Astro AWANI
رفتن به کانال در Telegram
Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com
نمایش بیشتر2025 سال در اعداد

79 128
مشترکین
-2124 ساعت
-1757 روز
-51930 روز
آرشیو پست ها
Photo unavailableShow in Telegram
Negeri paling ramai penduduk di Australia, New South Wales (NSW), melarang perhimpunan awam selama dua minggu selepas meluluskan undang-undang antiprotes yang kontroversi iaitu individu boleh diminta menanggalkan penutup muka, lapor Anadolu Ajansi.
Polis NSW berkata pihaknya kini diberi kuasa untuk mengisytiharkan sementara kawasan awam sebagai "terhad" daripada sebarang perhimpunan selepas parlimen negeri meluluskan undang-undang baharu pada Rabu, susulan kejadian tembakan yang meragut banyak nyawa pada 14 Dis di Bondi Beach, Sydney, ibu negeri New South Wales.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/nsw-australia-larang-perhimpunan-awam-selama-2-minggu-553033
#AWANInews
🔥 6👍 3👎 1👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kerajaan MADANI terus komited memacu kesejahteraan rakyat Sarawak melalui pelaburan strategik, pembangunan ekonomi inklusif serta pewujudan peluang pekerjaan baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata komitmen penuh turut diberikan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selain pengurusan sumber minyak dan gas yang adil, bagi memastikan manfaat ekonomi dapat disalurkan secara langsung kepada rakyat.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-madani-terus-komited-pacu-kesejahteraan-rakyat-sarawak-pm-anwar-553032
#AWANInews
👎 38👍 8🔥 1
Photo unavailableShow in Telegram
Lima orang maut selepas sebuah helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania, ketika sedang menjalankan misi pemindahan perubatan, menurut polis tempatan, lapor Anadolu Ajansi.
Komander Polis Wilayah Kilimanjaro Simon Maigwa berkata kejadian berlaku pada Khamis kira-kira 11.30 pagi (Waktu Afrika Timur), ketika helikopter itu dalam penerbangan untuk mengambil pesakit yang sedang mendaki gunung itu melalui syarikat pelancongan Boby Camping.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/lima-maut-helikopter-penyelamat-terhempas-di-gunung-kilimanjaro-tanzania-553030
#AWANInews
❤ 4🔥 2👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Jabatan Imigresen Malaysia menyerbu sebuah kedai makan terkenal di Kampung Baru selepas disyaki menggajikan pekerja warga asing menerusi OPS Selera pada Rabu.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata dalam serbuan hasil risikan selama seminggu oleh 11 pegawai itu, empat lelaki warga asing berusia 30 hingga 40 tahun ditahan.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ops-selera-imigresen-serbu-kedai-makan-terkenal-di-kampung-baru-553021
#AWANInews
👍 10👏 8🔥 2❤ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Situasi keadaan politik di Perlis jelas dipelopori oleh pihak tertentu yang menjadi dalang, susulan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Datuk Shahidan Kasim yang dilihat gagal menyelesaikan masalah dalaman.
Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik Universiti Malaya Dr Mohamad Tawfik Yaakub berkata, kegagalan menghargai mandat pengundi sehingga tercetus krisis politik ini amat mengejutkan kerana Perlis mencatat sejarah apabila Perikatan Nasional (PN) berjaya mengambil alih pentadbiran negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/krisis-politik-perlis-wujud-dalang-perlukan-lampu-ajaib-pastikan-situasi-tidak-berjangkit-penganalisis-553022
#AWANInews
👎 7🔥 3❤ 2👏 2
Photo unavailableShow in Telegram
Parti Amanah Negara (Amanah) Perlis menegaskan kesediaannya untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK), sekiranya ia berlaku.
Dalam kenyataan pada Khamis, Amanah Perlis memaklumkan pihaknya bersama rakan gabungan Pakatan Harapan (PH) negeri serta Barisan Nasional (BN) akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat bagi menyelaras pendirian dan tindakan selanjutnya, selaras dengan perkembangan isu semasa.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/amanah-perlis-sedia-hadapi-kemungkinan-prk-seru-rakyat-kekal-tenang-553008
#AWANInews
👎 50👍 13❤ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Suspek utama dalam kes penemuan mayat Suri Narudin yang ditemukan dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, di sini, 18 Dis lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Tampin, pada Jumaat.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata lelaki berusia 51 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki menyebabkan kematian mangsa.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/suspek-utama-kes-suri-narudin-dituduh-esok-553009
#AWANInews
❤ 6🔥 4
Photo unavailableShow in Telegram
Rakyat Malaysia yang menghadapi kesukaran untuk berpindah dari kawasan terjejas akibat konflik Kemboja-Thailand yang sedang berlaku dinasihatkan supaya menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di ibu negara ini untuk mendapatkan bantuan.
