Astro AWANI
رفتن به کانال در Telegram
Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com
نمایش بیشتر2025 سال در اعداد

79 117
مشترکین
-1324 ساعت
-1687 روز
-49030 روز
آرشیو پست ها
Hari ini 116 tahun yang lalu, Masjid Jamek Kuala Lumpur dibuka secara rasmi.
Sebelum wujudnya Masjid Jamek, sudah ada beberapa buah masjid kecil dibina di Jalan Melayu & Jalan Jawa (kini Jalan Tun Perak) oleh komuniti Melayu yang mendiami kawasan itu. Masjid Jamek merupakan masjid besar pertama di Kuala Lumpur.
Ia dibina di atas tanah perkuburan Melayu lama di pertemuan Sungai Kelang dengan Sungai Gombak. Batu asasnya diletakkan oleh Sultan Selangor ke-5, Sultan Alauddin Sulaiman Shah disaksikan Residen British di Selangor, H.C. Belfield pada 23 Mac 1908.
Pembinaannya menelan belanja lebih $32,000 yang mana hampir separuh daripadanya adalah hasil kutipan dana oleh masyarakat pelbagai kaum & kedudukan dari sekitar Kuala Lumpur serta sumbangan daripada kerajaan British Selangor.
Seni binanya direka oleh Arthur Benison Hubback, ketua arkitek kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu tadbiran British. Ia menampilkan unsur Moor & Indo-Saracenic, diinspirasikan daripada masjid di Cordova serta binaan era Empayar Mughal di India.
Dinamakan daripada perkataan Arab jama’ yang bermaksud ‘berkumpul’, masjid ini memiliki 2 menara utama setinggi 26.8 meter & berbelas menara-menara kecil. Kubah utama di dewan solatnya pula setinggi 21.3 meter yang diapit 2 kubah sampingan. Persekitarannya diredupkan dengan pepohon nyiur.
Sejak ia siap & dirasmikan pada 23 Disember 1909 oleh Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Masjid Jamek menjadi masjid utama di Kuala Lumpur sehinggalah Masjid Negara dibina tidak jauh dari situ yang siap & dirasmikan pada 27 Ogos 1965.
Pada 23 Jun 2017, ia dinamakan sebagai Masjid Jamek Sultan Abdul Samad oleh Sultan Selangor ke-9, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Sultan Selangor ke-4, memandangkan ia dibina di tanah yang dahulunya sebahagian daripada wilayah Selangor.
Masjid Jamek adalah masjid yang tertua di Kuala Lumpur yang masih berdiri teguh di antara dua sungai, dibayangi bangunan-bangunan moden ibu kota & terus dihadiri ribuan jemaah sehingga hari ini.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, The Star, Utusan Malaysia, Pertubuhan Arkitek Malaysia
#PeristiwaHariIni
❤ 21🔥 1
Photo unavailableShow in Telegram
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan Madani kekal berpegang kepada prinsip negara hukum dan pengasingan kuasa susulan penghakiman berhubung isu Titah Adendum yang diputuskan pada Isnin.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
👎 76👍 31👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Keperluan untuk memperkenalkan mekanisme seperti tahanan rumah wajar dibahaskan secara berperingkat melalui institusi Parlimen.
Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menyatakan, perkara itu bukan isu kecil malah wajar dijelaskan dengan empati, kebijaksanaan serta kematangan bersama.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-cadangan-tahanan-rumah-perlu-dibahas-berperingkat-di-parlimen-shamsul-iskandar-552719
#AWANInews
👎 57👍 11❤ 1👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Komuter mengalami gangguan susulan kejadian pokok tumbang yang merosakkan alat talian atas antara laluan Sungkai-Slim River pada 4.20 petang Isnin.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan kejadian itu menyebabkan 12 tiub cantilever patah, sekali gus menjejaskan bekalan kuasa bagi operasi tren di jajaran berkenaan.
Menurut KTMB insiden itu memberi kesan kepada 12 perkhidmatan ETS dan KTM Komuter melibatkan laluan Tanjung Malim-Pelabuhan Klang-Tanjung Malim.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perkhidmatan-ets-ktm-komuter-alami-gangguan-akibat-pokok-tumbang-552725
❤ 8👍 3
Photo unavailableShow in Telegram
Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan menunggu hasil siasatan rasmi sebelum mengambil tindakan seterusnya berhubung dakwaan kes pengubahan wang haram melibatkan seorang pegawai atasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata MINDEF menghormati sepenuhnya proses undang-undang yang sedang dan akan dijalankan, selaras dengan komitmen kementerian terhadap pematuhan undang-undang serta prinsip keadilan.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-pengubahan-wang-haram-mindef-tunggu-hasil-siasatan-552716
#AWANInews
❤ 8🔥 6
Photo unavailableShow in Telegram
Kira-kira 800 migran menyeberangi Selat Inggeris untuk tiba di United Kingdom (UK) pada Sabtu, menurut data Pejabat Dalam Negeri, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Angka yang dikeluarkan pada Ahad menunjukkan seramai 803 orang tiba di UK menaiki 13 bot kecil, mencatatkan jumlah tertinggi dalam sehari yang direkodkan pada Disember.
