fa
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

رفتن به کانال در Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

نمایش بیشتر
2025 سال در اعدادsnowflakes fon
card fon
79 101
مشترکین
-1224 ساعت
-1517 روز
-47530 روز
آرشیو پست ها
Photo unavailableShow in Telegram
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah agar barisan Jemaah Menteri baharu yang dilantik melaksanakan amanah dengan penuh integriti serta berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira fahaman atau kepentingan parti politik. Titah baginda itu dikongsikan oleh Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Sim Tze Tzin selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan serta Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia yang berlangsung di Istana Negara, pada pagi Rabu. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rombakan-kabinet-berkhidmat-untuk-rakyat-tanpa-mengira-parti-titah-agong-552066
نمایش همه...
👎 36👍 10 9🔥 1
03:27
Video unavailableShow in Telegram
'Ayah saya beritahu saya bahawa lobi (pengaruh) Yahudi (Jewish) adalah yang paling berkuasa di Amerika Syarikat!’ President Amerika Syarikat, Donald Trump membuat pengakuan dan memberi amaran dalam ucapan beliau di Washington D.C tentang peningkatan anti-Semitisme khususnya dikalangan Kongres AS serta kehadiran AOC Plus Three dan tokoh seperti Ilhan Omar yang dikatakan membenci orang Yahudi. Trump juga menyatakan bahawa sebagai Presiden AS, beliau akan sentiasa menyokong dan kekal menjadi ‘kawan dan juara' kepada orang Yahudi. #AWANInews
نمایش همه...
TRUMP 17disem.mp4442.32 MB
👎 78🔥 4 3👏 2
Photo unavailableShow in Telegram
Atlet pencak silat wanita negara, Ummi Mashitah Hassan, memulakan langkah kanan buat kem pencak silat selepas menyumbangkan emas pertama dalam kelas C 55-60kg, individu wanita, Sukan SEA Thailand 2025 di Arena Muang Thong Thani, Bangkok, pada Rabu. Taktikal Ummi yang kerap mengunci dan menjatuhkan pihak lawan memastikan dia menewaskan wakil tuan rumah, Anuntaya Niyompan, dengan keputusan 104-88. Untuk rekod, ini merupakan penyertaan pertama Ummi di temasya Sukan SEA. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/sukan-sea-ummi-mashitah-tuai-emas-pencak-silat-dalam-penampilan-pertama-552061
نمایش همه...
20🔥 5👏 2👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Keupayaan inovasi tempatan memperhalusi pengesanan kanser usus sekali lagi dibuktikan apabila NodeReveal diumumkan sebagai juara minggu kedua program realiti inovasi, INNOVATHON musim ketiga, yang disiarkan pada Sabtu lalu. Kejayaan itu hadir hasil pembentangan inovasi yang memberi tumpuan kepada cabaran utama dalam pemeriksaan kanser usus, khususnya proses pengesanan nodus limfa yang bersifat teknikal, rumit dan memakan masa. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/innovathon-3-nodereveal-unggul-pada-minggu-kedua-dengan-inovasi-tingkat-ketepatan-kesan-kanser-usus-552046
نمایش همه...
👏 7 2
Photo unavailableShow in Telegram
Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menutup bekalan elektrik sekitar daerah itu, susulan hujan berterusan dan banjir. TNB menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa pencawang elektrik yang terjejas berikutan penutupan bekalan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai, Seri Damai Sejahtera 1 dan 2,Lorong Seri Damai Jaya 9, Jalan Seri Damai Jaya 1/13 dan Mat Kilau. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/banjir-tnb-tutup-bekalan-elektrik-sekitar-kuantan-552064
نمایش همه...
👍 7🔥 3
Photo unavailableShow in Telegram
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar pagi Rabu meluangkan masa buat kali terakhir untuk menyantuni warga kementerian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Beliau yang tiba kira-kira jam 8.20 pagi di Kompleks Islam, Putrajaya, disambut oleh pegawai serta kakitangan agensi termasuk Setiausaha Politiknya Muhamad Razak Idris, meluangkan masa kira-kira dua jam bersama warga kementerian. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rombakan-kabinet-mohd-naim-mahu-berehat-tunai-umrah-552054
نمایش همه...
