Nadir Al-Nuri
رفتن به کانال در Telegram
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
نمایش بیشتر2025 سال در اعداد

238 598
مشترکین
-11624 ساعت
-5167 روز
-1 87330 روز
آرشیو پست ها
Permusafiran kali ini kami sempat menziarahi dua khalwah, tempat tradisi keilmuan Islam di Khartoum dan jalan ke Kosti.
Khalwah adalah nadi pendidikan Islam rakyat. Ia melahirkan ribuan huffaz al-Quran, menjadi tempat anak-anak miskin mendapat ilmu, adab dan perlindungan.
Kehidupan di khalwah sangat sederhana, anak-anak ini bangun sebelum Subuh, menghafal al-Quran dari pagi hingga petang, menulis ayat pada papan kayu (lawh), makan seadanya hasil sumbangan masyarakat, dan tidur beramai-ramai. Di sini disiplin, tawaduk dan ketahanan hidup mereka dibentuk.
Tradisi khalwah sudah berakar sejak Islam bertapak di Sudan berabad lalu, berkembang bersama dakwah para ulama dan tarekat sufi seperti Qadiriyyah, Tijaniyyah dan Khatmiyyah.
Sejak perang tercetus jumlah pelajar berkurangan dan operasi khalwah semakin terancam akibat kekurangan dana. Ada rezeki kita jadikan beberapa khalwah sebagai tempat angkat untuk memelihara khazanah keilmuan Islam ini.
10.38 MB
❤ 142🔥 4
00:56
Video unavailableShow in Telegram
Alhamdulillah amanah kalian di Khartoum telah diselesaikan. Esok kami kongsikan baki bantuan yang lebih besar di Kem Kosti.
Doakan ummah yang sedang parah sebelum tubuh rebah, semoga untuk kita semua hati esok lebih cerah, ameen.
18.46 MB
❤ 172🥰 7🔥 4
Team media kami Hakim bagi gambar ni kepada saya. Situasi kami sekarang hanya boleh digambarkan dengan lokasi tempat kami berada.
Tapi papan kayu yang saya peluk tu sebab besar kenapa kita perlu kuat membantu mereka. Ia papan menulis dan menghafal Al-Quran cara lama, hadiah yang diberikan kepada kami dalam ziarah ke sebuah 'khalwah', salah sebuah pondok dari ratusan pondok hafazan tradisi di sini. Ia legasi Sudan yang tak ramai ketahui.
Sudan bukan sekadar sebuah negara yang sedang berperang. Ia adalah salah satu jantung Islam di Afrika - tanah para huffaz, ulama dan pejuang dakwah, yang menghubungkan dunia Arab dengan Afrika Sub-Sahara. Bila Sudan berdarah, umat di Afrika dan dunia Islam turut terasa.
Kami hanya memohon kepada kalian memberi sedikit bantuan dan kami akan berhempas-pulas menjadi jambatan menyampaikannya.
Jangan lupa terus membantu Sudan. Keadaan mereka tak berubah, masih kebuluran, masih dibunuh tanpa alasan. Mereka hanya ada Allah dengan asbab umat yang prihatin untuk membantu mereka.
Kita baru mendapat sumbangan sebanyak RM70,000, masih sangat jauh daripada sasaran minimum RM400,000. Pautan sumbangan di https://cintagaza.my/sudan. Pohon sangat dikongsikan.
❤ 135🔥 10😁 3
01:39
Video unavailableShow in Telegram
Penyediaan 400 pek makanan pertama untuk keluarga syuhada' di Khartoum.
Khartoum adalah titik mula peperangan terbaru ke atas Sudan. Ia mula dikepung oleh Rapid Support Forces dari April 2023 sehingga akhir 2024 dengan penguasaan ke atas lapangan terbang, istana presiden dan jambatan utama masuk ke bandar.
Sudanese Armed Forces memulakan operasi besar sejak akhir 2024 dan awal 2025 dan dalam Mac 2025, SAF menguasai kembali ibu kota setelah lebih 2 tahun pertempuran sengit. Semua ni saya akan ceritakan dalam video nanti.
Khartoum sentiasa ketinggalan dalam menerima bantuan kerana NGO dan institusi antarabangsa selalu memberi fokus kepada kem-kem pelarian.
Jangan lupa terus membantu Sudan. Keadaan mereka tak berubah, masih kebuluran, masih dibunuh tanpa alasan. Mereka hanya ada Allah dengan asbab umat yang prihatin untuk membantu mereka.
Kita sasarkan RM400,000 sahaja untuk ratusan ribu pelarian yang memerlukan bantuan. Pautan sumbangan di hari Jumaat penuh berkat ni di https://cintagaza.my/sudan
31.82 MB
❤ 103🔥 4
01:15
Video unavailableShow in Telegram
Baru kami nak bergerak ke tempat solat, seorang ahli delegasi datang balik tergesa-gesa. Kenapa pula tu, saya bertanya.
'Baru nak angkat takbir, terkentut pula!' Aduh sadis. Waktu malam di padang pasir ni suhunya mencecah 14°C, menggigil nak wudhu' semula.
