Astro AWANI
Kanalga Telegramβda oβtish
Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com
Ko'proq ko'rsatish2025 yil raqamlarda

79 123
Obunachilar
-2124 soatlar
-1757 kunlar
-51930 kunlar
Postlar arxiv
Photo unavailableShow in Telegram
MetMalaysia memaklumkan, kawasan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang serta Pasir Puteh di Kelantan, manakala di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.
Amaran hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai di Kelantan; Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman); serta Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) bagi tempoh yang sama.
Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada diramalkan melanda kawasan Gua Musang di Kelantan; Pahang (Jerantut, Maran dan Bera) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) hingga Isnin depan.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/amaran-hujan-berterusan-tahap-bahaya-di-kelantan-terengganu-hingga-29-dis-553071
#AWANInews
π 7π₯ 5β€ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
π 49π 9π₯ 8π 8
Photo unavailableShow in Telegram
Malaysia berjaya mengekalkan daya tahan ekonominya pada 2025, disokong oleh dasar perdagangan yang terbuka dan berkecuali walaupun dalam realiti perang tarif Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump serta ketidaktentuan geopolitik.
Ketika berkongsi perkara itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ini turut didorong oleh kemampuan negara mewujudkan asas-asas kukuh bagi pertumbuhan masa depan.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/ekonomi-malaysia-kekal-berdaya-tahan-pada-2025-dalam-cabaran-tarif-geopolitik-amir-hamzah-553083
#AWANInews
π 15π 13β€ 1π 1
Photo unavailableShow in Telegram
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah pertuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di Putrajaya, pada Jumaat.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dikemukakan pihak pendakwaan.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-1mdb-najib-didapati-bersalah-pertuduhan-salah-guna-kuasa-553100
#AWANInews
π 38π 20π 9π₯ 7
Photo unavailableShow in Telegram
Mahkamah Tinggi pada Jumaat memberitahu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan βorang kampungβ sehingga mudah dikelirukan oleh pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah yang bersidang di Istana Kehakiman, di sini, berkata, mahkamah menolak hujahan pembelaan itu bahawa Najib, 72, telah disesatkan oleh syarikat strategik negara sehingga mengundang kepada pendakwaan kes berkenaan.
βNajib bukan orang kampung, hakikatnya semasa kejadian dia merupakan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. Jadi mahkamah mendapati, hujahan bahawa dia telah disesatkan sebagai tidak bermaruah," kata hakim.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/najib-bukan-orang-kampung-hingga-boleh-dikelirukan-pengurusan-1mdb-hakim-553092
#AWANInews
π 29π 9β€ 5π₯ 4
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Tinggi, Istana Kehakiman, Putrajaya selepas keputusan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkannya ditangguhkan bagi memberi laluan untuk solat Jumaat dan bersambung semula jam 3 petang.
πΈ: Astro AWANI/ Shahir Omar
#AWANInews
π₯ 7π 3π 1
Photo unavailableShow in Telegram
Mahkamah Tinggi menolak dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa wang berjumlah RM2.3 bilion dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah sumbangan politik daripada keluarga diraja Saudi, selepas mendapati dana itu dipindahkan terus ke akaun peribadinya.
Keputusan itu disampaikan oleh Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang ketika itu Hakim Mahkamah Tinggi dan kini merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan, sewaktu membacakan penghakiman dalam kes Najib berhubung 1MDB bernilai RM2.3 bilion.
Dalam penghakimannya, hakim Sequerah berkata tiada resit dikeluarkan oleh kerajaan atau mana-mana parti politik yang mengakui penerimaan wang tersebut.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-1mdb-mahkamah-tinggi-tolak-pembelaan-najib-berkaitan-derma-politik-keluarga-diraja-arab-saudi-553090
#AWANInews
β€ 19π₯ 9π 5π 4
Photo unavailableShow in Telegram
Pemakluman secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan luar jangka bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis akan dibuat minggu depan.
