fa
Feedback
MZO - Allah Jaga Kita

MZO - Allah Jaga Kita

رفتن به کانال در Telegram

نمایش بیشتر
2025 سال در اعدادsnowflakes fon
card fon
17 450
مشترکین
+124 ساعت
-207 روز
+18030 روز
آرشیو پست ها
Photo unavailableShow in Telegram
Apa Yang Tuan Puan Faham Bila Tengok Gambar Ini? Menurut kajian terbaru, ‘COVID Mungkin Mengakibatkan Kekacauan Pada Sperma Anda - (Dan) Bagaimana Ianya Boleh Memberi Kesan Kepada Anak Anda Yang Belum Lahir’ Maksud tersirat yang Tuan Puan mungkin tak nampak; 1. Vaksin menjejaskan kesuburan tapi diselindungkan dengan ‘penyakit’ dipersalahkan berbanding ‘vaksin eksperimental’ disucikan daripada sebarang perkaitan. 2. Kecacatan pada sperma atau organ pembiakan. 3. Anak yang bakal lahir mungkin akan ada kecacatan atau berpenyakit seawal usia bayi (kanser). -MZO- https://t.me/MZOAllahJagaKitaChannel/4609
نمایش همه...
🔥 20😢 13👍 12 5
Photo unavailableShow in Telegram
Masyimee & Triple Tea Nak saya beri jawapan siap2.. alang2 dah tanya tu. Kami tak pernah pun jadikan Masyimee sebagai pra-syarat untuk bekerja atau pergi sekolah.. walaupun sumber kepada produk ini adalah bahan-bahan asli, natural, organik dari bumi Malaysia. Kita lebih memerlulan makanan, serat, vitamin, mineral dan antioksidan yang terbaik berbanding pathogen kepada penyakit yang dibotolkan bagi tujuan suntikan. Dalam banyak keadaan, makanan kita ambil melalui mulut, dikunyah, dihancurkan dan ditelan ke dalam perut sebelum diserap dan dipilih untuk kegunaan tubuh kita. Begitu juga dengan sumber penyakit.. jika dijangkiti secara alami, jangkitan berlaku dengan cara sentuhan (contact), sedutan (inhale) yang mana permukaan luar sel epitheal akan adsorb (kalau absorb lain maksudnya) jangkitan virus dan bakteria. Bukan kita akan terus sakit kerana akan ada incubation period untuk virus replicate atau bakteria membiak kepada satu jumlah yang trigger sistem pertahanan tubuh. Kami tak tergamak nak buat sesuatu yang ala kadar dan kurang manfaat kepada orang ramai, walaupun keuntungan jelas depan mata. Biarlah orang lain nak buat, tapi bukan kami. Kalau kita buat sesuatu yang kita sendiri tak sanggup nak makan, takkan tergamak untuk kita buat bagi kegunaan untuk orang lain. Kami terlibat dengan industri makanan sihat ni apabila anak-anak pernah lihat dan minta makanan segera yang disimpan di rumah. Sejak itu kami nekad untuk bersihkan rumah kami daripada semua itu.. kerana anak-anak melihat dan belajar daripada apa yang kita buat. Bermula dengan mee sayur hinggalah terciptanya Masyimee.. Alhamdulillah sejak 2021 Masyimee masih jadi produk makanan alternatif untuk anak-anak. Setahu saya antivax ni dah jadi majoriti sekarang.. takpe la kalau beliau ni nak pilih jadi minoriti.. tolong habiskan la semua dos yang ada tu 🤭 Nak sihat atau nak sakit bergantung kepada tindakan kita. Dan jika Allah takdirkan sakit, anggap la sebagai penghapus dosa. Ikhtiar untuk sihat jangan diremehkan kerana ibadah dengan tubuh yang sihat lebih baik daripada kesihatan yang diabaikan. Jangan marah diorg nak puji memuja virus dan bakteria dalam botol tu.. itu pilihan masing-masing. Cuma jangan cuba putarbelit fakta untuk bodohkan masyarakat seolah-olah sumber virus bakteria ni adalah kaedah kesihatan yang terbaik. Sumber kepada punca penyakit takkan sekali-kali menjadi sumber toyyib & toyyiban. -MZO- www.masyimee.com https://t.me/MZOAllahJagaKitaChannel/4608
نمایش همه...