"Rakyat Malaysia yang mengalami kesukaran untuk berpindah dari kawasan yang terkesan akibat konflik adalah dinasihatkan supaya menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh untuk mendapatkan bantuan lanjut," menurut kedutaan itu dalam satu pemakluman pada Rabu yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rakyat-malaysia-hadapi-kesukaran-berpindah-dinasihat-hubungi-kedutaan-di-phnom-penh-553006
#AWANInews
❤ 7🔥 3👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Seramai 8,006 sukarelawan dilantik bagi membantu pengendalian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, jumlah tertinggi sejak inisiatif berkenaan diperkenalkan pada 2023, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata jumlah keseluruhan sukarelawan yang telah berkhidmat sepanjang tiga tahun pelaksanaan inisiatif itu bagi meringankan beban tugas guru kini mencecah 20,997 orang.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/8006-sukarelawan-spm-dilantik-tahun-ini-tertinggi-sejak-2023-fadhlina-553003
#AWANInews
👎 27❤ 7👍 4👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli mengesahkan bahawa telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat atas faktor kesihatan dirinya yang tidak mengizinkan.
Tambahnya, beliau telah telah menyembah maklum surat perletakan peletakan jawatan kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada Khamis.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
👏 19👎 5👍 3🔥 2
Photo unavailableShow in Telegram
Penyanyi, Anuar Zain berkongsi detik terakhir bersama arwah ibunya, Allahyarham Robiah Abdul, yang meninggal dunia selepas setahun menghidap kanser hati.
Menurut Anuar atau Shahrul Anuar Zain, 55, ibunya meninggal dunia dalam keadaan tenang dan arwah juga kelihatan tersenyum.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/mak-pergi-dengan-satu-nafas-yang-tenang-dia-tersenyum-anuar-zain-sebak-552999
#AWANInews
❤ 19👏 3
Photo unavailableShow in Telegram
Nasib sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan atau disabitkan kesalahan dalam empat kes rasuah dan 21 pengubahan wang haram (AMLA) berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), akan diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) yang bersidang di Istana Kehakiman di sini dijangka membaca keputusan berkenaan pada jam 9 pagi.
Jika mahkamah mendapati barisan pembelaan Najib yang diketuai peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, bekas Presiden UMNO itu dibebaskan serta-merta.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/keputusan-kes-1mdb-najib-esok-552996
#AWANInews
🔥 15👎 5👍 3👏 3
Photo unavailableShow in Telegram
GV Ride memperkenalkan kejutan unik sempena sambutan Krismas menerusi inisiatif One-Day-Only Surprise di sekitar Subang Jaya, pada Khamis.
Ketua Pegawai Eksekutif GV Ride, Kabeer Maand berkata, inisiatif ini bukan sekadar membawa kegembiraan kepada pelanggan, malah menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan antara pemandu dan komuniti.
“Musim perayaan adalah waktu terbaik untuk menyebarkan kegembiraan. Kami mahu pengguna merasai pengalaman yang lebih mesra, lebih peribadi, dan penuh kejutan.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gv-ride-raikan-komuniti-dengan-santa-claus-kejutan-krismas-unik-552985
#AWANInews
❤ 5👏 2👎 1
Photo unavailableShow in Telegram
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Jabatan Perhutanan Perak akan memberi notis penutupan kepada pemegang permit mulai esok (Jumaat).
Menurutnya, kawasan kedai makan tersebut di Seksyen 45.9, Laluan Pesekutuan 185 (FT 185: Jalan Simpang Pulai- Cameron Highland) telah diberikan kelulusan permit penggunaan oleh Jabatan Perhutanan bagi tujuan sewaan tapak kedai makan dan minum seluas 0.4 hektar mulai 16 Mei hingga 31 Disember 2025.
