Nadir Al-Nuri
Відкрити в Telegram
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Показати більше2025 рік у цифрах

238 414
Підписники
-4524 години
-4317 днів
-1 81330 день
Архів дописів
Repost from N/a
02:22
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Berlatar belakangkan kemusnahan, mereka tetap gigih menyiapkan hasil seni ini demi menyambut kedatangan delegasi Sumud Nusantara yang akan bersama-sama berlayar ke Gaza dengan Global Sumud Flotilla untuk memecahkan sekatan Zionis Israel.
Semalam, kumpulan pertama delegasi Sumud Nusantara telah berlepas ke Sepanyol untuk menyertai Global Sumud Flotilla berlayar ke Gaza pada 31 Ogos ini untuk memecahkan sekatan di Gaza.
Semoga misi ini mencapai kejayaan dan didoakan agar semua delegasi Global Sumud Flotilla khususnya Sumud Nusantara akan kembali ke tanah air dengan selamat.
No more silence. No more siege.
From the river to the sea Palestine will be free!
#SumudNusantara
#BreakTheSiege
#NusantaraForGaza
IMG_7593.MOV51.19 MB
❤ 421🔥 37👍 18😢 10🥰 2
Repost from N/a
Semalam, delegasi pertama Malaysia yang terdiri daripada aktivis, influencer, media dan artis tempatan telah berlepas menyertai Misi Global Sumud Flotilla. Mereka bukan sekadar individu — tetapi cerminan suara kita semua, yang membawa amanah rakyat Malaysia ke pentas dunia.
Di bahu mereka terpikul mesej kemanusiaan: bahawa Gaza tidak bersendirian, bahawa Nusantara bangkit bersama. Kehadiran mereka adalah isyarat bahawa perjuangan ini melangkaui batas politik, ia adalah suara hati nurani.
Kini tiba giliran kita untuk bersama menyokong dan memperkuatkan langkah ini. Hulurkan sumbangan anda, agar suara yang dibawa ke lautan itu bergema hingga ke Gaza.
Klik pautan risegaza.org untuk menyumbang.
#SumudNusantara
#NusantaraForGaza
#BreakTheSiege
❤ 181🔥 19👍 6
Repost from N/a
Semalam, kumpulan pertama delegasi Malaysia telah berangkat menyertai Misi Global Sumud Flotilla, sebuah misi bersejarah yang menghimpunkan rakyat dari seluruh dunia demi memecahkan sekatan haram Israel ke atas Gaza.
Doakan perjalanan mereka dipermudahkan, misi mereka diberkati, dan usaha ini menjadi titik tolak kebangkitan solidariti global untuk Palestin.
Ayuh, kita juga boleh menjadi sebahagian daripada misi ini. Hulurkan sumbangan anda dan bersama-sama kita kuatkan perjuangan ini.
Klik pautan risegaza.com untuk menyumbang.
#SumudNusantara
#NusantaraForGaza
#BreakTheSiege
❤ 141🔥 17
01:53
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Misi ini tidak akan berjaya tanpa perancangan strategik dan pelaksanaan yang berkesan.
Dari sekecil perkara seperti mengurus emosi peserta sehingga risiko berdepan penjajah, semuanya dibincangkan dan diputuskan bersama.
Penat tapi berharga!
Klik pautan di bio atau layari risegaza.com untuk menyumbang!
#sumudnusantara
#breakthesiege
#nusantaraforgaza
————————————————
This mission will never succeed without strategic planning and effective execution.
From the smallest details, like managing participants’ emotions, to the biggest risks of confronting the occupiers, everything is discussed, decided, and faced together.
Exhausting, but worth every effort!
Click the link in our bio or visit risegaza.com to donate!
#sumudnusantara
#breakthesiege
#nusantaraforgaza
IMG_0445.MOV9.86 MB
❤ 146🔥 22👍 5
00:35
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Selamat tiba di Barcelona, Sepanyol untuk urusan persiapan awal pelepasan kapal Global Sumud Flotilla. Semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
Klik pautan di bio atau layari risegaza.com untuk menyumbang, masih banyak diperlukan.
Dan tanggungjawab kalian untuk share seluasnya setiap berita dah bermula!
#SumudNusantara
#BreakTheSiege
#NusantaraForGaza
5.82 MB
❤ 310👍 44👏 26🔥 15
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Sampai di Barcelona jam 9.30pm, jam 10pm menghadiri mesyuarat, kemudian ke pelabuhan sebelum pulang merebahkan badan.
Kali ini entah kenapa tubuh letih. Jiwa sedih dan pedih.
Kadang-kadang teringin nak merasa bahagia macam orang lain. Bahagia bercinta membina rumah tangga, bahagia melihat anak membesar dengan riang tawa di depan mata, bahagia bercuti dan berehat di sini sana.
Tetapi mungkin itu semua tak tertulis di alam ini. Di sini tertulis lesu berpanjangan, melihat anak sekilas kemudian diteruskan permusafiran, memberi harta masa dan tenaga demi orang lain dan tak putus berkorban tanpa mengharap balasan. Sejak 12 tahun melangkah masuk ke bumi itu tanpa tahu apa di hadapan. Ya Allah kuatkan, aku pun masih bergelar insan, bukan?
Tak mengapa, semuanya hanya pinjaman. Sikit lagi Nadir. Sabar dan sumud sikit lagi. Dunia ini hanya persinggahan.
