Bebelan Tarbawi
Відкрити в Telegram
PORTAL BERITA TERJEMAHAN TERPANTAS ASIA DENGAN KELAJUAN ROKET AL-QASSAM
Показати більше2025 рік у цифрах

65 861
Підписники
-1424 години
-1447 днів
-53230 день
Архів дописів
Alhamdulillah, HAMAS-ISRAEL, capai kata sepakat untuk pelan fasa satu, satu langkah lebih dekat menuju Palestin merdeka !
❤ 47
Ketibaan deligasi HAMAS di Sharm Al Sheikh, bagi membincangkan bersama pasukan pejuang yang lain berkaitan pengunduran penjajah Israel dan pertukaran tahanan sebagai sebahagian perincian untuk menuju Palestin yang merdeka
🔥 107❤ 14👍 3
KENYATAAN MEDIA
Untuk Siaran Segera
MAPIM – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia
*APA SELEPAS GSF - TEKANAN PERLU DI TERUSKAN*
Kuala Lumpur , 8 Oktober 2025 – Setelah pelaksanaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang mencuri perhatian dunia, MAPIM menyeru agar momentum solidariti ini tidak reda — sebaliknya dikembangkan menjadi langkah berterusan untuk memecahkan blokade Gaza dan memastikan keadilan ditegakkan.
1. *Latar Belakang & Kegagalan Intersepsi*
Kesemua 42 kapal yang mengambil bahagian dalam misi GSF telah dihadang di perairan antarabangsa oleh tentera laut Israel antara 1 hingga 3 Oktober 2025, dengan 462 aktivis ditahan sebagai tahanan di pelabuhan Israel.
Walaupun demikian, misi ini telah membuktikan bahawa blokade tidak boleh diterima sebagai norma, dan ia menyediakan rekod penting dokumentasi pelanggaran antarabangsa.
Malaysia turut menyaksikan penglibatan rakyatnya, dan 23 peserta dari negara kita telah dibebaskan dari tahanan Israel.
2. *Konteks & Implikasi Politik*
Aksi GSF telah mendedahkan hipokrasi kuasa global yang bertindak sebagai pendukung status quo yang menindas.
Meski flotilla disekat secara fizikal, sekatan diplomatik, moral dan undang-undang harus digerakkan untuk menekan Israel agar membuka laluan kemanusiaan yang sah.
Kejayaan misi tidak dinilai hanya dari ton bantuan yang masuk, tetapi dari impak politik dan kesedaran global yang dibangkitkan.
3. *Seruan & Cadangan MAPIM untuk Tindakan Selepas GSF*
A. *Teruskan Flotilla & Kempen Laut*
MAPIM menegaskan bahawa gelombang kedua flotilla lebih besar dan lebih strategik adalah sangat penting. Gelombang berterusan memaksa Israel dan masyarakat antarabangsa supaya tetap berada di bawah tekanan.
B. *Intensifkan Diplomasi & Tekanan Antarabangsa*
Malaysia harus memimpin desakan di PBB, OIC dan ASEAN bagi pembentukan koridor kemanusiaan maritim dan darat ke Gaza.
Mata dunia mesti diarahkan supaya memahami bahawa blokade ini adalah bentuk hukuman kolektif, yang dilarang di bawah undang-undang antarabangsa.
C. *Gerakkan Gerakan Ekonomi (BDS Plus* )
Tekan kuasa pelabuhan, syarikat insurans dan penghantaran supaya menarik sokongan mereka terhadap logistik yang menyokong pemisahan Gaza.
Galakkan solidariti buruh, kesatuan, dan pengusaha tempatan untuk bersama menolak kerjasama dengan syarikat yang menyokong blokade.
D. *Perkuat Pelaporan & Dokumentasi Undang-undang*
Setiap intersepsi, tindakan kekerasan atau sekatan mesti didokumentasikan rapi melalui bukti video, GPS, saksi bebas dan advokasi undang-undang.
Gunakan data ini untuk aduan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB dan mekanisme lain.
E. *Mobilisasi Masyarakat & Kesedaran Global*
Laksanakan Global Action Days secara berkala untuk memastikan isu Gaza terus berada dalam sorotan media.
Gaungkan naratif kemanusiaan, infografik, video testimonis dan penceritaan media yang memberi wajah dan suara kepada rakyat Gaza.
4. *Pesanan kepada Semua Pihak*
*Kepada aktivis dan pertubuhan kemanusiaan:* pastikan operasi anda disiplin, sah, selamat dan telus.
*Kepada kerajaan dan institusi:* berdirilah di atas dasar keadilan, bukan kepentingan politik jangka pendek.
*Kepada rakyat Malaysia: terus sokong* , sebarkan mesej, desak wakil rakyat, dan derma dengan kredibiliti.
*Kepada dunia* : blokade Gaza bukan krisis Palestin sahaja — ia adalah ujian moral terhadap kemanusiaan universal.
*Kesimpulan*
Global Sumud Flotilla bukanlah kemuncak, tetapi permulaan. Kegagalan memasuki Gaza secara langsung tidak bermaksud kegagalan perjuangan.
Dengan strategi yang mantap, solidariti yang berterusan, dan keberanian untuk bertindak, kita boleh memastikan bahawa blokade Gaza tidak kekal, dan rakyat Palestin kembali menikmati hak dan maruah mereka.
MAPIM menyeru seluruh umat Islam, gerakan kemanusiaan dan negara-negara berprinsip: mari terus bergerak — di laut, di darat, di mahkamah, di kota — hingga Gaza bebas.
Issued by:
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden, MAPIM
❤ 55
Ya, orang yang sama yang buat pusing-pusing bintang tu. Anak no 2 ni dia mmg lain sikittt 😂
❤ 74😁 26
Thiago Avila, jawatankuasa GSF, dibebaskan dan kini berada di Jordan
🥰 78👍 15🤩 5
