fa
Feedback
Kisah-kisah dalam Al-Quran

Kisah-kisah dalam Al-Quran

رفتن به کانال در Telegram

Ilmu itu milik Allah. Banyak pengajaran boleh diperolehi di dalam Al Quran. Tadabburlah setiap ayat di dalam Al Quran, InsyaAllah kita pasti selamat di dunia dan akhirat. Boleh share, copy and paste semua kisah dalam telegram ini.

نمایش بیشتر
2025 سال در اعدادsnowflakes fon
card fon
16 891
مشترکین
-324 ساعت
-287 روز
-6230 روز
آرشیو پست ها
Repost from TgId: 1751637307
Photo unavailableShow in Telegram
6
Repost from TgId: 1751637307
Pengajaran 1. Hikmah adalah Kurniaan Allah: Kita harus sedar bahawa kebijaksanaan dalam hidup adalah pemberian dari Allah. Oleh itu, kita perlu berdoa dan memohon hikmah daripada Allah dalam setiap aspek kehidupan, sama ada dalam urusan duniawi mahupun rohani. 2. Hikmah membawa kebaikan yang banyak: Orang yang diberikan hikmah oleh Allah tidak hanya memperoleh pengetahuan, tetapi juga kebaikan yang melimpah, termasuk petunjuk hidup, kedamaian hati, dan ketenangan jiwa. Kita harus berusaha untuk memperoleh ilmu yang bermanfaat yang mendekatkan kita kepada Allah. 3. Pentingnya berfikir dengan hati yang terbuka: Akal yang bijaksana diperlukan untuk memahami pengajaran dan peringatan yang Allah berikan dalam kehidupan kita. Ulul Albab adalah mereka yang dapat mendalami dan mengambil manfaat daripada segala yang terjadi, baik dalam Al-Quran mahupun dalam kehidupan seharian. 4. Menggunakan akal untuk mendekatkan diri kepada Allah: Kegunaan akal bukan sekadar untuk memikirkan urusan dunia, tetapi juga untuk menyaring nasihat-nasihat Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya. Dengan hikmah yang Allah kurniakan, kita dapat melihat dunia dan akhirat dengan pandangan yang lebih luas dan lebih bijak dalam membuat keputusan yang membawa keredhaan Allah. ✅ Aplikasi Dalam Kehidupan 1. Gunakan akal dan pemikiran dengan baik. Hubungkaitkan ayat-ayat Al Quran dengan kehidupan seharian kita. 2. Sentiasa berdoa kepada Allah agar dikurniakan hikmah kebijaksanaan agar memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat. https://t.me/tadabburdibulanramadhan
نمایش همه...
👍 7 7
Repost from TgId: 1751637307
Tadabbur 19 Ramadhan 1446H (Khamis, 20 March 2025) ✅ Tema Ayat Kebijaksanaan (hikmah) sebagai kurniaan Allah dan kepentingan menggunakan akal. ✅ Ayat Pilihan Al-Baqarah 2:269 يُؤۡتِي ٱلۡحِكۡمَةَ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُؤۡتَ ٱلۡحِكۡمَةَ فَقَدۡ أُوتِيَ خَيۡرࣰا كَثِيرࣰاۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ English He gives wisdom[1] to whom He wills, and whoever has been given wisdom has certainly been given much good. And none will remember except those of understanding. Malay Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. ✅ Perkataan Pilihan 1. يُؤۡتِي - Dia memberikan 2. يَشَآءُۚ - Dia kehendaki 3. يَذَّكَّرُ - mengambil pelajaran ✅ Huraian Ayat 1. Pemberian Hikmah oleh Allah: - Ayat ini menegaskan bahawa hikmah (kebijaksanaan) adalah salah satu anugerah daripada Allah yang diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki. Hikmah di sini merujuk kepada ilmu yang berguna, pengetahuan yang mendalam, dan kemampuan untuk membuat keputusan yang tepat berdasarkan pemahaman yang benar tentang hidup dan tujuan kehidupan. - Ini mengingatkan kita