👍 18 8👏 2
Photo unavailableShow in Telegram
Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menutup bekalan elektrik sekitar daerah itu, susulan hujan berterusan dan banjir. TNB menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa pencawang elektrik yang terjejas berikutan penutupan bekalan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai, Seri Damai Sejahtera 1 dan 2,Lorong Seri Damai Jaya 9, Jalan Seri Damai Jaya 1/13 dan Mat Kilau. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/banjir-tnb-tutup-bekalan-elektrik-sekitar-kuantan-552064
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) telah menerima hukuman terbaru daripada Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana menurunkan pemain yang tidak layak dalam tiga perlawanan antarabangsa tier 1. FIFA mengisytiharkan Malaysia tewas ketiga-tiga perlawanan 3-0. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com #AWANInews
نمایش همه...
👏 28👎 9🔥 7 3
Photo unavailableShow in Telegram
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengarahkan sekatan sepenuhnya ke atas semua kapal tangki minyak yang dikenakan sekatan dan terlibat dalam urusan keluar masuk Venezuela, dalam langkah terbaharu yang meningkatkan tekanan terhadap kerajaan Nicolás Maduro. Dalam kenyataan di platform Truth Social pada Selasa, Trump berkata Venezuela kini “dikelilingi sepenuhnya oleh armada terbesar yang pernah dihimpunkan dalam sejarah Amerika Selatan.” Beliau turut memberi amaran bahawa kekuatan ketenteraan itu akan terus ditambah sehingga kerajaan Maduro “memulangkan semua minyak, tanah dan aset lain yang telah mereka curi daripada Amerika Syarikat”. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/trump-arah-sekatan-menyeluruh-ke-atas-kapal-tangki-minyak-venezuela-552040
نمایش همه...
👎 29 4🔥 2👍 1
Menteri Belia dan Sukan ,Dr Mohammed Taufiq Johari bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan , Mordi anak Bimol, tiba di perkarangan Menara Kementerian Belia dan Sukan untuk memulakan tugas rasmi. 📸 : Astro AWANI / Shahir Omar #AWANInews
نمایش همه...
👎 15👍 8 3🔥 2
Photo unavailableShow in Telegram
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya hingga waspada yang dijangka melanda beberapa negeri bermula hari ini hingga esok. Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan berkata amaran tahap bahaya yang dikeluarkan pada 8.45 pagi itu melibatkan Pahang khususnya di Kuantan, Pekan dan Rompin. Beliau berkata amaran hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Pahang (Jerantut, Maran dan Bera), Terengganu (Dungun dan Kemaman), Johor (Segamat, Kluang , Mersing dan Kota Tinggi). #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/amaran-hujan-berterusan-tahap-bahaya-buruk-di-pantai-timur-dan-johor-hingga-esok-552044
نمایش همه...
5🔥 4👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan pada Selasa pengurangan harga tiket Piala Dunia bagi peminat setia pasukan selepas menerima kritikan hebat berhubung harga yang terlalu tinggi. Langkah itu menyaksikan sebahagian peminat berpeluang mendapatkan tiket perlawanan akhir pada harga serendah AS$60 (RM245) berbanding harga asal sehingga AS$4,185 (RM19,669.50). Dalam kenyataan pada Selasa, FIFA memaklumkan tiket berharga AS$60 (RM245) akan disediakan untuk setiap perlawanan di kejohanan yang berlangsung di Amerika Utara, melalui peruntukan kepada persekutuan bola sepak negara yang bertanding. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/fifa-akur-kritikan-hebat-turunkan-harga-tiket-piala-dunia-552030
نمایش همه...
🔥 10 3
Photo unavailableShow in Telegram
Peguam kepada ahli perniagaan, Albert Tei menegaskan rakaman kamera badan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa serbuan pada 28 November lalu disahkan wujud, sekali gus menimbulkan persoalan mengapa rakaman itu masih belum didedahkan kepada umum. Dalam kenyataan pada Rabu, Mahajoth Singh berkata, pengesahan kewujudan rakaman kamera badan itu diperoleh semasa sesi soal siasat yang dijalankan di kediaman anak guamnya, apabila pegawai polis menunjukkan imej pegun yang diekstrak daripada rakaman berkenaan. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/peguam-alberi-tei-desak-rakaman-kamera-badan-pegawai-sprm-didedah-segera-kepada-umum-552049
نمایش همه...
👍 19🔥 4👏 2 1
Photo unavailableShow in Telegram
Pelantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) disifatkan sebagai keputusan yang tepat dan strategik demi kepentingan ekonomi negara. Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pengalaman luas Johari dalam sektor korporat dan pentadbiran kewangan negara menjadi aset penting untuk menerajui kementerian berkenaan. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelantikan-johari-abdul-ghani-sebagai-menteri-miti-disifatkan-tepat-552036
نمایش همه...
