ru
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

Открыть в Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

Больше
2025 год в цифрахsnowflakes fon
card fon
79 083
Подписчики
-1224 часа
-1517 дней
-47530 день
Архив постов
Фото недоступноПоказать в Telegram
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menerima kecaman meluas daripada kedua-dua parti Republikan dan Demokrat selepas mempersendakan kematian pengarah dan pelakon terkenal Rob Reiner dalam satu hantaran di media sosial. Dalam kenyataan yang dimuat naik ke platform Truth Social pada Isnin, Trump menyindir bahawa Reiner, 78, yang ditemui mati bersama isterinya Michele Reiner, 70, “mungkin meninggal dunia akibat kemarahan yang ditimbulkan oleh pandangan anti-Trump beliau.” Kenyataan itu dibuat hanya sehari selepas pasangan tersebut ditemui mati di kediaman mereka di Los Angeles, dengan anak lelaki mereka, Nick Reiner, kini ditahan atas tuduhan membunuh. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/trump-persenda-kematian-rob-reiner-terima-kecaman-rentas-parti-551878
Показать все...
👎 5🔥 5👍 4 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Bukan satu tapi dua anugerah berjaya dirangkul jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou pada Majlis Gala Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China pada Isnin malam. Pemenang dua kali pingat emas Sukan Paralimpik itu meraih gelaran Pemain Para Lelaki Terbaik Dunia 2025 menewaskan pencabarnya Daiki Kajiwara dari Jepun, Kumar Nitesh (India) dan Park Hae Seong (Korea Selatan). Lebih manis, pemain nombor satu dunia berusia 37 tahun itu turut diiktiraf Beregu Para Terbaik Dunia 2025 bersama gandingannya Mohd Fareez Anuar. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/liek-hou-dinobat-pemain-para-lelaki-terbaik-dunia-2025-551875
Показать все...
👏 28 3👍 1🔥 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memulakan promosi awal Banci Ekonomi 2026 di Sabak Bernam sebagai langkah strategik memastikan penglibatan menyeluruh pertubuhan perniagaan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta sektor ekonomi informal. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, pendekatan turun padang itu penting bagi mendekatkan DOSM dengan komuniti penjaja dan usahawan kecil, selain meningkatkan kefahaman mengenai peranan data dalam menyokong perancangan ekonomi negara. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/banci-ekonomi-2026-perkasakan-data-pmks-dan-sektor-informal-sabak-bernam-551790
Показать все...
🔥 4👍 2
Фото недоступноПоказать в Telegram
Sewaktu Malaysia bersiap sedia mengambil alih Kepengerusian ASEAN 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, tumpuan negara ketika itu jelas untuk memastikan manfaat ekonomi digital dirasai secara menyeluruh, khususnya oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), golongan belia, wanita, serta komuniti yang kurang mendapat liputan. Sebagai peneraju Tonggak Ekonomi ASEAN 2025, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menegaskan bahawa keutamaan Malaysia bukan sekadar membentuk dasar tetapi juga memastikan kumpulan-kumpulan ini mendapat akses kepada pembiayaan, peluang pasaran baharu dan ekosistem perdagangan serantau yang lebih mudah seiring pengurangan halangan dagangan. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/defa-pemangkin-pmks-malaysia-giat-pacu-ekonomi-digital-asean-2025-551792
Показать все...
👏 4 2🔥 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Pihak berkuasa persekutuan Amerika Syarikat berkata mereka berjaya menggagalkan rancangan untuk mengebom beberapa syarikat di California Selatan sempena sambutan malam Tahun Baharu, dengan penahanan empat individu yang dikaitkan dengan kumpulan ekstremis anti-kapitalis dan anti-kerajaan. Keempat-empat suspek, Audrey Illeene Carroll, 30; Zachary Aaron Page, 32; Dante Gaffield, 24; dan Tina Lai, 41, ditahan pada Jumaat lalu ketika sedang menguji bahan letupan di kawasan gurun timur Los Angeles, menurut Penolong Peguam Negara AS, Bill Essayli dalam satu sidang media. Pihak berkuasa turut menayangkan rakaman udara yang menunjukkan suspek mengalihkan objek besar berwarna hitam ke atas meja di kawasan gurun sebelum mereka diberkas. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/empat-individu-didakwa-rancang-serangan-bom-malam-tahun-baharu-di-california-selatan-551862
Показать все...
