uz
Feedback
Nadir Al-Nuri

Nadir Al-Nuri

Kanalga Telegram’da oβ€˜tish

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Ko'proq ko'rsatish
2025 yil raqamlardasnowflakes fon
card fon
238 548
Obunachilar
-5424 soatlar
-4687 kunlar
-1 81730 kunlar
Postlar arxiv
00:29
Video unavailableShow in Telegram
Dikatakan lebih 100 orang telah terkorban akibat cuaca sejuk dan hujan lebat di G. Ini termasuk bayi kecil berusia beberapa bulan sahaja. Doakan mereka. Mereka tidak syahid akibat ledakan peluru dan roket sahaja.
Hammasini ko'rsatish...
3.79 MB
😒 423❀ 24
01:31
Video unavailableShow in Telegram
One earth, different world. Which world is our children living in?
Hammasini ko'rsatish...
9.84 MB
😒 324❀ 20πŸ₯° 1
00:34
Video unavailableShow in Telegram
Di balik runtuhan dan kemusnahan, mereka mencari ruang untuk bahagia. Beginilah anak-anak G yang saya kenali, seawal usia mereka sudah dilatih oleh suasana untuk terus kuat dan hebat. Mereka hanya perlu diberikan sekecil-kecil peluang untuk berada di kemuncak dunia. UN mengukur bahawa Human Development Index penduduk di G yang mengukur pecapaian tahap kesihatan, pendidikan dan taraf hidup pasca peperangan telah dilambatkan 69 tahun. Semoga Allah membuka jalan untuk mereka memulakan kehidupan semula.
Hammasini ko'rsatish...
11.21 MB
❀ 217😒 114πŸ”₯ 11πŸ‘ 6😁 1
Masa naik flight baru-baru, ni orang depan saya tak berhenti batuk. Batuk yang tahap macam nak meninggal, bergegar kapal terbang. Makcik omputih sebelah saya duk terkumat-kamit memaki. Akhirnya dia tak tahan lagi, dia terus sound. 'Why aren't ypu wearing a mask? You are so selfish!" Kesian pakcik tu, terpinga-pinga tak boleh nak menjawab. Mungkin dia dah cuba tapi caranya tak kena. Kita di Malaysia beruntung sebab ada orang jual minyak Zaitun P asli dari Nablus. Sayalah tu, hehe. InshaAllah, tak ragu lagi memang dari bumi diberkati dan membantu ekonomi mereka di sana. Dari pekerja memetik buah, pengusaha kilang perahan, pengimport alhamdulillah semua orang sana. Minyak zaitun asli Turath (warisan) ni, bagus untuk cegah sakit, turunkan kolestrol, beri tenaga sepanjang hari. Makan di mulut, sapu di rambut, semua boleh. Musim sakit ni bagus sangat untuk diamalkan oleh semua peringkat umur. Stok baru masuk tapi masih terhad, hanya cukup untuk 200 orang tercepat yang nak kekal sihat. Satu botol 500ml hanya RM110. Hubungi sini segera sebelum terlambat www.wasap.my/60193799495/turath
Hammasini ko'rsatish...
❀ 130πŸ‘ 15😁 2
Photo unavailableShow in Telegram
❀ 56πŸ₯° 2
03:43
Video unavailableShow in Telegram
Betul ke Hms ditipu dan dipaksa ikut telunjuk US dan sekutunya? Ringkasan video perkongsian saya tentang Hms dan 20 point plan Trump, 1. 20 point plan US adalah senarai tindakan bukan strategi jangka masa panjang pemulangan hak P dan pemulihan pasca perang. 2. Hms dan faksi lain memecahkan pelan itu kepada 3 bahagian, penghentian genosid, pembentukan kerajaan dan penyerahan senjata. 3. Secara rasmi faksi P hanya bersetuju dengan bahagian pertama melibatkan penghentian perang, serahan tawanan, kemasukan bantuan, pengunduran tentera penjajah dan lain-lain. 4. Bahagian kedua baru dibincangkan awal November di Kaherah dengan cadangan penama kerajaan teknokrat oleh faksi-faksi P. Bahagian ketiga hanya boleh berlaku sekiranya ada kekuatan P bersenjata yang diberi amanah secara rasmi menjaga keselaman dan kedaulatan negara. Lain-lain usaha menguasai dan mengawal G secara keras tak akan berjaya. 5. Hms kekal sebagai stakeholder utama, kerana itu mereka yang dibawa ke meja rundingan.
