uk
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

Відкрити в Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

Показати більше
2025 рік у цифрахsnowflakes fon
card fon
79 083
Підписники
-1224 години
-1517 днів
-47530 день
Архів дописів
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Laporan 'Cloudflare Radar 2025 Year in Review' mendedahkan beberapa data menarik mengenai penggunaan internet dunia sepanjang tahun ini. Trafik internet global meningkat 19% berbanding 2024, dengan 43% daripadanya datang daripada peranti mudah alih. Daripada jumlah ini, 65% ialah peranti Android manakala baki 35% peranti iOS. Di Malaysia, 75% peranti mudah alih menggunakan Android dan selebihnya iOS. Perkhidmatan paling popular kekal Google, diikuti Facebook, Apple, Microsoft dan Instagram. Dalam kategori media sosial, Facebook menduduki tangga teratas diikuti Instagram, TikTok, Snapchat dan LinkedIn. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/cloudflare-dedah-trend-penggunaan-internet-2025-trafik-global-naik-19-551898
Показати все...
🔥 7 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Ikuti langsung pengumuman Kabinet baharu Kerajaan MADANI oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. #AWANInews
Показати все...
👎 51👍 19 2👏 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di bawah Kementerian Ekonomi terus memperkukuh peranannya dalam pembangunan pendidikan negara menerusi pelaksanaan Program Sekolah Angkat MADANI, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang berteraskan pembangunan insan secara holistik. Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Fizikal Sekolah Angkat MADANI DOSM disempurnakan oleh Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, Sungai Besar. Turut hadir ialah Guru Besar sekolah berkenaan, Ismail Hussin. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/program-sekolah-angkat-madani-dosm-bantu-perkasa-pendidikan-luar-bandar-551926
Показати все...
👏 5👎 3 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, telah secara terbuka merayu kepada Presiden China, Xi Jinping, agar membebaskan tokoh media prodemokrasi Hong Kong, Jimmy Lai, yang baru-baru ini disabitkan kesalahan di bawah undang-undang keselamatan negara. Dalam satu kenyataan kepada media, Trump menyatakan kebimbangannya terhadap kesihatan Lai yang berusia 78 tahun dan menyifatkan sabitan itu sebagai satu tamparan hebat terhadap kebebasan media di Hong Kong. “Saya rasa sangat sedih. Saya telah bercakap dengan Presiden Xi dan meminta beliau mempertimbangkan pembebasan Jimmy Lai,” kata Trump kepada wartawan. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/trump-desak-xi-jinping-bebaskan-jimmy-lai-dari-penjara-hong-kong-551903
Показати все...
🔥 8 4
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Sebuah pesawat pengangkut tentera milik Angkatan Aeroangkasa Rusia, Antonov An-22 Antei, dilaporkan terputus dua di udara sebelum terhempas berhampiran takungan Uvod di wilayah Ivanovo, timur laut Moscow, mengorbankan kesemua tujuh kru. Rakaman video yang dikongsi komuniti risikan sumber terbuka (OSINT) Supernova+ dan disahkan beberapa media antarabangsa menunjukkan pesawat era Soviet itu mengalami kerosakan struktur serius ketika penerbangan ujian. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/rakaman-pesawat-pengangkut-antonov-22-rusia-putus-dua-sebelum-terhempas-tular-551908
Показати все...
5🔥 4👍 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka Adam Adli Abd Halim, akan memangku tugas Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai Pengerusi MPN Melaka berkuat kuasa pada Isnin. Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh, menerusi satu kenyataan hari ini. "Jawatan Shamsul Iskandar sebagai Ketua Cabang Hang Tuah Jaya kekal," katanya. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/adam-adli-pangku-tugas-pengerusi-mpn-melaka-551917
Показати все...
👎 24👍 4🔥 3 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) akan melalui proses penambahbaikan pada awal tahun hadapan. Menurut Perdana Menteri, langkah tersebut diambil untuk membezakan antara pemberi maklumat (whistleblower) dan penjenayah yang berselindung di sebalik status selaku pemberi maklumat. “Saya percaya, undang-undang itu, kalau hendak diperkemaskan (dan) dibentang, akan dilakukan awal tahun depan," katanya. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/undangundang-bakal-diperkemas-bezakan-perasuah-dan-pemberi-maklumat-pm-anwar-551893
Показати все...