👍 57 26😁 3🔥 2
Hadapi Influenza Cara Alternatif - Siri 2 https://www.facebook.com/share/p/1C6E5TMB1F/ - by MZO Jangkitan Influenza yang dikaitkan dengan Influenza A virus H1N1. Mengikut definisi para Saintis, jangkitan virus pernafasan kritikal adalah disebabkan virus flu jenis A. Virus flu jenis A & B dikategorikan untuk jenis virus yang mudah tersebar. H1N1 pun adalah sifat protein pada permukaan virus tersebut. Disebut Hemagglutinin,H dan Neurominidase, N. Virus flu A mempunyai pelbagai sifat mutasi pada protein permukaan yang menyebabkan Tuan Puan boleh terkena jangkitan sebegini beberapa kali setahun jika antibodi tubuh yang boleh kenal virus tersebut. Ada A (H1,N1) dan ada pula A (H3,N2).. sebab sifatnya mudah mutasi maka badan perlu kenalpasti setiap jangkitan baru dan buat antibodi baru (jika belum kenal). Bahasa lain untuk sifat mudah tersebar dan pelbagai sifat H & N pada rupa virus itu sendiri, senang kata ‘mudah beranak’ dan dengan ‘pelbagai rupa’. Dan sistem imuniti tubuh kita yang ada dalam sel darah putih sentiasa bersedia untuk kenal setiap elemen baru yang menjangkiti tubuh kita. Cuma jika kualiti darah agak rendah, tidak mempunyai mineral tertentu, rendah oksigen, kurang elemen antioksidan yang boleh membantu proses penghasilan immunoglobulin A, D, G, M, E atau Y-Shape Protein (iaitu antibodi). Jika Tuan Puan ambil pelali atau suntikan imunisasi, suntikan tersebut terhad kepada variant yang dimasukkan dalam packaging yang disediakan saja. Jika variant yang disuntik, tidak kenal variant yang tersebar disebabkan sifat mutasi yang tak terjangka, maka Tuan Puan perlu hadap jangkitan yang diperolehi juga. Sebab itu saya nak Tuan Puan sedar bahawa tubuh kita dah ada kilang bioteknologi yang paling hebat di alam semesta ciptaan Allah ini, yang boleh proses dan kenal dengan cepat setiap jangkitan yang tiba pada tubuh, walau apapun sifat strain dan variantnya. Cuma dalam keadaan dijangkiti, kilang ini iaitu sel darah putih Tuan Puan perlukan sumber dan bahan mentah untuk berfungsi secara efektik, pantas dan cekap. Jika tiada sumber vitamin, mineral, antioksidan yang mencukupi, proses kenalpasti dan pelaksanaan kerja untuk memusnahkan ‘musuh’ akan ambil masa yang panjang. Maknanya daya imuniti lemah atau rendah upaya (daya tahan / cegah rintang). Bukan setakat demam saja boleh berlaku, tapi dengan suhu tinggi, sakit tekak (proses inkubasi virus), sakit otot yang boleh mereka kepada jangkitan bakteria dalam usus dan paru (batuk & kahak) disebabkan daya imuniti yang menurun ketika sedang lawan virus. Ada sumber supplement (vitamin, mineral, antioksidan) yang bersifat terapi untuk pastikan imuniti (sel darah putih) berada dalam keadaan siap sedia sebelum jangkitan. Dan jika dalam peringkat awal, sumber supplement bersifat terapi ini memadai dan boleh membantu. Saya ada jelaskan dalam post pertama ini 👇 Hadapi Influenza Cara Alternatif (https://www.facebook.com/share/p/1DAcRn723A/) Tapi jika dalam keadaan jangkitan yang acute (serius, berat, serius) yang mengganggu aktiviti tubuh, suhu tinggi, sakit pada sendi dan otot, maka Tuan Puan perlu guna supplement yang lebih tinggi kualitinya, mempunyai bahan aktif khusus yang menyokong aktiviti sistem imuniti, agar kita boleh hadapi jangkitan dengan lebih tenang, tidak membebankan hingga mengganggu aktiviti seharian. Ibu bapa mungkin akan cuba bertahan, tapi jika kena pada anak-anak, banyak aktiviti lain perlu ditangguh dan dikorbankan. Jika jangkitan flu dah mula libatkan demam suhu tinggi, bermakna virus dah masuk dalam darah. Sel darah putih perlu bekerja keras dan perlu ada sumber yang menyokong ‘askar imuniti’ kita untuk melawan makhluk-makhluk ini. Penurunan level imuniti ketika ini akan menyebabkan bakteria yang ada dalam usus dan paru-paru akan bersukaria. Kerana itu, dos dan kualiti supplement perlu ditingkatkan kerana penjenayah flu sedang kenduri sakan ketika ini. **bersambung dalam komen 👇 -MZO- https://t.me/MZOAllahJagaKitaChannel/4607
نمایش همه...
32👍 14😢 1
Photo unavailableShow in Telegram
Siapa Yang Claim Kes Influenza Sekarang Ni Sebagai Wabak? Sedangkan selama ini setiap tahun keadaan sama je.. takde kecoh2 pun. Kecuali ada barang yang nak dihabiskan cepat2 😏 -MZO- https://t.me/MZOAllahJagaKitaChannel/4605
نمایش همه...
😁 37👍 11 4
Photo unavailableShow in Telegram
Sel buah pinggang anjing dalam vaksin Influenza (https://t.me/MZOAllahJagaKitaChannel/2096) -MZO- https://t.me/MZOAllahJagaKitaChannel/4604
نمایش همه...
