𝔴𝔞𝔱𝔱𝔭𝔞𝔡 𝔪𝔞𝔩𝔞𝔶𝔰𝔦𝔞𝔞
رفتن به کانال در Telegram
‹‹❛❀﹏ [ hello authors and readers ! we will share a lot of Wattpad stories here and open books promotions . ] ⿻ ─ ❨ admin : promote : wattpadpromo_bot request : @wattpadmalaysiaarequest_bot
نمایش بیشتر2025 سال در اعداد

13 802
مشترکین
-924 ساعت
-417 روز
-14530 روز
آرشیو پست ها
✎ Blurbs :
Dia pembunuh yang hilang ingatan. ACACIA Liana Hyde tidak pernah tahu siapa dirinya. Acacia hidup tanpa nama, tanpa kenangan dan dia hanya dibentuk untuk membunuh dan menurut. Diasuh sebagai pembunuh upahan elit sejak remaja, hidupnya hanya ada misi dan darah.
Namun takdir menjeratnya bertemu IMRAN Hades Aldridge, seorang ketua mafia yang tidak berhati perut. Lelaki yang berbahaya, dingin dan terlalu menggoda untuknya mengelak. Namun satu misi menghantarnya terus ke dalam dunia Imran, lelaki dingin berlidah tajam, dengan tangan yang selalu berlumuran dosa dan mata yang seakan kenal jiwanya yang sebenar.
Perlahan-lahan, Acacia mula mengingati siapa dirinya dan siapa yang telah merampas segalanya. Dalam dunia yang penuh tipu daya dan dendam lama, Acacia mula membongkar satu kebenaran tragis; dia sebenarnya pewaris sah kepada empayar perniagaan terbesar Asia dan seseorang yang terdekat baginya adalah dalang kepada pembunuhan keluarganya sendiri. Diantara peluru dan pengkhianatan, cinta di antara Acacia dan Imran mula tumbuh... dalam bayang darah dan rahsia silam.
"If I could choose to kill you or die with you, I'd rather choose to live with you."
- Imran Hades Aldridge -
"But, we're just their toys. Kita tak akan bebas selama-lamanya, Imran."
- Acacia Liana Hyde -
Imran sepatutnya menjadi musuhnya. Tetapi Imran juga satu-satunya lelaki yang sanggup membakar dunia untuk melindunginya.
Tetapi dunia mereka bukan tempat untuk cinta. Ia menuntut air mata sebagai pengorbanan. Ia menuntut darah sebagai balasan. Apabila musuh dari masa lalu datang menuntut darah, Acacia perlu memilih untuk kembali menjadi bayang-bayang pembunuh atau bangkit sebagai pewaris sah yang akan menggoncang dunia. Cinta bukan sekadar pelindung, tetapi juga senjata terkuat.
"I tak nak you terseksa dengan masa silam I, Imran. You deserve someone better."
- Acacia Liana Hyde -
"Siapa you nak kata I deserve better?!"
- Imran Hades Aldridge -
Bila cinta bertukar menjadi pertarungan untuk bertahan hidup; siapa yang akan Acacia pilih? Cintanya atau dirinya sendiri?
Dalam dunia yang tidak beri ruang untuk lemah, bolehkah cinta dua jiwa yang berdarah ini bertahan... tanpa saling menghancurkan?
𔘓 #malaystory .
𔘓 #promoted .
ʚ @wattpadmalaysiaa ɞ
Photo unavailableShow in Telegram
𔘓 Title : Dia, Amora Milik Imran Hades Aldridge
𔘓 Genre : #Action #Romance
𔘓 Author : nelyssofya
𔘓 Status : OG
៚ Link : https://www.wattpad.com/story/399059165
❤ 1
✎ Blurbs :
Di kota Velmoria, Louis Ethan Valemont hanya dikenali sebagai lelaki asing yang sering singgah ke sebuah kedai buku lama. Namun di balik wajah tenang dan senyuman misterinya, tersembunyi identiti sebenar: Raja terakhir bangsa Vampire, pewaris takhta yang diburu sejarah berdarah.
Bagi Madeena Veyra, hidupnya sederhana, sekadar menjaga kedai buku yang diwarisi keluarga. Tapi segalanya berubah apabila dia berhadapan dengan lelaki itu. Pandangan mata Louis seakan mengenalinya, seolah-olah dia adalah jawapan kepada rahsia yang cuba dikuburkan berabad lamanya.
Madeena bukan gadis biasa. Dalam nadinya mengalir darah Veyra, darah yang pernah digunakan oleh Clara, pengkhianat bangsa Vampire, untuk memusnahkan keturunan mereka satu persatu. Kini, darah itu kembali menjadi rebutan. The Order of the Dawn, pemburu purba yang bangkit semula, hanya menunggu masa untuk menjadikan Madeena senjata terakhir mereka.
