fa
Feedback
Kisah-kisah dalam Al-Quran

Kisah-kisah dalam Al-Quran

رفتن به کانال در Telegram

Ilmu itu milik Allah. Banyak pengajaran boleh diperolehi di dalam Al Quran. Tadabburlah setiap ayat di dalam Al Quran, InsyaAllah kita pasti selamat di dunia dan akhirat. Boleh share, copy and paste semua kisah dalam telegram ini.

نمایش بیشتر
2025 سال در اعدادsnowflakes fon
card fon
16 896
مشترکین
-124 ساعت
-297 روز
-6730 روز
آرشیو پست ها
Kuiz 223 Kaum manakah yang disebutkan dalam Al Quran, Nabi mereka menegur supaya jangan berbuat perkara yang mungkar, yang ‘belum pernah dibuat oleh sesiapapun’ sblm ini?Anonymous voting
  • A. Kaum Nabi Lut as
  • B. Kaum Bani Israel (Nabi Musa as)
  • C. Kaum Bani Israel (Nabi Isa as)
  • D. Kaum ‘Ad (Nabi Hud as)
0 votes
21
Kuiz 222 Kaum musyrik mengharapkan berhala yg disembah dpt memberi bantuan syafaat, tetapi berhala itu sendiri akan menjadi tentera terhadap mereka. Surah apakah ceritakan hal itu?Anonymous voting
  • A. Al-Kahfi
  • B. Yaasin
  • C. Al-Mulk
  • D. Al-Waqiah
0 votes
21
Kuiz 221 Allah banyak menjanjikan azab sebagai amaran sebagai peringatan. Namun, ada satu kumpulan yang dijanjikan oleh Allah azab yang ‘tidak pernah ditimpakan kepada sesiapapun’. Siapakah mereka?Anonymous voting
  • A. Kaum Nabi Lut as
  • B. Kaum Bani Israel (Nabi Musa as)
  • C. Kaum Bani Israel (Nabi Isa as)
  • D. Kaum ‘Ad (Nabi Hud as)
0 votes
16🤩 2
Kuiz 220 Antara ayat berikut, yang manakah mempunyai kaitan dengan hari Ashura’ - hari ke sepuluh bulan Muharram?Anonymous voting
  • A. Dan malam yang sepuluh - وَلَیَالٍ عَشۡرࣲ
  • B. Seperti gunung yang besar - كَٱلطَّوۡدِ ٱلۡعَظِیمِ
  • C. Bergerak laju dan berhentinya - مَجۡرٜىٰهَا وَمُرۡسَىٰ
  • D. Itulah 10 hari sempurna - تِلۡكَ عَشَرَةࣱ كَامِلَةࣱۗ
0 votes
13👍 2😢 2
📌 FIQH IMAM MAKMUM IMAM LUPA KETIKA SOLAT: APA TINDAKAN MAKMUM? Apabila imam terlupa dalam solat, menjadi kewajipan makmum untuk mengingatkannya. Menurut majoriti ulama daripada mazhab Hanafi, Syafi’i dan Hanbali, cara mengingatkan imam ialah: ▪️Makmum lelaki: menyebut "Subhanallah". ▪️Makmum wanita: menepuk belakang tapak tangan. Pandangan ini disandarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sahal bin Sa’ad r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Wahai sekalian manusia, ketika kamu lupa sesuatu dalam solat, tepuk telapak tangan. Sesungguhnya menepuk telapak tangan itu untuk wanita. Sesiapa yang lupa sesuatu dalam solat, ucapkan, 'Subhanallah'." (Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab al-Jumu’ah, Bab Raf’il Aidi Fis Solati Liamrin Yanzilu Bih, no. hadis 1142 – status hadis sahih)
Berbeza dengan pandangan ini, ulama mazhab Maliki berpendapat bahawa kedua-dua lelaki dan wanita mengingatkan imam yang terlupa dengan cara bertasbih sahaja. Mereka juga merujuk kepada hadis yang sama sebagai dalil. https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran
نمایش همه...
15👍 4
Photo unavailableShow in Telegram
01:57
Video unavailableShow in Telegram
Death Will Never Be Delay ‼️
"أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ ۗ" "Di mana sahaja kamu berada, maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh." — Surah An-Nisa’ (4:78)
Tadabbur Ringkas Ayat ini mengingatkan bahawa kematian adalah pasti dan tidak dapat dielakkan walau seseorang cuba bersembunyi di tempat paling selamat atau paling kuat. Ia juga menjadi pengajaran supaya kita tidak lalai, sentiasa bersedia, dan memperbaiki amal sebelum tiba ajal. https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran
نمایش همه...
