Panduan Telegram
رفتن به کانال در Telegram
Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
نمایش بیشتر2025 سال در اعداد

49 343
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
+127 روز
-11230 روز
آرشیو پست ها
00:20
Video unavailableShow in Telegram
Kategori Emoji. Stiker dan Emoji disusun mengikut kategori seperti 👍❤️🎉💤 untuk dengan pantas dapat menjumpai emosi, reaksi atau status yang betul.
Bila melayari di panel emoji, tekan lama pada mana-mana emoji untuk zum masuk bagi melihat lebih dekat– dengan butang untuk salin, kirim, atau set emoji sebagai status anda.
Stiker dan emoji boleh juga dijumpai dengan kata kunci, cadangan dan jalan pendek.
Maklumat lanjut:
1) Berita Telegram: https://t.me/telegramMS
2) Telegram Premium (Melayu): https://t.me/PremiumMelayu
Emoji Categories iOS.mp47.25 MB
00:09
Video unavailableShow in Telegram
⭐️ Terjemahan Langsung. Pengguna Premium boleh tekan untuk terjemah keseluruhan bual, mengemas kini secara dinamik bila mereka skrol bual.
Bila melayari bual dengan teks dalam bahasa berlainan dari interfes anda, bar terjemahan akan terpapar – yang juga memberi akses pantas ke aturan terjemahan anda.
Semua pengguna boleh dayakan terjemahan, menambah butang khusus untuk setiap mesej.
Kembali ke ringkasan Ciri Premium.
Maklumat lanjut:
1) Berita Telegram: https://t.me/telegramMS
2) Telegram Premium (Melayu): https://t.me/PremiumMelayu
Entire Chat Translation Android.mp42.41 MB
00:12
Video unavailableShow in Telegram
Pembuat Gambar Profil. Semua pengguna boleh menukar emoji dan stiker beranimasi pada gambar profil tersuai untuk akaun, grup atau saluran mereka.
Di desktop atau mudah alih, pilih ‘Set Emoji’ bila menambah foto profil untuk mencipta gambar anda – dengan opsyen tanpa batas untuk emoji dan latar belakang.
Seperti foto lain, anda boleh set atau saran gambar emoji untuk kenalan anda.
Maklumat lanjut:
1) Berita Telegram: https://t.me/telegramMS
2) Telegram Premium (Melayu): https://t.me/PremiumMelayu
iOS Emoji Profile Pictures 1080.mp42.88 MB
00:09
Video unavailableShow in Telegram
Sembunyi Ahli di Grup. Pentadbir grup dengan 100+ ahli boleh sembunyi senarai ahli untuk memberi peserta lebih privasi.
Jika ahli tersembunyi, hanya pentadbir akan disenarai di laman info grup. Untuk pentadbir tanpa nama, mereka tidak akan disenaraikan
Untuk sembunyi senarai ahli, pergi ke Laman Info Grup > Sunting > Ahli > Sembunyi Ahli.
Langgani ‘Panduan Telegram’ di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Hide Members in Groups OPT.mp41.61 MB
00:05
Video unavailableShow in Telegram
Foto Profil Awam. Aturan privasi Telegram memberi pengguna kawalan penuh ke atas kebolehnampakan, termasuk siapa yang boleh lihat foto profil mereka.
Menambah mana-mana sekatan atau pengecualian untuk foto profil anda akan membuka opsyen untuk set foto awam yang akan memaparkan untuk mereka yang tidak dapat melihat foto profil utama anda.
Untuk menukar siapa yang boleh nampak nombor fon anda, terakhir nampak, foto profil dan lagi, sila ke Aturan > Privasi dan Sekuriti.
Langgani ‘Panduan Telegram’ di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Public Profile Photo iOS.mp41.59 MB
00:10
Video unavailableShow in Telegram
Saran Foto Profil. Foto dan video yang anda ambil boleh disarankan kepada kenalan anda, membolehkan mereka menambahnya ke profil mereka dalam dua tekanan.
Foto yang disarankan menjadi foto profil utama pengguna – jika anda ingin set sesuatu yang peribadi, anda sebaliknya boleh mengganti foto mereka.
Langgani ‘Panduan Telegram’ di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
SuggestPhotos_iOS.mp42.92 MB
00:08
Video unavailableShow in Telegram
Ganti Foto Profil. Foto profil kenalan anda boleh diganti – anda boleh set foto atau video yang berlainan untuk mereka dan hanya anda yang boleh lihat.
