Nadir Al-Nuri
Kanalga Telegramβda oβtish
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Ko'proq ko'rsatish2025 yil raqamlarda

238 538
Obunachilar
-5424 soatlar
-4687 kunlar
-1 81730 kunlar
Postlar arxiv
As-syahid Ashraf ayah kepada anak-anak saya, berusaha menembusi tanah haram melalui terowong yang digali para pemuda pada tahun 2008 lagi, tetapi beliau syahid dalam letupan di lokasi operasi. Ia usaha besar, bergerak behind the enemy lines dan menyerang musuh dari dalam.
Tahun 2023 baru usaha ini berjaya, selepas 15 tahun, digerakkan oleh generasi terkemudian yang semangat dan keinginan mereka mendokong perjuangan tak pernah padam.
Perjalanan mendokong Islam dan membawa rahmatnya ke pelosok dunia adalah perjalanan yang panjang, kuncinya ialah tidak putus asa, pembentukan generasi dan pelapis yang berantai serta keyakinan bahawa kemenangan akan sampai, lambat atau cepat.
Istiqamah.
Tarbiyyah.
Akidah.
Teruskan bergerak.
β€ 447π₯ 63π 26
00:15
Video unavailableShow in Telegram
Mencuri kebahagiaan di sebalik kemusnahan dan penderitaan.
Anak ini menyikat rambut ayahnya yang cedera dan mereka bergurau demi menutup sengsara di jiwa. Semoga Allah peluk mereka dengan kasih-sayangnya di musim sejuk yang menggigit ini.
2.89 MB
β€ 489π’ 143π₯° 22π 6
Lepas dah setuju harga untuk pakcik ni hantar saya ke tempat mesyuarat, tiba-tiba dia angkat cawan teh masala/karak dia dan sebut, 50-50. Apa pula pakcik ni, nak scam ke, nak suruh beli teh dia ke apa? Nampak saya terkual-kial, sia capai cawan satu lagi dan tuang separuh tehnya.
50-50, dia mengulang. Laa, rupanya dia nak bagi saya teh dan suruh minum separuh!
Kalau ke Pakistan tak naik tuktuk memang tak sah. Tapi janganlah naik sampai 7,8 orang macam orang lokal buat.
Tempat ni walaupun cabarannya banyak, tapi makin lama duduk makin menjiwai perjuangan rakyatnya untuk meneruskan hidup pada masa sama mendokong isu agama. Kalau kalian tak pernah sampai sini, kena target sekurangnya sekali kena datang, mesti pandangan kalian terhadap mereka akan berubah.
Indahnya hidup dengan mindset ummah wahidah.
β€ 272π 30π₯ 9
Photo unavailableShow in Telegram
3 hari yang bermakna bersama 200,000 penduduk Pakistan. Alhamdulillah, dijemput bersama ratusan pimpinan dunia Islam lain menghadiri Ijtima' Am bagi gerakan Islam Jamiat Islami di Pakistan.
Kali akhir ijtima' ini dibuat sekitar 11 tahun lepas. Saya dijemput mewakili GSF bersama Thiago dan sahabat-sahabat lain dari Malaysia dijemput mewakili gerakan masing-masing.
Sesekali berkumpul begini boleh nampak betapa ummah ada potensi besar tetapi jika tidak disusun dengan rapi, tak lebih sekadar buih di lautan. Zaman ini bukan zaman bertempik dan bersorak tapi zaman mengatur dan bertindak.
Rakan-rakan kita di Pakistan pun sudah kita temui untuk memperkukuhkan barisan bagi menggempur bersama di medan, sehingga pembebasan.
β€ 332π₯ 47π 32π 1
Yang ambil gambar tu namanya Saddaqat, orang Pakistan yang lahir dan tinggal di Glasgow.
Bagusnya orang Pakistan ni, keluarga mereka tak bagi mereka lupa asal-usul. Walaupun lahir di Glasgow, ayahnya sejak kecil akan bawa mereka ke KPK di utara Pakistan semula, menziarahi kampung halaman dan mengenali susur-galur mereka.
Saddaqat membesar menjadi orang yang sangat berjaya sebagai General Manager sebuah bank di UK, tetapi hidupnya terasa kosong. Dia meletak jawatan dan mula mengusahakan projek rawatan mata untuk anak-anak miskin yang tinggal di pergunungan di antara Afghanistan dan Pakistan, wilayah tempat asalnya.
Dalam masa 7 tahun, dia telah melakukan 5000 pembedahan katarak mata serta 50,000 rawatan lain melibatkan pemberian cermin mata dan ubat penitis seperti antihistamin, membolehkan puluhan ribu manusia merasai nikmat melihat semula.
Apa yang lebih dahsyat? Semuanya dilakukan dengan duitnya sendiri!
September lepas Saddaqat menaiki kapal GSF bersama kami. InshaAllah kita akan bekerjasama membelah pergunungan Pakistan dan membolehkan penduduknya melihat semula mentari tak lama lagi. Antara pencetus saya terlibat kerja kemanusiaan ialah kawasan ini melalui buku Three Cups of Tea tulisan Greg Mortenson.
