkan kedut, kuatkan kuku dan rambut, dan yang paling penting, jaga sendi. Jadi, orang yang selalu sakit lutut, cuba amal sup kaki ayam, insyaAllah rasa beza.
2. Mineral Penting untuk Tulang
Dalam kaki ayam terkandung kalsium, fosforus, dan magnesium. Semua ni penting untuk tulang yang kuat, gigi yang sihat, dan fungsi saraf serta otot yang stabil. Tak perlu tunggu tua baru jaga tulang — mula daripada sekarang.
3. Penjaga Sendi Secara Semulajadi
Kaki ayam ada glukosamin dan kondroitin — bahan yang biasanya kita beli mahal dalam bentuk suplemen farmasi. Ia bertindak sebagai pelincir semula jadi untuk sendi, kurangkan risiko sakit sendi dan rawan haus.
4. Kuatkan Sistem Pertahanan Badan
Mineral zink dan zat besi dalam kaki ayam membantu tingkatkan imun badan serta cegah anemia. Zink juga percepat penyembuhan luka — sesuai sangat untuk ibu lepas bersalin atau mereka yang sedang pulih daripada sakit.
5. Protein untuk Otot dan Tenaga
Walaupun tak setanding dada ayam, kaki ayam tetap ada protein yang membantu bina otot dan tenaga harian.
Cara Paling Berkhasiat: Sup Rebusan (Bone Broth)
Nak dapat manfaat maksimum, rebus kaki ayam lama-lama sampai keluar semua zat ke dalam kuah. Kuah jernih yang kaya mineral ni dipanggil bone broth. Minum panas-panas atau campur dalam masakan harian — inilah rahsia pemakanan ringkas tapi menyihatkan.
Lepas masak boleh asingkan isi kaki ayam yang besar-besar, kemudian tulang boleh blend dan masukkan dalam sup, hirup suam panas2.. surrr gitew 😙
💡 Kesimpulan
Makanan bukan sekadar untuk kenyang. Ia adalah ubat, ia adalah pencegah penyakit. Kadang-kadang, khazanah kesihatan kita bukan datang dari produk mahal di farmasi, tapi dari dapur kita sendiri.
Jadi lain kali bila nampak kaki ayam di pasar, jangan pandang rendah. Itu bukan sisa, itu sumber kolagen semula jadi, penawar sendi, dan nutrisi untuk tubuh kita.
“Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah MZO Nampak Kat Vitamin C” 🤭
-MZO-
👍 32❤ 13😁 3
01:14
Video unavailableShow in Telegram
mRNA Diperakui Merangsang Kerosakan Di Dalam Tubuh
Dr. Drew:
“Why did we create a vaccine that does not clear the virus? Not only that Patrick, why did we create a vaccine that reproduces the most pathogenic component of the virus? Why not the nucleocapsid? Why not the whole virus? Why do we keep pushing on spike? It’s insane!”
Kenapa kita cipta satu vaksin yang tidak menyingkirkan virus? Bukan itu sahaja, Patrick, kenapa kita cipta vaksin yang menghasilkan semula komponen paling berbahaya daripada virus itu? Kenapa bukan nukleokapsid? Kenapa bukan keseluruhan virus? Kenapa kita asyik menekan pada protein spike? Ini gila!
⸻
Dr. Patrick Soon-Shiong:
“Oh my god, you’re singing my tune, exactly. I’ve been saying this since 2020.”
Ya Tuhan, awak cakap perkara yang sama dengan saya. Memang betul, saya sudah kata sejak 2020 lagi.
“Think about this. I’m not only worried about long COVID, I think I understand why we’re getting long COVID.”
Fikirkan tentang ini. Saya bukan hanya risau tentang long COVID, saya rasa saya faham kenapa kita dapat long COVID.
“Your idea about spike, this thing called spikeopathy, the idea that the spike could come either from the vaccine or from the COVID virus itself.”
Idea awak tentang spike, perkara yang dipanggil “spikeopathy” – iaitu idea bahawa protein spike itu boleh datang sama ada daripada vaksin ataupun daripada virus COVID itu sendiri.
“And if it comes from the vaccine, does it break off and does it actually replicate? If it replicates, does it persist?”
Dan jika ia datang daripada vaksin, adakah ia akan terpisah dan benar-benar berganda? Jika ia berganda, adakah ia kekal?