9.95 MB
17😢 11👍 2
Kuiz 219 ⚠️ Rahmat Allah pd kita, Allah tidak memberi azab secara terus. Semua kaum terdahulu, Allah menurunkan azab secara ‘cash’, KECUALI pada satu kaum yg sempat bertaubat dan beriman iaitu Anonymous voting
  • A. Kaum Nabi Nuh
  • B. Kaum Ashab Al Aikah
  • C. Kaum Sahib Al Hut
  • D. Kaum Madyan
  • E. Kaum Ashab Al Rass
0 votes
11👍 5😢 1🤩 1
📌PUASA SUNNAH BULAN MUHARRAM 1447H / 2025M ✅ 9 Muharram 1447 H (Puasa Tasu'a): Sabtu, 5 Julai 2025 ✅ 10 Muharram 1447 H (Puasa Asyura): Ahad, 6 Julai 2025 ✅ 11 Muharram 1447 H (Puasa Selepas Asyura): Isnin, 7 Julai 2025 ✅ 13 Muharram 1447 H (Puasa Ayyamul Bidh): Rabu, 9 Julai 202514 Muharram 1447 H (Puasa Ayyamul Bidh): Khamis, 10 Julai 202515 Muharram 1447 H (Puasa Ayyamul Bidh): Jumaat, 11 Julai 2025 https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran
نمایش همه...
29👍 7😢 2
Kuiz 218 Siapakah Nabi yang namanya telah diberikan oleh Allah, dan tidak pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum itu?Anonymous voting
  • A. Nabi Muhammad SAW
  • B. Nabi Yahya AS
  • C. Nabi Isa AS
  • D. Nabi Zakaria AS
0 votes
🤩 9😢 3 2👍 1😁 1
Repost from TgId: 1360950587
Nabi Hijrah Pada Bulan Safar? ===== 1. Ya, menurut Sheikh al-Mubarakfuri, Baginda Nabi pada hakikatnya bergerak keluar dari rumah Baginda untuk berhijrah ke Madinah adalah pada bulan Safar dan bukannya bulan Muharram. Timbul persoalan di sini, jadi mengapa dikatakan 1 Muharram itu detik permulaan, perkiraan tahun Islam hijrah? 2. Perkara ini telah pun dijelaskan oleh al-Imam Ibn Hajar bahawa keazaman Baginda Nabi untuk berhijrah telah bermula sejak bulan Muharram lagi. Ini kerana, setelah berlakunya Bai’ah Aqabah pada bulan haji (Zulhijjah), keazaman untuk berhijrah menuju ke penempatan kaum Ansar bertambah kuat. 3. Oleh yang demikian, tidak salah juga untuk menyatakan perkiraan hijrah bermula dari bulan Muharram lagi. al-Hafiz Ibn Hajar yang menjelaskan: وَإِنَّمَا أَخَّرُوهُ -أي التأريخ بالهجرة- مِنْ رَبِيعٍ الْأَوَّلِ إِلَى الْمُحَرَّمِ لِأَنَّ ابْتِدَاءَ الْعَزْمِ عَلَى الْهِجْرَةِ كَانَ فِي الْمُحَرَّمِ؛ إِذِ الْبَيْعَةُ وَقَعَتْ فِي أَثْنَاءِ ذِي الْحِجَّةِ وَهِيَ مُقَدِّمَةُ الْهِجْرَةِ، “Sesungguhnya mereka (ahli sejarah) menetapkan (permulaan hijrah) dari bulan Rabiul Awwal ke bulan Muharram adalah kerana permulaan tekad untuk berhijrah itu berlaku pada bulan Muharram lagi. Ini kerana bai‘ah (dengan kaum Ansar) berlaku pada pertengahan bulan Zulhijjah, dan ia merupakan mukadimah kepada hijrah." 4. Setelah keluar dari rumah pada penghujung bulan Safar, Nabi bersembunyi seketika di Gua Thur selama beberapa hari sehinggalah memulakan perjalanan Baginda pada bulan Rabiul Awwal. 5. Atas riwayat inilah, kita dapati bahawa ada sebahagian salafusoleh yang berpandangan bahawa bulan pertama dalam Islam itu sebenarnya bermula pada Rabiul Awwal. Kata Ibn Kathir: وحكى السهيلي وغيره عن الإمام مالك أنه قال: أول السنة الإسلامية ربيع الأول؛ لأنه الشهر الذي هاجر فيه رسول الله صلى الله عليه وسلم “Al-Suhayli dan sarjana yang lain telah meriwayatkan bahawa Imam Malik pernah berkata: "Permulaan tahun Islam adalah bulan Rabiul Awwal, kerana itulah bulan di mana Rasulullah ﷺ berhijrah." 6. Secara umumnya dapat disimpulkan: a. Nabi melaksanakan Baiah Aqabah dengan kaum Ansar pada bulan Zulhijjah 13 Kenabian b. Nabi berazam untuk berhijrah pada Muharram 14 Kenabian c. Nabi keluar dari rumah untuk berhijrah pada Safar 14 Kenabian. d. Nabi keluar dari Gua Thur ke Quba pada Rabiul Awwal 14 Kenabian. e. Nabi sampai di Madinah pada 8 Rabiul Awwal 14 Kenabian. Semoga Allah menjadikan bulan Muharram ini, bulan kita memuliakan dan memartabatkan Islam. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://mylink.la/myhadithtime
نمایش همه...