🤯 12🔥 6👏 3😁 3😢 2 1
Photo unavailableShow in Telegram
Hadapi Influenza Cara Alternatif 👍 Dua supplement yang saya sarankan perlu ada. Pertamanya perlu ada Vitamin C & yang kedua adalah pati Habbatussauda. Ini kombinasi paling asas pembinaan 2 peringkat imuniti iaitu di dalam darah dan di atas permukaan mucus membrane (permukaan berlendir) dalam paru-paru. Kerana jangkitan Influenza boleh menyebabkan demam suhu tinggi jika telah merebak jauh di dalam darah. Maka perlu ada sokongan imuniti berbentuk immunoglobulin G & M dalam darah. Dan penurunan tahap imuniti tubuh ketika jangkitan akan menyumbang kepada peningkatan jangkitan bakteria dalam paru-paru yang akan menyebabkan pengumpulan kahak & kemudian berlakunya simptom batuk. Untuk peningkatan imuniti yang lebih cepat Vitamin C jenis Liposomal digalakkan, cuma kosnya lebih tinggi antara RM100-RM150. Untuk jenis ini kami galakkan untuk kanak-kanak kerana penyerapannya lebih cepat untuk kesan lebih pantas. Tiada masalah untuk guna jenis serbuk yang lebih berkos rendah, efektif, cukup untuk 4-5 orang dalam tempoh sebulan, seperti dalam gambar. Dan kita boleh campur soda bikarbonat untuk hilangkan rasa masam & akan rasa seperti air sparkle. Selain Vitamin C, boleh tambah supplement Vitamin D3 jika dah melibatkan batuk bagi golongan warga emas. Untuk orang dewasa boleh ambil 2000mg bersama sebiji telur separuh masak, setiap 2 jam, 3 kali sahaja sehari untuk teknik megadose cara Orthomolecular. InsyaAllah boleh dapat kesan pantas seperti Vit C Liposomal. Pati Habbatussauda (PHS) pula sangat baik untuk naikkan tahap immuneresponse bagi mereka yang batuk, berkahak kerana kandungan antibakteria PHS. Immunoglobulin A dan D (IgA & IgD) penting dinaikkan untuk kawal jangkitan bakteria yang jadi punca simptom batuk dan kahak. Kawasan Gastrointestinal meliputi rongga mulut, tekak, paru-paru, perut, usus dan bahan aktif PHS boleh memecahkan dan kumpulkan ketulan mucus membrane (lendiran) yang dicemari bakteria serta memisahkan kahak daripada ruang paru-paru dan tekak. Pengurangan kahak dan matinya bakteria akan bantu berkurangnya batuk. Actually PHS ni saya dah tak ada. Sesiapa yang nak kena tanya Nor Fazilah Abd Mohd founder Asmak. Vitamin C pula tinggal 20 unit lagi. Siapa cepat grab kat web Masyimee dia dapat la. www.masyimee.com Kandungan rempah Mee Tarik Masyimee yang dimakan panas-panas, samada Kari atau Ayam Black Pepper boleh bantu melegakan masalah batuk dan kahak. Masa zaman kobid dulu, yang takde selera sebab positif kobid boleh berselera pula bila pekena Masyimee Sup Ayam Black Pepper. Kandungan bahan aktif rempah asli yang kami gunakan memang bertujuan untuk beri manfaat kepada tubuh supaya sel darah putih ‘lebih berupaya’ untuk hasilkan antibodi yang diperlukan dalam masa yang singkat. Kunyit, halia, lada hitam, jintan, santan dan lain-lain lagi ada fungsi masing-masing untuk tujuan kesihatan. So kalau makan Masyimee tu, hirup kuahnya sekali. Di situ terdapat rahsia alam semulajadi ciptaan Allah untuk ‘sihat’ melalui makanan 😉 Tapi kalau nak amik vaksin jugak terpulang pada kefahaman masing-masing.. Cuma jangan cucuk masa tengah dijangkiti Influenza. Jangkitan akan berganda dan sistem immune akan stress teruk kerana jangkitan semulajadi dan jangkitan secara sintetik (vaksin) berlaku serentak. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua dan rezekikan dengan penyembuhan yang segera. Ameen 🤲 -MZO- https://t.me/MZOAllahJagaKitaChannel/4603
نمایش همه...