“If it persists and replicates in certain parts of tissue, does it reduce what they call P53?”
Jika ia kekal dan berganda dalam bahagian tertentu tisu, adakah ia mengurangkan apa yang mereka panggil P53?
“Is it then a harbinger of cancer? Is it going to act like hepatitis and HPV, god forbid, where in fact 5 years or 10 years from now?”
Adakah ia kemudian menjadi petanda kepada kanser? Adakah ia akan bertindak seperti hepatitis dan HPV — na’uzubillah — di mana dalam 5 atau 10 tahun akan datang?
“Is it potentially the explanation why I’m seeing 8-year-old, 10-year-old, 11-year-olds with colon cancer?”
Mungkinkah ini penjelasan kenapa saya nampak kanak-kanak berumur 8, 10, 11 tahun yang sudah ada kanser kolon?
**terjemahan oleh teamMZO
-MZO-
IMG_9762.MP46.46 MB
🔥 12👍 11❤ 4😢 4
Photo unavailableShow in Telegram
Varian ABCDE..XFG.. by kkyem
Kalau cari penyakit, memang jumpa la penyakitnya.. kalau cari nak sihat, insyaAllah akan jumpa kesihatannya.. kalau cari nak kena saman, insyaAllah mendapat la samannya.. 😏
Mutasi Sifat Normal Virus
Saya pernah tulis artikel ni pada Dec 2022; link 👇
-MZO-
👍 31👏 4❤ 2
Photo unavailableShow in Telegram
Lupakan pasal Vitamin, Mineral, Antioksidan, Makanan Sunnah 🙅🏻🙅🏻🙅🏻
Jom cucuk virus dan bakteria yang dah ubahsuai seperti yang diajarkan oleh buku teks Yahudi WHO.
Jom kita beri kata-kata semangat, komen suci lagi murni dan memotivasikan lebih ramai ibu bapa hadir untuk cucuk anak mereka dengan barang Yahudi Laknatullah ini 😊✌️
https://www.facebook.com/share/p/19ZozxNV4z/
Semoga dengan barang Yahudi yang halal lagi suci ini (tengah cari sijil Halal jap)…
Maka generasi masa depan kita akan lebih memuja, memuji dan mengagungkan kehebatan dan kebesaran makhluk halus virus bakteria yang berjaya dibotolkan, dipromosikan oleh ahli bertauliah berpalatao kita ini 💪
-MZO-
👍 29😁 8❤ 3
Photo unavailableShow in Telegram
Antara bulan Sept hingga Disember fasa akan meningkatnya kes selesema serta kahak di kalangan dewasa & kanak2.
Cuaca sejuk mula dirasai di Pantai Timur & suhu rendah lebih terasa di luar rumah.
Konsisten Vitamin C mulai sekarang.
Bagi Tuan Puan yang dah selalu baca penulisan saya tentang Vitamin C, pasti akan faham mengapa saya buat peringatan ini.
Antara pertengahan Ogos hingga akhir bulan September, ada banyak pergerakan rakyat Malaysia berikutan cuti sekolah dan cuti umum yang banyak sepanjang tempoh ini.
Kelesuan, kepenatan travelling antara faktor penyumbang kepada penurunan imuniti tubuh. Vitamin C antara elemen terpenting dan murah untuk membantu pemulihan daya tahan tubuh berasaskan konsep pemakanan untuk ubat.
MZO recommend Pure Vitamin C ini 👇
https://doulamas.onpay.my/order/form/vitc
-MZO-
👍 35❤ 6
Pesakit Kanser Rendah Vitamin C
Lymphocytes adalah salah satu daripada sel darah putih yang lambat untuk dihasilkan semula. Ini membuatkan seseorang yang sakit kanser lebih berisiko 'terbunuh' jika terdedah kepada jangkitan berbahaya.
Kajian makmal (in-vitro) menunjukkan T cell lymphocytes memerlukan/bergantung kepada Vitamin C (Ascorbic Acid, AA) untuk penghasilannya.
AA juga meningkatkan T cell proliferation (kadar pertambahan kuantiti) berbanding mereka yang kekurangan AA dalam tubuh.
AA juga turut meningkatkan NK Cells (Natural Killer) proliferation (kadar pertambahan kuantiti). Walaubagaimanapun, sejauhmana AA mempengaruhi fungsi NK masih belum jelas sepenuhnya.