👍 13👎 11🔥 4 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan melibatkan sekumpulan individu di hadapan sebuah restoran di Jalan Lenggong, Jelutong pada Isnin malam yang kejadiannya tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata semua lelaki tempatan berusia 25 hingga 28 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di sekitar negeri berkenaan malam tadi. "Hasil siasatan pihak polis mendapati kejadian itu berlaku pada 7.30 malam melibatkan sekumpulan lelaki warga tempatan dan punca kejadian dipercayai akibat pertikaian urusan jual beli sebuah kereta antara dua pihak yang terlibat," katanya. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-tahan-enam-lelaki-bergaduh-di-jelutong-551909
Показати все...
👍 4🔥 3 2
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 24 Januari 2026 sebagai hari pengundian Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag, dengan penamaan calon pada 10 Januari serta pengundian awal pada 20 Januari. PRK ini diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu. 📷: Astro AWANI / Shahir Omar
Показати все...
👍 4🔥 3 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Bapa tiga anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping pada Selasa atas pertuduhan mencederakan seorang siak menggunakan parang dalam kejadian di Kamunting, minggu lalu. Tertuduh, Kamarulzaman Kamarudin, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Sakinah Haroon Arashid. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Normuda Mohd Noor, 68, dengan menggunakan sebilah parang di Surau Nurul Hidayah, Kampung Bukit Jana, Kamunting dalam daerah Larut, Matang dan Selama kira-kira jam 2.30 petang pada 10 Disember lalu. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bapa-tiga-anak-didakwa-tetak-siak-surau-dengan-parang-551906
Показати все...
👍 5🔥 4
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu 22 pemeriksa Malaysian University English Test (MUET) yang terkandas akibat Jalan Gambang, Kuantan dinaiki air ketika dalam perjalanan ke pusat peperiksaan. Pegawai Bahagian Operasi Bencana APM KuantanLeftenan (PA) Aznor Hafizi Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 7.30 pagi sebelum enam pegawai dan anggota digerakkan ke Masjid Baru Gambang, lokasi semua pemeriksa berkenaan berkumpul. Beliau berkata kesemua pemeriksa itu kemudiannya dibawa ke pusat peperiksaan di Kolej Matrikulasi Gambang menaiki lori MAN tujuh tan berikutan laluan berkenaan dinaiki air melebihi setengah meter. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jalan-gambang-ditenggelami-air-apm-bantu-22-pemeriksa-muet-ke-pusat-peperiksaan-551902
Показати все...
6🔥 5👍 1
00:51
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Januari 2026 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Lamag. Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata penamaan calon ditetapkan pada 10 Januari 2026 manakala tarikh mengundi awal ialah pada 20 Januari 2026. #AWANInews
Показати все...
prkd.mp426.89 MB
4👍 4🔥 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag diadakan serentak pada 24 Januari 2026. Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata penamaan calon ditetapkan pada 10 Januari 2026 manakala tarikh mengundi awal ialah pada 20 Januari 2026. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com #AWANInews
Показати все...
10🔥 3👍 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menerima kecaman meluas daripada kedua-dua parti Republikan dan Demokrat selepas mempersendakan kematian pengarah dan pelakon terkenal Rob Reiner dalam satu hantaran di media sosial. Dalam kenyataan yang dimuat naik ke platform Truth Social pada Isnin, Trump menyindir bahawa Reiner, 78, yang ditemui mati bersama isterinya Michele Reiner, 70, “mungkin meninggal dunia akibat kemarahan yang ditimbulkan oleh pandangan anti-Trump beliau.” Kenyataan itu dibuat hanya sehari selepas pasangan tersebut ditemui mati di kediaman mereka di Los Angeles, dengan anak lelaki mereka, Nick Reiner, kini ditahan atas tuduhan membunuh. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/trump-persenda-kematian-rob-reiner-terima-kecaman-rentas-parti-551878
Показати все...