Louis harus membuat pilihan:
Menjaga takhta dan kepercayaan bangsanya yang kian rapuh,
atau mempertaruhkan segalanya demi seorang wanita yang takdirnya mungkin menghancurkan mereka.
"Darah Veyra bukan sekadar darah. Ia racun, ia juga penawar. Ia pernah menghancurkan kita, tapi ia juga satu-satunya kunci untuk kita bangkit semula." - Louis
"Aku manusia biasa, Louis. Kenapa kau pandang aku seolah aku ni jawapan kepada semua rahsia kau?" - Madeena
"Antara takhta dan manusia... aku sendiri pun belum tahu apa yang akan aku pilih." - Louis
Dalam kegelapan malam yang penuh dendam dan rahsia, lahirlah satu kisah cinta terlarang, satu perjuangan melawan bayang masa silam, dan satu keputusan yang bakal menentukan;
adakah darah itu penamat... atau permulaan segalanya?
𔘓 #malaystory .
𔘓 #promoted .
ʚ @wattpadmalaysiaa ɞ
❤ 4
Photo unavailableShow in Telegram
𔘓 Title : Louis: Bound By Night
𔘓 Genre : #Romance #Mystery
𔘓 Author : Iraimize
𔘓 Status : OG
៚ Link : https://www.wattpad.com/story/401691520
✎ Blurbs :
Dia hampir mati digantung.
Dia diselamatkan oleh seorang puteri yang tak takut dunia.
Sejak itu, Drystan Aeris bersumpah—
dia akan kembali sebagai Raja.
Dan dia kembali.
Bersama takhta. Bersama dendam. Tapi juga…
Bersama cinta yang tak pernah dia lepaskan — *Nerida Sylas.*
Puteri yang dulu selamatkan dia kini hidup dalam neraka tersembunyi. Dikurung oleh ibu tiri yang kejam. Disakiti oleh adik tiri yang pura-pura sempurna.
Dan bila akhirnya mereka larikan diri bersama untuk kahwin… semuanya hancur.
*Sihir gelap mencuri apa yang paling Drystan sayang.*
Ingatan Nerida — dan cinta mereka.
"Saya tak kenal awak..."
“It’s okay, amore. I know you more than anything. We will start our love again.”
"My heart’s call your name..but I don’t remember about our memories..”
“Our love got destroyed by someone who jealous with our life..it took your memories because it want you to forget me.”
Dalam Dunia yang dibina atas pengkhianatan dan sumpahan,adakah cinta mereka boleh diselamatkan?
𔘓 #malaystory .
𔘓 #promoted .
ʚ @wattpadmalaysiaa ɞ
❤ 1
Photo unavailableShow in Telegram
𔘓 Title : II Ricardo Di Nerida
𔘓 Genre : #Romance
𔘓 Author : Rvndniaa
𔘓 Status : OG
៚ Link : https://www.wattpad.com/story/401731119
Photo unavailableShow in Telegram
𔘓 Title : Azrael Raiz: Her Commando’s, Her Protector
𔘓 Genre : #Romance
𔘓 Author : Rvndniaa
𔘓 Status : OG
៚ Link : https://www.wattpad.com/story/395343308
✎ Blurbs :
Azrael Raiz, seorang komando berdarah dingin.
Inara Aleyna, gadis biasa yang hidupnya penuh sederhana.
Pertemuan mereka bukan dalam dongeng. Ia bermula dengan benci-dan dendam kecil yang tidak masuk akal. Dikenalkan oleh abang kandung sendiri, Zyan Shah, namun dua jiwa ini seolah tak ditakdirkan sehaluan.
Tapi siapa sangka, dari benci itu tumbuh rindu. Azrael jatuh cinta. Dan Inara... akhirnya belajar untuk membuka hati.
Namun, perkahwinan mereka tidak bertahan lama dalam damai. Azrael terpaksa memilih antara cinta dan negara.
"Abang tak janji untuk balik tanpa luka, Inara..."
"Asalkan abang balik. Inara sanggup tunggu abang walaupun seribu tahun Inara sanggup. Inara tak boleh hidup kalau abang tak ada dengan Inara.."
𔘓 #malaystory .
𔘓 #promoted .
