Kisah-kisah dalam Al-Quran
رفتن به کانال در Telegram
Ilmu itu milik Allah. Banyak pengajaran boleh diperolehi di dalam Al Quran. Tadabburlah setiap ayat di dalam Al Quran, InsyaAllah kita pasti selamat di dunia dan akhirat. Boleh share, copy and paste semua kisah dalam telegram ini.
نمایش بیشتر2025 سال در اعداد

16 891
مشترکین
-324 ساعت
-287 روز
-6230 روز
آرشیو پست ها
📌 Road to Ramadan 2025
====================
Fuh.
Sangat berterima kasih pada team aplikasi Tarteel ni sebab bagi premium secara percuma bersempana bulan Shaban ni.
Boleh search ayat Quran hanya dengan baca sahaja, ala² Shazam (aplikasi yang digunakan untuk mencari tajuk lagu). Sangat sesuai pakai waktu tarawih nak tau imam tengah baca surah apa. Atau waktu team halaqah sedang bertadarus dan kita nak tahu sedang baca ayat dari surah mana.
Untuk versi premium pula, boleh buat juga sebagai semakan ayat hafazan kita. Nanti dia akan bagi feedback kalau kita ada tersalah baris, sebut tak betul atau tertinggal perkataan.
Boleh rujuk balik jugak lepas tu part mana kesalahan kita tu.
Try la godek² App ni. Sangat best!
Haritu local imam kat masjid sini pun recommend untuk jemaah guna App ni. 🤩🤩
C&P
Link iOS : https://apps.apple.com/app/id1391009396
Link android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mmmoussa.iqra&hl=en
https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran
❤ 15👍 9
Kuiz 202
Hari kebangkitan adalah antara yang wajib kita imani. Nabi manakah yang meminta Allah untuk tunjukkan bagaimana kuasanya menghidupkan yang telah mati?Anonymous voting
- A. Nabi Ibrahim AS
- B. Nabi Musa AS
- C. Nabi Isa AS
- D. Nabi Muhammad SAW
❤ 18😱 7👍 1🤩 1
📌 Hadis Palsu & Lemah Berkaitan Peristiwa Israk & Mikraj
1⃣ Dakwaan Nabi Melihat Allah SWT dengan Matanya
❎ Hadis Palsu:
“Aku melihat Tuhanku dengan kedua mataku.”
✅ Penjelasan:
Hadis ini tidak sahih. Dalam peristiwa Mikraj, Nabi Muhammad ﷺ tidak melihat Allah SWT dengan matanya, tetapi bertemu Allah SWT dengan cara yang tidak diketahui.
❇️Dalil:
Aisyah r.a. berkata: “Barang siapa mengatakan bahawa Muhammad ﷺ melihat Tuhannya, maka dia telah berdusta.” (Riwayat Bukhari, no. 4855; Muslim, no. 177)2⃣ Kisah Nabi Melihat Allah dengan Bentuk Seorang Lelaki ❎ Hadis Palsu: “Aku melihat Tuhanku dalam bentuk seorang pemuda dengan rambut kerinting.” ✅ Penjelasan: Hadis ini tidak sahih dan bertentangan dengan akidah Islam yang menyatakan bahawa Allah SWT tidak serupa dengan makhluk. ❇️ Dalil:
“Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Asy-Syura: 11)3⃣ Perincian Tidak Sahih Tentang Azab Neraka ❎ Hadis Palsu: “Aku melihat wanita yang digantung rambutnya di neraka kerana tidak menutup aurat. Aku melihat wanita yang digantung lidahnya kerana suka menyakiti suaminya.” ✅ Penjelasan: Kisah ini sering dikaitkan dengan Israk Mikraj, tetapi ia tidak mempunyai asas dalam hadis sahih. Ia biasanya terdapat dalam kitab-kitab