Sanggup ke sanggup?
Oh ya, Thiago kirim salam kepada semua.
β€ 328π 44π₯ 22
Photo unavailableShow in Telegram
Pandangan pakar berkenaan kelulusan PBB untuk resolusi Lembaga Keamanan (Board of Peace) serta memberi kuasa kepada Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) untuk menyelia urus tadbir, pembinaan semula dan usaha keselamatan di G.
Resolusi tersebut menghasikan 3 perkara:
1. Mewujudkan kawalan politik AS ke atas G.
2. Memisahkan G daripada keseluruhan P.
3. Membenarkan AS untuk menentukan garis masa pengunduran Iz dari G.
Hakikatnya, adakah pemegang taruh yang diwakili Hms di dalam G bersetuju dengan resolusi ini?
Saya akan kongsikan salah faham kita terhadap penerimaan mereka dalam 20 point plan Trump dalm masa terdekat inshaAllah. Korang share yang ni dulu supaya tak disekat.
π 161π₯ 28β€ 18
Repost from Terkini dan Sensasi Palestin
Musim Sejuk di Gaza: Satu Realiti Keras
Tahukah anda, musim sejuk di Gaza bukanlah umpama syurga seperti yang dibayangkan, penuh dengan magis. Namun sebaliknya, musim sejuk di Gaza merupakan satu episod panjang bagi penderitaan baharu.
Ketiadaan keperluan asas seperti rumah, pakaian dan selimut untuk menghangatkan tubuh, makanan dan sebagainya menyukarkan mereka untuk meneruskan kehidupan.
Hasbunallah wani'mal wakeel.
___________________________
Cinta Gaza Malaysia kembali dengan kempen yang dilaksanakan secara tahunan bagi membantu saudara-saudara kita yang berada didalam kesusahan ketika datangnya musim sejuk di beberapa lokasi terpilih. Tahun ini, kempen #WinterAid4Humanity akan memasuki beberapa buah negara lain selain Gaza iaitu Lubnan, Syria dan juga Tajikistan, dengan anggaran penerima manfaat seramai 300 000 orang.
Penambahbaikan yang dilakukan untuk kempen tersebut pada tahun ini adalah selain daripada kita memberi bantuan pek makanan dan selimut untuk memanaskan tubuh badan mereka, kita juga akan melaksanakan projek mapan dan lestari seperti projek pembagunan sistem perairan, panel solar masjid dan juga ambulans.
Oleh itu, ayuhlah kita bersama merebut peluang untuk ini untuk membantu saudara-saudara kita yang memerlukan dengan menginfakkan sebahagian daripada harta yang Alllah SWT telah rezekikan kepada kita untuk mereka. Semoga harta yang diifakkan tersebut menjadi syafaat buat kita di akhirat kelak.
Klik link di bio untuk menyumbang!
#WinterAid4Humanity
#heroes4hope
Winter in Gaza.mp411.34 MB
β€ 88π’ 19π 2π 1
Baru masuk kapal terbang dan duduk, ada bau semerbak mencucuk hidung. Pekat, likat dan dapat dicam yang ia jenis separuh cair separuh berketul. Budak kecil depan saya berak rupanya.
Nasib baik saya juga seorang bapa, terpaksa memahami. Sabau jelah 6 jam ni π©π©
π 201π₯° 12π 6π€© 5π’ 2β€ 1
Desain poppy dan kunci Aqsa pun tinggal sikit lagi.
π 115β€ 31π₯° 2
β οΈβ οΈβοΈβοΈAwas! Hanya lelaki lembut yang tak akan support bisnes brotherhood ini.
π₯ 30β€ 2
Photo unavailableShow in Telegram
Laaa kenapa korang tak bagitahu rupanya hari ni Hari Lelaki Sedunia. Inilah susah jadi lelaki sejati, orang macam kami tak perlukan hari khusus untuk diingati dan dicari.
Sang lelaki, ayah dan suami, Sabarnya tiada henti, korbannya tiada ganti, letihnya tak minta puji.
Sebab tu lelaki asli, suka memakai baju tshirt keluaran saya dan Dr Ezz Lulu ni. Tahu tak apa signifikan pohon kaktus kepada rakyat P?
Perkataan Arab untuk kaktus, 'Sabr' bermaksud kesabaran dan keupayaan bertahan seperti mana kaktus yang tumbuh dan bertahan lama di padang pasir yang kering kontang. Pohon kaktus adalah lambang ketahanan dan kesabaran rakyat P yang menghadapi keadaan amat sukar berdekad lamanya.
Alah cerita panjang-panjang pun tak ada guna sebab stok baju ni pun tak sampai 30 helai lagi tinggal. Lelaki sejati atau isterinya yang menghargai sang suami boleh dapatkan tshirt ini di www.wasap.my/60193799495/tshirtNAN
Desain bunga poppy dan kunci Aqsa pun cantik.