👍 38 16
Photo unavailableShow in Telegram
Ketika Kita Berbeza, Jangan Lupa Kita Masih Satu Umat Akan Ada Lebih Banyak Isu & Masalah Yang Akan Menguji Kita Semua Di Masa Akan Datang 🫶 Tuan-puan yang saya hormati, Dalam dunia yang penuh kepelbagaian ini, kita akan sentiasa bertemu dengan pelbagai bentuk pemikiran, pelbagai cara bertindak, dan pelbagai latar belakang ilmu. Setiap satu daripada kita datang dengan pengalaman, kefahaman dan sudut pandang yang berbeza. Maka, tidak pelik bila kita berbeza pendapat. Yang pelik bila kita sanggup bermusuh hanya kerana perbezaan itu. Melalui isu-isu semasa seperti Sumut Flotilla, kes mahkamah yang viral, dan pelbagai lagi polemik yang tular di media sosial, kita dapat lihat bagaimana masyarakat mudah terbahagi. Ada yang menyokong, ada yang membantah, ada pula yang menilai dari jauh. Tapi di sebalik semua itu, yang paling penting bukan siapa yang “betul” atau “salah”, tetapi bagaimana kita menzahirkan adab dalam menyampaikan pendapat. Kita boleh berbeza. Tapi jangan sampai perbezaan itu memutuskan kasih sesama kita. Sebab di sebalik setiap pandangan, ada niat yang mungkin baik. Ada orang yang mengkritik bukan kerana benci, tapi kerana sayang. Ada yang berhujah bukan kerana nak menang, tapi kerana nak memberi kefahaman. Dan ada juga yang diam bukan kerana tidak tahu, tetapi kerana memilih untuk menjaga hati sesama insan. Saya ingin mengajak kita semua untuk berlapang dada. Jika kita ingin berkongsi pandangan atau fakta; lakukan dengan sandaran yang kukuh, dengan niat yang ikhlas, dan dengan bahasa yang berhemah. Kita boleh membawa hujah ilmiah tanpa menjatuhkan maruah orang lain. Kita boleh mempertahankan pendirian tanpa menuduh pihak lain sesat, salah, atau jahat. Dalam isu teori konspirasi, vaksin, mahupun hal-hal masyarakat, kita kena faham bahawa masing-masing punya latar belakang ilmu dan pengalaman yang berbeza. Ada yang banyak membaca jurnal dan laporan teknikal, ada yang hanya berpandukan pengalaman sendiri. Maka tidak adil untuk kita menghina atau memperlekeh antara satu sama lain. Jika kita benar, biarlah kebenaran itu sampai dengan cara yang lembut. Jika kita tersilap, biarlah teguran itu datang dengan cara yang beradab. Saya juga ingin mengingatkan diri saya dan tuan-puan, bahawa ujian terbesar bukan pada siapa yang paling banyak fakta, tetapi siapa yang paling mampu menjaga adab ketika berbeza. Kita boleh lantang, tapi jangan hilang santun. Kita boleh tegas, tapi jangan keras hati. Kita boleh teguh dengan prinsip, tapi jangan lupa adab. Akhirnya, semua perbincangan dan perdebatan ini; tentang vaksin, politik, ekonomi, atau apa pun isu semasa.. ini semua hanyalah alat untuk kita mencari kebenaran. Tetapi kebenaran itu sendiri tidak akan bermakna jika dalam perjalanan mencarinya, kita hilang nilai kemanusiaan dan kasih sayang sesama kita. Tuan-puan, dunia ini memang penuh dengan ujian dan perbezaan. Tapi marilah kita sama-sama berjanji untuk terus beradab dalam berbeza, terus memahami walau tak sependapat, dan terus menyatu walau berlainan pandangan. Kerana akhirnya, kita tetap satu umat. Dan umat yang beradab adalah umat yang kuat. Saya kritis tentang vaksin, tapi saya takkan paksa Tuan Puan tinggalkan vaksin. Itu pilihan peribadi. Jika ambil sekalipun, tak menjauhkan hatta menjarakkan hubungan antara kita. Dan kita hormati orang yang menolak, kerana itu juga mereka untuk buat pilihan. Jangan biar musang berbulu ayam menjadi hakim di antara kita. Musuh akan menangguk di air yang keruh. -MZO- 10.10.2025 GPMC Dalam Kenangan (Gerakan Post-Mortem Covid19) https://t.me/MZOAllahJagaKitaChannel/4602
نمایش همه...
46👍 29
Photo unavailableShow in Telegram
9 orang delegasi Malaysia bersama dengan Duta Besar Malaysia ke Republik Turkiye, TYT Sazali Mustafa Kamal dan Konsul Jeneral, Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul Encik Ahmad Amiri Abu Bakar. MyCARE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha-usaha pihak yang berwajib khususnya pihak negara Republik Turkiye, pihak Kerajaan Malaysia dan Kedutaan Malaysia di Turkiye. Sumber:MyCARE
نمایش همه...
16👍 11🥰 3
Alhamdulillah sahabat kami Dr Hafiz Sulaiman selamat tiba di Turki 🤲
نمایش همه...