cerita yang tidak bersanad kuat. 4⃣ Tuntutan Khusus Amalan pada Malam Israk Mikraj ❎ Hadis Palsu: “Barang siapa yang solat seratus rakaat pada malam Israk Mikraj, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang.” ✅ Penjelasan: Hadis ini palsu kerana tiada dalil sahih yang menyatakan amalan khusus pada malam Israk Mikraj. Perayaan malam Israk Mikraj juga tidak disyariatkan oleh Rasulullah ﷺ. 5⃣ Kisah Nabi Melihat Bunyi Azan Keluar dari Laut ❎ Hadis Lemah: “Nabi Muhammad ﷺ melihat bahawa suara azan berasal dari lautan yang luas.” ✅ Penjelasan: Tiada hadis sahih yang menyokong cerita ini. Ia adalah rekaan yang tidak boleh dijadikan hujah. 6⃣ Ganjaran Solat Malam Israk Mikraj ❎ Hadis Palsu: “Barang siapa yang menghidupkan malam Israk dan Mikraj dengan solat dan doa, maka dia akan masuk syurga tanpa hisab.” ✅ Penjelasan: Tidak ada amalan khusus yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad ﷺ pada malam Israk Mikraj. Hadis ini palsu kerana tidak ada sanad atau sumber sahih. 7⃣ Nabi memakai capal bertemu Allah ❎ Hadis Palsu Dikatakan bahawa ketika Nabi Muhammad ﷺ naik ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah SWT, baginda masih memakai capal. Kononnya malaikat Jibril menasihati Nabi ﷺ untuk menanggalkan capalnya, tetapi Allah SWT berfirman bahawa “capal Nabi lebih mulia daripada langit dan segala isinya.” ✅ Penjelasan: Kisah ini tidak mempunyai dalil sahih dan tidak ditemui dalam mana-mana kitab hadis yang muktabar. Ia lebih kepada kisah-kisah popular yang tersebar tanpa sanad yang kuat. ▪️ Penulisan Asal https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran
👍 33❤ 19
Kuiz 201
Di antara surah berikut, yg manakah ada kaitan dgn peristiwa Nabi ke langit dari Mekah? i- Surah Al-Isra’, ii- Surah Al-Kahfi, iii- Surah Al-Ma’arij, iv- Surah An-Najm, v- Surah Al-BurujAnonymous voting
- A. i sahaja
- B. i & ii
- C. i & iii
- D. i & iv
- E. i & v
😢 9👍 6❤ 3🤩 2
Kuiz 200
Allah menggunakan misalan di dlm Al Quran bagi memudahkan pemahaman buat kita. Apakah yg Allah samakan dengan ‘sebuah pohon yang baik, dgn akar yg kuat dan pucuk yg melangit dan berbuah’?Anonymous voting
- A. Amalan solat malam/tahajud
- B. Sedekah yang ikhlas
- C. Perkataan/kalimah baik iaitu tauhid
- D. Pejuang yang syahid menegakkan agama Allah
👍 22❤ 4😢 4
Kuiz Al Kahfi 61
Dalam Quran terdapat ayat khabar gembira dan amaran peringatan. Berikut adalah deskripsi nikmat syurga yang Allah gambarkan dalam surah ini, KECUALI;Anonymous voting
- A. Duduk santai di atas pelamin
- B. Memakai pakaian sutera halus
- C. Memakai pakaian sutera tebal
- D. Dipakaikan perhiasan gelang² emas dan permata
👍 21🤩 4
Kuiz 199
Dalam surah Yaasin, Allah berfirman bahawasanya Allah ‘boleh menenggelamkan kapal yang penuh jika Dia berkehendak’, tetapi tidak dibuat begitu kerana…Anonymous voting
- A. Sebagai rahmat dari Allah