Untuk mengganti foto kenalan buka, Profil > Sunting > Set Foto untuk Kenalan, mereka. Anda juga boleh cadangkan foto profil untuk mereka.
Langgani ‘Panduan Telegram’ di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
ReplacePhotos_Android OPT.mp41.86 MB
00:25
Video unavailableShow in Telegram
Kegunaan Storan. Telegram perlukan hampir ruang ekstra kosong untuk berfungsi pada peranti anda. Anda boleh padamkan kac media dari fon anda, sementara masih berada dalam bual – tersedia untuk dimuat turun pada bila-bila masa.
Hanya sila ke Aturan > Data dan Storan > Kegunaan Storan dan cuba satu (atau semua 💪) dari opsyen tersebut:
1) Setkan Hapus Auto untuk padam kac media selepas tempoh waktu tertentu dengan aturan berasingan untuk Bual Peribadi, Grup dan Saluran – dan pengecualian untuk bual peribadi.
2) Set saiz kac maxima – jika kac anda sudah menghampiri had, media yang paling lama akan dikeluarkan.
3) Jumpai item media yang paling besar dengan tab khusus dan carta pai terperinci dan padam mereka secara manual dari kac anda atau pilih bual tertentu yang mengambil terlalu banyak ruang.
Langgani ‘Panduan Telegram’ di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Zero Storage Android.mp47.87 MB
00:24
Video unavailableShow in Telegram
Editor Media. Lukisan, teks, stiker, bentuk dan lagi boleh ditambah ke foto dan video dalam editor media.
Berus paras asal secara automatik melicinkan garisan anda dan menukar lebar berdasarkan pada kelajuan melukis. Alat lain pula membolehkan anda melukis anak panah, tambah kesan kabur atau menghapus
Teks mempunyai beberapa font dan opsyen latar belakang – dan semua pengguna boleh merangkumi emoji tersuai, walaupun jika mereka tidak melanggani Telegram Premium.
Langgani ‘Panduan Telegram’ di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Drawing Tools iOS.mp46.42 MB
00:09
Video unavailableShow in Telegram
Media Spoiler. Foto dan video boleh dikirim dengan kesan spoiler berkilat dalam mana-mana bual – menyembunyi kandungan sehingga penerima anda tekan untuk melihatnya.
Untuk dayakan kesan spoiler, pilih media anda di 📎menu lampiran, tekan ➕ atau ➕ dan Sembunyi Dengan Spoiler.
Anda boleh juga dayakan kesan spoiler yang sama pada teks dalam mesej atau kapsyen.
Langgani ‘Panduan Telegram’ di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Android Spoiler Media OPT.mp42.54 MB
00:06
Video unavailableShow in Telegram
Kod QR Sementara. Mana-mana pengguna boleh dengan pantas kongsi info kenalan mereka dengan menjana kod QR dari laman Aturan.
Jika anda tidak mempunyai nama samaran dan menyembunyi nombor fon anda dari semua orang, kod QR yang anda jana akan bersifat sementara – berfungsi hanya untuk beberapa minit. Kod QR sementara tidak akan kongsi nombor fon anda, hanya nama pilihan anda.
Langgani ‘Panduan Telegram’ di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Temporary QR Android.mp41.62 MB
00:08
Video unavailableShow in Telegram
Kegunaan Storan Terperinci. Anda boleh lihat berapa banyak ruang setiap bual sedang guna di peranti anda dan hilangkan media untuk setiap bual dari kac anda, ditapis mengikut jenis fail.
Menghilangkan kac anda tidak akan menghapus mana-mana mesej atau media dari bual anda – mereka tetap berada di sejarah bual, tersedia untuk dimuat turun bila anda perlukan mereka.
Laman Kegunaan Storan mempunyai beberapa aturan untuk memaximum ruang storan – seperti mengeluarkan media lama secara automatik, dan juga untuk saiz kac maximum di iOS.
Langgani ‘Panduan Telegram’ di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Android Detailed Storage Usage OPT.mp42.14 MB
00:05
Video unavailableShow in Telegram
Carian Emoji. Taip kata kunci seperti jantung atau emoji seperti 👋 ke dalam kotak carian di panel emoji untuk menjumpai emosi tepat, atau untuk lihat cadangan pasangan dari semua pek tersuai anda.
