fa
Feedback
Nota Redza Zainol

Nota Redza Zainol

رفتن به کانال در Telegram

Ilmu eksklusif kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu keibubapaan.

نمایش بیشتر
2025 سال در اعدادsnowflakes fon
card fon
143 971
مشترکین
+124 ساعت
-2577 روز
-95930 روز
آرشیو پست ها
😑 Anak tak kemas semula selepas sepahkan mainan? 👉🏻 Anak sebenarnya boleh masukkan barang dengan cekap ke dalam bekas seawal usia 18 bulan. Mak ayah boleh guna tips ini, 🍓 Setiap jenis permainan ada tempat simpanan tersendiri. 🍓 Guna bag ziplock atau bekas yang lutsinar untuk simpan mainan. 🍓 Main mainan hanya di tempat tertentu seperti bilik mainan dan ruang tamu. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
نمایش همه...
👍 161 45🥰 7
🥵 Punca anak jadi semakin biadap 🍓 Kita biarkan anak naikkan suara pada ibunya sejak kecil. 🍓 Ada “Father figure” tapi seperti tidak berfungsi. Ayah perlu ada sikap 'pembimbing' kepada anaknya. 🍓 Kena didik anak untuk muliakan ibu sejak dari kecil Allah Rasulullah Ibu (3x) Ayah #NotaRedzaZainol #DidikAnak
نمایش همه...
328👍 121💘 11
Photo unavailableShow in Telegram
"Done Daftar Kelas Design Buku Anak-Anak Guna Canva” Anak kecil ni selalu minta belikan buku aktiviti baru. Nak yang berwarna-warni, yang penuh aktiviti menarik. Memang seronok tengok anak belajar, tapi bila dah asyik beli, mula la poket pun ‘menangis’. 😅 Minggu ni, saya jumpa kelas Canva yang ajar cara buat sendiri buku aktiviti untuk anak-anak. Menarik kan. Topik: Design Buku Aktiviti Kanak-Kanak Tarikh: 9 November 2024 (SABTU MALAM) Masa: 9.00 malam - 11.00 malam Tempat: ZOOM Meeting Kod Kupon: LESS10 Diskaun: RM10 untuk 200 pelanggan pertama Jom belajar sama-sama. Masukkan kod kupon tu tau. 👉🏻 https://templatemudah.com/order/form/ActivityBook/399
نمایش همه...
👍 11 4
😊 Ada anak usia 18 bulan? 🍓 Inilah usia mereka menjadi sangat aktif. Ya, ini normal. 🍓 Memberi respon pada setiap makanan yang disediakan. Suka atau tak suka. 🍓 Akan kerap menguji had dan peraturan sesuatu perkara. 🍓 Ingin buat sesuatu perkara sendiri tetapi tetap mahu dekat dengan mak ayah. 🍓 Fasa “Oppositional Behaviour” bermula. Tak mahu ikut cakap / beri kerjasama kepada mak ayah. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
نمایش همه...
131👍 68🥰 16💘 5🏆 3
🥰 Ini cara anak usia 1-4 tahun ajak mak ayah luang lebih masa dengan mereka: 🍓 Anak minta untuk dipeluk 🍓 Anak minta kita bacakan buku cerita 🍓 Anak ajak kita main bersama 🍓 Anak asyik ikut kita di rumah 🍓 Anak menangis 🍓 Anak peluk kaki kita 🍓 Anak asyik ganggu kita bercakap 🍓 Anak minta benda yang tak masuk akal #NotaRedzaZainol #DidikAnak
نمایش همه...
🥰 188 140👍 85🤯 3🏆 1
00:21
Video unavailableShow in Telegram
Khas untuk mak ayah yang pentingkan pendidikan KAFA anak-anak (Darjah 1-5) Sekarang dah ada cara mudah dah nak anak skor KAFA ni. Bagi je anak belajar Bahasa Arab, Sirah Nabi & Ibadah dalam bentuk video gini. Lengkap A-Z & ramai dah anak skor KAFA lepas tengok video ni. Murah sangat rm20/subjek je. Boleh dapatkan video tu di sini 👇 https://anakhebat.onpay.my/order/form/videosilibuskafav3/ScoreKAFA
نمایش همه...