bahawa ilmu dan kebijaksanaan tidak dapat dicapai hanya dengan usaha manusia semata-mata, tetapi merupakan kurniaan dari Allah. Oleh itu, kita harus bersyukur dan memohon kepada Allah agar dikurniakan hikmah dalam setiap urusan kehidupan kita. 2. Kebaikan yang Banyak bagi yang Memiliki Hikmah: - Allah memberi penjelasan bahawa sesiapa yang diberikan hikmah oleh-Nya, maka ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Ini kerana hikmah bukan sahaja membawa kepada pengetahuan, tetapi juga kepada petunjuk hidup yang benar. Orang yang memiliki hikmah dapat membuat keputusan yang bijak, memahami realiti kehidupan dengan lebih jelas, dan melihat dengan pandangan yang lebih luas, baik di dunia maupun di akhirat. - Kebaikan yang banyak bukan hanya dalam aspek duniawi seperti kekayaan atau kedudukan, tetapi juga dalam hal-hal rohani, kedamaian batin, dan keredhaan Allah. Mereka yang bijaksana dalam keputusan dan tindakan mereka, lebih cenderung untuk mencapai kehidupan yang lebih baik di dunia dan akhirat. 3. Peranan Akal dan Pemikiran dalam Menerima Pengajaran: - Ayat ini mengingatkan bahawa tidak semua orang akan mengambil pengajaran atau peringatan daripada ayat-ayat Allah dan nasihat kehidupan, kecuali mereka yang memiliki akal yang bijaksana (أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ). Ulul Albab merujuk kepada orang-orang yang berakal, iaitu mereka yang menggunakan akal dan pemikiran mereka dengan baik, berfikir dengan mendalam, dan mengambil pengajaran daripada segala yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka adalah orang-orang yang menilai dengan hati yang bersih, mencari kebenaran, dan memahami maksud di sebalik peringatan yang diberikan oleh Allah. 4. Pentingnya Penggunaan Akal dan Pemikiran: - Dalam konteks ini, penggunaan akal adalah sangat penting dalam merenung ayat-ayat Allah dan peristiwa kehidupan. Akal yang digunakan dengan bijaksana akan membolehkan seseorang itu untuk mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku dalam hidup mereka dan mendekatkan diri kepada Allah. - Tanpa akal yang jernih, seseorang mungkin akan terlepas pandang hikmah atau pengajaran yang terkandung dalam pengalaman hidup dan ayat-ayat Al-Quran. Oleh itu, kita diajak untuk menggunakan akal dengan penuh tanggungjawab dan mencari kebenaran dalam segala hal.
نمایش همه...
👍 10 5
Repost from TgId: 1751637307
Photo unavailableShow in Telegram
👍 9 5
Photo unavailableShow in Telegram
📌Pelihara Lidah Ketika Berpuasa
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Apabila seseorang kamu berpuasa: - Janganlah dia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia. - Dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Sekiranya dia dimaki hamun atau diajak bermusuhan, maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya aku berpuasa hari ini." Riwayat Muslim (1151)
    Hadis ini mengajarkan kita untuk menjaga tutur kata dan perbuatan semasa berpuasa, kerana puasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga daripada perbuatan buruk seperti berbicara dengan cara yang tidak baik dan bertengkar.    Penting untuk kita menjaga lidah dan akhlak ketika berpuasa agar puasa kita diterima dengan baik oleh Allah SWT. https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran
نمایش همه...