Hammasini ko'rsatish...
71.31 MB
❀ 203πŸ‘ 28
3 billion ringgit diutarakan kerajaan penjajah untuk mendokong hasbara - naratif mereka di pentas antarabangsa. Kita boleh lawan jika 8 billion penduduk dunia ada kesedaran membawa isu sebenar P ke hadapan. Mulakan dengan berkongsi post ini supaya kita sedar usaha mereka menipu kita.
Hammasini ko'rsatish...
πŸ‘ 283❀ 40πŸ”₯ 17
Terkejut bila lalu stadium BernabΓ©u milik Real Madrid ni. Bapak besar. Satu persoalan lalu di otak saya, bila stadium ni dibina? Lepas Real dah power atau sebelum? Kalau sebelum, gila ke letak puluhan juta euro untuk projek yang tak tahu hasil? Tapi nilah yang dinamakan visi kan. Bukan saja nampak apa di depan tapi juga menebas lalang dan membuka jalan untuk menjadikannya realiti. Jom baca sejarah pasukan terhebat (selepas Man U) di dunia ini dan stadiumnya; Estadio Santiago BernabΓ©u mula dibina pada tahun 1944 dan dibuka pada 14 Disember 1947. Projek ini menelan belanja sekitar 37 juta peseta, bersamaan kira-kira €20–25 juta hari ini, atau sekitar €200–300 juta jika dibandingkan dengan kos pembinaan stadium moden. Pada waktu itu Real Madrid belum lagi menjadi kuasa besar Eropah, namun presidennya, Santiago BernabΓ©u, melihat ke hadapan dan merancang stadium yang sangat besar sebagai asas pertumbuhan kelab. Beliau percaya bahawa bola sepak akan menjadi sukan global pasca Perang Dunia II, dan kelab yang memiliki infrastruktur terbesar akan mendapat kelebihan dari segi kewangan, penonton dan daya tarikan pemain. Strategi tersebut terbukti tepat hanya beberapa tahun selepas stadium itu siap. Real Madrid memenangi lima Piala Eropah berturut-turut dari 1956 hingga 1960, menjadikan mereka pasukan pertama yang mendominasi pertandingan paling berprestij di benua itu. Kejayaan ini mengesahkan wawasan BernabΓ©u bahawa sebuah stadium besar, moden dan berkapasiti tinggi bukan sahaja diperlukan untuk operasi kelab, tetapi menjadi pemangkin yang membolehkan Real Madrid berkembang menjadi salah satu institusi bola sepak paling berpengaruh di dunia. Kita pun nak jadi orang hebat, nak jadi bangsa hebat, nak jadi negara hebat tetapi adakah kita sudah mula meletakkan batu asasnya? Jom fikir dan bertindak!
Hammasini ko'rsatish...
❀ 124πŸ‘ 36
Photo unavailableShow in Telegram
πŸ‘ 22
Photo unavailableShow in Telegram
Allah. Satu gambar dengan 1001 luka. Atau ratusan ribu kesakitan sebenarnya. 76,639 syuhada' yang dikenal pasti. 22,426 bapa yang syahid. 1015 bayi tak sampai umur setahun syahid. 450 bayi yang masih menyusu syahid. 12,500 wanita syahid. 20,000 kanak-kanak syahid. 9500 syahid dan masih di bawah runtuhan. 2 bilion umat Islam yang masih belum mampu menghentikan semuanya. Kita ada, kita hanya perlu merancang dan bertindak dengan lebih sempurna.
Hammasini ko'rsatish...