👍 8
Photo unavailableShow in Telegram
GPMC Dengan 50,000 Keahlian Telah Terkubur Apabila kita terkhilaf dalam meletakkan batu asas struktur organisasi. Yang akhirnya tersabotaj dari dalam demi agenda individu. Nak dibina tak mudah.. kumpul kekuatan tak mudah tapi akhirnya yang berniat jahat bertepuk tangan. Sejarah untuk dipelajari dan diambil iktibar, agar pisang tak berbuah 2 kali. Sumud Flotilla usaha yang murni, tak sempurna tapi amat bermakna. Banyak kelemahan tapi kewujudannya perlu. Setiap kita ada peranan, maka menyumbanglah masa, tenaga, buah fikiran demi ummah demi Gaza dan demi redha Allah pada kita. -MZO- https://t.me/MZOAllahJagaKitaChannel/4599
نمایش همه...
👍 39 11🔥 1
Kesukaran Isu Sumud Flotilla Apabila terlalu banyak pendapat, pandangan, dikaitkan dengan hukum agama sebagai cara untuk judge orang.. Terlalu menekan dapatan teori konspirasi dan bukti social media untuk menyokong pandangan sendiri. Segala yang dikongsikan mengenai Greta Thunberg saya setuju.. malah beliau turut dipertikaikan di negara dan rantau Eropah sendiri. Cuma jika benar kita dapat buktikan beliau sebahagian agenda Freemason, Rothchilds, Illuminati.. apa kesimpulan akhir yang kita nak buat? Dalam tengah perdebatan yang wujud, kita meleret kepada pergaduhan pendapat dan mewujudkan puak pula apa bila apa yang dibentangkan tidak diterima sepenuhnya. Malah jadi meleret kepada perbuatan melabel dan menghukum pula. Ada orang tanya saya, apa hukum pergi ke Gaza sebagai seorang wanita dan tiada muhrim? Orang yang soal saya sebegini nak jawapan yang bagaimana? Jika saya tak jawab dengan terma dan rujukan agama, saya akan dilabel dan dianggap ambil ringan urusan agama. Jika saya jawab ikut hukum Qat’i dan Furuq, saya akan dilabel jumud dan menyekat usaha kemanusiaan dan niat baik orang yang ingin membantu manusia tertindas.. Jadi saya jawab bagaimana? ‘Kita tak boleh halang anak gadis mahupun wanita kita ke Guongzhou pun.. Jadi apa masalahnya mereka ke Gaza?’ Urusan pelancongan dan perniagaan wanita melibatkan wanita pun kita tak boleh tentukan pergerakan mereka, mengapa nak berkeras bila isu sumud muncul? Anak gadis kita dilepaskan tanpa mahram ke IPTA untuk belajar beberapa jam sehari, banyak pula ruang masa selain pembelajaran, kita dah boleh terima perkara ini.. apa masalah utama dengan sumud flotilla? Jika isu mahram kononnya risaukan ikhtilat dan sebagainya, pemergian itu tetap kita tak boleh halang.. dan saya percaya mereka bukan pergi dengan niat maksiat pun.. kamera ada keliling bot.. Yang buat maksiat kat pawagam dan tandas shopping mall lagi ramai.. Jadi masalah kita memberatkan penilaian sesuatu perkara, dengan mencari ruang untuk menghukum iman dan jatidiri orang.. hingga hilang adab sopan dalam berbincang. Kita takkan ke mana jika nak menang dalam semua hujah. Contoh Gaungzhou dan Gaza dah cukup untuk Tuan Puan faham sudut bagaimana yang saya guna dalam pertimbangan ini. Isu scammer bertopeng kemanusiaan bukan sekali dua diadukan kepada saya.. malah melibatkan kerugian ratusan ribu dan jutaan ringgit dah diadukan kepada saya.. Isu boneka yang menumpang usaha kemanusiaan, menyelit untuk menyelam sambil minum air, serigala berbulu kambing.. boneka yang dinaikkan supaya tiba masanya nanti perlu balas budi.. Inilah gunting dalam lipatan yang banyak menikam usaha-usaha baik yang akhirnya gagal dan kemudiannya berpecah belah mereka yang asalnya ikhlas. Perjalanan kita masih jauh dan raikan semua yang berusaha demi saudara kita yang tertindas. -MZO- https://t.me/MZOAllahJagaKitaChannel/4598
نمایش همه...