Sel NK memainkan peranan penting dalam menghentikan pertumbuhan tumor dan mengekang jangkitan (antigen) daripada merosakkan sel lain.
Jika AA tidak mempengaruhi cara NK berfungsi, akan tetapi membantu penghasilan NK dengan cepat; telah sedikit sebanyak membantu untuk tubuh mengekang jangkitan penyakit daripada menjejaskan atau merosakkan lagi tubuh.
Maka jelas ada dua perkara dibincangkan di sini;
1. AA bantu badan hasilkan lebih banyak sel NK
2. AA mempengaruhi fungsi NK (perlu kajian lagi)
**Saya perlu tulis dua point ini dengan jelas kerana sedar akan ada yang mengaku ahli bertauliah tetiba muncul dan kata tiada bukti AA membantu fungsi NK.
** Jika AA tak bantu fungsi NK pun, bantu hasilkan lebih banyak NK pun dah bagus. NK tau la nak buat keje dia nanti. Polis mestilah hapuskan penjenayah, itu kerja dia kan?
Article Review yang diterbitkan 10 Mac 2018 turut menjadikan 65 kajian lain sebagai rujukan yang dikhaskan untuk menghurai dan mengolah semula dapatan kajian yang berkait Ascorbic Acid dan Kesan Terhadap Sel-Sel Dalam Kumpulan Darah Putih (lymphocytes). Kalau rajin sila baca
Kita sedia maklum bahawa sistem imuniti badan amat bergantung kepada fungsi dan peranan sel darah putih dalam mengekang jangkitan penyakit.
Jelas bahawa kita tak perlu tunggu kena kanser barulah nak memikirkan samada perlu atau tidak untuk mula amalkan Vitamin C Ascorbic Acid ini.
Kerana dalam jangkitan biasa sekalipun, sel darah putih tetap perlu memainkan peranannya dalam mengekang sebarang jangkitan, samada ringan atau sederhana, mahupun yang berat.
Cuma di peringkat orang ramai yang mula mengamalkan vitamin C, termasuk rakan-rakan terdekat, ahli keluarga; saya dapat lihat prestasi kesihatan mereka menjadi lebih baik.
Bagi kanak-kanak dan bayi, demam selesema batuk dan kahak mereka pulih cepat. Malah jarak jatuh sakit makin jauh, tidak lagi berlaku setiap bulan. Bagi so called ahli bertauliah yang skeptik dengan amalan Vit C, bagi mereka ini hanya testimoni. Tapi bagi kami yang merasai faedahnya, kami tak kisah pun komen kamu tu.
Jika ada sesiapa lagi kata makan Vit C air kencing jadi mahal, maka ianya bermaksud; mak kau hijau!
Banyak je sumber berkenaan Vit C ni, tapi ini sumbernya ntuk posting ini. Kalau rajin sila baca;
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5874527/
Kalau malas boleh order je vitamin C disini :
'Membaca Dengan Akal'
'Bukan Baca Untuk Menyangkal'
'Baru Ada Akai'
❤ 17👍 9
Photo unavailableShow in Telegram
Shahrul Rizan Share & Komen Kritik Penulisan Saya
Tapi saya tak boleh komen dalam wall beliau. Then saya terpaksa buat post lain untuk jawab kritikan beliau.
Saya menghargai pandangan bahawa jururawat dan doktor berada dalam skop kerja kesihatan awam, termasuk lawatan ke rumah bagi tujuan pemantauan ibu mengandung dan bayi.
Tidak dinafikan peranan mereka amat penting, apatah lagi dalam kes-kes berisiko tinggi. Namun, isu yang saya bangkitkan bukanlah soal menolak peranan jururawat atau menafikan kepentingan rawatan – tetapi soal batas hak dan privasi pesakit yang mesti dihormati.
👉 Pertama, kerahsiaan perubatan bukan perkara kecil. Bila petugas hadir tanpa kebenaran jelas, ia boleh menimbulkan persepsi dalam kalangan jiran dan masyarakat. Itu sudah dikira sebagai bentuk pendedahan maklumat secara tidak langsung.
Dalam dunia perundangan, ia boleh jatuh bawah kategori pencerobohan privasi (invasion of privacy) dan pendedahan data sensitif tanpa kebenaran.
👉 Kedua, tanggungjawab memastikan keselamatan ibu dan bayi memang benar dipikul oleh petugas kesihatan. Tetapi tanggungjawab itu tidak boleh dilaksanakan dengan cara melanggar hak pesakit.
