fa
Feedback
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

رفتن به کانال در Telegram

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

نمایش بیشتر
2025 سال در اعدادsnowflakes fon
card fon
396 309
مشترکین
-8224 ساعت
-7787 روز
-2 73730 روز
آرشیو پست ها
Sambutan Hari Tanpa Tembakau peringkat kebangsaan diadakan selaras dengan strategi MPOWER yang digariskan WHO FCTC. KKM mengadakan pelbagai program menggalakkan orang awam untuk menolak tabiat merokok dan menyuarakan hak mereka untuk udara bersih bebas daripada asap rokok. Tembakau BUKAN tanaman komoditi utama negara. Langkah kawalan tembakau dijalankan KKM tidak menggalakkan tabiat merokok sekali gus mengehadkan tanaman tembakau. Dapatkan bantuan berhenti merokok demi keluarga tersayang. * Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
🌞Cuaca panas menyebabkan kulit seseorang terdedah kepada pancaran matahari secara terus apabila berada di luar rumah. ⛅🌞Cahaya matahari mengandungi sinar UV yang boleh menyebabkan masalah kulit seperti jeragat, penuaan, kulit terbakar serta kanser kulit jika terdedah bagi tempoh yang panjang. ✅Terdapat 2 jenis krim pelindung yang boleh dipertimbangkan mengikut kesesuaian iaitu terdiri daripada ‘sunscreen’ fizikal dan ‘sunscreen’ kimia. 📌 ‘Sunscreen’ fizikal lazimnya dikenali sebagai ‘mineral sunscreen’ berfungsi sebagai penghalang fizikal sinar UV yang bertindak dengan memantulkan sinar UV daripada permukaan kulit. 📌 Manakala, ‘sunscreen’ kimia berfungsi menyerap sinar UV sebelum diserap oleh kulit. Oleh itu, orang ramai perlu menyapu krim pelindung matahari atau 'sunscreen' untuk melindungi kulit daripada sinar UV sebelum keluar rumah.
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
Kekal sihat semasa jerebu. Antara perkara yang boleh dilakukan adalah seperti 👉🏼 Minum air kosong secukupnya 👉🏼 Kurangkan aktiviti di luar rumah 👉🏼 Pakai pelitup muka yang sesuai jika berada di luar rumah 👉🏼 Elakkan sumber pencemaran udara dalaman seperti merokok #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa surat edaran yang tular di media sosial ini adalah palsu. KKM tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat seperti yang disebarkan ini oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Untuk makluman, KKM TIDAK MEMPUNYAI Bahagian Penyakit Kelamin Berjangkit seperti yang ditularkan. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempercayai dan menghebahkan maklumat yang tidak sah dan boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. #TakPastiJanganKongsi Kami menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum diperpanjangkan.
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
One Hour Malaysia Clean Up .. Nak tau apa tu? Nantikan.. #ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
Bermula hari ini 1 Jun 2023, menerusi Inisiatif Imunisasi Catch-up Pneumokokal (CHUP), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) menawarkan pemberian vaksin pneumokokal secara percuma kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 di semua fasiliti kesihatan primer KKM di seluruh negara. KKM komited untuk mengesan kanak-kanak yang cicir imunisasi dan terlepas jadual imunisasi rutin bagi meningkatkan liputan imunisasi sekaligus meminimakan risiko penularan jangkitan penyakit cegahan vaksin. Tunggu apa lagi? Jom CHUP!😊
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
Jom klik https://rb.gy/6wjhe dan selak e-mag edisi Jun 2023. Antara yang menarik dalam edisi kali ini adalah seperti aktiviti interaktif sitkom AUSSH, tip untuk aktif aktiviti fizikal dan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh orang awam semasa cuaca panas. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
Selamat menyambut Hari Gawai. Gaya Guru Gerai Nyamai. Raikan kemeriahan Hari Gawai secara sihat dan bebas daripada asap rokok. Utamakan Makanan Bukan Rokok Demi Kesihatan. #ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
Tahukah Anda? 200,000 hektar hutan musnah untuk penanaman tembakau setahun mengakibatkan pemanasan global. Utamakan makanan bukan rokok demi kesihatan. #ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
نمایش همه...
05:35
Video unavailableShow in Telegram