👎 5🔥 5👍 4 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Bukan satu tapi dua anugerah berjaya dirangkul jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou pada Majlis Gala Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China pada Isnin malam. Pemenang dua kali pingat emas Sukan Paralimpik itu meraih gelaran Pemain Para Lelaki Terbaik Dunia 2025 menewaskan pencabarnya Daiki Kajiwara dari Jepun, Kumar Nitesh (India) dan Park Hae Seong (Korea Selatan). Lebih manis, pemain nombor satu dunia berusia 37 tahun itu turut diiktiraf Beregu Para Terbaik Dunia 2025 bersama gandingannya Mohd Fareez Anuar. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/liek-hou-dinobat-pemain-para-lelaki-terbaik-dunia-2025-551875
Показати все...
👏 28 3👍 1🔥 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memulakan promosi awal Banci Ekonomi 2026 di Sabak Bernam sebagai langkah strategik memastikan penglibatan menyeluruh pertubuhan perniagaan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta sektor ekonomi informal. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, pendekatan turun padang itu penting bagi mendekatkan DOSM dengan komuniti penjaja dan usahawan kecil, selain meningkatkan kefahaman mengenai peranan data dalam menyokong perancangan ekonomi negara. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/banci-ekonomi-2026-perkasakan-data-pmks-dan-sektor-informal-sabak-bernam-551790
Показати все...
🔥 4👍 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Sewaktu Malaysia bersiap sedia mengambil alih Kepengerusian ASEAN 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, tumpuan negara ketika itu jelas untuk memastikan manfaat ekonomi digital dirasai secara menyeluruh, khususnya oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), golongan belia, wanita, serta komuniti yang kurang mendapat liputan. Sebagai peneraju Tonggak Ekonomi ASEAN 2025, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menegaskan bahawa keutamaan Malaysia bukan sekadar membentuk dasar tetapi juga memastikan kumpulan-kumpulan ini mendapat akses kepada pembiayaan, peluang pasaran baharu dan ekosistem perdagangan serantau yang lebih mudah seiring pengurangan halangan dagangan. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/defa-pemangkin-pmks-malaysia-giat-pacu-ekonomi-digital-asean-2025-551792
Показати все...
👏 4 2🔥 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Pihak berkuasa persekutuan Amerika Syarikat berkata mereka berjaya menggagalkan rancangan untuk mengebom beberapa syarikat di California Selatan sempena sambutan malam Tahun Baharu, dengan penahanan empat individu yang dikaitkan dengan kumpulan ekstremis anti-kapitalis dan anti-kerajaan. Keempat-empat suspek, Audrey Illeene Carroll, 30; Zachary Aaron Page, 32; Dante Gaffield, 24; dan Tina Lai, 41, ditahan pada Jumaat lalu ketika sedang menguji bahan letupan di kawasan gurun timur Los Angeles, menurut Penolong Peguam Negara AS, Bill Essayli dalam satu sidang media. Pihak berkuasa turut menayangkan rakaman udara yang menunjukkan suspek mengalihkan objek besar berwarna hitam ke atas meja di kawasan gurun sebelum mereka diberkas. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/empat-individu-didakwa-rancang-serangan-bom-malam-tahun-baharu-di-california-selatan-551862
Показати все...
🔥 8
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata beliau tidak melihat sebarang kaitan antara serangan maut terhadap satu perayaan Yahudi di Sydney dengan pengiktirafan kerajaan beliau terhadap negara Palestin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). "Ini merupakan 24 jam yang luar biasa traumatik," kata Albanese kepada penyiar Australia, ABC, pada Isnin. "Tanggungjawab saya adalah untuk memberikan sokongan kepada komuniti Yahudi dan menjelaskan yang rakyat Australia secara keseluruhannya berdiri bersama komuniti Yahudi dalam waktu yang sukar ini." Majoriti dunia mengiktiraf penyelesaian dua negara sebagai jalan yang tepat ke hadapan, kata Albanese. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/serangan-di-bondi-pm-australia-sangkal-kenyataan-netanyahu-551856
Показати все...
👍 18 5👎 1🔥 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Malaysia menetapkan sasaran tinggi untuk mencapai RM100 bilion dalam jualan francais negara menjelang 2030, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata sasaran itu mampu dicapai sekiranya industri francais mengekalkan kadar pertumbuhan tahunan antara lapan hingga 10 peratus, di samping giat mengembangkan perniagaan ke pasaran antarabangsa. #AWANInews Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-bisnes/malaysia-sasar-jualan-francais-rm100-bilion-menjelang-2030-ahmad-zahid-551843
Показати все...
👎 18 5👏 1