- B. Kerana terdapat orang beriman dan soleh dalam kapal tersebut
- C. Kerana terdapat orang yang berdoa dengan penuh keikhlasan di dalamnya
- D. Kerana kapal tersebut dimiliki oleh orang miskin
❤ 22😁 3👍 2🤩 2
Kuiz 198
“Wahai anakku, naiklah bersama² kami...” (ارْكَب مَّعَنَا) Dialog tersebut berlaku diantara siapa?Anonymous voting
- A. Ibu Nabi Musa kepada Nabi Musa
- B. Nabi Ibrahim kepada Nabi Ismail
- C. Nabi Nuh kepada anak Nabi Nuh
- D. Nabi Yaakub kepada anak² nya 10 orang
👍 26😁 7🤩 4
Kuiz 197
Menyeru ke jln Allah (berdakwah) dpt dijalankan dgn pelbagai cara samada secara terang²an, bersembunyi dll. Nabi manakah yg diceritakan dlm Al Quran yg berdakwah menggunakan bahasa isyarat?Anonymous voting
- A. Nabi Muhammad SAW
- B. Nabi Nuh AS
- C. Nabi Yahya AS
- D. Nabi Zakaria AS
👍 39❤ 6😢 2
Kuiz 196
Allah akan bagi contoh gambaran yang sesuai, yang dpt membantu kefahaman kita. Kaum manakah yg digambarkan mati bergelimpangan spt batang pohon kurma yang tumbang, tercabut akar dan lompong?Anonymous voting
- A. Kaum Lut (Nabi Lut)
- B. Kaum Thamud (Nabi Soleh)
- C. Kaum Aad (Nabi Hud)
- D. Kaum Madyan (Nabi Syuaib)
👍 29🤩 4❤ 2
Kuiz Al Kahfi 60
Gunung sering digambarkan sebagai sesuatu yang kukuh. Namun, Allah gambarkan kedahsyatan hari kiamat juga menggunakan gunung dlm surah ini iaituAnonymous voting
- A. Gunung akan menjadi seperti pasir yang bertimbun
- B. Gunung akan digerakkan dengan mudah
- C. Gunung akan menjadi seperti bulu haiwan berterbangan
- D. Gunung akan menjadi ibarat bayangan fatamorgana
❤ 9😢 6👍 2
Kuiz 195
Siapakah golongan yang Allah kiaskan seolah² mereka adalah sekumpulan keldai yang lari ketakutan dari singa?Anonymous voting
- A. Orang yang berpaling dari peringatan Al Quran
- B. Orang yang menzalimi harta orang lain
- C. Orang yang tidak menepati janji mereka
- D. Orang yang tidak menunaikan amanah mereka
🤩 17👍 1❤ 1
🔴7TH PAGE
Isi Kandungan Channel Kisah-kisah Di Dalam Al Quran
📌 Kisah Di Dalam Al Quran & Hadis
41. Hikmah Allah Tak Sebut Spesifik Nama Tokoh dan Lokasi dalam Al Quran
📌 Tazkirah
49. Proses Untuk Dapat Rahmat Allah
50. Perumpamaan Kehidupan Dunia
51. Antara Usia & Kekuatan
52. Rezeki Paling Mahal
📌 Hadis Palsu & Lemah Popular
30. Kisah Berkaitan Malaikat Maut Datang Ambil Nyawa Rasulullah
31. Kisah Hentakan Kaki Nabi Ismail Mengeluarkan Air Zam-zam
📌 Sirah Nabi
13. Perjanjian 'Aqabah Kedua
📌 Amalan Sunnah
24. Mengerjakan Sujud Syukur
25. Membaca Doa Selepas Wudhuk
26. Mendapat Pahala Tanpa Melakukan Amalan Ibadah
27. Sedekah Yang Tidak Memerlukan Duit
📌 Nota Motivasi Diri 27, 28, 29, 30, 31
📌 Lain-lain
71.Dakwah Kepada Non-Muslim
72.Garis Masa Hayat Rasulullah
73.Siri Video Pendidikan Rukhsah Ibadah Ketika Sakit
📌 Kuiz 148, 149, 150, 151, 152, 153, 154, 155, 156, 157, 158, 159, 160, 161, 162, 163, 164, 165, 166, 167, 168, 169, 170, 171, 172, 173, 174, 175, 176, 177, 178, 179, 180, 181, 182, 183, 184, 185, 186, 187, 188, 189, 190, 191, 192, 193, 194