😒 385❀ 34πŸ”₯ 14πŸ‘ 8πŸ₯° 1
Photo unavailableShow in Telegram
Ya Allah di pagi ini kami berdoa agar Engkau memberi rezeki kepada saya dan semua yang menyebutkan ameen untuk solat di Masjidil Aqsa dalam keadaan ia bebas merdeka, ameen. Suasana solat Subuh di Masjidil Aqsa pagi tadi.
Hammasini ko'rsatish...
❀ 492πŸ‘ 12πŸ”₯ 4πŸ‘ 2
Kali kedua sampai di Spain, suasananya masih sama. Pertama kali ketika melancarkan armada kapal di Barcelona, kali kedua baru ini ke Madrid sebagai jemputan kumpulan pemikir β€˜think tank’ The Octagon membincangkan cadangan polisi untuk G yang baru pasca gencatan senjata. Pada saya Spain ni β€˜vibe’nya tak sama macam negara Eropah seperti Paris dan Berlin. Penduduk Madrid warna kulit dan budaya mereka lebih mirip kepada orang Arab memandangkan pengaruh Andalusia agak kuat. Cara mereka sembang yang β€˜meriah’ dan lebih terbuka, lebih mudah mendekati orang luar juga membuatkan penduduk di sini lebih mudah didekati. Kenapa penduduk di sini sangat kuat menyokong P berbanding negara Eropah lain? Sepanyol kuat menyokong P kerana pengalaman sejarah mereka terhadap penindasan, kepimpinan politik berhaluan kiri yang menekankan hak asasi manusia, dan tekanan rakyat yang sangat besar melalui protes, NGO dan komuniti seni. Gabungan faktor ini menjadikan dasar pro-P mereka lebih tegas berbanding negara Eropah lain. Bangga menjadi pelajar β€˜twinning’ di salah sebuah universiti di Murcia, Spain ni.
Hammasini ko'rsatish...
πŸ‘ 177❀ 48πŸ”₯ 7
❀ 72πŸ‘ 9
Repost from N/a
01:33
Video unavailableShow in Telegram
Delegasi Sumud Nusantara telah berkunjung ke Jakarta bagi bertemu rakan-rakan gabungan, membincangkan penyelarasan misi Global Sumud Flotilla 2.0 serta pelaksanaan bantuan banjir Sumud Nusantara di Sumatera Barat. Pertemuan ini menjadi langkah penting dalam mengukuhkan kerjasama serantau dan memastikan setiap usaha disampaikan dengan lebih tersusun, berkesan dan penuh tanggungjawab. Anda sudah bersedia? No More Silence. No More Siege. #sumudnusantara #breakthesiege #nusantaraforgaza
Hammasini ko'rsatish...
IMG_9971.MOV33.87 MB
πŸ‘ 171❀ 50πŸ”₯ 4πŸ₯° 3
Terima kasih bangat influencer Indonesia mbak Chiki Fawzi menghadiahkan jaket jeans ini melalui mbak Zizi Kirana. Rasa muda semula bila pakai gaya rugged dan stylo macam ni. Mesejnya pun jelas - Decolonize dan Being human is given, but keeping our humanity is a choice!
Hammasini ko'rsatish...
❀ 140πŸ‘ 23πŸ”₯ 4😁 2
❀ 92πŸ‘ 27😁 2
Photo unavailableShow in Telegram
Kalian tahu tak yang penduduk di Izrl juga mempunyai kasta dan tahap sosial walaupun kononnya mereka hidup dalam masyarakat yang sama laras dan adil? Ni bukan terkait warga P di sana yang memang pun penduduk kelas kedua (second class citizen) tetapi melibatkan penduduk warga dan bangsa Yahudi itu sendiri. Penduduk kasta paling power ialah Yahudi yang datang dari negara Barat yang disebut Ashkenazi. Malah tak ada PM Izrl yang merupakan pendatang dari kawasan lain seperti Mizrahi (dari Timur Tengah dan Utara Afrika) atau Sephardi (dari Iberia - Sepanyol dan Portugal). Semuanya dari orang 'kulit putih' Ashkenazi! Kasta paling rendah? Betul, Yahudi kulit hitam dari Ethiopia yang dipanggil Fasha atau Falasha. Falasi Yahudi Isrl tumpas satu demi satu!