Keselamatan dan privasi tidak boleh dipisahkan. Tidak ada justifikasi untuk menyelamatkan nyawa dengan cara mendedahkan maruah atau rahsia perubatan seseorang.
👉 Ketiga, mengatakan bahawa “jika berlaku kematian ibu atau bayi, jururawat juga yang kena jawab” adalah hujah yang separuh benar. Ya, jururawat memikul tanggungjawab dalam sistem kesihatan awam, tetapi hakikatnya keluarga dan individu yang terkesanlah yang menanggung trauma sepanjang hidup.
Janganlah dijadikan modal ‘play victim’ seolah-olah isu privasi ini hanya menyusahkan pihak kesihatan – kerana sebenarnya, ia adalah hak asasi pesakit yang dilindungi oleh undang-undang serta kod etika perubatan.
💡 Akhir Kata Oleh MZO;
Kita tidak boleh menukar naratif seolah-olah orang yang mempertahankan privasi pesakit ini tidak menghargai pengorbanan jururawat. Itu hujah yang tidak adil.
Hak pesakit mesti dijaga, begitu juga amanah jururawat mesti dihormati. Kedua-duanya perlu bergerak seiring.
Kalau pihak kesihatan benar-benar ikhlas mahu menjaga ibu dan bayi, maka jaga juga hak privasi mereka. Sebab pesakit bukan objek rawatan, tetapi manusia yang ada maruah.
Jangan guna alasan ‘kerja’ untuk menghalalkan pelanggaran etika perubatan. Etika dan SOP wujud untuk jaga kemaslahatan kedua-dua pihak; samada penyedia perkhidmatan kesihatan mahupun penerima perkhidmatan kesihatan.
FB MZO; https://www.facebook.com/share/p/1E6zAshDkf/
-MZO-
👍 58❤ 3
Photo unavailableShow in Telegram
🔒 Privasi Maklumat Vaksinasi & Hak Undang-undang Pesakit
Oleh: Muhammad Zaki Omar
Maklumat vaksinasi adalah sebahagian daripada rekod perubatan peribadi yang dilindungi oleh prinsip kerahsiaan pesakit (patient confidentiality).
Sebarang pendedahan tanpa izin adalah pelanggaran serius terhadap hak individu.
📌 Perkara penting untuk difahami:
1. Maklumat peribadi kesihatan (termasuk maklumat vaksin) tidak wajib didedahkan kepada orang awam, jiran, atau mana-mana pihak yang tidak diberi kuasa.
2. Sekiranya doktor, jururawat atau kakitangan kesihatan hadir ke rumah seseorang tanpa dipanggil, atas alasan “update status vaksinasi” atau untuk memberi suntikan tanpa persetujuan, ia boleh dikira sebagai:
• Pencerobohan privasi (invasion of privacy).
• Pendedahan maklumat sulit secara tidak langsung, kerana kehadiran mereka boleh menimbulkan persepsi dalam kalangan jiran tetangga mengenai status perubatan seseorang.
3. Keadaan ini secara tidak langsung boleh mencalarkan maruah, reputasi, dan ketenteraman hidup individu yang terkesan.
⚖️ Dari sudut undang-undang & etika:
• Ia boleh membuka ruang kepada tindakan sivil untuk menuntut ganti rugi akibat kerosakan reputasi atau tekanan emosi.
• Ia boleh dibawa ke Majlis Perubatan Malaysia (MMC) untuk tindakan tatatertib terhadap petugas kesihatan.
• Ia juga berpotensi melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) kerana maklumat kesihatan dikategorikan sebagai data sensitif yang tidak boleh diproses atau didedahkan tanpa kebenaran bertulis.
📚 Contoh Kes Berkaitan Pendedahan Maklumat Perubatan
1. Kes di Malaysia – Seorang doktor didenda kerana bocorkan maklumat pesakit HIV
• Pada 2018, seorang doktor didapati bersalah kerana mendedahkan status HIV seorang pesakit kepada majikan tanpa kebenaran.
• Tindakan ini dianggap pelanggaran Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) dan etika kerahsiaan pesakit.
• Pesakit tersebut mengalami diskriminasi pekerjaan akibat pendedahan tersebut.