Speaker DUN Perlis, Rus'sele Eizan berkata, pihaknya mempunyai tempoh 21 hari untuk berbuat demikian selepas mengumumkan berlaku kekosongan itu bagi DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji semalam.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-politik/pemakluman-rasmi-kepada-spr-kekosongan-luar-jangka-tiga-dun-perlis-minggu-depan-speaker-553085
#AWANInews
β€ 11π₯ 4
Photo unavailableShow in Telegram
Kumpulan pendatang haram Israel merampas tanah Palestin telah meluaskan sebuah pos penempatan haram di bandar Nablus di bahagian utara Tebing Barat yang diduduki, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, organisasi perundangan Al-Baidar berkata, kumpulan berkenaan menambah rumah pasang siap di sebuah pos penempatan haram yang didirikan di Gunung Qarqafa, antara pekan Aqraba dan Jurish, di tenggara Nablus.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/pendatang-israel-luaskan-pos-penempatan-haram-di-tebing-barat-553060
#AWANInews
π 34β€ 2π₯ 2π 1
Photo unavailableShow in Telegram
Keputusan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi, Istana Kehakiman, Putrajaya, ditangguhkan bagi memberi laluan untuk solat Jumaat.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) memaklumkan, prosiding akan bersambung semula pada pukul 3 petang.
Semasa prosiding, hakim berkata, mahkamah masih memerlukan masa kira-kira satu jam untuk membaca baki keputusan berkenaan.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/keputusan-1mdb-najib-ditangguh-sambung-lepas-solat-jumaat-553088
#AWANInews
β€ 10π₯ 5π 2π 2
Photo unavailableShow in Telegram
Seorang juruukur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth, hari ini, atas dua pertuduhan membunuh ibu dan adik angkatnya dalam kejadian kebakaran di rumah mereka di Taman Nakhoda, Teluk Air Tawar, pada 10 Disember lepas.
Tertuduh, Daniel Qayyum Kamalrolzlan, 23, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa dihadapan Majistret Balqis Roslin.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/juruukur-didakwa-bunuh-ibu-adik-angkat-553063
#AWANInews
π₯ 5
Photo unavailableShow in Telegram
Pihak berkuasa Turkiye mendakwa berjaya menggagalkan rancangan serangan terhadap acara Krismas dan sambutan tahun baharu selepas menahan lebih 100 individu yang disyaki anggota kumpulan Daesh.
Menurut pejabat pendakwa raya Istanbul, serbuan besar-besaran dilakukan di 124 lokasi sekitar bandar itu, dengan rampasan senjata api, peluru dan βdokumen organisasi.β
Pegawai keselamatan memaklumkan, penyokong Daesh aktif merancang serangan di seluruh Turkiye minggu ini, khususnya terhadap golongan bukan Islam.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/turkiye-tahan-115-suspek-daish-rancang-serangan-tahun-baharu-553049
#AWANInews
π 12π 5β€ 1π₯ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Seorang juruukur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth, hari ini, atas dua pertuduhan membunuh ibu dan adik angkatnya dalam kejadian kebakaran di rumah mereka di Taman Nakhoda, Teluk Air Tawar, pada 10 Disember lepas.
Tertuduh, Daniel Qayyum Kamalrolzlan, 23, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa dihadapan Majistret Balqis Roslin.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/juruukur-didakwa-bunuh-ibu-adik-angkat-553063
#AWANInews
Penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkumpul dihadapan Istana Kehakiman, Putrajaya pada Jumaat bagi mengetahui keputusan kes akhir pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan RM2.3 bilion dana 1MDB.
πΈ: Astro AWANI/ Shahir Omar
#AWANInews
π 22β€ 14π₯ 8
Photo unavailableShow in Telegram
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan, Pengerusi baharu Rizab Persekutuan (Fed) mesti memastikan kadar faedah kekal rendah dan tidak βberbeza pendapatβ dengannya.
Kenyataan itu dibuat pada Selasa ketika proses temu duga sedang berlangsung bagi menggantikan Jerome Powell yang bakal meninggalkan jawatan.
Powell sebelum ini tidak sehaluan dengan Trump berhubung pemotongan kadar faedah.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/siapa-yang-tidak-setuju-dengan-saya-tidak-akan-jadi-pengerusi-rizab-persekutuan-presiden-trump-553050
#AWANInews
π 25π₯ 4π 2β€ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Ketika sorakan di stadium kian 'senyap' dan nama-nama besar pemain sukan yang pernah mengharumkan nama negara di persada dunia perlahan-lahan hilang daripada radar, jasa bekas atlet kebangsaan juga sering dipinggirkan tanpa disedari.
Satu ketika dulu, mereka pernah menggalas harapan negara, mengorbankan usia muda dan masa bersama keluarga demi satu nama, iaitu Jalur Gemilang.
Namun apabila tirai kerjaya 'dilabuhkan' sebahagian mereka berdepan realiti pahit termasuk dilupakan terutamanya golongan generasi baharu.