🔥 8
Фото недоступноПоказать в Telegram
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata beliau tidak melihat sebarang kaitan antara serangan maut terhadap satu perayaan Yahudi di Sydney dengan pengiktirafan kerajaan beliau terhadap negara Palestin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). "Ini merupakan 24 jam yang luar biasa traumatik," kata Albanese kepada penyiar Australia, ABC, pada Isnin. "Tanggungjawab saya adalah untuk memberikan sokongan kepada komuniti Yahudi dan menjelaskan yang rakyat Australia secara keseluruhannya berdiri bersama komuniti Yahudi dalam waktu yang sukar ini." Majoriti dunia mengiktiraf penyelesaian dua negara sebagai jalan yang tepat ke hadapan, kata Albanese. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/serangan-di-bondi-pm-australia-sangkal-kenyataan-netanyahu-551856
Показать все...
👍 18 5👎 1🔥 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Malaysia menetapkan sasaran tinggi untuk mencapai RM100 bilion dalam jualan francais negara menjelang 2030, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata sasaran itu mampu dicapai sekiranya industri francais mengekalkan kadar pertumbuhan tahunan antara lapan hingga 10 peratus, di samping giat mengembangkan perniagaan ke pasaran antarabangsa. #AWANInews Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-bisnes/malaysia-sasar-jualan-francais-rm100-bilion-menjelang-2030-ahmad-zahid-551843
Показать все...
👎 18 5👏 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini bahawa isu utama dalam permohonan semakan kehakiman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung pembekuan dan penyitaan dua akaun bank parti itu adalah selari dengan isu dalam prosiding jenayah yang melibatkan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Peguam Kanan Persekutuan (SFC) Nurhafizza Azizan yang mewakili kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika membalas hujahan peguam Bersatu berkata perkara itu sewajarnya perlu diputuskan oleh mahkamah jenayah. #AWANInews Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penyitaan-akaun-bank-bersatu-ada-kaitan-dengan-isu-prosiding-jenayah-muhyiddin-sfc-551846
Показать все...
👏 13👎 5🔥 4👍 3
Hari ini 318 tahun yang lalu adalah kali terakhir Gunung Fuji meletus. Gunung Fuji terletak di pulau Honshū, 100km barat daya Tokyo. Pada ketinggian 3,776.24 m, ia adalah gunung tertinggi di Jepun, gunung berapi pulau ke-2 tertinggi di Asia & gunung berapi pulau yang ke-7 tertinggi di dunia. Ia merupakan gunung berapi strato yang aktif. Gunung Fuji dianggarkan terbentuk sejak 2.6 juta tahun yang lalu & dipercayai letusan pertamanya berlaku selepas 700,000 tahun yang lalu. Menurut perkiraan saintis, gunung berapi itu menjalani letusan besar setiap 200-500 tahun. Letusan besar terakhir direkodkan adalah pada 16 Disember 1707 yang berlarutan selama 71 hari sehingga 24 Februari 1708. Ia dipanggil letusan Hōei kerana terjadi pada tahun ke-4 di era Hōei mengikut sistem perkiraan kalendar Jepun. Ia tidak memuntahkan lahar, tetapi menghembuskan 800 juta meter padu debu yang bertaburan hingga ke Edo (Tokyo). Ia menyebabkan hujan debu terburuk dalam sejarah Jepun, menimbun seterusnya memusnahkan ladang & kebun di sekitarnya. Angka kematian sebenarnya tidak dapat dipastikan, tapi dianggar angka korban letusan ini melebihi 30 juta nyawa. Kebanyakan yang maut adalah disebabkan kebuluran akibat kemusnahan agrikultur, selain kematian daripada banjir & tanah runtuh yang menyusul. Kira-kira 3 tahun sebelum letusan itu, Gunung Fuji dilaporkan sudah bergemuruh dari 4 hingga 7 Februari 1704. Kemudian sekitar 49 hari sebelum letusan, berlaku gempa bumi bermagnitud 8.4 di wilayah itu, dipercayai menjadi pencetusnya. Gunung Fuji sudah meletus lebih 15 kali sejak tahun 781. Saintis & pakar masih belum dapat menduga kebarangkalian letusan seterusnya, namun percaya gunung Fuji boleh meledak pada bila-bila masa setelah lama 'tidur.' Maka gunung keramat itu dipantau 24 jam setiap hari & kerajaan Jepun serta syarikat swasta sentiasa berwaspada & membuat persiapan untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan. Sumber: National Geographic, Britannica, Japan Times #PeristiwaHariIni
Показать все...
8👍 4
Фото недоступноПоказать в Telegram
🔥 2
Фото недоступноПоказать в Telegram
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan program dakwah berimpak tinggi pada tahun depan dengan penekanan khusus kepada pembinaan institusi kekeluargaan, adab dalam penggunaan media sosial serta langkah menangani isu sosial. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata sepanjang tahun ini, lebih 3,000 program dakwah berjaya dilaksanakan dan ia adalah satu pencapaian yang hebat. #AWANInews Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-fokus-dakwah-berimpak-tinggi-pada-2026-tumpu-isu-keluarga-dan-sosial-551827
Показать все...