Anda juga boleh taip jalan pendek seperti :lol atau :senyum dalam kotak mesej untuk mendapat cadangan terus dari kekunci anda.
Kata kunci emoji tersedia dalam beberapa bahasa – dan pengguna boleh beri cadangan di Platform Penterjemahan kami.
Langgani ‘Panduan Telegram’ di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Emoji Search iOS OPT.mp49.41 KB
00:04
Video unavailableShow in Telegram
Anti Spam Agresif. Pentadbir dalam grup bersaiz 200+ ahli boleh dayakan Anti Spam Agresif untuk lepaskan sepenuh kuasa algoritma anti spam Telegram yang berpengalaman penuh dalam bual mereka.
Algoritma ini adalah lebih tepat dan efisien dari bot pihak ketiga, dan membolehkan pentadbir untuk melapur positif silap dari laman Tindakan Terbaru untuk terus melatih alat ini.
Langgani ‘Panduan Telegram’ di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Anti Spam iOS.mp41.24 MB
00:19
Video unavailableShow in Telegram
Hapus Auto Global. Set mesej untuk hapus auto dalam semua bual baru melalui Aturan > Privasi dan Sekuriti > Mesej Hapus Auto.
Dari laman yang sama, anda boleh dengan pantas dayakan hapus auto untuk mana-mana bual lain hanya dalam beberapa langkah.
Langgani ‘Panduan Telegram’ di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
iOS Auto-Delete OPT.mp43.82 MB
00:15
Video unavailableShow in Telegram
Nombor Tanpa Nama. Daftar tanpa kad SIM atau jadikan akaun sedia ada anda lebih tidak dikenali dengan nombor tanpa nama dari Fragment.
Nombor-nombor ini tidak akan menerima panggilan atau SMS – malah, kod log masuk anda akan sentiasa tersedia di seksyen Nombor Tanpa Nama Saya di Fragment.
Seperti nama samaran koleksi, pemilikan nombor tanpa nama adalah dikaitkan dengan dompet TON anda di rantai blok dan boleh dijual atau diniagakan kepada yang berminat.
Langgani ‘Panduan Telegram’ di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Anonymous-Login-Android OPT.mp42.75 MB
00:20
Video unavailableShow in Telegram
Tajuk. Semua grup boleh dayakan tajuk di Aturan Grup untuk menyusun diskusi mereka kepada ruang berlainan.
Setiap tajuk berfungsi seperti bual biasa – dengan kongsian media dan aturan notifikasi tersendiri, menyokong ciri hebat seperti undian, bot, mainan (games) dan banyak lagi.
Mesej servis untuk grup dan sejarah mesej pra tajuk dimasukkan ke tajuk paras asal, diberi nama Umum. Pentadbir boleh namakan semula tajuk Umum atau sembunyikannya dari senarai utama.
Langgani ‘Panduan Telegram’ di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Android Topics Fix OPT.mp44.31 MB
Sila lawat dan langgani Berita Telegram untuk melihat ciri-ciri baru yang diperkenalkan pada awal Disember.
00:06
Video unavailableShow in Telegram
⭐️ Transkripsi Mesej Video. Pengguna Premium boleh tekan butang →A di sebelah mesej video atau mesej suara untuk menjana transkripsi audionya.
Selepas mentranskripsi, anda boleh tukar balik ke paparan video dengan menekan butang 🔼.
Langgani ‘Panduan Telegram’ di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
iOS Video-to-Text Conversion.mp41.59 MB
00:05
Video unavailableShow in Telegram
Koleksi Nama Samaran. Perolehi dan tukar nama samaran unik di platform baru, dijamin selamat oleh blok rantai (blockchain) TON.
Selain dari nama samaran asas, mana-mana pengguna boleh mempunyai beberapa koleksi nama samaran yang boleh diletak di profil, grup atau saluran mereka – atau disimpan untuk kegunaan di masa depan.
Koleksi mempunyai ciri yang sama seperti nama samaran asas – mereka tersedia di hasil Carian Global, boleh diguna untuk @seruan, dan mempunyai link t.me mereka tersendiri.
Langgani ‘Panduan Telegram’ di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Android Usernames.mp41.40 MB