📌 Kuiz Surah Al Kahfi 51, 52, 53, 54, 55, 56, 57, 58, 59
👍 17❤ 12😁 1
Kuiz 194
Masih berkisar dengan surah yang kita perlu baca minima 17x sehari, siapakah yg dikatakan golongan ‘i. Al-maghdub’ & ‘ii. Al-dholin’?Anonymous voting
- A. ‘i. Golongan yang tidak berilmu’ & ‘ii. Golongan yang mempunyai ilmu tetapi tidak beramal’
- B. ‘i. Golongan yang tidak beramal dengan ilmunya’ & ’ii. Golongan yang menyimpang dari ilmunya’
- C. ‘i. Golongan yang beramal tanpa ilmu’ & ‘ii. Golongan yang tanpa amal dan tanpa ilmu’
- D. ‘i. Golongan yang menyatakan Allah mempunyai anak’ & ‘ii. Golongan ahli fitrah (x berilmu)’
❤ 14👍 7🤩 2
Kuiz 193
Allah menyebutkan 3 jenis golongan dalam surah Al Fatihah ayat 7, antaranya adalah golongan yang diberikan nikmat. Berikut adalah yang tergolong dalam kumpulan tersebut KECUALI:Anonymous voting
- A. Para Nabi & Rasul
- B. Orang yang membenarkan kebenaran
- C. Orang yang menjadi saksi
- D. Orang yang sentiasa membuat kebaikan
- E. Orang yang berilmu
🤩 11❤ 6👍 2
Kuiz 192
Bukti Allah bersifat penyayang adalah dengan selalu memberi peringatan ttg azab seksa jika kita ingkar. Berikut adalah peringatan yg Allah berikan dalam surah AtTahrim 66:6 KECUALI;Anonymous voting
- A. Peringatan akan seksaan api neraka
- B. Bahan bakar neraka adalah dari pokok/kayu api dan manusia
- C. Malaikat penjaga neraka adalah bersifat kasar dan keras
- D. Malaikat penjaga neraka tidak ingkar arahan & sentiasa melakukan perintah (tanpa belas kasihan)
👍 3😢 3
Kuiz 191
Al Quran dan as-sunnah adalah dua sumber utama dlm agama kita. Apakah ayat yg Quran ajarkan pada kita utk kita ucap jika kita ditimpa apa² musibah (cth; berita cemas, duit hilang dll)Anonymous voting
- A. “Segala puji bagi Allah atas setiap sesuatu”
- B. “Ya Allah, berikan ganjaran bagi ku atas musibah ini, dan gantikan pada ku yang lebih baik”
- C. “(Dialah Allah) Yang berkuasa melakukan segala yg dikehendakinya”
- D. “Sesungguhnya kami milik Allah, dan hanya kepadaNya kami akan kembali”
- E. “Segala puji bagi Allah, dgn kenikmatan dariNya, sempurnakah segala amal soleh”
🤩 18👍 6
Kuiz 190
Tiap kali kita baca ayat 5 surah Al Fatihah, kita meminta pertolongan dari Allah. Apakah syarat yg ditetapkan oleh Allah untuk kita minta pertolongan dari Nya?Anonymous voting
- A. Perlu berharap dengan rasa takut
- B. Perlu sabar dan solat
- C. Perlu beriman pada Nya dan pada hari Akhirat
- D. Perlu saling membantu untuk kebaikan dan bukan untuk permusuhan
👍 15❤ 7😢 3
Kuiz 189
Darjah kebesaran dan pangkat adalah cara manusia memuliakan antara satu sama lain. Namun, orang yang paling mulia di sisi Allah adalah …………Anonymous voting
- A. Orang yang paling bertaqwa
- B. Orang yang memuliakan tetamunya
- C. Orang yang beriman dan beramal soleh
- D. Orang yang memelihara anak yatim dengan kasih sayang
- E. Orang yang menginfaqkan hartanya ke jalan Allah
👍 18❤ 6😁 3🤩 1