10👍 4👏 3
Фото недоступноПоказать в Telegram
Kementerian Pertahanan (MINDEF) merancang beberapa perolehan utama di bawah Rolling Plan (RP) pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi melengkap dan memodenkan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk sistem pertahanan udara, kapal sokongan pelbagai peranan serta peningkatan aset dan keupayaan tempur ketiga-tiga cabang perkhidmatan. #AWANInews Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mindef-rancang-perolehan-strategik-dalam-rp1-rmk13-perkasa-keupayaan-atm-551824
Показать все...
7👍 1🔥 1👏 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus melaksanakan dan memperkukuh pelbagai inisiatif perlindungan kanak-kanak yang menyeluruh termasuk program kesedaran keselamatan dalam talian dan penguatkuasaan perundangan berkaitan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata KPWKM akan terus mengadakan kerjasama strategik dan bersepadu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi berkaitan bagi memastikan langkah pencegahan, pengesanan awal dan perlindungan dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan. #AWANInews Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpwkm-perkasa-keselamatan-kanakkanak-dalam-persekitaran-digital-551817
Показать все...
6👍 5🔥 2
Фото недоступноПоказать в Telegram
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menegaskan bahawa pentadbirannya mampu mengawal situasi bencana banjir lumpur dan tanah runtuh yang melanda wilayah Sumatera Barat, Sumatera Timur, dan Aceh pada 26 November lalu. #AWANInews Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-dunia/prabowo-tolak-isytihar-bencana-nasional-dan-tawaran-bantuan-negara-lain-551837
Показать все...
👎 80👍 4 2👏 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Cuaca di Malaysia tidak bergerak secara rawak. Ia bernafas mengikut ritma alam yang sudah berulang sejak ratusan tahun, melalui sistem monsun yang membentuk pola hujan, angin dan musim kehidupan masyarakat. Namun dalam kesibukan harian, monsun sering dilihat sekadar ramalan hujan, bukan sebagai sistem semula jadi yang memberi isyarat penting tentang ruang, risiko dan kesiapsiagaan negara. #AWANInews Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kolumnis-memahami-monsun-malaysia-lebih-daripada-sekadar-hujan-banjir-551797
Показать все...
👍 13 7🔥 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Kes kematian akibat denggi di negara ini mencatatkan penurunan 61.3 peratus kepada 43 kes berbanding 111 kes yang direkodkan pada tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata kes denggi di seluruh negara turut merekodkan penurunan 56.5 peratus iaitu 51,046 kes setakat 6 Dis lepas berbanding 118,291 kes sepanjang 2024. #AWANInews Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-kematian-akibat-denggi-menurun-613-peratus-dr-dzulkelfy-551802
Показать все...
🔥 6 2👏 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan menganiaya anak kandungnya yang berusia 11 tahun sehingga mendatangkan kecederaan fizikal pada Oktober lalu. Tertuduh, Fatin Nur Diana Zakaria, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim Datin Surita Budin pada prosiding keputusan penilaian psikiatri. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ibu-mengaku-cederakan-anak-berusia-11-tahun-551786
Показать все...
🔥 5👍 3 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka melanda beberapa negeri sehingga Khamis. Dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk diramalkan membadai seluruh Kelantan dan Terengganu. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews
Показать все...
🔥 7 2
Фото недоступноПоказать в Telegram
Malaysia memerlukan lebih tiga juta ekor lembu menjelang 2040 bagi memenuhi keperluan bekalan daging dan tenusu domestik, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Isham Ishak. Beliau berkata pembangunan industri ruminan negara menjadi antara fokus utama KPKM dalam perancangan jangka panjang untuk memperkukuh sektor agromakanan melalui penerapan teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI) dan dron bagi meningkatkan produktiviti sektor itu. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-perlu-lebih-tiga-juta-lembu-penuhi-keperluan-domestik-menjelang-2040-551779
Показать все...
👍 5 4🔥 4👎 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Lebih 900 orang telah meninggalkan negeri Kordofan Selatan di selatan Sudan sejak tiga hari lepas susulan keadaan keselamatan yang semakin merosot, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM). Dalam kenyataan berasingan, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata pasukan penjejak pemindahannya menganggarkan seramai 365 orang melarikan diri dari Bandar Kadugli antara 11 hingga 13 Disember ekoran keadaan keselamatan yang merosot. Seramai 85 orang lagi dipindahkan dari Pekan al-Kuwayk di kawasan luar bandar timur Kordofan Selatan dalam tempoh sama, menurut pertubuhan itu. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/lebih-ramai-rakyat-sudan-tinggalkan-kordofan-selatan-iom-551781
Показать все...
5🔥 4👏 1