IMG_2911.MP44.12 MB
👍 58 18🤩 2🔥 1🏆 1
🥵 Buntu dengan perangai anak remaja? 👉🏻 Anak remaja kita kena berhadapan dengan isu : 🍓 Tekanan daripada rakan 🍓 Imej tubuh badan 🍓 Prestasi akademik 🍓 Membentuk identiti diri 🍓 Stimulasi visual dan auditori yang merosakkan hati Sebab tu mak ayah kena buat 1 benda ni : 👉🏻 Sentiasa terbuka untuk berkomunikasi dengan anak. Paling sedih bila mak ayah fikir anak remaja dah tak perlukan bimbingan kita. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
نمایش همه...
👍 132 47👏 4🔥 1
🥰 Seorang ibu yang baik akan merasa: 🍓 ada hari yang teruk 🍓 ada hari yang semuanya berjalan seperti yang dirancang 🍓 ada hari yang semuanya tak menjadi & ‘overwhelming’ 🍓 ada hari yang dipenuhi dengan kasih sayang. Walau apa pun hari anda, percayalah anda dah buat yang terbaik dan teruskan berjuang. Percayalah, semua ini berbaloi. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
نمایش همه...
433👍 59🥰 49👏 7🤩 4💘 4🏆 2
😅 Anak asyik bertanya soalan? 👉🏻 ada yang rasa rimas bila si kecil selalu bertanyakan soalan, tetapi: 🍓 itulah tanda minda mereka berkembang dengan baik 🍓 itulah cara untuk mereka belajar bercakap 🍓 menambah senarai ‘vocabulary’ baru 🍓 dia nak cari keselesaan dan sokongan emosi dari mak ayah Bila emosi si kecil stabil, insyaAllah dia akan jadi lebih tenang, gembira & kurang meragam 😉 #NotaRedzaZainol #DidikAnak
نمایش همه...
175👍 48🥰 22🏆 2
Cuti sekolah ni apa plan mak ayah?Anonymous voting
  • Santai di rumah
  • Balik kampung 🚗
  • Belum ada plan
  • Anak ada kelas/ aktiviti sekolah
0 votes
👍 44 16🥰 1
🫡 Ayah nak bina karektor anak? 👉🏻 Jadilah teladan kepada anak-anak. Ini antaranya: 🍓 Mengaku kesalahan diri sendiri dan bersedia untuk memohon maaf. 🍓 Kerap guna ayat yang menaikkan keyakinan diri anak. “Abang boleh buat, ayah yakin.” 🍓 Pandang muka ketika bercakap dengan orang lain. 🍓 Mengotakan setiap janji yang dibuat. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
نمایش همه...
143👍 57🏆 12🥰 4💘 3😁 2🤩 2
🥰 Anak dah capai akil baligh? 🍓 Sedarlah mak ayah yang pada fasa ini, pengaruh kita dah tak sekuat dulu. 🍓 Ada anak yang pada asalnya baik, bertukar menjadi buruk disebabkan pengaruh rakan sebaya. 🍓 Rugilah mak ayah yang sengaja menjarakkan diri mereka daripada anak sebab merasakan anak remaja boleh dibiarkan tanpa panduan berterusan. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
نمایش همه...
193👍 67🤯 8🥰 5
😊 Nak tips beli mainan untuk anak usia 1-2 tahun? 🍓 Beli mainan yang sesuai dengan umur 🍓 Selamat dari risiko tercekik 🍓 Ransang motor halus jari - blok jenis kayu - bola kecil - fidget toy - mainan ketuk-ketuk - plastic tweezer - menconteng dengan krayon, pen berwarna Selain tu, cari aktiviti untuk stimulasi sensori seperti main air, pijak rumput atau pegang ranting kayu/pasir. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
نمایش همه...
👍 117 45🥰 4🏆 4
🥰 Nak baiki hubungan dengan anak? Mudah caranya, cuma kita perlu berlatih selalu supaya reaksi kita lebih spontan. 🍓Fokus dan mendengar semasa anak bercerita. 🍓Tak perlu tanya banyak soalan kepada anak. 🍓Guna semula perkataan utama yang anak sebut ketika meluah/bersembang. Contoh : Anak : Kakak sedih. Mama : Mama pun nampak yang kakak sedih. Cuba cerita apa yang jadi? Si ibu guna semula perkataan SEDIH yang anaknya sebut. Inilah langkah awal untuk “validate” perasaan anak. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
نمایش همه...
