48 471
Підписники
-424 години
+507 днів
+82430 день
Архів дописів
Фото недоступнеДивитись в Telegram
🇲🇾 Kerajaan Tegas Larang Pesta Arak di Sekolah – PM Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menganjurkan pesta arak atau aktiviti tidak bermoral di sekolah — termasuk selepas waktu persekolahan dan walaupun premis disewa pihak luar.
Menurut beliau, kemudahan sekolah adalah institusi pendidikan, bukannya tempat untuk sebarang kegiatan yang bercanggah dengan falsafah pendidikan negara.
Langkah tegas ini diambil selepas timbul dakwaan berhubung penganjuran pesta arak di sebuah sekolah di Ipoh, Perak baru-baru ini.
Anwar menegaskan, keputusan ini bukan menafikan hak kaum bukan Islam, tetapi untuk memastikan sekolah kekal sebagai tempat pembentukan nilai dan akhlak yang sesuai untuk semua.
“Kita boleh berbeza budaya dan agama, tetapi jangan kompromi pada adab dan moral — terutama dalam kawasan pendidikan.” – PM Anwar
👍 7
Фото недоступнеДивитись в Telegram
INFO KPM: Sekiranya calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 terjejas bencana alam, maklumkan segera kepada pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau hubungi bilik gerakan Lembaga Peperiksaan (LP).
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#TaatSetia
👍 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
🎓 [PENGUMUMAN]
Keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan (BPP) bagi pelajar lepasan STPM & STAM ambilan tahun 2025 akan diumumkan tidak lama lagi!
🗓️ Tarikh semakan: 23 Oktober 2025 (Khamis)
🕙 Masa: Bermula 10.00 pagi
📩 Hebahan keputusan akan dihantar melalui SMS dan e-mel yang didaftarkan dalam sistem ePenawaran.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
☎️ 03-8321 7151 / 7138 / 7157 / 7071
📧 stpm.bt@moe.gov.my
#KPM #BiasiswaPerguruanPersekutuan #BPP2025 #STPM #STAM #PendidikanMalaysia #MalaysiaMADANI
👍 1
📢 KPM PERKUKUH KESELAMATAN DAN TANGANI ISU DISIPLIN MURID
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pelaksanaan 11 langkah tambahan bagi meningkatkan keselamatan dan menangani isu disiplin di sekolah seluruh negara.
Antara langkah utama:
🔹 RM5 juta diperuntukkan bagi pemasangan CCTV tambahan di sekolah.
🔹 10,096 guru baharu termasuk 500 Guru Bimbingan & Kaunseling akan ditempatkan mulai November 2025.
🔹 600 Pembantu Warden Asrama dilantik melalui program MySTEP.
🔹 Kerjasama PDRM diperkukuh melalui Jawatankuasa Pemuaafakatan Sekolah.
🔹 ‘Smart Support Team’ di JPN dan PPD ditambah baik bagi kesiapsiagaan menangani krisis.
🔹 Peranan Pengetua dan Guru Besar dalam penguatkuasaan disiplin diperkasa.
🔹 Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) disemak semula untuk lebih berkesan.
🔹 Polisi Perlindungan Kanak-Kanak (CPP) dimuktamadkan dalam masa terdekat.
🔹 Program saringan kesihatan mental diperluas dengan kerjasama KKM dari Tahun 1 hingga Tingkatan 6.
#KPM #KeselamatanSekolah #DisiplinMurid #KPMPrihatin
👍 9
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Pakar pendidikan UKM, Dr. Anuar Ahmad menegaskan bahawa tanggungjawab membentuk sahsiah pelajar bermula di rumah, bukan di sekolah.
Beliau menyarankan agar ibu bapa yang gagal mendidik anak hingga terlibat dalam salah laku wajar dikenakan tindakan undang-undang — bukan sekadar menghukum murid.
Langkah seperti menaikkan umur minimum pengguna media sosial daripada 13 ke 16 tahun juga disokong, demi mengawal pengaruh negatif terhadap remaja.
“Anak bermasalah bukan kerana sekolah gagal mendidik, tetapi kerana ibu bapa gagal membentuk asasnya,” tegasnya.
👍 80
🍳 AKTIVITI DI DAPUR – Edisi Oktober!
Khas untuk semua subscriber Cikgu Share yang suka design worksheet & online activities, bulan ni kami tambah koleksi baru bertema “Aktiviti di Dapur” — fokus pada verbs yang biasa berlaku dalam dapur.
✨ Sesuai untuk guru Bahasa Inggeris, prasekolah & tahap 1.
📦 Dapat terus akses semua bahan sekali lepas subscribe.
Klik sini untuk langgan 👉🏻 https://toyyibpay.com/Bahan-Grafik
🩵 Sekali je subscribe, terus dapat semua bahan baru tiap bulan!