43👍 19
01:03
Video unavailableShow in Telegram
Saya Tidak Menolak Gerakan Kemanusiaan Untuk Palestin Atau mana-mana usaha untuk membantu golongan tertindas.. malah takkan mempertikaikan mana-mana individu yang mengusahakannya. Saya manusia biasa yang tak mampu baca hati dan niat seseorang.. hanya mampu mengingatikan tentang perkara asas saja agar kita tak terbuai-buai dengan runtunan emosi dek permainan media. [28 Jan 2023 Germany Humanitarian Mission] Gerakan “Free Palestine” (Bebaskan Palestin), terutamanya apabila dipromosikan oleh tokoh seperti Greta Thunberg, sering menggunakan dissonans kognitif untuk mempengaruhi perasaan dan kepercayaan orang ramai. Ia mencampurkan penderitaan manusia sebenar dengan mesej dan imej yang penuh emosi yang membuatkan orang berasa bersalah, marah, atau takut, walaupun mereka sebenarnya tidak memahami sepenuhnya sejarah atau fakta yang sebenar. Ini mewujudkan konflik dalam fikiran: orang mahu ambil peduli dan melakukan perkara yang betul, tetapi mereka hanya mendengar satu sisi cerita. Untuk menghilangkan rasa tidak selesa itu, ramai akhirnya menerima sahaja mesej tersebut “sokong perjuangan ini atau anda tidak berhati perut” tanpa menyoal dengan lebih mendalam. Beginilah cara propaganda berfungsi: ia bermain dengan emosi, mengulangi slogan mudah, dan membuatkan orang yakin bahawa mereka sedang melakukan kebaikan, walaupun kebenarannya jauh lebih rumit. -MZO- https://t.me/MZOAllahJagaKitaChannel/4597
نمایش همه...
IMG_0072.MP45.12 MB
👍 56 11
Photo unavailableShow in Telegram
7 Oktober 2020 Janji saya pada Lily Mk masih saya tunaikan hingga hari ini.. InsyaAllah ada lagi otw 🫶 -MZO-
نمایش همه...
🔥 26👍 15👏 5 2
Photo unavailableShow in Telegram
MZO Tetap MZO Saya adalah individu yang real, wujud, identiti sebenar tanpa perlu berselindung di sebalik mana-mana nama lain. FB MZO; https://www.facebook.com/share/p/1A9v4bieu1/ Saya bertanggungjawab dengan apa yang saya perkatakan. Saya mendapat mesej2 peribadi mengenai ulasan ringkas saya tentang Gaza, Sumud dan individu yang terlibat dengan gerakan aktivis membela Gaza. Saya terlibat dengan isu Gaza sejak 20 tahun lepas dalam semua peringkat isu geopolitik, keselamatan dan usaha-usaha yang perlu dalam menyokong saudara kita yang tertindas. Dengan izin Allah , saya telah masak dengan selok belok, mehnah dan tribulasi berkait isu Palestin dan Gaza.. tanpa perlu mencipta apa-apa teori konspirasi baru. Kita sedia maklum Israel dan kehebatan ketenteraan serta persenjataan mereka bakal tenggelam dalam lumpur Gaza.. kredibiliti, maruah serta reputasi antarabangsa tiada ruang untuk dipertahankan lagi. Bagi yang belum sedia maklum dengan permainan halus mereka, percayalah bahawa kelicikan mereka ibarat serampang berpuluh-puluh mata.. Cuma jangan mudah untuk kita label dan tuduh mana-mana individu sebagai ejen kepada mana-mana gerakan rahsia tanpa kita mempunyai bukti serta fakta yang nyatakan.. kerana hujah Tuan Puan bakal dipertikaikan dan bukti akan ditagih. Sepertimana pendapat saya mengenai Greta Thunberg, saya menyokong tindakan aktivisme beliau, akan tetapi tindak-tanduk pihak yang ‘berkepentingan’ telah menjelaskan halatuju dan niat untuk mengangkat sesetengah individu sebagai ‘rakan kerjasama’ di masa akan datang. Rangkuman peristiwa dan fakta sejak 40 tahun lepas telah menjelaskan perkara ini, cuma tidaklah saya boleh perincikan di sini. Orang ramai, orang awam umumnya menilai berdasarkan emosi, merujuk kepada peristiwa dan situasi yang dipancarkan media tanpa memahami elemen tersirat di sebalik yang tersurat. Sepertimana ahli politik yang telah jatuh tersungkur, tapi dipopularkan agar kekal diingati dan dikagumi pada mata rakyat untuk gerak kerja masa akan datang. Kerana telah banyak dilaburkan, maka perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Masyarakat Malaysia adalah masyarakat consumer atau pengguna yang terdedah serta rapuh dengan permainan media. Malah dengan teknik publisiti tertentu, persepsi mudah diubah.. yang berniat menyusahkan rakyat boleh diangkat sebagai pemimpin masa depan dengan mudah.. Untuk merungkai yang tersirat, kadangkala ada risiko yang perlu kita hadap.. tak semua perkara perlu diulas terperinci. Tapi jika diulas berlebihan, tanpa asas dan sumber, tergantung ibarat konspirasi andaian sendiri, sebaiknya dikongsi secara tertutup saja agar tidak mengganggu ketenteraman rakan-rakan. Tapi antara ubat, makanan vaksin nak dibawa masuk Gaza, diutamakan makanan dan ubat terlebih dahulu. Jika yang rendah nutrisi disumbat berdos-dos vaksin tanpa sumber protein makanan dan ubat untuk kawal keradangan dalam tubuh, masalah lain pula bakal timbul. Ini realiti dan bukan konspirasi. Afrika telah jadi bukti. -MZO- https://t.me/MZOAllahJagaKitaChannel/4595
نمایش همه...