WHO telah menetapkan tarikh Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada 31 Mei setiap tahun dengan tema Utamakan Makanan Bukan Rokok Demi Kesihatan pada tahun ini. Perlaksanaan Hari Tanpa Tembakau adalah bagi menyahut strategi empower yang digariskan oleh FCTC di peringkat global. Hampir 5 trilion batang rokok dihisap setiap tahun yang menyumbang kepada lebih 8 juta kematian. Berhenti merokok sebagai satu langkah menjamin kebajikan keluarga khususnya dalam penyediaan makanan hasil daripada penjimatan tidak membeli rokok atau produk seumpamanya. Rokok elektronik dan vape tidak boleh digunakan sebagai kaedah berhenti merokok. Amalkan kaedah 5S untuk berhenti merokok. Tonton video ini untuk ketahui amalan 5S tersebut. #ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
نمایش همه...
108.00 MB
Photo unavailableShow in Telegram
Dalam kegembiraan kita menyambut perayaan Gawai, pastikan jangan lupa melakukan langkah pencegahan Denggi. #CegahDenggi #KekalSihat Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
Sempena Perayaan Gawai dan cuti sekolah, pasti kitak orang bercadang balik kampung kan. Tapi, sebelum meninggalkan rumah, luangkan masa 10 minit untuk cari dan hapus tempat pembiakan nyamuk Aedes. #KekalSihat #sihatmilikku #10minitseminggu #CariDanMusnah Sumber: Promosi Kesihatan JKN Sarawak
نمایش همه...
Anda mempunyai tanggungan yang ingin divaksinasi? Gunakan fungsi Tambah Tanggungan dalam aplikasi Mysejahtera dan sila ikuti langkah-langkah yang disediakan di atas. #AplikasiKesihatanAwam #GerbangKesejahteraanDigitalAnda #MySejahtera Sumber: MySejahtera
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
Rokok dikenal pasti sebagai penyebab kebanyakan bencana kebakaran, termasuklah kebakaran hutan yang menyebabkan kemerosotan kualiti udara, kemusnahan tanaman, haiwan dan nyawa manusia. Utamakan makanan bukan rokok demi kesihatan. #ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
Awas! Bahaya Denggi Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Nooreen Farzana Mustapha, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
Panduan Penjagaan Warga Emas dengan Demensia / Masalah Kognitif Semasa Cuaca Panas. 👉 Beri minuman yang berperisa sekiranya mereka tidah mahu minum air kosong 👉 Buat pemeriksaan paras glukosa dalam darah secara berkala sekiranya mereka mempunyai masalah Diabetes 👉 Pastikan pengambilan nutrisi mencukupi 👉 Pastikan waktu mandi tetap dan teratur Segera dapatkan rawatan jika mereka tidak sihat. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
Selamat Menyambut Hari Tanpa Tembakau 2023 Utamakan makanan bukan rokok demi kesihatan. Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
Menahan Diri Daripada Belenggu Asap Rokok di Tanah Suci Saksikan menerusi FB Live TV Alhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama En. Muhammad Syahrul Nidzam Akmal bin Hairi, Pegawai Pendidikan Kesihatan dari Hospital Taiping. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
Cakna Kawasan Larangan Merokok Dengarkan di Nasionalfm esok pada pukul 10.30 pagi bersama Ts. Mohamad Ridzuan bin Mohamad Salleh, Ketua Sektor Inspektorat & Perundangan dari Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
نمایش همه...
Sempena Hari Tanpa Tembakau 2023, Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengadakan Kuiz Hari Tanpa Tembakau 2023 bertemakan "Utamakan Makanan Bukan Rokok Demi Kesihatan". Sebanyak empat (4) set kuiz secara bersiri akan disiarkan sepanjang 30 Mei sehingga 13 Jun 2023. Jawab setiap siri secara mingguan menggunakan emel yang sama dan nyatakan slogan paling menarik dipenghujung siaran siri 4. Berikut adalah tarikh siaran siri 1-4 Kuiz Hari Tanpa Tembakau 2023. Siri 1: 30 Mei 2023 Siri 2: 6 Jun 2023 Siri 3: 10 Jun 2023 Siri 4: 13 Jun 2023 Kuiz Siri 1/4 boleh diakses melalui laman berikut : https://docs.google.com/forms/d/1T3qtrcW5qx0_VzlD75Yu2wz2tIbi4ghZyXSxr3D-DGQ/viewform?edit_requested=true Tunggu apa lagi, jom sertai Kuiz Hari Tanpa Tembakau 2023 dan berpeluang memenangi sehingga RM500! Untuk terma dan syarat rujuk pautan berikut https://drive.google.com/file/d/1YNEhVXB2K3OXrVHQOilM76QV7GRsI1A9/view?pli=1 Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
نمایش همه...