❤ 564👍 78🔥 43😢 13🥰 3
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Masa bawa budak-budak ni makan, Haura' duk sibuk hafal lagu Negaraku untuk sambutan Hari Merdeka.
"Baba, cuba pasang lagu Negaraku tu saya nak hafal." Dah ulang 2, 3 kali dia tanya pula, kalau yang ni lagu kebangsaan Malaysia, apa lagu kebangsaan P?
Tak sempat saya jawab, Qamar dah mencelah,
'Zalzil amna Israel'. Slayyyyyy
❤ 401👏 33🥰 21👍 15🤩 15🔥 11
Document from Nadir Al-Nuri
PANDUAN_UMUM_MALAM_HIMPUNAN_MALAYSIAKU_BERSAMA_GAZA_BERSEMPENA_KARNVAL.pdf27.00 MB
❤ 79👍 6👏 5👎 1
Kalian dah dapatkan anak patung dan jadi sebahagian Malaysia Book of Records?
❤ 132👍 13
Repost from N/a
🐻✨ Ayuh bersama kita cipta catatan bersejarah untuk Gaza!
Lebih 18,000 kanak-kanak Gaza telah syahid akibat kekejaman rejim Israel. Setiap teddy bear yang anda bawa atau beli bukan sekadar patung mainan, tetapi lambang cinta, doa, dan solidariti kita bersama mereka yang telah pergi.
1 Teddy Bear = 1 Jiwa yang Dikenang
Dalam Karnival Sumud Nusantara, ribuan teddy bear akan dihimpunkan dalam formasi peta terbesar sebagai simbol memperingati syahidnya anak-anak kecil Gaza – agar dunia tidak pernah lupa bahawa mereka pernah wujud, dan bahawa kita berdiri bersama mereka.
📍 Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
🗓 22-24 Ogos 2025 (Jumaat - Ahad)
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada momen bersejarah ini.
👉 Bawa teddy bear bersaiz sederhana atau imbas QR untuk membeli teddy bear khas solidariti Gaza.
Link: https://swiy.co/teddybear
Setiap langkah anda adalah suara untuk Gaza.
Setiap teddy bear anda adalah doa yang hidup.
No More Silence. No More Siege.
#SumudNusantara
❤ 154👍 4
01:53
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Sumud Nusantara: Selatan Thailand Berdiri Teguh Bersama G✊🏻
Alhamdulillah, semalam telah berlangsung mass event Sumud Nusantara: Thailand yang diadakan di Wilayah Patani, Thailand.
Mass event ini mengumpulkan rakyat Thailand terutamanya dari wilayah selatan seperti Patani, Yala dan Narathiwat. Majlis ini bermula pada jam 2 petang waktu tempatan dan berakhir pada kira-kira jam 6.30 petang, diakhiri dengan konvoi Sumud Nusantara yang melibatkan kira-kira 1000 orang peserta.
Terima kasih warga Thailand, anda adalah sebahagian daripada sejarah kebangkitan umat ini!
Hari ini kita sudah mula berkonvoi di bumi Malaysia pula, mengikut zon seperti yang telah ditetapkan. Jumpa anda di Dataran Merdeka!
46.20 MB
❤ 174👍 18🔥 11
01:40
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Selesai Sumud Nusantara Konvoi di Selatan Thailand. Esok Jumaat konvoi pertama berlepas dari Malaysia, jumpa warga Kota Bharu di Masjid Muhammadi selepas Subuh!
41.06 MB
❤ 168🔥 29👍 11🥰 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Sebarkan seluasnya kepada abe kakok kita di Klate, dari Klate kita akan ke Ganung di Masjid Terapung untuk solat Jumaat.
❤ 138🔥 17👍 4🥰 1
Repost from N/a
Seruan telah dilaungkan. Deruman enjin bakal bergema di seluruh tanah air.
Mohon semua untuk ambil perhatian. Inilah saatnya kita buktikan bahawa rakyat Nusantara tidak pernah berdiam diri melihat penderitaan Gaza. Dari Utara, Selatan, Pantai Timur dan Tengah, ribuan kenderaan akan bergerak menuju ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Konvoi Darat Sumud Nusantara akan merentasi negeri-negeri dengan semangat perjuangan, membawa mesej yang jelas kepada dunia:
No More Silence. No More Siege.
Itinerari penuh telah disusun. Setiap checkpoint akan menjadi saksi bahawa rakyat Nusantara bersatu menzahirkan solidariti. Pendaftaran dibuka di setiap checkpoint sepanjang perjalanan. Dari Kangar ke Johor, dari Kota Bharu ke Seremban, kita akan bertemu di satu titik – Dataran Merdeka.
22-24 Ogos 2025 akan terpahat sebagai catatan sejarah.
Bersedialah. Hadirkan diri.
Masih belum terlambat untuk menjadi sebahagian dari misi bersejarah ini.
#SumudNusantara
#BreakTheSiege
#NusantaraForGaza
🔥 86❤ 31
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Saksikan wawancara ekslusif sempena Sumud Nusantara — Karnival, Konvoi dan Flotilla, malam ini dalam rancangan Analisis, TV Al Hijrah dengan tajuk “Malaysiaku Bersama Gaza” pada jam 9-10 malam.
Bersama panel-panel hebat YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj Mokhtar, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Nadir Al-Nuri, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia dan Dato’ Dr. Sany Araby, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM.
Jumpa anda malam nanti!
#SumudNusantara
#BreakTheSiege
#NusantaraForGaza
❤ 83👍 12🔥 4