Ketibaan itu menjadikan jumlah keseluruhan migran yang sampai ke UK setakat tahun ini kepada 41,455 orang, melebihi angka keseluruhan tahunan sebanyak 36,816 yang direkodkan pada 2024.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/rekod-800-migran-seberang-selat-inggeris-ke-uk-dalam-sehari-pada-disember-552694
#AWANInews
❤ 6🔥 3
Photo unavailableShow in Telegram
Cuaca panas dan kering menyebabkan peningkatan mendadak kes tangkapan ular di daerah ini, termasuk membabitkan ular berbisa.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik Lt (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata sejak awal hingga pertengahan bulan ini, sebanyak 36 ular termasuk tujuh ular tedung selar dan lima ular senduk telah ditangkap.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-tangkapan-ular-meningkat-di-sik-ekoran-cuaca-panas-apm-552690
#AWANInews
🔥 7❤ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Naysim Bahron berkata mangsa berusia 78 tahun didatangi dua lelaki tidak dikenali di sebuah kedai makan dekat Bera pada Khamis lepas.
"Mangsa kemudian ditawarkan bantuan kerajaan daripada suspek yang kemudian memberikan RM500 kononnya sebagai bantuan daripada kerajaan.
"Susulan itu, suspek terus memperdaya dengan menawarkan untuk memasuki satu program palsu yang kononnya ditawarkan oleh pihak kerajaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/warga-emas-rugi-rm100000-terperdaya-skim-bantuan-kerajaan-palsu-552712
#AWANInews
❤ 5🔥 3
Photo unavailableShow in Telegram
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa Barisan Nasional (BN) agar menarik semula sokongan daripada Kerajaan Perpaduan.
Desakan tersebut timbul susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bagi memaksa Kerajaan dan enam yang lain melaksanakan Titah Adendum.
Dr Akmal berkata adalah lebih baik untuk UMNO menjadi pembangkang bermaruah daripada dihina oleh golongan yang disifatkannya ‘puak-puak bebal.’
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-politik/isu-titah-adendum-pemuda-puteri-umno-desak-jadi-pembangkang-bermaruah-552672
#AWANInews
❤ 33👎 32👍 17🔥 7
Photo unavailableShow in Telegram
Ranking Harimau Malaya turun ke kedudukan 121 dunia dalam ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Berdasarkan kemas kini terbaharu pada Isnin, Harimau Malaya mengumpul 1,145.9 mata, jatuh lima anak tangga berbanding ke-116 dunia sebelum ini.
Penurunan ranking itu susulan keputusan FIFA untuk membatalkan dua kemenangan ke atas Singapura pada 4 Sept dan Palestin (8 Sept) manakala satu keputusan seri menentang Cape Verde (29 Mei) selepas Malaysia didapati menurunkan pemain yang tidak layak.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-sukan/ranking-harimau-malaya-jatuh-lima-anak-tangga-kini-di-kedudukan-ke121-552703
#AWANInews
🔥 16👍 11❤ 4👏 3
Photo unavailableShow in Telegram
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Naysim Bahron berkata mangsa berusia 78 tahun didatangi dua lelaki tidak dikenali di sebuah kedai makan dekat Bera pada Khamis lepas.
"Mangsa kemudian ditawarkan bantuan kerajaan daripada suspek yang kemudian memberikan RM500 kononnya sebagai bantuan daripada kerajaan.
"Susulan itu, suspek terus memperdaya dengan menawarkan untuk memasuki satu program palsu yang kononnya ditawarkan oleh pihak kerajaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/warga-emas-rugi-rm100000-terperdaya-skim-bantuan-kerajaan-palsu-552712
#AWANInews
Photo unavailableShow in Telegram
Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa dukacita atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin yang menolak permohonan bapanya berhubung Titah Adendum.
Nooryana turut berharap bapanya dapat bersabar menerima keputusan kekal menjalani baki hukuman penjara di Penjara Kajang.
“So so sorry daddy, tak boleh nak bayangkan perasaan daddy pada ketika ini,” katanya melalui hantaran di Instagram miliknya hari ini.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-titah-adendum-so-sorry-daddy-yana-najib-kongsi-rasa-sedih-552697
#AWANInews
👎 22❤ 18🔥 5👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kumpulan rock legenda Britain, Queen, bakal melancarkan sebuah lagu yang belum pernah didengar umum selepas 51 tahun.
Lagu berjudul "Not For Sale (Polar Bear)" digugurkan daripada album kedua, Queen II, yang diterbitkan pada 1974.