ʚ @wattpadmalaysiaa ɞ
❤ 1
Photo unavailableShow in Telegram
𔘓 Title : Takdir Cinta Kita
𔘓 Genre : #SadRomance
𔘓 Author : Rvndniaa
𔘓 Status : OG
៚ Link : https://www.wattpad.com/story/388825394
✎ Blurbs :
"Sayang,maafkan abang. Abang tahu abang banyak buat salah dengan sayang. Tolong maafkan abang. -Syed Asyraf
“Dah terlambat,abang! Cukuplah abang sakitkan hati saya selama ni! Abang pentingkan Aisyah daripada saya! Anak saya mati sebab abang!” -Adeline Raisha
“Abang tahu. Ini semua salah abang sayang. Tapi tolonglah bagi abang peluang. Abang mohon sayang. Abang sanggup buat apa sahaja untuk sayang,tapi maafkan abang.”-Syed Asyraf
“Saya nak,abang lepaskan saya.”
-Adeline Raisha
Tapi siapa sangka? Seorang jejaka bernama Arsyah menyelamatkan Adeline dan membuatnya bahagia.
"Abang akan bahagiakan sayang." -Arsyah
"Saya percayakan abang.." -Adeline Raisha
𔘓 #malaystory .
𔘓 #promoted .
ʚ @wattpadmalaysiaa ɞ
❤🔥 1❤ 1
✎ Blurbs :
" Ada apa dengan ' setelah kita . ' ? "
" Apa yang terjadi ' setelah kita. ' ? "
❝ Setelah kita, sunyi mulai berbicara. Janji layu berguguran, rindu hilang bersama hujan yang takkan pernah kembali. Hanya sebuah bayangan yang memudar, dan ternyata, cinta bukan untuk kita. ❞
" Kita akan tetap bersama, kan ? "
Soalan itu pernah dijawab, dengan sebuah janji yang kukuh. Namun janji itu tidak selalunya abadi.
Bagaikan angin yang berubah arah, cinta mereka turut tersesat di tengah jalan.
" Kalau awak masih cintakan saya, kenapa awak biarkan saya pergi ... ? "
" Aku dah penat Athicus ... aku, penat. "
" Kalau kau fikir aku akan terus bertahan macam ni, kau silap. "
" Cukuplah, jangan cari aku lagi. "
Kisah Analeia dan Athicus bukan hanya sekadar tentang pertemuan dan kisah cinta pada umumnya.
Namun, tentang kehilangan. Bagaimana dua hati yang pernah menjadi satu, kini terpaksa belajar hidup sebagai asing.
" Bukan aku tak nak lupakan, cuma ... Bagaimana kalau aku tak pernah betul-betul nak pergi ? "
Di kala segalanya mulai stabil, hidup memutuskan untuk menguji mereka buat sekali lagi.
Saat hati yang cuba disembuhkan mulai dipukul lagi oleh rindu yang tak diundang.
-AMOR FATI, SETELAH KITA.-
AMOR FATI, aku kini mencintaimu, walaupun ia datang dari luka dan kecewa. Aku harus mencintai derita mu, agar aku benar hidup.
𔘓 #malaystory .
𔘓 #promoted .
ʚ @wattpadmalaysiaa ɞ
❤ 3
Photo unavailableShow in Telegram
𔘓 Title : Amor Fati, Setelah Kita
𔘓 Genre : #Romance #SliceOfLife
𔘓 Author : IKYLM3
𔘓 Status : OG
៚ Link : https://www.wattpad.com/story/389374043
✎ Blurbs :
Satu demi satu mayat ditemui, mulut dijahit, tangan menggenggam cakera padat berlabel Aurora. Kes yang dinamakan Kes Aurora ini membawa Unit Khas D9 ke dalam kegelapan masa lalu.
Mutiara, ketua pasukan yang tegas, bersama Adam, Ayyash, Nayell dan Naqeeb, menjejak kebenaran di sebalik kumpulan rahsia Aurora yang pernah ditubuhkan oleh pelajar sekolah menengah sepuluh tahun lalu. Di balik setiap CD, tersembunyi suara misteri masa lalu, nyanyian Adriana, gadis yang mati dalam misteri dan meninggalkan dendam yang belum terungkai.
Namun, ketika penyiasatan semakin menghampiri kebenaran, Mutiara menyedari sesuatu yang lebih mengerikan, lebih menyiksakan.
Antara tugas sebagai seorang pegawai polis, cinta sebagai seorang isteri, dan tuntutan kebenaran... Mutiara perlu memilih. Kerana dalam dunia ini, keadilan tidak pernah buta, ia hanya menuntut pengorbanan.
Jadi...
"Choose you're path wisely... Little detective..."
𔘓 #malaystory .
𔘓 #promoted .
ʚ @wattpadmalaysiaa ɞ
❤ 1
Photo unavailableShow in Telegram
𔘓 Title : Blind Justice
𔘓 Genre : #mystery #thriller
𔘓 Author : itzaerys
𔘓 Status : C
៚ Link : https://www.wattpad.com/story/396597460