π 113β€ 34π€© 6
Photo unavailableShow in Telegram
Abi walaupun dah pencen, kalau diajak ke misi di mana-mana negara, Abi tak pernah menolak, macam orang mengantuk disorong bantal, orang aktif dihulur amal.
Masa ni kami ke Filipina membuka jalan untuk Humanitarian Tour di sana. Masa Sumud Abi dihantar untuk wakilkan kita ke Sri Lanka dan satukan kawan-kawan kita di Colombo.
Alhamdulillah, Abi dan Che'lah sumber kekuatan kami adik-beradik dalam menjadi milik ummah, milik masyarakat.
Selamat Hari Bapa, Abi. Abi the best Bapa ever.
Memanglah hari ni bukan Hari Bapa tapi kan hari-hari kena hargai Bapa. Lagi-lagi gambar ni yang keluar di album, senang buat content.
π 179β€ 88π₯° 17
Photo unavailableShow in Telegram
POV saya : Aduh teruknya jam, tak ada solusi ke kalau dah setiap hari tersumbat macam ni sampai berjam-jam?
POV isteri : Ya Allah bagilah laluan kami ke syurga macam lorong sebelah sana, laju dan cepat. Janganlah bersesak dan lambat macam ni Ya Allah.
Suasana kita membesar, membentuk POV kita.
β€ 544π 71
00:38
Video unavailableShow in Telegram
Sumud anak-anak di G sana, belajar dengan apa yang ada.
Tunjuk kat anak-anak, anak jiran, anak kawan yang tengah duduki UPKK, buat betul-betul supaya berjaya, angkat bangsa dan negara dan bantu orang lain. Semoga kalian semua diberi ketenangan menjawab dan kecemerlangan kelak.
3.73 MB
β€ 367π’ 70π 21π₯ 10
Repost from Terkini dan Sensasi Palestin
01:21
Video unavailableShow in Telegram
Kempen #WinterAid4Humanity Kembali Lagi!
βJauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.β (Riwayat Ahmad)
Alhamdulillah pada tahun ini, Cinta Gaza Malaysia kembali dengan kempen yang dilaksanakan secara tahunan bagi membantu saudara-saudara kita yang berada didalam kesusahan ketika datangnya musim sejuk di beberapa lokasi terpilih. Tahun ini, kempen #WinterAid4Humanity akan memasuki beberapa buah negara lain selain Gaza iaitu Lubnan, Syria dan juga Tajikistan, dengan anggaran penerima manfaat seramai 300 000 orang.
Penambahbaikan yang dilakukan untuk kempen tersebut pada tahun ini adalah selain daripada kita memberi bantuan pek makanan dan selimut untuk memanaskan tubuh badan mereka, kita juga akan melaksanakan projek mapan dan lestari seperti projek pembagunan sistem perairan, panel solar masjid dan juga ambulans.
Oleh itu, ayuhlah kita bersama merebut peluang untuk ini untuk membantu saudara-saudara kita yang memerlukan dengan menginfakkan sebahagian daripada harta yang Alllah SWT telah rezekikan kepada kita untuk mereka. Semoga harta yang diifakkan tersebut menjadi syafaat buat kita di akhirat kelak.
Klik link https://donate.infakpalestin.com/order/form/winteraid4humanity
untuk menyumbang!
#WinterAid4Humanity
#heroes4hope
WinterAid4Humanity (Mobile).mp498.93 MB
π 108β€ 50π₯ 4
00:49
Video unavailableShow in Telegram
Musim sejuk telah tiba dan mereka di sana sudah mula kesejukan, kelaparan dan berdepan banjir. Ya Allah lindungi saudara-saudara kami di G, di Sudan dan di seluruh dunia yang fana ini.
5.21 MB
π’ 431β€ 31π₯ 2
Photo unavailableShow in Telegram
12 tahun yang panjang untuk meletakkan batu asas perjuangan. Kini masa tahun-tahun akhir persediaan untuk kemenangan inshaAllah.
β€ 360π 80π₯ 45π 4
Photo unavailableShow in Telegram
Sekali-sekala kongsikan pasal isu sensitif supaya kita sama-sama berfikir dan berbahas. Berbahas mencambah minda dan menghidupkan akal, walaupun kadangkala ada jenis yang lebih suka menghina dan laju menyangkal.
Bila saya berkongsi tentang kekuatan dan legasi Nusantara dan berlaku banyak percambahan pendapat, saya ke kedai buku membeli 2, 3 buah bahan bacaan baru untuk mengorek khazanah silam yang hampir terbenam.
Baru perdebatan membuahkan hasil bukan setakat mengomen dan mengomel.
Begitu juga dalam isu Syria, dibaca sepatah terus bertelagah. Sedangkan betullah apa yang dibuat kerajaan baru; membangunkan semula kedaulatan Syria sebagai sebuah negara dan membina kekuatan, baru boleh berdepan gasakan dan membantu jiran.
Tidakkah kita belajar dari keperluan besar P mencapai status negara berdaulat dan merdeka agar boleh diperjuangkan sebagai entiti 'halal' di pentas antarabangsa?
β€ 195π 53π₯ 12π€ 7π 3π₯° 1