👍 50 13
Photo unavailableShow in Telegram
Saya tahu & sedar rancangan untuk menjadikan Greta Thunberg sebagai icon autism yang boleh menggerakkan ‘ummah’. Orang bermasalah autism tak sesuai jadi leader, wakil kesihatan atau human right.. walau sehebat mana pun media buat kerja.. jadi aktivis takpe. Saya tak menafikan usaha kemanusiaan tapi pastikan emosi kita tak terbuai-buai hingga tersilap meletakkan sesuatu pada tempatnya. Isu ini menimbulkan banyak pendapat tapi Sumud Flotilla tidak saya pertikaikan. Setiap usaha orang dalam isu Gaza atau kemanusiaan saya tidak pertikaikan. https://www.facebook.com/share/p/1JZeoEkkQ3/ -MZO-
نمایش همه...
👍 25 8
Terima kasih pada semua yang mendoakan, beri ucapan, kata2 semangat sempena Hari Lahir saya hari ini 🥰 Doakan esok 30 Sept 2025, Mahkamah Tinggi Taiping sekali lagi beri kemenangan untuk Rayuan kes Ordinan Darurat saya. Ameen Ya Rabbal Alamin 🤲🤲🤲 Dalam 7 hari je berderet urusan mahkamah dalam tak sedar.. walhal kita bukan lawyer pun 🤭 Mahkamah Petaling Jaya Majistret Butterworth Majistret Kuala Terengganu High Court Taiping Mahkamah Tinggi Shah Alam Sesyen Court JB -MZO-
نمایش همه...
👍 25🔥 19🥰 6 1
Photo unavailableShow in Telegram
Lily Mk memilih risiko terbesar dalam hidupnya apabila mengingkari perjanjian 11 Sept 2025 di rumah beliau. Selain ingkar perintah Hakim sejak 16 bulan lepas, ikrar yang dia tandatangani turut dilanggar. Mungkin inilah ciri-ciri manusia munafik yang dinyatakan Rasul SAW. Doulamas dan MZO tidak rugi dengan keadaan ini.. malah dia membuka ruang bala yang lebih besar untuk dirinya.. dan bakal menyusahkan sesiapa yang terdekat dengannya. Saya percaya menerima hasutan dan nasihat yang salah.. tapi itu pilihan silly lily untuk terima nasihat tersebut. Dia tak perlu bermain persepsi seolah-olah dibuli pula.. siapa yang buli dia? Hakim Mahkamah Petaling Jaya? Dia buktikan kepada mahkamah bahawa dia melakukan cyberbully & fitnah yang amat teruk, biadap dan tak berperikemanusiaan terhadap Doulamas. Dia sendiri memasukkan segala dokumen penulisan FB beliau.. yang mana kami sendiri geli dan loya nak masukkan.. Alhamdulillah dipermudahkan Allah untuk dilakukan oleh tangan silly lily sendiri. Jika kami tak setuju untuk jual semula barang rumah beliau yang dah dilelong, pasti lebih teruk keadaan dia dan hubungan ahli keluarganya yang berang dengan perkara yang berlaku. Lori dan tukang dah kami panggil.. pasti lompong dan rongak rumahnya kami kerjakan jika barang-barang rumah itu dibawa keluar. Kadang-kadang peluang hanya sekali. Dan peluang itu telah kami berikan. Segala tindakan kami berlandaskan undang-undang. Dan sekarang ini bukan kami yang bantah dan ingkar apa yang Yang Arif Hakim telah perintahkan. Konon cucuk vaksin kerana patuh undang-undang.. tapi semua itu bullshit sahaja. Tiada undang-undang yang wajibkan ambil vaksin, untuk bayi, kanak-kanak, remaja, ibu mengandung malah golongan dewasa. Tiada kewajipan. Sesiapa saja bebas untuk tidak ambil vaksin. Malah boleh ludahkan dahulu muka sesiapa yang suruh ambil vaksin dan kemudian suruh dia baca apa yang saya tulis ini, supaya faham kenapa dia diperludahkan. Kepada Lily Mk, bertabahlah untuk menghadapi hari-hari yang akan datang.. mereka yang datang dengan nasihat cap ayam, hanya mahukan duit kamu sahaja. Apa saja yang berlaku pada kamu lepas ini bukan masalah mereka, fulus mereka dah dapat dulu. Mereka yang beri nasihat itu dah ada rekod mengkhianati rakan mereka sendiri, malah maklumat sulit didedahkan demi job yang dijanjikan scammer. Mari kita lihat siapa yang kena lepas ini 😊 -MZO-
نمایش همه...