Di Sudan ni cara mereka ambil wudhu' unik, beberapa bekas air dipasang pada bingkai besi dan tak boleh dicabut. Yang nak ambil wudhu' akan tuang air dengan satu tangan dan basuh anggota dengan tangan satu lagi.
Efisien juga tak payah orang tolong cucuh. Habis je ada tukang isi balik air dalam bekas dari tong besar.
Cuma airnya seram juga kalau tengok tu, macam teh ais. Khartoum dah selesai agihan hari ni, kami teruskan perjalanan 5 jam ke Kem Kosti pula.
26.03 MB
👍 140❤ 40🔥 7
Jangan lupa terus membantu Sudan. Keadaan mereka tak berubah, masih kebuluran, masih dibunuh tanpa alasan. Mereka hanya ada Allah dengan asbab umat yang prihatin untuk membantu mereka.
Kita sasarkan RM400,000 sahaja untuk ratusan ribu pelarian yang memerlukan bantuan. Pautan sumbangan di hari Jumaat penuh berkat ni di https://cintagaza.my/sudan
❤ 61😢 24
01:57
Video unavailableShow in Telegram
Misi ke Sudan bermula setelah berminggu kami menunggu visa dan membuat persediaan. Perjalanan yang dijamin 'extreme' dan mencabar tetapi sangat diperlukan demi membantu jutaan pelarian akibat perang. Ikuti perjalanan kami dan teruskan membantu kami membantu mereka dengan share dan sumbang di https://cintagaza.my/sudan
Ada sebab Allah bagi kami mula bergerak hari Jumaat, hari paling berkat untuk berkongsi.
38.34 MB
❤ 155🔥 18👍 9
Jangan lupa terus membantu Sudan. Keadaan mereka tak berubah, masih kebuluran, masih dibunuh tanpa alasan. Mereka hanya ada Allah dengan asbab umat yang prihatin untuk membantu mereka.
Kita sasarkan RM400,000 sahaja untuk ratusan ribu pelarian yang memerlukan bantuan. Pautan sumbangan di hari Jumaat penuh berkat ni di https://cintagaza.my/sudan
❤ 104😢 6
Saya nak ke tandas, nampak lori tempat berlindung dari mata manusia. Tapi menyorok je belakang lori, dah ambil posisi baik punya, sekali derummm, lampu lori dipasang, saya disimbahi cahaya lampunya dan ia bergerak, terkontang-kanting saya sebab 'dinding tandas' tiba-tiba hilang!
Ia berlaku setelah kami bermusafir 6 jam dan berhenti di RnR. Tempoh 6 jam tak dapat nak berjalan jauh sebab di antara Port Sudan dan Khartoum ada puluhan checkpoint yang akan menghentikan kami dan bertanya nak ke mana.
Kata Dr Abdullah, ketua misi kami yang dah hampir tiga tahun membantu Sudan, tempat kami berhenti adalah antara kawasan paling kaya di Sudan. Tapi kalian tengoklah sendiri kedai makan, 'musolla' berkarpet hijau dan tandas alami terbuka paling besar di dunia (seluruh kawasan belakang lori). Tengok gambar last, ada lembaga hitam, cuba teka siapa, dia nak cari tandas, klunya dia ada gelaran PU.
❤ 74👍 15🤔 2
Repost from Terkini dan Sensasi Palestin
01:53
Video unavailableShow in Telegram
Dapatkan secara PERCUMA Kalendar CGM 2026 Edisi Sumud Nusantara
Bukan sekadar kalendar, kali ni Pereka Desain Grafik kami ambil masa sebulan untuk siapkan segala isi kandungan dalam kalendar ni.
Apa yang menarik?
Garis Masa Sumud Flotilla
Sedekah Tracker
Info menarik tentang kapal-kapal Sumud Flotilla
Anatomi Kapal
Dan macam-macam lagi. Jom dapatkan secara PERCUMA Kalendar CGM 2026 Edisi Sumud Nusantara sekarang!
Dapatkan di sini!
IMG_0406.MP441.49 MB
❤ 131👍 14🔥 2
'Abang Faizal tak menyesal ke buka baju masa konsert tahun 2008 tu?'
'Tak menyesal langsung! Sebab itulah punca saya jadi Faizal yang hari ni. Masa saya buka baju tu, saya diban untuk beberapa bulan dati dunia seni, tapi yang paling bagus saya dihukum melakukan kerja sosial.
Masa tulah saya ke rumah anak yatim, bantu orang sini sana sebagai hukuman. Tapi rupanya itu yang buka hati saya untuk terlibat dalam kerja kemanusiaan.
Lagi satu peristiwa masa tahun 2010, saya baru habis show di Hard Rock Cafe. Masa tu memang rasa powerlah, orang jerit nama saya, sayalah di puncak dunia. Malam tu saya balik ke rumah, buka Twitter macam selalu untuk belek-belek berita.
