CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
Kanalga Telegramโda oโtish
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Ko'proq ko'rsatish2025 yil raqamlarda

396 562
Obunachilar
-4224 soatlar
-8177 kunlar
-2 81030 kunlar
Postlar arxiv
Photo unavailableShow in Telegram
Tahukah anda menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 1 daripada 10 orang atau 600 juta orang jatuh sakit setiap tahun akibat penyakit bawaan makanan
Inilah masanya untuk kita ambil perhatian dan tingkatkan pengetahuan tentang keselamatan makanan.
Sentiasa amalkan Lihat Hidu Rasa serta Perhati dan Pilih kerana ia langkah paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan.
Photo unavailableShow in Telegram
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku
Pada 3 Jun 2024, Bersamaan 25 Zulkaedah 1445H
Semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku berdua, Putera-putera, Puteri-puteri dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dilanjutkan usia zaman dan sentiasa berada dalam sihat walafiat selama-lamanya.
Sembah takzim daripada:
Pengurusan Tertinggi & Warga Kerja
Kementerian Kesihatan Malaysia
Photo unavailableShow in Telegram
Musim cuti sekolah penggal pertama 2024 telah bermula dan berdasarkan laporan Minggu Epidemiologi ke-20 tahun 2024 iaitu mulai 12 Mei sehingga 18 Mei 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,461 kes berbanding 2,338 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat peningkatan sebanyak 123 kes bagi tempoh tersebut.
Oleh itu, pendekatan 'Sekolah kita BEBAS dari Nyamuk Aedes' diambil dengan menyarankan agar pihak sekolah serta kontraktor pembersihan yang dilantikmelakukan beberapa tindakan bagi mengawal dan menurunkan populasi nyamuk di sekolah semasa cuti sekolah. Ikuti langkah-langkah pencegahan denggi di sekolah.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
EMPAT CORAK CUACA SEMASA MONSUN BARAT DAYA
Anda perlu peka dengan empat kesan cuaca semasa Monsun Barat Daya ini iaitu kemungkinan akan berlaku jerebu, cuaca yang kering, kebakaran hutan dan penyusutan paras air empangan.
Oleh itu, MetMalaysia telah menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembakaran secara terbuka bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar.
Selain itu, anda dinasihatkan untuk tidak membuang puntung rokok merata-rata, minum air secukupnya dan hadkan aktiviti luar. Paling penting adalah anda perlu menyimpan bekalan air secukupnya serta sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Hammasini ko'rsatish...
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
Semasa membeli bahan makanan di kedai runcit ataupun pasar raya, kita diingatkan agar sentiasa membeli secara selamat.๐๐ป
Kita juga disarankan untuk merancang urusan pembelian barangan terutamanya barangan mentah ๐ฅ๐ฅ๐ sama ada kering mahupun basah. Ianya penting agar tidak berlakunya percampuran di antara bahan mentah kering dan basah sehingga boleh mengakibatkan keracunan makanan.
โผ๏ธJom ikuti tip membeli bahan makanan secara selamat.
Photo unavailableShow in Telegram
Penyakit Kusta adalah penyakit berjangkit kronik disebabkan oleh bakteria Mycobacterium leprae ๐ฆ yang menyerang bahagian kulit, saraf kaki ๐ฆถ๐ป dan tangan ๐๐ป serta lain-lain organ seperti mata ๐๏ธ dan hidung ๐๐ป. Penyakit Kusta juga dikenali sebagai Penyakit Hansen.
๐ฉบ Diagnosis awal dan rawatan sempurna bagi seseorang yang dijangkiti, dapat mencegah penularan Penyakit Kusta. โ ๏ธ Peranan individu dan masyarakat adalah penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit ini dan mewujudkan persekitaran yang positif dan menyokong kepada pesakit dan individu yang terkesan dengan penyakit kusta.
Photo unavailableShow in Telegram
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ ๐๐ง๐๐ข๐ฅ๐ข๐๐ข๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐: ๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐จ๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 17 Mei 2024 dan akan berterusan sehingga September 2024. Sepanjang tempoh ini, taburan hujan adalah rendah di kebanyakan tempat seterusnya boleh menyebabkan berlakunya fenomena jerebu sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal. Oleh itu, elakkan pembakaran terbuka dan gunakan air secara berhemah.
#MonsunBaratDaya
#caknacuaca
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMadani
Photo unavailableShow in Telegram
Penyakit Tuberkulosis (TB) adalah disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria ๐ฆ yang bernama โMycobacterium tuberculosisโ. Ia juga dikenali sebagai batuk kering. Ia disebarkan melalui udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk ๐ท.
โ ๏ธ Di Malaysia seramai 26,781 orang dikesan menghidapi TB pada tahun 2023 dan mencatatkan 2,623 kematian pada tahun yang sama. Penyakit TB ini merbahaya jika tidak dirawat. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh sembuh dengan mendapatkan rawatan dengan segera.
Adakah anda berisiko untuk mendapat penyakit TBโ Dapatkan pemeriksaan dan pengesahan penyakit ini di mana-mana fasiliti kesihatan.
Photo unavailableShow in Telegram
Malaysia sedang mengalami cuaca panas โ๏ธ di beberapa kawasan termasuk Sabah dan Sarawak. Keadaan cuaca panas memberi kesan terhadap kesihatan seseorang seperti meningkatkan risiko strok haba jika seseorang terdedah dengan keadaan ini secara berterusan.
โ ๏ธ Orang ramai disarankan untuk mengikuti langkah-langkah melindungi diri dari kesan cuaca panas seperti mengurangkan pendedahan terhadap cuaca panas dan menjaga pemakanan untuk memastikan tahap kesihatan yang optimum.
Photo unavailableShow in Telegram
KKM menasihatkan agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan tahap hidrasi ๐ง yang mencukupi dan mengurangkan aktiviti fizikal ๐๐ผโโ๏ธ lasak dan lain-lain aktiviti di luar rumah pada musim cuaca panas โ๏ธ sekarang.
โผ๏ธOrang awam boleh mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas di laman sesawang MetMalaysia (https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/) dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas di laman sesawang KKM (http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan).
Photo unavailableShow in Telegram
Tarikh 1 Mei amat sinonim dan bermakna bagi semua warga pekerja di Malaysia kerana ia merupakan tarikh sambutan Hari Pekerja. Sambutan ini adalah bagi menghargai jasa dan sumbangan semua pekerja di Malaysia yang menjadi penyumbang kepada kemajuan negara.
Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga KKM. Semoga anda terus komited untuk memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.
Photo unavailableShow in Telegram
Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes ๐ฆ yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain (nyamuk infektif). Demam denggi๐ก๏ธboleh mengakibatkan kematian.
โ ๏ธ Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan denggi dengan menghapuskan tempat pembiakan demi menghapuskan demam denggi. Ambil tindakan pencegahan proaktif ๐๐ผ bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi.
๐ผ๐ข๐๐๐ก ๐ฅ๐๐๐ช๐ก๐, ๐ฃ๐ฎ๐๐ข๐ช๐ ๐ผ๐๐๐๐จ ๐ฉ๐๐๐๐ ๐ข๐๐ฃ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐ข๐๐ฃ๐๐จ๐
