uk
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

Відкрити в Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

Показати більше
2025 рік у цифрахsnowflakes fon
card fon
79 083
Підписники
-1224 години
-1517 днів
-47530 день
Архів дописів
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Kerajaan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menaik taraf FT2 Lebuhraya Persekutuan walaupun perkhidmatan trafik di laluan berkenaan berada pada tahap paling sesak berdasarkan bacaan lalu lintas 2024, Dewan Negara dimaklumkan pada Isnin. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata keputusan itu dibuat kerana cadangan menaik taraf FT2 sepanjang 34.59 kilometer dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang tidak lagi ekonomik untuk dilaksanakan memandangkan ia melibatkan kos pengambilan balik tanah dan aset yang tinggi, selain berpotensi menimbulkan kesan sosial sekiranya dilaksanakan. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-perancangan-naik-taraf-lebuhraya-persekutuan-tidak-ekonomik-alexander-551782
Показати все...
👎 15👍 4🔥 2 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Kes kematian akibat denggi di negara ini mencatatkan penurunan 61.3 peratus kepada 43 kes berbanding 111 kes yang direkodkan pada tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata kes denggi di seluruh negara turut merekodkan penurunan 56.5 peratus iaitu 51,046 kes setakat 6 Dis lepas berbanding 118,291 kes sepanjang 2024. #AWANInews Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-kematian-akibat-denggi-menurun-613-peratus-dr-dzulkelfy-551802
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan agar penganjuran aktiviti basikal lasak, khususnya acara gravel, diperluaskan dan diteruskan secara konsisten bagi merancakkan pelancongan sukan serta memperkenalkan keindahan semula jadi negeri itu ke peringkat lebih luas. Baginda bertitah, penganjuran acara seumpama itu bukan sahaja berpotensi menarik penyertaan antarabangsa, malah mampu memberi limpahan ekonomi serta memperkukuh imej Perlis sebagai destinasi pelancongan alternatif. #AWANInews Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/raja-muda-perlis-saran-aktiviti-basikal-lasak-diperluaskan-pacu-pelancongan-sukan-negeri-551791
Показати все...
👍 11 5👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Polis masih menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu mengenal pasti individu yang dipercayai memuat naik ugutan terhadap seorang peguam di media sosial berkaitan kes tembakan di Melaka. Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata keterangan daripada peguam terbabit serta beberapa individu telah diambil bagi membantu siasatan kes itu. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-tunggu-laporan-mcmc-kes-ugut-peguam-di-media-sosial-551785
Показати все...
👏 6 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Warisan negara harus dimiliki dan dinikmati oleh seluruh rakyat, bukannya dikuasai oleh segelintir golongan elit bagi pemeliharaan warisan dalam era pembangunan dan teknologi baharu. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, pembangunan pelaburan serta kemajuan teknologi perlu bergerak seiring dengan pemeliharaan sejarah, seni dan budaya negara agar identiti nasional tidak terhakis. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/warisan-negara-milik-semua-rakyat-bukan-golongan-elit-anwar-551769
Показати все...
👍 19👎 17 4🔥 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mahu atlet negara terus mengekalkan fokus bagi mencapai sasaran membawa pulang 200 pingat secara keseluruhan pada Sukan SEA Thailand 2025 yang sedang berlangsung ketika ini. Selepas enam hari temasya dwitahunan itu berlangsung, Hannah berkata kontinjen negara setakat ini telah mengumpul 113 pingat, iaitu lebih separuh daripada sasaran ditetapkan sebelum Sukan SEA Thailand 2025 melabuhkan tirainya secara rasmi, Sabtu ini. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/sukan-sea-hannah-mahu-atlet-kekal-fokus-tepati-sasaran-200-pingat-551773
Показати все...
👎 24👍 9 2👏 2
00:38
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Polis menahan tiga individu termasuk seorang lelaki warga asing dalam serbuan ke atas sebuah stor penyimpanan dan pembungkusan dadah, di Kajang, Selangor minggu lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Abdul Kahar berkata, dalam serbuan itu polis merampas dadah pelbagai jenis, dianggarkan bernilai RM10.4 juta. Dadah yang dirampas termasuk ekstasi dalam bentuk serbuk, pil dan cecair, ketamin, syabu, pil Erimin 5, pil Yaba dan bunga ganja. #AWANInews
Показати все...