👍 147 77🥰 10💘 6🔥 4🤩 2
😉 Nak ajar anak skil ambil giliran? 👉🏻 Turn-Taking adalah antara asas kepada komunikasi 2 hala. 🍓 Kanak-kanak boleh ambil giliran dalam bermain. Contohnya bergilir untuk bermain kereta. 🍓 Contoh aktiviti untuk latih anak bergilir (turn-taking) dan juga berkongsi (sharing): • Bermain board game • Bina menara blok kayu/plastik bersama • Melukis secara bergilir • Golekkan bola secara bergilir kepada kawan #NotaRedzaZainol #DidikAnak
نمایش همه...
👍 106 30🥰 17😁 1🤩 1
Photo unavailableShow in Telegram
Saya mencari seorang staf Graphic Designer & Pemasaran untuk klinik saya. Lokasi Kuantan. Nak minta tolong war-warkan ya 😊
نمایش همه...
👍 62 10
😊 Kenapa kita selalu dengar, jangan cakap “Jangan” kepada anak kecil? 👉🏻 Ini kerana si kecil masih belum boleh memvisualkan apa yang mak ayah maksudkan. 🍓 Sebenarnya ada situasi yang membolehkan kita untuk sebut “Jangan”. 🍓 Kita hanya perlu pilih masa yang sesuai, seperti ketika anak dah tenang dan tak lapar. 🍓 Biasanya, kita boleh sampaikan mesej ini semasa sesi BERCERITA dengan anak. Saya belajar teknik bercerita ini di Bab 4 dan Bab 9 dalam Buku CAKAP yang ditulis oleh Puan Zuraida seorang Terapis Percakapan. Mak ayah boleh dapatkan buku fizikal beserta 2 ebook percuma di sini 👉🏻 https://whitecoat.onpay.my/order/form/CKP01/69
نمایش همه...
62👍 30🥰 1
🥵 “Kenapa anak kau ni belum pandai bercakap lagi? Tengok anak jiran tu, dah pandai cakap.” 👉🏻 Selalu sangat mak ayah mengadu pada saya yang anak mereka asyik dibandingkan dengan sepupu atau jiran. Jika anak ada perkembangan yang lambat, 1️⃣ Elak bandingkan setiap anak 2️⃣ Elak terburu-buru memberi diagnosis anak 3️⃣ Usahakan supaya anak bermain dengan mak ayah atau dengan kanak-kanak lain 4️⃣ Elak bertanya banyak soalan pada anak ketika dia bermain. 5️⃣ Dapatkan bantuan profesional. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
نمایش همه...
139👍 64👏 4🥰 3💘 1
🥰 Anak lelaki juga ada emosi. 👉🏻 sebab tu kita perlu usaha untuk didik anak lelaki supaya boleh capai 5 perkara ini: 🍓 Boleh mengurus tekanan emosi dengan cara yang sihat. 🍓 Rasa selesa berkongsi emosinya dengan mak ayah. 🍓 Berani berdepan dengan masalah dan bukan lari dari masalah. 🍓 Komited kekalkan hubungan yang sihat dengan pasangannya. 🍓 Hormat pada semua wanita terutama pada ibu sendiri. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
نمایش همه...
211👍 82💘 9🥰 8
🥵 5 sumber maksiat anak remaja yang tak ramai mak ayah tahu. Ini penceramah pendidikan seksualiti terkenal, Akhi Fairuz yang share pada saya: 🍓 Handphone kawan. Boleh akses ke website/ apps yang tak sesuai untuk remaja. 🍓 Rakan sekelas. Budaya couple & bercakap lucah. 🍓 Sepupu sepapat sendiri bila balik kampung. Bila tak dipantau memang boleh jadi sumber kerosakan anak sebab belajar yang bukan-bukan. 🍓 Handphone mak ayah. Dia akses secara senyap-senyap konten por**grafi. Anak baik pun ramai terjebak. 🍓 Daripada social media influencer yang membawa budaya ‘couple’, ‘pickup line’ dan budaya tinggal serumah. #NotaRedzaZainol
نمایش همه...
👍 226🤯 26 18👏 3🔥 1🤩 1