Menurut laporan The Independent, gitaris utama Queen, Brian May, akan memperdengarkan lagu tersebut buat pertama kali dalam rancangan khas Krismas di stesen radio digital Planet Rock pada Isnin jam 6 petang waktu UK, dengan siaran ulangan dijadualkan pada Hari Krismas.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/selepas-51-tahun-queen-umum-pelancaran-lagu-rakaman-asal-album-1974-552675
#AWANInews
👍 9👎 6🔥 3
Photo unavailableShow in Telegram
Thailand meletakkan tiga syarat utama kepada Kemboja dalam usaha mencapai keamanan di kedua-dua sempadan negara berkenaan.
Kementerian Luarnya dalam kenyataan di laman sesawang mereka menegaskan, syarat pertama ialah Kemboja mesti menjadi pihak yang terlebih dahulu mengisytiharkan gencatan senjata.
Jelas kementerian itu, Thailand telah membentangkan kepada negara-negara anggota ASEAN berhubung fakta-fakta di lapangan serta pendirian rasmi mengenai situasi semasa.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/konflik-sempadan-thailand-letak-tiga-syarat-kemboja-perlu-isytihar-gencatan-senjata-dulu-552689
#AWANInews
👍 6🔥 3👎 1👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Dalam realiti kehidupan wanita moden yang sarat dengan tekanan kerja, tanggungjawab keluarga, dan tuntutan harian, keperluan terhadap kesejahteraan kini dilihat melangkaui aspek kecantikan luaran semata-mata, sebaliknya merangkumi ketenangan dalaman dan kesihatan menyeluruh.
Berteraskan kesedaran itu, SIIKAT Head Spa melancarkan cawangan keempatnya sebagai spa khusus wanita yang menawarkan rawatan kulit kepala berasaskan bahan semula jadi dengan pendekatan kesejahteraan holistik, sekali gus memenuhi keperluan wanita yang mencari ruang rehat selamat, privasi dan pemulihan diri.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SIIKAT Head Spa, Siti Nur’ Rahmah, berkata SIIKAT bukan sekadar pusat rawatan rambut konvensional, sebaliknya memberi tumpuan kepada kesihatan kulit kepala yang dianggap sebagai asas kepada kesejahteraan keseluruhan tubuh badan.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/siikat-natural-head-spa-tawar-pendekatan-kesejahteraan-asli-khusus-wanita-552668
#AWANInews
❤ 6👏 3
Photo unavailableShow in Telegram
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Isnin berkenan berangkat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi lawatan khas bermula hari ini hingga 24 Dis ini.
Lawatan khas julung kali baginda ke UAE itu adalah atas jemputan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat khas yang membawa baginda berlepas dari Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru pada 9 pagi.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/yang-dipertuan-agong-berangkat-ke-uae-atas-jemputan-khas-presiden-552638
👎 31👍 12❤ 3👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Thailand meletakkan tiga syarat utama kepada Kemboja dalam usaha mencapai keamanan di kedua-dua sempadan negara berkenaan.
Kementerian Luarnya dalam kenyataan di laman sesawang mereka menegaskan, syarat pertama ialah Kemboja mesti menjadi pihak yang terlebih dahulu mengisytiharkan gencatan senjata.
Jelas kementerian itu, Thailand telah membentangkan kepada negara-negara anggota ASEAN berhubung fakta-fakta di lapangan serta pendirian rasmi mengenai situasi semasa.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/konflik-sempadan-thailand-letak-tiga-syarat-kemboja-perlu-isytihar-gencatan-senjata-dulu-552689
#AWANInews
Photo unavailableShow in Telegram
Inflasi Malaysia meningkat 1.4 peratus pada November 2025, naik daripada 1.3 peratus pada Oktober, dengan indeks harga pengguna (IHP) berada pada 135.1 mata berbanding 133.3 mata pada bulan yang sama tahun sebelum itu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan tersebut didorong terutamanya inflasi lebih tinggi bagi kumpulan pendidikan, yang meningkat 2.6 peratus daripada 2.4 peratus pada Oktober.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/inflasi-malaysia-naik-14-peratus-pada-november-2025-perangkaan-552636
👎 25👍 7❤ 1👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Setiap tahun, belanjawan negara dibentangkan dalam bentuk angka, peruntukan dan inisiatif.
Namun, di sebalik setiap baris dan setiap ringgit yang diumumkan, wujud proses panjang melibatkan kerja tanpa henti, analisis mendalam serta sesi libat urus bersama rakyat di seluruh negara.
Dokumentari khas Belanjawan 2026: Kisah Di Sebalik Angka membawa penonton menelusuri proses sebenar pembentukan Belanjawan 2026, daripada peringkat awal perancangan, penyelarasan antara kementerian, sesi libat urus bersama kerajaan negeri dan pemain industri, hinggalah ke saat akhir sebelum pembentangan di Parlimen.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dokumentari-khas-kisah-individu-di-sebalik-belanjawan-2026-malam-ini-552656
#AWANInews
👎 52❤ 13👍 4👏 1