19
Repost from TgId: 1360950587
Photo unavailableShow in Telegram
18
📌Hikmah di Sebalik Nabi Muhammad ﷺ Menjadi Penggembala KambingPendahuluan Rasulullah ﷺ merupakan insan paling agung yang pernah hidup di muka bumi. Baginda diutus membawa risalah tauhid, menyampaikan wahyu, dan menjadi contoh teladan sempurna bagi seluruh umat manusia. Namun, sebelum diangkat menjadi Rasul, baginda ﷺ menjalani kehidupan yang sangat sederhana—salah satunya adalah dengan menjadi seorang penggembala kambing.
Sabda baginda ﷺ: "Allah tidak pernah mengutus seorang Nabi melainkan dia pernah menggembala kambing." (Riwayat al-Bukhari) Lalu para sahabat bertanya: "Tuan juga, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Ya, aku juga pernah menggembala kambing dengan bayaran beberapa qirath daripada penduduk Mekah."
Apakah hikmah di sebalik pekerjaan ini yang tampak biasa dan rendah di mata manusia? Mari kita telusuri keindahan hikmah yang tersembunyi di sebalik pengalaman menggembala kambing. 1⃣ Latihan Kepimpinan dan Tanggungjawab Menggembala kambing bukan sekadar mengawasi haiwan. Ia adalah latihan halus untuk memupuk sifat kepimpinan. Seorang penggembala bertanggungjawab memastikan kebajikan seluruh kawanan—membawa mereka ke padang ragut terbaik, menjaga yang lemah, merawat yang cedera, dan memastikan keselamatan semua. Latihan ini menjadikan Nabi ﷺ seorang pemimpin yang memahami rakyatnya. Baginda sabar dengan umatnya, tahu tahap kefahaman mereka, dan bersikap lembut terhadap yang lemah. Inilah persediaan Allah untuk para Nabi sebelum mereka memimpin manusia. 2⃣ Kemahiran Menghimpun dan Mencegah Perpecahan Kambing secara tabiat suka bertebaran. Seorang penggembala perlu menjejak dan menghimpunkan mereka semula. Ini mengajar kesabaran, pemerhatian, dan usaha berterusan—persis seperti usaha seorang pendakwah mengajak umat kembali kepada jalan yang lurus.
Rasulullah ﷺ bersabda: "Hendaklah kamu bersama al-Jama'ah, kerana serigala hanya akan memakan kambing yang terpisah." (Riwayat Abu Dawud)
Perumpamaan ini menggambarkan bahaya perpecahan dalam umat dan pentingnya bersatu dalam jamaah Islam. 3⃣ Menanam Sifat Lemah Lembut dan Rendah Hati Berinteraksi dengan kambing menjadikan seseorang itu tenang, penyabar, dan berjiwa lembut. Ini berbeza dengan menggembala unta yang memerlukan kekerasan dan sering melibatkan kesombongan, sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ:
"Keangkuhan itu berada dalam kalangan penggembala unta, manakala ketenangan dan kelembutan hati berada dalam kalangan penggembala kambing." (Riwayat Muslim)
Para Nabi tidak ditugaskan menggembala unta kerana sifat-sifat kasar yang perlu digunakan, berbeza dengan kambing yang mendidik kelembutan. 4⃣ Pendapatan Halal dari Usaha Sendiri Nabi ﷺ pernah bersabda bahawa pendapatan terbaik adalah hasil titik peluh sendiri. Menjadi penggembala membina digniti dan ketekunan, serta menjauhkan seseorang daripada sikap bergantung kepada orang lain. Baginda ﷺ menggembala kambing demi pendapatan yang halal, bukan meminta-minta daripada masyarakat. 5⃣ Bebas dalam Menyampaikan Kebenaran Seseorang yang tidak terikat dengan harta orang lain bebas menyampaikan kebenaran tanpa takut kehilangan sokongan atau bantuan. Rasulullah ﷺ tidak berhutang budi kepada kaum Quraysh dari segi ekonomi. Oleh itu, baginda mampu berdakwah dengan bebas dan tegas, tanpa terikat dengan kepentingan mereka. 6⃣ Menunjukkan Kerendahan Hati Rasulullah ﷺ Walaupun baginda adalah insan pilihan Allah, Rasulullah ﷺ tidak malu untuk menceritakan bahawa baginda pernah menjadi penggembala kambing. Ini mencerminkan sifat tawaduk (rendah diri) yang luar biasa. Baginda tetap menyebut sejarah hidupnya dengan penuh rasa syukur dan tidak sombong walaupun dimuliakan sebagai penutup segala Nabi. ✅ Kesimpulan Apa yang tampak hina di mata manusia, sering kali mengandungi hikmah yang agung di sisi Allah. Menggembala kambing bukanlah sekadar pekerjaan, tetapi madrasah kehidupan yang membentuk peribadi seorang Nabi dan Rasul. Ia melatih kesabaran, kasih sayang, kecekapan memimpin, dan menanamkan kerendahan hati. https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran
نمایش همه...