Tapi yang keluar masa tu bukan berita Faizal penyanyi nombor satu Malaysia, tapi berita pasal Mavi Marmara. Bila saya baca berita tu, orang tengah naik kapal ke G sampai syahid kena tembak, saya sebut kepada diri sendiri, Ya Allah aku tengah buat apa dengan hidup aku ni. Orang lain tengah mati untuk perjuangan, tapi aku sibuk dengan kehidupan.'
Saya yakin kalian pun kenal Faizal Tahir yang sekarang, yang ke hulu hilir ikut misi ke Syria, ke Jepun dan kali ni bersama kami ke Sudan. Saya maklum siap-siap kepada Abang Faizal,
Nak kena naik 4x4 selama 20 jam ni. Boleh!
Misi first time ni lepas perang, tak tahu nak jadi apa. Boleh!
Airport Port Sudan ni tempat konflik, biasa kena ledak dengan dron ya. Boleh!
Alhamdulillah. Sampai sekarang masih antara artis no 1 negara, pada masa sama menjadi juara di hati ummah yang terluka.
Semoga Allah 'menggunakan' kita sebaiknya, dengan kemampuan dan kekuatan masing-masing.
Jom bantu kami membantu Sudan yang kesakitan. Tolong share dan sumbang di https://cintagaza.my/sudan
❤ 370🔥 38👍 17👏 6
02:00
Video unavailableShow in Telegram
Orang berjuang kena jaga kesihatan sebab batang tubuhnya bukan hanya untuk dirinya. Che' Abi saya selalu pesan kepada kami anak-anak, 'batang tubuh kalian milik masyarakat'. Langkah pertama berjuang, jadikan tubuh sendiri ada upaya untuk tidak berhenti.
Orang P bagus, mereka amalkan minyak zaitun ni, setiap hari makan satu sudu, masuk dalam makanan. Nak fikir panjang buat apa, benda dah sebut dalam Al-Quran.
Kalian dapatkan di sini minyak zaitun asli Turath dari Nablus, sambil jaga kesihatan diri sambil bantu ekonomi mereka. Stok semakin surut, cepat! http://www.wasap.my/60193799495/turath
23.47 MB
❤ 110🔥 13
00:37
Video unavailableShow in Telegram
Cuba pasang aircon di rumah yang paling sejuk, 16°C. Kemudian masuk tandas, mandi pakai baju dan keluar duduk di bawah aircon tadi. Jangan buat seorang diri, suruh sekali anak termasuk yang kecil dan masih bayi.
Macam mana perasaan kita? Diri sendiri sejuk tetapi hati koyak melihat anak-anak kita yang menggigil kan?
Itulah yang sedang saudara-saudara kita di G hadapi. Bukan setakat gigil tapi dah lebih seratus anak yang mati. Dan mereka akan berdepan dengannya untuk empat, lima bulan lagi.
Ya Allah hangatkan tubuh mereka, dengan kuasaMu dan asbab sumbangan-sumbangan kami. Kami dimaklumkan stok khemah kita untuk penduduk baru sampai ke sana, alhamdulillah. Saya akan tunjukkan videonya nanti.
Sementara itu bantu mereka dengan apa yang ada. Daripada sasaran lebih RM3 juta untuk misi musim sejuk, baru sekitar RM100k dikumpulkan. Mungkin orang kita ingat perang dah berhenti dan tugas kita dah selesai kot.
Saya kongsikan pautan di bawah. Tolong sumbang dan share seluasnya.
14.20 MB
😢 279❤ 39👍 3
Photo unavailableShow in Telegram
Saya baru tiga hari duduk di rumah setelah balik dari meeting Sumud di Istanbul. Bujang sebelah saya tu pagi tadi baru sampai dari misi banjir Acheh.
Malam ni kami keluar misi lagi. Kali ni tempat bahaya, unchartered territory. Alhamdulillah Allah bagi berpenat untuk ummah. Doakan kami.
👍 327❤ 119🔥 37
00:39
Video unavailableShow in Telegram
Bila pergi ke tempat baru, tengok benda baru, kita memang senang teruja. Semua benda jadi unik dan menarik!
Wah cantiknya homestay dia, kemas dan minimalis! Wah pandainya restoran ni hias makanan, plating power! Tengok kereta dia, nampak canggih betul!
Itu biasa. Tetapi yang luar biasa ialah bila kita terbiasa dengan nikmat depan mata sehingga lupa bahawa ia adalah nikmat yang tak semua orang dapat.
Ada bumbung atas kepala. Ada makanan di atas meja. Ada kenderaan untuk ke mana-mana. Ada anak-anak pembuat ceria dan ada sekolah tempat mereka belajar, berkawan dan berjenaka.
Ia lafaz yang mudah tapi dalam, rasa yang terlalu kerap dipendam.
Syukur. Alhamdulillah.
3.49 MB
❤ 144😢 92👍 6👎 1🔥 1
Ya Allah Ya Allah. Ampunkan kami setiap kali kami lalai, setiap kali kenyang, bahagia dan aman sehingga terlupakan mereka.
😢 386❤ 17👍 16