2. Kes di UK – Pekerja NHS dihukum kerana akses tanpa izin
• Pada 2020, seorang jururawat NHS dikenakan tindakan disiplin kerana mengakses rekod pesakit tanpa kebenaran dan menyebarkannya kepada pihak luar.
• Mahkamah menegaskan bahawa rekod kesihatan adalah sulit sepenuhnya, dan pelanggaran kerahsiaan boleh membawa kepada tuntutan ganti rugi.
3. Kes di US – Saman berjuta akibat kebocoran rekod vaksinasi
• Di Amerika Syarikat, terdapat beberapa saman berjuta dolar apabila rekod vaksinasi dan rawatan peribadi pekerja tersebar tanpa izin.
• Mahkamah memutuskan bahawa majikan dan petugas kesihatan perlu menanggung kerugian kerana gagal melindungi kerahsiaan maklumat.
[Tindakan Mangsa Kebocoran Maklumat Peribadi]
Kes-kes ini jelas menunjukkan – bila maklumat kesihatan kita didedahkan tanpa izin, kesannya bukan kecil. Ia boleh membawa kepada diskriminasi sosial, kehilangan pekerjaan, malah trauma emosi yang berpanjangan.
Maka, setiap individu yang menjadi mangsa tidak boleh berdiam diri. Ambil tindakan serius – saman, buat laporan rasmi, desak supaya petugas berkenaan dikenakan hukuman. Ini bukan sekadar untuk membela diri, tetapi untuk memastikan sistem perubatan menghormati sempadan etika dan undang-undang.
Kalau tidak, budaya “ambil mudah” terhadap privasi pesakit akan berterusan, dan akhirnya orang awam menjadi mangsa kepada kelalaian serta penyalahgunaan kuasa.
Pendedahan maklumat kesihatan selain daripada pemilik adalah dibolehkan dengan permohonan yang diluluskan oleh pihak mahkamah. Jika mahkamah menolak permohonan ini, maklumat hanya boleh didedahkan melalui kebenaran tuan badan sahaja.
Pihak yang diamanahkan menyimpan maklumat tersebut, samada mana-mana unit kementerian kesihatan, atau institusi pendidikan yang menyimpan rekod tersebut, adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga dan menghalang pencerobohan maklumat atau data.
Tindakan undang-undang berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) boleh diambil jika kesejahteraan pemilik maklumat terganggu.
-MZO-
👍 39❤ 11
Photo unavailableShow in Telegram
Tak Vaksin Bukan Kesalahan Jenayah
Nak perludahkan vaksin tu pun takde masalah.
Nak tunjuk hebat dengan buat report polis? Apa yang hebatnya?
Kat sekolah pun cikgu takleh paksa anak murid makan panadol.. apatah lagi masukkan apa-apa bahan dalam tubuh anak kecil tanpa persetujuan ibu bapa.
Siapa tahu apa yang ada dalam jarum suntikan tu.. mereka anytime boleh claim ini vaksin, itu vaksin..
Better safe than sorry.. dah masuk bukan boleh sedut semula.
-MZO-
👍 47❤ 4🔥 3
Photo unavailableShow in Telegram
‘Apabila Si Kaki Buli Minta Jangan Buli Geng Mereka’
Dulu Doula difitnah, kami jelaskan apapun tetap geng lokter kkyem & netizen putarbelit, hinggalah kami menang lawan fitnah di mahkamah.
Kali ni dalam isu arwah Zara, ‘tauliah’ Dr Jessie & geng lokter kkyem dipertikaikan hebat oleh netizen.
Mereka yang beriya-iya nak guna kaedah Robin Hood untuk menghalalkan naratif mengawal minda orang ramai. Apabila berlaku kes ini, segalanya di luar kawalan naratif mereka.
Satu per satu Allah kembalikan perbuatan jahat kepada yang berhak menerimanya.. kemuliaan cara batil mereka cari, kehinaan yang berpanjangan diperolehi.
#tasteyourownmedicine
-MZO-
🔥 23👍 14❤ 8👏 5
Photo unavailableShow in Telegram
Trauma Kelahiran: Peranan Doula dalam Menyantuni Fitrah Kehamilan
Trauma Kelahiran di Hospital
Dalam bidang obstetrik moden, terdapat istilah birth trauma yang merujuk kepada kesan psikologi dan fizikal dialami wanita selepas melahirkan. Banyak kajian menunjukkan antara punca trauma ialah:
• Kurang komunikasi: prosedur perubatan dilakukan tanpa penjelasan mencukupi mengenai manfaat, risiko dan alternatif.