24👍 6
Repost from TgId: 1751637307
Tadabbur 7 Ramadhan 1446H (Sabtu, 8 March 2025) ✅ Tema Ayat Beriman & bertawakal formula menghindari pengaruh syaitan ✅ Ayat Pilihan An-Nahl 16:99 إِنَّهُۥ لَيۡسَ لَهُۥ سُلۡطَٰنٌ عَلَى ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ English Indeed, there is for him no authority over those who have believed and rely upon their Lord. Malay Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. ✅ Perkataan Pilihan 1. لَيۡسَ - tiada 2. سُلۡطَٰنٌ - kekuasaan ✅ Pengajaran 1. Syaitan memang boleh membisikkan orang beriman untuk melakukan maksiat kepada Allah. Tetapi syaitan tidak mempunyai kuasa atau pengaruh untuk menyesatkan orang beriman. Matlamat utama syaitan membisikkan kejahatan adalah bagi menyebabkan manusia syirik kepada Allah. Itu matlamat utama syaitan. Syaitan cuma mahu kita mensyirikkan Allah sahaja melalui maksiat-maksiat yang dilakukan. Bagaimana? Dengan membuatkan kita berputus asa dengan rahmat Allah setelah melakukan maksiat. Sedangkan dalam Al Quran terdapat banyak ayat-ayat pengharapan kepada pendosa seperti kita, antaranya:
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar." (Surah an-Nisa, ayat 48)
Apabila manusia berputus asa dengan rahmat Allah Yang Maha Pengampun, manusia akan berterusan melakukan maksiat sehingga manusia tersebut merasakan apa pun maksiat yang dilakukan, tetap akan ke neraka. Disini syaitan akan menghasut untuk mensyirikkan Allah dan manusia tersebut tidak akan memohon ampun dan bertaubat kerana sudah berputus asa dengan rahmat Allah. Manusia mudah dipengaruhi syaitan apabila berputus asa dengan rahmat Allah. Jadi, jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah walaupun berkali-kali terjerumus ke lembah kemaksiatan. Sentiasalah pantas memohon keampunan setelah melakukan kemaksiatan. 2. Beza orang beriman bukannya kepada tidak pernah melakukan kesalahan, tetapi kepada keinsafannya yang membawa kepada permohonan ampun dan taubatnya kepada Allah. Pengajaran yang boleh kita ambil melalui kisah Nabi Adam dan Iblis di dalam Al Quran. Kedua-dua ingkar perintah Allah, namun yang membezakan adalah tindakan mereka selepas itu. Nabi Adam terus insaf dan memohon ampun serta bertaubat kepada Allah. Dan Allah menerima taubatnya. Manakala Iblis mempertahankan tindakannya yang ingkar serta berani mencabar Allah. Dan sebab itulah Iblis dilaknat Allah. 3. Bertawakal kepada Allah setelah segala usaha yang dilakukan dapat menangkis perasaan keluh kesah yang boleh digunakan syaitan dalam mempengaruhi manusia. Hati kita akan tenang, apabila kita berserah sepenuhnya kepada Allah. Apa-apa yang berlaku, orang beriman akan tenang dan redha kerana dia meletakkan sepenuhnya tawakal kepada Allah. Tawakal dapat menangkis bisikan syaitan. ✅ Aplikasi Dalam Kehidupan 1. Jangan mudah berputus asa dengan rahmat pengampunan Allah. 2. Cepat memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah setelah melakukan maksiat. 3. Bertawakal sepenuhnya kepada Allah setelah segala usaha telah dilakukan. Bukan bertawakal sahaja. 4. Amalkan doa ini: Nabi ﷺ bersabda: “Jika seorang laki-laki keluar dari rumahnya lalu mengucapkan: بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ (Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah). ‘ Beliau bersabda: “Maka pada saat itu akan dikatakan kepadanya, ‘Kamu telah mendapat petunjuk, telah diberi kecukupan & mendapat penjagaan’, hingga syaitan2 menjauh daripadanya. Lalu syaitan yang lainnya berkata, “Bagaimana (engkau akan menggoda) seorang laki-laki yang telah mendapat petunjuk, kecukupan dan penjagaan.” (Sunan Abi Dawud)-sahih https://t.me/tadabburdibulanramadhan
نمایش همه...
26👍 11
Repost from TgId: 1751637307
Photo unavailableShow in Telegram
6👍 2
Kuiz 206 Tujuan puasa adalah untuk mencapai taqwa. Antara berikut, pernyataan yang manakah yang BUKAN dari Al Quran berkaitan dengan taqwa;Anonymous voting
  • A) Bekalan yang terbaik adalah taqwa
  • B) Pakaian terbaik adalah taqwa
  • C) Syurga seluas langit dan bumi disediakan bagi orang bertaqwa
  • D)Taqwa umpama berjalan di laluan yang berduri
0 votes
👍 11 6😢 4😁 1🤩 1
NOTA MOTIVASI DIRI #32 PUNCA TERHALANGNYA HIDAYAH APABILA DIRI SENDIRI TIDAK MENGHIRAUKAN ALQURAN & BERPALING DARI KEBENARAN وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِـَٔايَٰتِ رَبِّهِۦ فَأَعۡرَضَ عَنۡهَا وَنَسِيَ مَا قَدَّمَتۡ يَدَاهُۚ إِنَّا جَعَلۡنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ أَكِنَّةً أَن يَفۡقَهُوهُ وَفِيٓ ءَاذَانِهِمۡ وَقۡرٗاۖ وَإِن تَدۡعُهُمۡ إِلَى ٱلۡهُدَىٰ فَلَن يَهۡتَدُوٓاْ إِذًا أَبَدٗا Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberikan peringatan dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu dia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada hidayah, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sama sekali akan beroleh hidayah selama-lamanya. https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran
نمایش همه...
