Panduan Telegram
Kanalga Telegram’da o‘tish
Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
Ko'proq ko'rsatish2025 yil raqamlarda

49 343
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
+127 kunlar
-11230 kunlar
Postlar arxiv
00:03
Video unavailableShow in Telegram
Simpan Media (dalam aturan Penggunaan Storan anda) membantu anda menjimatkan ruang pada peranti anda dengan menghapus item media lama dari kac di fon anda. Membuka foto, video atau fail sekali lagi dalam bual akan memuat turun semula secara automatik dari awan.
keep media 3.mp49.25 KB
00:22
Video unavailableShow in Telegram
Eksport Sejarah Bual di Telegram Desktop untuk membuat salinan rujukan luar talian bual peribadi atau keseluruhan akaun anda, termasuk kedua-dua mesej dan media.
export chat 2.mp44.35 MB
00:09
Video unavailableShow in Telegram
Taip @gif untuk cari dan hantar GIF dengan pantas dalam mana-mana bual dari medan mesej.
office gif.mp43.41 MB
00:08
Video unavailableShow in Telegram
Pentadbir Tanpa Nama. Dayakan Kekal Tanpa Nama untuk menjadikan pentadbir tidak kelihatan. Pentadbir ini tidak boleh dilihat dalam senarai ahli dan mesej mereka dihantar dengan nama dan foto grup dan bukannya sebagai diri mereka.
Pengguna di bual awam juga boleh pos tanpa nama, dengan mengirim mesej sebagai salah satu dari saluran awam mereka.
Anonymous Admins v2.mp42.65 MB
00:14
Video unavailableShow in Telegram
Folder Khusus membolehkan anda mengatur senarai bual anda ke dalam tab tertentu. Masukkan dan keluarkan bual dan kategori individu untuk kawalan sepenuhnya.
folders fixed.mp42.38 MB
00:04
Video unavailableShow in Telegram
Tambah teks bio ke profil anda untuk menceritakan sedikit tentang diri anda atau sertakan petikan ikonik.
Bond video.mp41.00 MB
00:17
Video unavailableShow in Telegram
Pilih browser untuk membuka link pada peranti anda - sama ada browser dalam aplikasi Telegram, atau aplikasi pilihan anda.
change browser rick roll.mp48.64 MB
00:17
Video unavailableShow in Telegram
Aturan Privasi Terperinci. Ubah penglihatan keseluruhan anda dan tambah pengecualian individu untuk kategori apa pun – seperti nombor fon anda, masa terakhir dilihat dan lagi.
Anda boleh tambah individu dan keseluruhan grup bual sebagai pengecualian – aturan akan disesuaikan secara automatik semasa pengguna menyertai dan keluar dari grup.
Granular Privacy Settings.mp44.73 MB
00:04
Video unavailableShow in Telegram
Kunci Kod Laluan. Anda boleh tambah kod laluan tempatan untuk aplikasi mobil atau desktop anda, yang diperlukan untuk buka senarai bual dan lihat mesej anda.
Untuk tambah kata laluan, sila ke Aturan > Privasi dan Sekuriti > Kunci Kod Laluan. Anda boleh set aplikasi untuk kunci secara automatik selepas beberapa ketika, dan boleh secara manual kunci aplikasi dengan menekan ikon 🔓 di senarai bual anda.
Kalau didokong oleh peranti anda, anda juga boleh dayakan cap jari atau pengenalan muka, selain dari kod bernombor. Untuk sekuriti tambahan, anda boleh dayakan Kata Laluan Verifikasi Dua Langkah - yang diperlukan setiap kali anda log masuk ke akaun Telegram anda.
passcode.mp41.03 MB
00:10
Video unavailableShow in Telegram
Pindah Hak Milik. Tukar hak milik grup atau saluran anda kepada seorang pentadbir dengan mendayakan semua hak.
(Tanpa Nama boleh didayakan atau tidak)
Transfer Ownership updated.mp42.96 MB
00:13
Video unavailableShow in Telegram
Format Teks. Pilih teks dalam mesej atau kapsyen untuk tambah link haiper dan tukar formatnya – atau guna jalan pintas format seperti **tebal __condong ~~potong ||spoiler dan ‘satu sengkang.
Di Desktop, anda boleh juga guna ‘satu sengkang dan ```jalan pintas kod.
Pada peranti MIUI, tekan ⋮ di penjuru atas untuk tunjuk opsyen format.
Format Text v2.mp43.99 MB
00:05
Video unavailableShow in Telegram
Mulakan panggilan video dengan rakan untuk melihat bagaimana keadaan mereka hari ini.
cat video calls.mp42.24 MB
00:04
Video unavailableShow in Telegram
Cap waktu dalam balasan dan kapsyen membuka video dan link YouTube ke saat yang tepat.
stamps high bitrate_1.mp42.93 MB
00:10
Video unavailableShow in Telegram
Kirim Semasa Di Talian. Anda boleh menjadualkan mesej atau media yang akan dihantar sebaik sahaja penerima anda di talian. Pilihan ini hanya muncul untuk pengguna yang berkongsi status Terakhir Dilihat mereka dengan anda (dan sebaliknya).
cyberpunk_8_1.mp44.29 MB
00:03
Video unavailableShow in Telegram
Penyunting Media: Gunakan Pelembut Kulit untuk memberikan cahaya elvis kepada kerdil yang paling kasar 😇
soften skin 9.mp41.08 MB
00:16
Video unavailableShow in Telegram
Sunting Media Dikirim. Krop dan hias semula atau ganti foto dan video dalam mana-mana bual.
Ada juga boleh tambah atau tukar kapsyen – dan seperti menyunting mesej, media akan dipaparkan dengan tanda disunting.
Edit Sent Media Updated.mp44.62 MB
00:06
Video unavailableShow in Telegram
Dari Orang Berdekatan, anda boleh tekan untuk kirim stiker yang dicadangkan yang akan membantu memulakan perbualan.
nemo 2-3.mp45.19 MB
00:08
Video unavailableShow in Telegram
Panel Stiker mempunyai lebih daripada 20,000 stiker percuma dari artis profesional. Anda boleh melihat apa yang sedang bertren, cari untuk sesuatu yang spesifik - atau taip satu emoji untuk dapatkan cadangan segera.
Stiker Beranimasi berjalan pada 60 bingkai sesaat. Ianya menggunakan bateri lebih sedikit daripada GIF dan 6 kali lebih kecil daripada saiz foto biasa.
Sticker Panel V2.mp43.42 MB
00:05
Video unavailableShow in Telegram
Log Masuk dengan Kod QR. Log masuk ke aplikasi Telegram Desktop dengan pantas dan Telegram Web dengan peranti mobil anda.
Semua aplikasi Telegram tidak bergantung pada aplikasi lain - selepas anda log masuk, anda tak perlu letak fon anda berhampiran atau dihubungi ke internet.
QR Login Fix.mp42.60 MB
00:05
Video unavailableShow in Telegram
Penyunting Media: Buat GIF khusus dari mana-mana video dengan menekan butang senyap audio. GIF baru juga muncul di tab GIF terbaru, menjadikannya mudah untuk menghantar dan berkongsi lebih dari satu kali.
bale loop.mp42.18 MB