30😢 2👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kuiz 217 “Akulah tuhan kamu semua yang paling tinggi!” ‘Ana robbukum Al-a’la’. Dialog tersebut dikatakan oleh?Anonymous voting
  • A. Allah ‘azza wa jalla
  • B. Namruz
  • C. Qorun
  • D. Fir’aun
0 votes
14😁 4🤩 4
Kuiz 216 Banyak perkara buruk & keji yang bukan shj Allah larang lakukannya, malah juga jika kita hanya dekati. Tetapi, kenapakah Allah melarang untuk mendekati solat? ‘La taqrobu solah~’Anonymous voting
  • A. Ayat tersebut adalah berkenaan orang yang mabuk arak.
  • B. Ayat tersebut adalah berkenaan orang yg berhadas dan belum bersuci.
  • C. Ayat tersebut adalah berkenaan orang yang mempunyai sifat munafiq di dlm hati mereka.
  • D. Ayat tersebut adalah berkenaan larangan solat di dalam waktu² haram solat.
0 votes
11🤩 3😁 2😢 1
Repost from TgId: 1360950587
Photo unavailableShow in Telegram
Baca Doa Selepas Azan, Dapat Doa Rasulullah =============== Setiap kita barangkali rindu untuk mendapat doa daripada Rasulullah. Berdasarkan hadis, antara golongan yang didoakan oleh Rasulullah ialah mereka yang membaca doa selepas azan. Setelah selesai dengar azan, adalah sangat digalakkan kita membaca doa selesai azan. Ini kerana doa mereka yang membacanya akan mendapat doa syafaat daripada Rasulullah. Sabda Rasulullah: مَن قال حِينَ يَسمعُ النِّداءَ: اللهمَّ ربَّ هذه الدعوةِ التامَّةِ، والصَّلاةِ القائمةِ، آتِ محمدًا الوسيلةَ والفضيلةَ، وابعثْه مقامًا محمودًا الذي وعدتَه؛ حلَّتْ له شَفاعتي يومَ القيامةِ “Barangsiapa yang membaca doa (doa azan) setelah mendengar azan iaitu: اللهمَّ ربَّ هذه الدعوةِ التامَّةِ، والصَّلاةِ القائمةِ، آتِ محمدًا الوسيلةَ والفضيلةَ، وابعثْه مقامًا محمودًا الذي وعدتَه Maka (mereka yang membaca doa ini) akan mendapat syafaat aku. (HR Muslim). Moga Allah merahmati kita semua.
نمایش همه...
49👍 7
Antara cara mudah untuk mendapatkan syafaat Rasulullah SAW~ 🥰
نمایش همه...
Kuiz 215 Banyak perumpamaan Allah gunakan di dalam Quran untuk kita mudah faham. “Dan turunkan sayap kepada mereka dengan rendah diri..” Ayat tersebut berkisarkan tentang apa?Anonymous voting
  • A. Anak-anak yang perlu menghormati ibu bapa.
  • B. Malaikat yang perlu tunduk hormat kepada kejadian Nabi Adam, Hawwa’ & manusia sekalian.
  • C. Burung yang berterbangan dibandingkan dengan makhluk lain yang jauh lebih besar seperti gunung.
  • D. Malaikat penjaga pintu langit ketika Rasul mikraj ke sidratulmuntaha.
0 votes
17👍 10😢 1
Kuiz 214 “..innahu amalun ghoiru soleh..” ‘Sesungguhnya dia berbuat tidak soleh.’ Deskripsi itu adalah kepada orang yang rapat seorang Nabi. Siapakah orang tersebut?Anonymous voting
  • A. Ayah kepada Nabi Ibrahim AS
  • B. Anak kepada Nabi Yaakub AS
  • C. Bapa saudara kepada Nabi Muhammad SAW
  • D. Anak kepada Nabi Nuh AS
  • E. Anak kepada Nabi Adam AS
0 votes
10😢 5🤩 1