• Keterbatasan autonomi: ibu yang bertanya atau mempertikaikan prosedur sering dianggap mengganggu kerja kakitangan.
• Implikasi jangka panjang: ada wanita serik untuk mengandung lagi, mengalami kesakitan berpanjangan, atau terkesan secara emosi.
Satu kajian mendapati sehingga 30% wanita melaporkan pengalaman kelahiran yang traumatik, dengan sebahagiannya mengembangkan gejala PTSD (Ayers, 2007).
Doula Sebagai Sokongan Kesihatan Maternal
Doula berfungsi bukan sahaja semasa proses bersalin, tetapi sejak awal kehamilan. Mereka membantu memastikan kondisi ibu berada pada tahap optimum sebelum hari kelahiran.
Antara intervensi yang diberi tumpuan termasuk:
• Kualiti darah & nutrisi – memastikan hemoglobin mencukupi untuk mengurangkan risiko tumpah darah, serta zat mikro penting untuk perkembangan bayi.
• Kesihatan otot dan rahim – strategi regangan, senaman, serta nutrisi untuk menyokong kontraksi rahim yang efisien.
• Pencegahan kecederaan kelahiran – teknik tertentu bagi mengurangkan episiotomi, luka dan koyakan teruk, serta mempercepat proses pemulihan.
Kajian Cochrane menunjukkan bahawa kehadiran doula meningkatkan kepuasan ibu, mengurangkan intervensi perubatan tidak perlu, dan menurunkan kadar kelahiran caesarean (Bohren et al., 2017).
Lokasi Kelahiran: Hospital atau Rumah?
Pemilihan lokasi kelahiran adalah hak ibu bapa. Ada yang memilih hospital kerana faktor keselamatan dan akses segera kepada rawatan perubatan. Ada pula yang memilih kelahiran di rumah kerana:
• Inginkan suasana yang lebih tenang dan terkawal.
• Percaya kepada kuasa fitrah tubuh dengan sokongan ilmu dan persediaan.
• Mahu mengurangkan intervensi yang tidak diperlukan.
Dalam kedua-dua pilihan, yang paling penting ialah ibu faham apa yang berlaku pada tubuhnya serta hak mereka untuk membuat keputusan.
Melahirkan Bukan Penyakit
Secara asasnya, kehamilan dan kelahiran bukanlah penyakit. Ia adalah fitrah alami yang perlu disantuni dengan ilmu, kesedaran dan kasih sayang. Dalam perspektif Islam, Nabi Muhammad ﷺ berbangga dengan umatnya yang ramai, dan setiap anak yang lahir adalah sebahagian daripada rezeki yang dijanjikan Allah SWT.
Kesimpulan
Doula memainkan peranan besar dalam mengurangkan risiko trauma kelahiran, dengan memberikan sokongan fizikal, emosi dan ilmu sejak awal kehamilan.
Dengan persediaan yang betul, pengalaman melahirkan boleh menjadi moment positif yang meninggalkan kesan bahagia seumur hidup – bukan trauma yang menghantui.