15 Dec 2025(1).mp481.60 MB
👏 8 2🔥 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Pengarah dan pelakon terkenal Hollywood, Rob Reiner, 78, dan isterinya, Michele Singer Reiner, 68, ditemui mati di kediaman mereka di Brentwood, Los Angeles, pada petang Ahad. Jabatan Bomba Los Angeles (LAFD) mengesahkan menerima panggilan kecemasan pada jam 3.38 petang waktu tempatan, sebelum paramedik dan polis dikerahkan ke lokasi. Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/pengarah-terkenal-rob-reiner-isteri-ditemui-mati-dengan-luka-tikaman-551766
Показати все...
5🔥 4
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Polis mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan seorang anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengacukan senjata semasa menjalankan operasi tangkapan di daerah Sepang, 28 November lalu. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menerima satu laporan polis daripada seorang wanita berhubung serbuan dan tangkapan terhadap suaminya oleh pasukan penguat kuasa SPRM. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-siasat-dakwaan-pegawai-sprm-acu-senjata-semasa-tangkapan-551768
Показати все...
🔥 16👏 3 2👎 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melakar 15 kejayaan besar sepanjang tempoh tiga tahun pelaksanaan reformasi pendidikan dalam usaha memartabatkan pendidikan negara. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kejayaan itu direkod dalam Laporan Pencapaian Reformasi Pendidikan 2025 yang menampilkan pelbagai transformasi pendidikan untuk melonjakkan sistem pendidikan yang lebih dinamik, inklusif dan relevan dengan cabaran masa depan. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/laporan-pencapaian-reformasi-pendidikan-2025-kpm-lakar-15-kejayaan-besar-fadhlina-551675
Показати все...
👎 63👍 9👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Mahkamah Tinggi Hong Kong pada Isnin mendapati tokoh media dan aktivis prodemokrasi, Jimmy Lai, bersalah atas dua pertuduhan berkomplot dengan kuasa asing dan satu pertuduhan hasutan di bawah undang-undang keselamatan negara yang dikenakan oleh China. Sabitan ini boleh membawa hukuman penjara seumur hidup. Kes ini menarik perhatian antarabangsa dan mencetuskan kebimbangan terhadap kebebasan kehakiman di Hong Kong, yang sejak beberapa tahun lalu menyaksikan tindakan keras terhadap hak asasi dan kebebasan awam di pusat kewangan global itu. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/mahkamah-hong-kong-dapati-jimmy-lai-bersalah-dalam-perbicaraan-keselamatan-negara-551759
Показати все...
👏 4👍 2👎 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia akan disifatkan berdaftar sebagai pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kelas (ASP(C)) bermula 1 Januari 2026, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan, pelaksanaan itu dibuat menerusi Peruntukan Deeming di bawah Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membolehkan pendaftaran lesen dibuat melalui pengetepian formaliti tertentu. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/platform-media-sosial-besar-disifatkan-berlesen-bermula-2026-551765
Показати все...
4👎 1🔥 1👏 1
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan serta merasmikan Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Seri Negara di Seri Negara. 📸 : Astro AWANI / Shahir Omar #AWANInews
Показати все...
👎 16👍 13👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
EMIR Research menggesa kerajaan supaya segera meneliti dan meminda Perjanjian Perdagangan Resiprokal Malaysia–Amerika Syarikat (ART) berikutan kebimbangan bahawa beberapa peruntukan boleh menjejaskan kedaulatan negara dan kuasa perlembagaan. Dalam surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff berkata perjanjian yang ditandatangani pada 26 Oktober itu bukan sekadar memudahkan perdagangan, malah merangkumi aspek peraturan, fiskal, digital, industri dan keselamatan negara. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/art-malaysia-cetus-kebimbangan-emir-research-desak-semakan-segera-551764
Показати все...
👎 8🔥 7
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Polis Melaka mengeluarkan 87 saman atas pelbagai kesalahan trafik sepanjang penganjuran RXZ Members Ride Edition 3.0 yang berlangsung di sekitar negeri berkenaan dari 12 hingga 14 Dis. Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata kesemua saman itu dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/87-saman-direkod-sepanjang-rxz-members-ride-30-di-melaka-551752
Показати все...