👍 1
02:40
Відео недоступнеДивитись в Telegram
🎬 VIDEO MINIATURE TAMBAHAN – BAB 3 TINGKATAN 4
Edisi khas “Gerakan Anti-Jepun di Borneo (1943–1945)” kini siap sepenuhnya!
Menampilkan dua kisah epik — Operasi Semut di Sarawak dan Pemberontakan Jesselton di Sabah — dalam gaya hyper-realistic miniature cinematic.
📥 Yang dah ada link, boleh download sekarang!
🌐 Yang nak subscribe, layari 👉 www.cikgushare.my
#CikguShare #VideoMiniatureSejarah #Tingkatan4 #OperasiSemut #AlbertKwok #DatuMustapha #MiniatureCinematic #BorneoWar
IMG_2670.MP456.85 MB
👍 3
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti garis panduan bersesuaian susulan cadangan pelaksanaan langkah-langkah segera untuk meningkatkan keselamatan di semua institusi pendidikan.
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#TaatSetia
👍 5
Фото недоступнеДивитись в Telegram
📢 Amaran Perdana Menteri: Pengetua & Guru Besar Tidak Harus Lindungi Kes Buli Sebagai “Isu Sekolah”
Baru-baru ini, Perdana Menteri mengingatkan pengetua dan guru besar supaya tidak melindungi atau menutup kes buli yang berlaku di sekolah sebagai “isu kecil” atau “masalah disiplin biasa”.
Beliau menegaskan bahawa buli adalah jenayah dan perlu ditangani secara serius — mangsa harus dilindungi dan pelaku perlu dipertanggungjawabkan.
Kita semua — ibu bapa, guru, pihak sekolah dan masyarakat — perlu bersama-sama membina suasana sekolah yang selamat, penuh hormat dan bebas dari buli.
Tiada istilah “buli ringan” apabila ia melibatkan penderitaan seorang anak.
👍 15
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Mulai 17 Oktober 2025 jam 3 petang, calon boleh menyemak keputusan tawaran PDPP 2025 secara dalam talian melalui pautan rasmi yang disediakan.
🌐 Pautan Rasmi Semakan
👉 https://mypdpp.moe.gov.my/MYTAWAR
👍 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Belum reda kes rogol, hari ni pula kes tikam dalam sekolah.
Semua terus salahkan Kementerian dan cikgu. Tapi persoalannya — di mana ibu bapa masa anak mula berubah?
Sekolah boleh bagi ilmu, disiplin, nilai… tapi asas perangai & emosi anak dibentuk di rumah.
Anak bukan hanya perlukan telefon, baju baru, atau duit belanja. Mereka perlukan ibu bapa yang hadir, yang dengar, yang tahu bila anaknya tengah resah.
Menteri boleh buat dasar. Cikgu boleh pantau di sekolah. Tapi yang bentuk jiwa anak — tetap ibu bapa.
Dah tiba masa kita berhenti menuding jari.
Tanya diri — kita masih kenal anak sendiri atau tidak?
👍 32😱 6
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengeluarkan surat peringatan berkaitan garis panduan menangani penularan jangkitan Influenza Like Illness (ILI).
Seluruh warga pendidikan diminta untuk memperkukuhkan amalan penjagaan kebersihan, kesihatan dan keselamatan (3K).
Warga pendidikan turut disarankan untuk memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam.
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#TaatSetia
👍 4
Koleksi chibi sempena Deepavali.
Subscriber boleh akses guna link yang sedia ada. Boleh semak di folder LATEST OKTOBER 👉🏻 KOLEKSI DEEPAVALI
Untuk yang nak subscribe, boleh klik link ni https://toyyibpay.com/Bahan-Grafik
👍 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
📢 Belanjawan 2026: RM150 Bantuan Persekolahan Disalurkan Melalui Guru
Mulai tahun depan, bantuan awal persekolahan RM150 untuk setiap murid akan disalurkan terus melalui guru di sekolah.
Tiada lagi perlu tunggu bank in atau pos surat — ibu bapa hanya datang ke sekolah untuk ambil bantuan anak masing-masing.
Langkah ini juga dapat mengukuhkan hubungan antara guru dan ibu bapa, sambil memastikan bantuan sampai dengan cepat dan telus.
Seramai 5.2 juta murid sekolah kerajaan akan menerima manfaat ini, dengan peruntukan keseluruhan hampir RM800 juta di bawah Belanjawan 2026.
👍 6
Фото недоступнеДивитись в Telegram
🔎 Masih Ramai Murid Cikgu Lemah Asas Matematik?
📢 Jangan risau, kami ada penyelesaiannya!
🔥 MODUL ASAS MATEMATIK(softcopy) direka khas untuk murid Darjah 1, 2 & 3!