🔥 27 16👏 13👍 7
Photo unavailableShow in Telegram
‘Angkara Cybertrooper Bodoh, kkyem Akan Menanggung Balanya’ Semua Hospital Kerajaan Di Seluruh Malaysia Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang ‘Medical Negligence’, ‘Medical Maleficence’ Dalam Semua Peringkat Rawatan. Setinggi-tinggi terima kasih wajar dipanjatkan kepada kepada geng kinah, melda, lily mk dan cybertrooper belaan kkyem. Kerana andalah punca kkyem perlu hadap semua ini.. terima kasih sekali lagi 🤝😊 🚨 KES PELANGGARAN HAK PESAKIT – TINDAKAN UNDANG-UNDANG AKAN MENYUSUL 🚨 Saya MZO mungkin tidak akan terlibat dalam tindakan saman, tapi saya akan beri konsultasi, mengajar, atur strategi yang sewajarnya hingga kerugian yang dialami pesakit terbalas dan terpampas. Saya juga sedang menguruskan satu kes pencabulan hak pesakit di sebuah hospital kerajaan. Kes ini sangat serius kerana melibatkan seorang ibu yang baru bersalin, tetapi diperlakukan dengan cara yang tidak beretika, tidak berperikemanusiaan, dan bercanggah dengan undang-undang serta polisi kesihatan negara. Kami sedang menyusun tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat berdasarkan beberapa pelanggaran utama berikut: ❌ 1. Tiada Informed Consent Prosedur invasif dilakukan tanpa penerangan jelas, tanpa borang persetujuan, tanpa maklumat risiko. Ini adalah pencabulan hak asasi pesakit. ❌ 2. Komunikasi Biadap & Diskriminasi Doktor bercakap dengan nada tinggi, marah-marah, dan menghina pesakit hanya kerana pesakit menolak vaksin dan ubat tertentu. Hak pesakit dipandang rendah, malah isu peribadi dijadikan alasan untuk layanan tidak profesional. ❌ 3. Prosedur Invasif Dipaksa Pesakit menjerit kesakitan, meminta dihentikan, tetapi doktor teruskan selukan berkali-kali. Ini bukan rawatan, ini paksaan fizikal – boleh dikira sebagai assault di sisi undang-undang. Fasiliti KKM telah disalahguna untuk tujuan penyeksaan dan mendatangkan kesakitan kepada pesakit dengan sengaja. ❌ 4. Tiada Borang AOR Penolakan rawatan tidak direkodkan secara rasmi melalui Borang At Own Risk (AOR). Ini kecuaian serius dan jelas melanggar SOP hospital. ❌ 5. Trauma Fizikal & Emosi Ibu ini diperlakukan tanpa belas kasihan, sampai menangis dan menjerit 1 wad dengar. Kesan trauma bukan sahaja fizikal, tetapi juga psikologi yang boleh berpanjangan. Tiap-tiap satu perkara di atas ada sandaran dalam akta serta undang-undang negara, termasuk dalam perkhidmatan awam. Saya tak perlu nyatakan di sini. Nanti masuk mahkamah tahulah mereka. ✅ Aduan rasmi sedang dihantar kepada Pengarah Hospital, Bahagian Perkhidmatan Perubatan KKM, dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC). ✅ Tindakan saman sivil sedang dipertimbangkan untuk menuntut ganti rugi atas trauma & kecuaian yang berlaku. Tiada kata-kata maaf dan air mata pihak yang terlibat mampu untuk hentikan semua ini. Apabila kkyem membiarkan balaci dan macai mereka bebas berkeliaran tanpa pengembala mereka, maka yang perlu bertanggungjawab adalah tuan mereka juga akhirnya. 💥 Pesanan saya jelas: Hak pesakit bukan pilihan. Pesakit berhak untuk menolak rawatan. Pesakit berhak dilayan dengan maruah dan belas kasihan. Dan mana-mana pihak yang melanggar hak ini perlu bertanggungjawab di sisi undang-undang. -MZO- 25 September 2025
نمایش همه...
👍 53 24🔥 4
Repost from TgId: 1395176154
Photo unavailableShow in Telegram
📊 Isu C-Section makin meningkat di Malaysia ❗ Apa sebenarnya yang berlaku? 🤔 🔥 Join LIVE malam ni bersama Tuan Muhammad Zaki Omar (MZO) 📌 TikTok: tiktok.com/@doulamas 📌 Telegram: t.me/notadoulamas 👉 Bantu sebarkan ya! #Doulamas #CSection #NotaDoulamas
نمایش همه...
👍 14 2🤯 1
Repost from TgId: 1395176154
Photo unavailableShow in Telegram
📊 Isu C-Section makin meningkat di Malaysia ❗ Apa sebenarnya yang berlaku? 🤔 🔥 Join LIVE malam ni bersama Zaki Omar (MZO) 📌 TikTok: tiktok.com/@doulamas 📌 Telegram: t.me/notadoulamas 👉 Bantu sebarkan ya! #Doulamas #CSection #NotaDoulamas
نمایش همه...