👎 15👍 9🔥 3👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sekali lagi melancarkan kritikan peribadi terhadap Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, susulan serangan bersenjata di acara Hanukkah di Pantai Bondi yang mengorbankan 16 nyawa dan mencederakan 40 yang lain. Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad, dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang menghadiri sambutan Hanukkah. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/netanyahu-salahkan-albanese-atas-serangan-di-bondi-tuduh-sokong-sentimen-antiyahudi-551743
Показати все...
👎 50👍 3 1🔥 1
Hari ini 769 tahun yang lalu, kubu kuat Hashashin di Alamut dimusnahkan Hulagu Khan. Alamut, terletak di salah satu puncak di tengah-tengah Pergunungan Elburz (barat laut dari Tehran, Iran), sejak sekian lama menjadi markas Hashashin, sebuah kumpulan ketenteraan rahsia Nizari Ismailliyah yang diasaskan Hasan i-Sabbah pada 1090. Terkenal dengan keunggulan dalam peperangan gerila, pengintipan serta seni pembunuhan secara sembunyi & bersasar, Hashashin memegang reputasi yang amat digeruni di serata dunia Islam & juga Barat (asal istilah ‘assassin’). Apabila Möngke ditabal sebagai Khan Agung pada 1251, beliau memerintahkan adiknya Hulagu memimpin angkatan tentera yang besar untuk menakluk & memusnahkan segala tentangan dalam usaha meluaskan wilayah jajahan empayar Mongol ke Timur Tengah. Keengganan Hashashin untuk tunduk kepada kuasa Mongol menjadikan Alamut sasaran utama Hulagu, yang melancarkan kempennya ke atas Nizari pada 1253 bermula dengan menyerang kubu-kubu di Quhistan, Qumis & kemudian Khurasan. Ketibaan Mongol meretakkan hubungan antara pemerintah Nizari, Imam Ala al-Din Muhammad dengan penasihatnya. Muhammad meninggal dunia pada 1255 & digantikan anaknya Rukn al-Din Khurshah yang memulakan usaha rundingan dengan Mongol. Rundingan demi rundingan gagal, ketika sama Khurshah meminta kubu-kubu Nizari menyerah kalah - namun tidak bagi Hashashin di Alamut. Mongol mengepung & menyerang mereka dari segenap sudut hingga akhirnya kubu yang dianggap kebal itu ditawan & dimusnahkan pada 15 Disember 1256. Dengan runtuhnya Alamut, Mongol kemudian membunuh hampir kesemua pengikut Nizari Ismailliyah termasuk Khurshah & meranapkan saki-baki penentangan di bumi Parsi, lantas mengakhiri kerajaan Nizari Ismailiyyah selepas hampir 3 abad berkuasa. Hashashin di bawah pimpinan seorang anak Khurshah berjaya menakluk semula Alamut pada 1275, namun hanya untuk seketika sebelum dihancurkan Mongol & kuasa politik mereka hilang buat selamanya. *Gambar: Tinggalan runtuhan kubu istana Alamut di Qazvin, Iran. Sumber: National Geographic, Britannica, The Patriots, Gate of Alamut, Medium #PeristiwaHariIni
Показати все...
🔥 4👍 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
👏 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa insiden serangan di Sydney dan mendoakan mereka yang cedera agar segera pulih sepenuhnya. "Saya merakamkan ucapan takziah setulus hati kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka yang cedera agar segera sembuh," kata beliau dalam hantaran menerusi Facebook. Anwar berkata beliau amat terkejut dengan serangan berkenaan yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan ramai lagi serta mengecam tindakan itu sekeras-kerasnya. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-anwar-rakam-ucapan-takziah-kecam-serangan-di-sydney-551731
Показати все...
8🔥 4👍 1👎 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Kejayaan rayuan tuntutan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melibatkan seorang pekerja yang cedera akibat kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja membuktikan keperluan memperluaskan perlindungan sosial kepada pekerja. #AWANInews Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perkeso-lulus-rayuan-pekerja-cedera-bukti-keperluan-lindung-24-jam-551716
Показати все...
👍 9🔥 5