“Lokasi cerun tersebut berada di luar seliaan atau rizab Jabatan Kerja Raya (JKR). Walau bagaimanapun, melalui semakan awal, lokasi tersebut adalah merupakan kawasan tanah tambak dan risiko kejadian tanah runtuh adalah tinggi,” katanya dalam kenyataan di Ipoh
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanah-runtuh-tapak-kedai-makan-popular-di-jalan-simpang-pulaicameron-highlands-ditutup-sebulan-553001
#AWANInews
🔥 9❤ 5👎 2👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kuala Lumpur bakal melakar sejarah industri digital negara apabila dipilih sebagai tuan rumah persidangan grafik komputer dan teknik interaktif paling berprestij dunia, SIGGRAPH Asia 2026.
Persidangan yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 1 hingga 4 Disember 2026 itu dianggap sebagai satu 'milestone' atau mercu tanda baharu bagi rantau Asia Tenggara.
Pengerusi Persidangan SIGGRAPH Asia 2026, Dr. Frank Guan berkata, pemilihan Kuala Lumpur adalah tepat pada masanya memandangkan rantau ini sudah beberapa tahun tidak menganjurkan acara seperti itu.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/siggraph-asia-2026-kuala-lumpur-lakar-sejarah-angkat-falsafah-humancentered-dan-tema-weaving-future-552998
#AWANInews
👍 5❤ 1👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kemunculan Datuk M Nasir sebagai satu-satunya seniman berlatarbelakangkan muzik memberikan dimensi yang unik dan signifikan kepada pameran ini.
Buat pertama kalinya, karya catan beliau dipamerkan di Galeri PETRONAS — ruang yang selama ini sinonim dengan gema suaranya sebagai pemuzik dan penyanyi di Dewan Filharmonik PETRONAS.
Lulusan Nanyang Academy of Fine Arts, Singapura, M Nasir mengemukakan bahasa visual yang simbolik, mistikal dan introspektif.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/gaya-hidup/apabila-lukisan-bernyanyi-m-nasir-dan-resonans-muzikal-dalam-seni-visual-di-galeri-petronas-552979
#AWANInews
👏 6👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Dinamik pasaran global, tekanan isu kelestarian serta perubahan corak permintaan dunia kini meletakkan industri minyak kelapa sawit Malaysia pada fasa transformasi yang kritikal.
Dalam Awani Pagi kali ini, kami mengupas “Hala Tuju Industri Sawit Malaysia: Potensi, Cabaran dan Strategi Masa Depan” bersama Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir, bagi membincangkan cabaran semasa, potensi baharu merangkumi inovasi, bioekonomi dan produk hiliran, serta strategi memastikan daya saing dan kelestarian industri sawit dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
#AwaniPagi #AWANInews
👍 6
Photo unavailableShow in Telegram
Kata-kata penyanyi, Anuar Zain buat arwah ibunya, Allahyarham Robiah Abdul, 74, sebelum dikebumikan mengundang sebak tetamu yang hadir memberikan penghormatan. Suasana bertukar pilu apabila Anuar juga dilihat mengucup dahi ibunya buat kali terakhir sambil menahan sebak.
“Selamat jalan mak, semoga berbahagia di sana,” ujarnya.
Jenazah ibu kesayangan kepada penyanyi terkenal Ziana dan Anuar Zain, Allahyarham Robiah Abdul, 74, selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi tadi.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/jenazah-ibu-selamat-dikebumikan-ayat-anuar-zain-undang-sebak-552995
#AWANInews
❤ 17👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kecederaan panjang yang dialami menyaksikan ranking dunia pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia terus merosot ke tangga ke-144 dalam kemas kini terbaharu Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF).
Situasi itu menyebabkan bekas juara Seluruh England 2021 berkenaan terkeluar daripada kelompok 10 pemain perseorangan terbaik negara, apabila kedudukannya dipintas pemain muda, Huan Kai Hern.
Kemas kini ranking dunia bagi minggu ke-52 ini jelas mencerminkan kesan tempoh rehat berpanjangan yang terpaksa dilalui Zii Jia.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-sukan/ranking-zii-jia-terus-merudum-552973
#AWANInews
👎 13❤ 7🔥 2👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, mengesahkan telah berlaku kekosongan luar jangka susulan pengguguran tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis daripada parti PAS.
Tiga kekosongan itu melibatkan DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
🔥 16👎 5👏 4❤ 1