Di sinilah Mannin Mainthan Malaysia (MMM) tampil mengisi kekosongan itu, bukan sekadar sebagai penganjur majlis, tetapi sebagai 'perakam' memori.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-sukan/ketika-sorakan-semakin-pudar-mmm-hall-fame-2025-angkat-legasi-wira-sukan-negara-553014
#AWANInews
π 5β€ 3π 2π 1
Datuk Seri Najib Razak tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya bagi mendengar keputusan kes jenayah terakhir beliau yang masih di peringkat perbicaraan Mahkamah Tinggi.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) yang bersidang di Istana Kehakiman, di sini dijangka membaca keputusan berkenaan, kira-kira pukul 9 pagi.
πΈ: Astro AWANI/Shahir Omar
#AWANInews
β€ 9π 6π 2π₯ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) mengumumkan keputusan untuk merehatkan ketua jurulatih skuad Penyu Badrul Afzan Razali susulan prestasi kurang memberangsangkan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Perkembangan itu dimaklumkan melalui kenyataan media dalam laman Facebook rasmi selepas menilai semua aspek prestasi dan perkembangan pasukan Terengganu FC (TFC) pada Piala FA dan Liga Super setakat ini.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/ketua-jurulatih-tfc-direhatkan-sertamerta-susulan-prestasi-hambar-553039
#AWANInews
π₯ 6π 1
Photo unavailableShow in Telegram
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada tiga pelajar Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tereh, Kluang, Johor yang berjaya meraih pingat emas di Olimpiad Robot Antarabangsa ke-27 (IRO 2025) di Gold Coast, Australia, baru-baru ini.
Beliau berkata kemenangan murid berkenaan dalam Kategori Idea Kreatif (Tingkatan Rendah) menerusi ciptaan robot 'rover' bukan sahaja membanggakan, malah membuktikan bahawa anak-anak Malaysia, termasuk dari desa memiliki bakat dan potensi besar untuk bersaing pada peringkat global.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tpm-ahmad-zahid-puji-kejayaan-tiga-pelajar-orang-asli-rangkul-emas-di-iro-2025-553034
#AWANInews
π 20β€ 2π 2π 2
Hari ini 21 tahun yang lalu, tsunami dahsyat membadai Aceh, Indonesia.
Pada 7.59 pagi itu, gempa bermagnitud 9.3 berlaku di dasar Lautan Hindi 160 batu dari barat pulau Sumatera yang berlanjutan selama 10 minit. Ia menghasilkan tsunami yang tenaganya dianggar 2x ganda seluruh bom yang diledakkan ketika Perang Dunia II.
Tidak sampai 20 minit, gelombang tsunami itu sampai ke pantai pulau Sumatera & memusnahkan wilayah utara pulau itu, Aceh. Ombaknya tinggi mencecah 80 hingga 100 kaki, melenyapkan seluruh komuniti di situ dalam masa beberapa minit.
Arus deras yang membawa bersama objek & serpihan meragut sekitar 130,000 hingga 160,000 nyawa daripada keseluruhan 320,000 populasi Aceh, dengan lebih 500,000 hilang tempat tinggal. 1/3 daripada mangsanya adalah kanak-kanak.
Ketika Aceh sedang musnah, gelombang tsunami berkelajuan 800 km/j itu tiba di Thailand sejam setengah selepas detik bermula gempa, membadai wilayah Phang Nga & Phuket. Ia mengorbankan hampir 5,400 nyawa termasuk 2,000 pelancong luar.
Malaysia tidak terkecuali apabila ombak besar turut menyapu negeri pantai barat & meragut 67 nyawa. Negeri yang paling teruk terkesan adalah Pulau Pinang dengan 52 kematian, diikuti Kedah dengan 12 korban, 2 di Perak & 1 di Selangor.
Tsunami tersebar ke serata Laut Hindi & turut membadai Sri Lanka, 90 minit selepas gempa. Tidak sekuat di Aceh atau Thailand, tetapi sekitar 30,000 nyawa juga terkorban sebelum sampai ke Chennai, India di mana lebih 10,000 penduduk terbunuh.
Malah, tsunami itu merentas sejauh 5,000 batu & sampai ke pantai timur Afrika - 10 maut di Tanzania, 3 di Seychelles & 1 di Kenya. Malah 2 orang turut terkorban di Afrika Selatan, tempat terjauh dari titik gempa yang menerima kesannya.
Secara keseluruhan, dianggarkan hampir 228,000 nyawa melayang - sekitar 190,000 disahkan terkorban dengan 40,000-45,000 hilang/dipercayai maut. Ia antara bencana alam paling membunuh dalam sejarah yang direkodkan.
Sumber: History, Britannica
#PeristiwaHariIni
π₯ 10β€ 7