17😢 3👍 2
Photo unavailableShow in Telegram
Bacaan zikir yang sunnah selepas solat sunat witir
نمایش همه...
👍 41 17
Segera! Download Quran Tadabbur! Tafsir dalam genggaman anda. https://quran.firanda.com Salam.. boleh download apps Quran Taddabur ni.. dengar taddabur Quran setiap ayat, semoga Allah beri kefahaman agama buat kita semua.. ameen
نمایش همه...
👍 20 8
00:58
Video unavailableShow in Telegram
Apps Quran Tadabbur
نمایش همه...
17.90 MB
👍 23 2🤩 1
Photo unavailableShow in Telegram
13👍 7
Repost from TgId: 1751637307
Alhamdulillah lagi beberapa hari lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan 1446H, InsyaAllah tadabbur harian ayat-ayat Al Quran di bulan Ramadhan tahun ini akan diteruskan. Di sini dikongsikan koleksi tadabbur harian ayat Al Quran sepanjang Ramadhan tahun lepas 1445H/2024M dalam bentuk pdf. Semoga bermanfaat. https://t.me/tadabburdibulanramadhan
نمایش همه...
TADABBUR DI BULAN RAMADHAN 1445H.pdf4.51 MB
35👍 12
Kuiz 205 Orang beriman pada hari akhirat akan diberikan cahaya khas bagi menerangi suasana gelap hari tersebut, dan tidak diberikan pada orang munafik. Di manakah cahaya tersebut dipancarkan?Anonymous voting
  • A. Di hadapan dan di kanan orang beriman
  • B. Di atas dan di hadapan orang beriman
  • C. Di atas dan di kanan orang beriman
  • D. Di sekeliling orang beriman
0 votes
👍 20😢 10
Kuiz 204 Ayat 'Fa in khiftum fa rijalan au rukbanan' bermaksud 'Maka jika kamu takut, maka berjalan atau berkenderaan'. Ayat ini berceritakan tentang apa?Anonymous voting
  • A. Keperluan untuk berhijrah ke tempat yang mudah untuk beribadah
  • B. Keperluan untuk keluar dan melihat kesan azab kaum terdahulu bagi menyubur rasa takut
  • C. Keperluan untuk melawan ketakutan untuk berjihad dan berperang
  • D. Keperluan untuk menjaga solat
0 votes
18🤩 2😢 1
Kuiz Al Kahfi 63 Antara rahmat Allah pd hambaNya adalah dgn memberi peringatan berkenaan azab neraka. Berikut adalah antara deskripsi azab neraka dalam surah ini iaitu;Anonymous voting
  • A. Api neraka dijadikan sebagai tilam dan selimut kepada ahli jahannam.
  • B. Ahli jahannam diberikan minuman seperti tembaga yang menggelegak cair dan membakar muka.
  • C. Ahli jahannam diberikan minuman dari darah dan nanah yang busuk.
  • D. Pakaian ahli jahannam dipotong dan disediakan dari api neraka.
0 votes
👍 17😱 6 5🤩 2😢 1
Kuiz Al Kahfi 62 Dalam surah ini ada ayat yang ‘Allah berfirman “Panggilah sekutu² Ku yang kamu dakwa itu!” Lalu mereka pun memanggilnya….’ Apakah yang terjadi selepas itu?Anonymous voting
  • A. Berhala² mereka dihadirkan sebagai tentera buat mereka sendiri.
  • B. Berhala² mereka datang dan berlepas diri dari penyembah mereka.
  • C. Berhala² mereka tidak menyahut panggilan mereka.
  • D. Berhala² mereka dimusnahkan dihadapan mereka untuk memberikan rasa kesal pd penyembah berhala.
0 votes
👍 16😢 6 3🤩 1
Kuiz 203 Ayat “فَٱغۡفِرۡ لِی فَغَفَرَ لَهُ” faghfirli faghofarolah yang bermaksud ‘“Maka ampuni lah aku”, lalu Tuhan mengampunkannya’. Ayat ini dilontarkan oleh siapa?Anonymous voting
  • A. Nabi Adam AS
  • B. Nabi Yunus AS
  • C. Nabi Ibrahim AS
  • D. Nabi Musa AS
0 votes
😢 16👍 7 2