✅ Modul terbaik untuk membantu murid kuasai asas matematik (+, −, ×, ÷) dengan cepat dan menyeronokkan!
📝 Mengapa Modul Ini Perlu Dimiliki Oleh Guru Matematik Tahap 1?
✔ Latihan mudah difahami murid
✔ Berstruktur, bersistematik, sesuai untuk pengajaran dalam kelas
✔ Softcopy(Pdf dan PowerPoint)– boleh diedit
💡 SIAPA yang PERLUKAN modul ini?
🎓 Guru Matematik Darjah 1, 2 & 3
📚 Guru yang mengajar murid-murid PLAN/ Pemulihan/Pendidikan Khas/ LINUS/TP1–TP3
📲 Klik WhatsApp di bawah untuk maklumat lanjut 👇👇
[www.wasap.my/60195959482/info-ModulAsasMatematik]
👍 1
📚 Belanjawan 2026: Pendidikan terus jadi tumpuan!
KPM terima RM66.2 bilion tahun depan (naik dari RM64.1 bilion).
Antara yang diumumkan:
🏫 RM2 bilion naik taraf 520 sekolah daif (terutama Sabah & Sarawak)
🏗️ 38 sekolah baharu akan dibina seluruh negara
🎒 Bantuan murid:
• RM150 juta Biasiswa Kecil
• RM870 juta RMT (870k murid)
• RM800 juta Bantuan Awal Sekolah (5.2 juta murid)
• RM180 juta Bantuan Am hingga Tingkatan 5
✨ Pendidikan kekal keutamaan utama Malaysia MADANI.
👍 7
Фото недоступнеДивитись в Telegram
KKM & KPM Pertimbang Tutup Sekolah Jika Kes Meningkat
• Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menilai kemungkinan menutup sekolah sekiranya berlaku peningkatan mendadak kluster influenza yang majoritinya dikesan di sekolah dan tadika. 
• Keputusan menutup sekolah tetap berada dalam kuasa KPM, namun KKM akan terus memberi panduan dan nasihat kesihatan. 
• Setakat Minggu Epidemiologi ke-40, 97 kluster influenza telah direkodkan, berbanding hanya 14 kluster pada minggu sebelumnya, dengan majoriti kes berlaku di institusi pendidikan. 
• Negeri-negara dengan bilangan kluster tertinggi termasuk Selangor (43), Kuala Lumpur & Putrajaya (15), Pulau Pinang (10), Johor (9) dan Kedah (5). 
• Kebanyakan kes adalah ringan dan boleh pulih sendiri. KKM menggalakkan mereka yang bergejala tidak hadir ke sekolah, memakai pelitup muka, serta mengamalkan kebersihan tangan dan SOP kesihatan.
👍 4
📌 Belanjawan 2026: RM46.5 bilion diperuntuk kepada Kementerian Kesihatan, meningkat berbanding RM45.3 bilion tahun ini.
📌 Belanjawan 2026: Semua hospital, klinik Kerajaan akan diselenggara, baik pulih melibatkan peruntukan RM1.2 bilion.
📌 Belanjawan 2026: Seramai 4,500 doktor kontrak diluluskan, akan ditawarkan jawatan tetap tahun hadapan.
📌 Belanjawan 2026: RM600 juta akan disediakan, perbanyak program Payung RAHMAH di semua kawasan DUN tahun hadapan
📌 Belanjawan 2026: Mulai 2026, kerajaan memberikan Pendidikan Percuma PTPTN, libatkan 5,800 pelajar IPTA dari keluarga miskin, dengan peruntukan RM120 juta
📌Belanjawan 2026: Kerajaan setuju mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada semua penerima Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA dari keluarga pendapatan rendah, menengah.
📌 Penjawat awam gred 56 dan ke bawah akan menerima Bantuan Khas Kewangan RM500, pesara, veteran berpencen dan tidak berpencen RM250,disalurkan awal Mac 2026.
📌 Belanjawan 2026: Kemudahan pengeluaran awal GCR diperluas bagi tujuan menunaikan Haji terhad penebusan RM10 ribu, dengan peruntukan RM10 juta
📌 Belanjawan 2026: Semua anggota Jemaah Menteri akan terus membuat pemotongan 20 peratus gaji.
📌 Belanjawan 2026: Had kelayakan maksimum pembiayaan LPPSA akan dinaikkan sehingga RM1 juta ringgit, selaras pelarasan gaji, peningkatan harga pasaran hartanah
📌 Belanjawan 2026: Kerajaan setuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup 4,000 pesara kontrak KEMAS daripada RM300 kepada RM500 sebulan.
-- PM Anwar Ibrahim
#digitalbernamatv
#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
👍 4😱 1