Rujukan
• Ayers, S. (2007). Childbirth and post-traumatic stress disorder: The importance of risk and resilience. Journal of Reproductive and Infant Psychology, 25(4), 291–298. https://doi.org/10.1080/02646830701691314
• Bohren, M. A., Hofmeyr, G. J., Sakala, C., Fukuzawa, R. K., & Cuthbert, A. (2017). Continuous support for women during childbirth. Cochrane Database of Systematic Reviews, 7(CD003766). https://doi.org/10.1002/14651858.CD003766.pub6@
•. Nota Doulamas (telegram channel)
👍 18❤ 9
Photo unavailableShow in Telegram
Naratif AntiFitrah Yang Merosakkan
🌿 Natural Bukan Jahil, Tapi Bijak Pilih Jalan Hidup
Kadang-kadang kan, bila orang dengar ada yang pilih hidup natural, terus dicop “antivaks, bahaya, ketinggalan zaman”. Siap sindir nanti suruh beranak kat rumah la, anak tak cucuk vitamin K la, tak vaksin sebab kononnya propaganda. 🤦♂️
Hakikatnya… itu semua hanyalah persepsi ciptaan sistem WHO ‘si tongkat ular’ 💉💊
👉 Bersalin di rumah bukan suka-suka. Ada ilmu, ada doula, ada bidan, ada syarat low risk. Ramai ibu yang lebih tenang, lebih selamat, kurang trauma berbanding di hospital. Sebelum merdeka mak-mak bersalin di hospital mana? 🌸
👉 Vitamin K & vaksin bukan benda wajib mutlak. Ada risiko, ada kesan sampingan. Ibu bapa yang persoalkan bukan jahil, tapi nak teliti apa masuk dalam tubuh anak. Itu hak. ✊
👉 Anak ramai bukan punca miskin. Rezeki tu luas – ada orang anak sorang pun hidup berhutang, ada orang anak sepuluh tetap kaya raya dan bahagia. Rezeki bukan pada kiraan duit semata. 💰➡️💖
👉 Perubatan tradisional pun ada tempatnya. Tukang urut, bomoh tulang – ada yang lebih mahir dari doktor moden. Yang salah bila lambat bertindak, bukan kerana cuba rawatan alternatif. 🌿
🔥 Kesimpulannya MZO
Golongan natural ni bukan anti-sains, tapi mereka kritikal, berfikir, tak mahu ikut buta-buta. Mereka lebih sihat, jarang sakit, kurang bergantung pada ubat.
So kalau nak sindir, sindir lah dengan ilmu, bukan dengan prejudis. Apa guna belajar sampai ke Timur Tengah kalau minda tak berkembang.. akal fikiran pun sekadar mengikut muka surat buku teks buatan Yahudi saja tak guna juga ✨
-MZO-
👍 45❤ 11🔥 1
Photo unavailableShow in Telegram
Menjaga Darah Daging Bukan Sekadar Jaga Makan
**gambar Muhammad Khalifah bin Muhammad Zaki lahir 8 Oktober 2023
Saya dan Doulamas Masyitah Md Hassan amalkan konsep kehamilan dan kelahiran Gentle Birth Natural Birth sejak 2012 bukan kerana takut pada C-Section, tapi kerana kami mahukan kualiti kelahiran yang lebih baik pada ibu dan bayi.
Terlalu banyak isu-isu ini tak terjawab.. bermula dengan hal alahan ketika mengandung hinggalah kecederaan ketika bersalin, samada koyakan semulajadi, digunting ataupun pendarahan selepas kelahiran.
Semua ini bagaikan tiada jawapan, dianggap normal, disuruh hadap saja, walaupun kita dah usaha rujuk kepada pelbagai doktor mahupun ‘pakar kesihatan’.
Bila kami decide untuk langgar tembok ‘kemodenan sistem kesihatan’, maka ketika itu terbuka luas banyak jawapan yang dicari.
Sejak kelahiran Nur Mawaddah 2013, kami teruskan dengan cara yang sama untuk Saeed 2015, Safwan 2018, Rouf 2019, Khalifah 2023 & Husna 2024. Kami dah lalui kaedah moden pada 2012.. dan kami anggap cukuplah pengalaman itu sebagai rezeki Allah nak bagi rasa. Bila dah kenal Gentle Birth, tak boleh nak patah semula ke belakang.
Kadangkala orang lihat arus kemodenan sebagai pencapaian, tapi jika ianya melawan fitrah, saya anggap kita dah memilih kemunduran.. tanpa kita sedar.
Apa nikmatnya menyambut zuriat apabila terpaksa hadap sakit yang teramat sangat? Hinggakan terpaksa kempen bersalin Csec kalau taknak sakit?
Apa nikmat menyambut zuriat jika si ibu trauma berpanjangan dan sakit berbulan-bulan? Terpaksa hadap pelbagai jenis ubat?
Apa nikmat menyambut zuriat apabila bapa kelam kabut terpaksa uruskan ibu & bayi yang silih berulang meragam siang dan malam? Cuti yang ada berapa hari saja sebelum kembali menyambung urusan kerja.
Kegembiraan terbesar sebagai suami apabila melihat Doulamas kuat bertenaga selepas melahirkan zuriat kami. Tidak perlukan ubat untuk hentikan pendarahan, tiada luka yang perlu dijahit, tak perlu telan ubat tahan sakit.. bukan kerana kita tolak saja-saja, tapi kondisi badan kita dalam keadaan terbaik dan tak perlu semua itu.