👏 22 6👍 5
Photo unavailableShow in Telegram
Sebanyak tujuh menteri serta lapan timbalan menteri akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI. Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu, dijangka berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada pagi Rabu. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan pelantikan menteri dan timbalan menteri baharu serta pertukaran beberapa portfolio, berikutan kekosongan dalam Kabinet Kerajaan MADANI dan keperluan untuk membuat sedikit penyesuaian. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tujuh-menteri-lapan-timbalan-menteri-angkat-sumpah-hari-ini-552042
نمایش همه...
👎 26 8👍 5👏 2
Photo unavailableShow in Telegram
Petarung Muay Thai negara, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar, muncul prospek emas selepas mengesahkan tempat ke final acara lelaki 57 kilogram (kg) pada Sukan SEA Thailand 2025 dan bakal berdepan wakil tuan rumah, Suphakon Sirilun hari ini. Mikail atau mesra disapa Miki mara ke pentas final selepas menewaskan wakil Laos, Thongbang Seuaphom dalam aksi separuh akhir di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok pada Selasa. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/sukan-sea-thailand-miki-ghazali-prospek-emas-552026
نمایش همه...
15👍 7👏 5
Photo unavailableShow in Telegram
Ibu kepada Zara Qairina Mahathir, yang selama ini mendapat sokongan padu daripada aktivis Ustazah Marhamah Rosli, mengucapkan tahniah kepada tokoh berkenaan atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Noraidah Lamat, 45, menzahirkan penghargaan itu menerusi hantaran di Facebook, sambil mengimbas jasa dan sokongan yang diberikan Marhamah sepanjang tempoh sukar yang dihadapinya. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tahniah-marhamah-rosli-banyak-jasa-kepada-saya-ibu-zara-qairina-552018
نمایش همه...
32👎 7👍 1👏 1
Hari ini 627 tahun yang lalu, Timur menakluk Delhi dengan cukup kejam. Puncanya adalah apabila Timur, pengasas & pemerintah Empayar Timurid, melihat kerajaan dinasti Tughluk pimpinan Sultan Nasiruddin Mohammad Shah terlalu berlembut dengan orang Hindu. Maka di mata Timur, kerajaan yang lemah ini perlu diganti. Sesampainya di Delhi, angkatan Timur terbeban dengan rampasan perang yang berkoyan-koyan & deretan tawanan perang diheret bersama. Untuk meringankan tanggungan, maka diarahkan supaya seluruh 100,000 orang tawanan perang itu dibunuh. Sultan Nasiruddin mengerahkan segala kekuatan terakhirnya untuk menghalang kemaraan Timur, maka bertembungkan kedua-dua angkatan pada 17 Disember 1398. Dikatakan Timur datang dengan hampir 100,000 tentera berkuda. Namun tentera Timur berdepan dengan ‘senjata’ yang tidak pernah didepani sebelum itu - gajah. Gajah-gajah perang Tughluk itu dipakaikan dengan baju rantai & dilumur racun pada gadingnya. Sukar untuk ditumbangkan, tetapi tidak mustahil buat Timur. Mengetahui gajah sejenis mahkluk yang mudah panik, lalu diarahkan supaya parit dikorek sebagai penampan & dimuatkan pada setiap unta yang dibawa dengan kayu & jerami. Tatkala gajah-gajah India itu mara, jerami & kayu pada unta-unta itu dibakar. Unta-unta yang terbakar menggelepar berlari bertempiaran menyebabkan gajah cemas, berpatah balik & merempuh barisan tentera seangkatannya di belakang. Kemenangan di Delhi disifatkan sebagai antara kejayaan terbesar Timur. Selama 15 hari kota itu dirompak, dihancurkan & penghuninya dibunuh sebelum Timur pulang ke Samarkand bersama ribuan hamba membawa segala harta kekayaan yang dikaut. Sumber: Britannica, Maps of India #PeristiwaHariIni
نمایش همه...
6🔥 5
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
Syarikat telekomunikasi negara perlu menyesuaikan struktur dan model perniagaan bagi menghadapi cabaran baharu, selari perkembangan pesat teknologi komunikasi global, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Beliau berkata kemunculan teknologi seperti komunikasi kuantum, penyulitan kuantum dan komunikasi satelit dijangka mengubah landskap industri dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, sekali gus menuntut penyesuaian segera daripada pemain industri. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syarikat-telekomunikasi-perlu-berubah-hadapi-cabaran-teknologi-baharu-fahmi-551981 #AWANInews
نمایش همه...
👎 26 5👍 1🔥 1