Hammasini ko'rsatish...
❀ 140πŸ”₯ 45πŸ‘ 25πŸ‘ 6😁 3
Photo unavailableShow in Telegram
Menurut laporan media Ibrani, Walla, Agensi Keselamatan rejim Israel, Shin Bet bersama-sama dengan tentera udara rejim mengakui bertanggungjawab atas operasi pembunuhan seorang pegawai kanan HAMAS, Imad Salim pada Rabu, 19 November 2025 yang menyasarkan sebuah bangunan di bandar Gaza. As-syahid merupakan Komander Batalion HAMAS, Zeitoun Timur di bandar Gaza merangkap Timbalan Komander Briged bandar Gaza. Operasi itu turut meragut nyawa komander unit tentera laut Briged al-Qassam di wilayah Gaza, khususnya di kawasan Mawasi di Khan Yunis. Realitinya, as-syahid Salim memiliki pengaruh yang besar dalam siri operasi di peringkat Briged Gaza, yang menjadi kawasan tumpuan utama pasukan rejim penjajah sepanjang perang yang telah berlarutan hampir dua tahun ini. Justeru, kepimpinannya sangat signifikan dalam setiap pertempuran di lapangan menentang rejim penjajah. Jemput baca artikel penuh kami yang bertajuk Pembunuhan Terancang Pimpinan Pejuang: Mengapa Israel Masih Gagal Menundukkan Gaza? Teruskan bercakap mengenai Palestin! #CGMKongsi #ArtikelCGM t.me/cintagaza
Hammasini ko'rsatish...
πŸ”₯ 157❀ 58😒 37πŸ‘ 6
Ezzeldeen Devidar: Rijalullah (Pemuda Allah) di Rafah tidak pernah menyerah dan tidak ada satu pun bukti yang menunjukkan bahawa walau seorang pejuang telah berputus asa. Tentera pengganas menyiarkan gambar lokasi yang menempatkan dua orang pejuang, mereka dibom tanpa belas. Seorang daripadanya gugur syahid dan mayatnya dihina oleh penjajah, manakala seorang lagi cedera lalu ditawan dengan senjatanya masih terletak di sisi tubuh yang berlumuran luka. Ya Allah, peliharalah mereka dengan penjagaan-Mu dan kembalikanlah baki daripada mereka ke Gaza dalam keadaan aman dan selamat. Ya Allah, patahkanlah kekuatan penjajah, hinakanlah para pengkhianat dan mereka yang bergembira atas derita ini dan balaslah mereka yang telah meninggalkan para pejuang ini. Sesungguhnya rijalullah tidak akan terjejas oleh sesiapa yang mengecewakan mereka dan tidak akan goyah oleh mereka yang memusuhi mereka. Kredit: Dunia Palestin t.me/cintagaza
Hammasini ko'rsatish...
❀ 231😒 55πŸ”₯ 51πŸ‘ 13πŸ‘Ž 1
Photo unavailableShow in Telegram
Terkejut rupanya Tok Minah saya (tok sebelah Che di Penang) kenal dengan ibu kepada DS Rosmah Mansor, Hajah Fatimah. Ayah Rosmah pula kenalan Tok Yasin, mereka berempat sama-sama sezaman di maktab perguruan. Tok Minah cerita, Rosmah ni anak kesayangan dan memang dimanjakan sangat oleh mak pak dia. Dia pernah beberapa kali tidur di rumah Tok di Minden, ketika itu dia tidur di ruang tamu dan kadang-kadang menggunakan telefon di rumah. "Masa tu Tok pelik, biasanya perempuan tak tidur di ruang tamu dan kalau nak guna barang di rumah, akan minta izin. Tapi Rosmah guna saja telefon, tak bagitahu apa-apa." Tok menyambung cerita, satu hari Kak Timah (ibu Rosmah) tanya Tok, hang tahu tak macam mana Rosmah tackle Najib? Tok jawablah tak tahu. Dia pun cerita.... Part yang ni saya simpan πŸ˜†
Hammasini ko'rsatish...
πŸ‘ 94😁 73❀ 16🀩 9