Apatah lagi melihat si anak tidur lena siang dan malam. Bangun menangis untuk mandi, tukar lampin, menyusu dan bermain mata dengan kami.. tiada ragaman tiada drama.. hanya ketenangan dan keindahan sebuah kelahiran bersama kami 🥰
Nilai sebuah kesihatan apabila kita kurang perlukan ubat. Rasul SAW telah memesan bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. Ini hukum alam yang tidak mampu untuk kita nafikan. Tapi ilmu dalam mencegah inilah yang mereka cuba dilenyapkan kerana perubatan telah puluhan tahun dijadikan perniagaan.
Apabila ada manusia mengalunkan kata-kata golongan antivaksin atau mereka yang pro kepada kelahiran fitrah sebagai takut kepada C-Section.. bersalin secara pembedahan.. terdetik dalam hati saya, ‘dah gila ke minah ni?’
‘Kau boleh makan ikut mulut, tapi tetiba pilih nak makan ikut tiub’. Gila tak?
Boleh bersalin normal, tapi bila dipasang pelbagai alat, tetiba ada bunyi buzzer sana sini, dibuat kelam kabut seolah-olah bayi nazak dan nak mati, maka berjaya diperbodohkan ibu bapa yang kurang ilmu untuk terima bersalin secara czer.
Kami dah pernah jumpa doktor yang sengaja scan ultrosound ‘secara salah’ untuk justify air ketuban si ibu sebagai kurang, sedikit, membahayakan bayi.. kemudian pasang CTG cap ayam yang mana bacaan yang mereka kehendaki seolah-olah oksigen bayi tak stabil.. then digesa parent untuk terima C-sect masa tu juga.
Almaklum la kehamilan dah masuk 38 minggu, kalau c-sect time ni pun, kondisi bayi dah almost develop dah.
Nasib tak baik, rupanya diorang buat ‘trick’ ni pada student kami 🤭
End up diorg balik je.. bersalin normal next 2 week. Homebirth 😏🫰
Yang lagi mengarut bila student kami yang pernah bersalin czer time usia bayi 36 minggu, masa check up si lokter kata, bayi mereka ada jangkitan kuman. Baby dalam rahim kut.. camne ko check benda-benda tu wahai lokter?
Lepas bersalin secara pembedahan, baby sihat je..
(bersambung 👇)
-MZO-
❤ 37👍 19😁 1
Photo unavailableShow in Telegram
‘Yang Benar Dianggap Jahat. Si Kaki Fitnah Tryhard Untuk Dianggap Mulia.’
Ini sikap normal bagi golongan fasik. Jika mereka bergambar happy2 tu, anything boleh dilakonkan di hadapan kamera.
Kami tiada perkara nak dilakonkan. Apa yang kami perjuangkan sebagai perkara yang benar, Alhamdulillah berjaya dibuktikan secara berdokumen di mahkamah.
Si kaki fitnah yang mencipta pelbagai dokumen berdasarkan imaginasi liarnya, Alhamdulillah semuanya ditolak oleh Yang Arif Hakim. Tuan Hakim boleh nampak siapa yang ‘merekacipta kebenaran’ (menfitnah) dan siapa yang benar-benar berkata benar (jujur).
Jika ada yang minta nasihat dan dibantu samada dalam isu kesihatan, isu perundangan, isu rumahtangga, isu kereta, isu integriti dan tatatertib, insyaAllah kami bantu hingga selesai.
Jika ada hal berkait kehamilan dan kelahiran, gentle birth dan perlukan nasihat Doula, Alhamdulillah kami bantu hingga tercapai hajatnya. Semua ini berasaskan ilmu yang perlu dihadam dan dikuasai, bukan sekadar tips-tips di media sosial.
Kami bersyukur di kelilingi sahabat serta rakan-rakan yang jujur, berprinsip dan berintegriti, dan semua ini menjadi alat sokongan dan dokongan agar kami kekal di landasan perjuangan yang murni dan mengutamakan kemaslahatan ummah.
Kitorang ni bukan jenis have-have dan bermewah-mewah. Terima kasih pada yang belanja lunch 🤭
Nor Fazilah Abd Mohd (nfam) patut ada sekali tapi ada urusan lain pula. Next round masuk dalam frame ye 😁
**baby dah mengantuk tunggu abi umi dia membawang 😅
❤ 29👍 14🥰 2👏 2🔥 1

