Astro AWANI
الذهاب إلى القناة على Telegram
Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com
إظهار المزيد2025 عام في الأرقام

79 111
المشتركون
-1324 ساعات
-1687 أيام
-49030 أيام
أرشيف المشاركات
Photo unavailableShow in Telegram
Komuniti Yahudi Australia dan ratusan pelayar laut berkumpul di Pantai Bondi pada Jumaat bagi memperingati 15 mangsa yang terkorban dalam insiden tembakan beramai-ramai ketika sambutan Hanukkah hujung minggu lalu, serangan paling dahsyat di Australia dalam tempoh hampir 30 tahun.
Upacara doa pagi (Shacharit) diadakan di kawasan pantai yang baru dibuka semula selepas menjadi lokasi kejadian berdarah pada Ahad lalu.
Dalam suasana penuh hiba, para hadirin membaca doa dan menyalakan lilin sebagai penghormatan kepada mangsa.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/ratusan-pelayar-laut-berkumpul-di-bondi-hormati-mangsa-tembakan-552302
#AWANInews
👎 14🔥 3❤ 1👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Enam tahanan reman yang dikaitkan dengan kumpulan protes Palestine Action kini berada dalam keadaan kritikal akibat mogok lapar berpanjangan, dengan dua daripadanya telah menolak makanan selama hampir tujuh minggu, menurut amaran ratusan profesional kesihatan di United Kingdom.
Lebih 800 doktor, jururawat, ahli terapi dan penjaga menandatangani surat kepada Setiausaha Kehakiman UK, David Lammy, pada Khamis, memberi amaran bahawa tanpa penyelesaian segera, “kematian tahanan muda British dalam penjara, tanpa pernah disabitkan kesalahan, kini menjadi kemungkinan yang nyata dan semakin hampir”.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/tahanan-palestine-action-kritikal-akibat-mogok-lapar-doktor-uk-beri-amaran-552301
#AWANInews
👎 6🔥 6❤ 3👏 2
Hari ini 28 tahun yang lalu, “Titanic” mengadakan tayangan perdananya di AS.
“Titanic” merupakan sebuah kisah epik cinta dua darjat antara Jack Dawson lakonan Leonardo Dicaprio & Rose DeWitt Bukater lakonan Kate Winslet, berlatarkan tragedi kapal RMS Titanic yang karam di utara laut Atlantik pada 15 April 1912 ketika pelayaran sulungnya.
James Cameron selaku pengarah, penulis, penyunting bersama & penerbit filem ini, mendapat inspirasi daripada keterpesonaannya terhadap kapal karam & merasakan kisah cinta disulami kehilangan amat cocok untuk menyampaikan impak emosi tragedi tersebut.
Produksi bermula pada September 1995 dengan rakaman bangkai kapal Titanic oleh Cameron, sebelum penggambaran dijalankan pada Julai 1996-Mei 1997. Dengan kos pembikinan $200 juta, ia merupakan filem termahal pernah dibuat ketika itu.
Ketelitian Cameron membikin filem ini tidak hanya pada naratifnya tetapi juga dalam pembinaan replika hampir sempurna kapal ikonik tersebut, menggabungkan set praktikal & imej janaan komputer yang membawa penonton kembali ke malam tragik 14 April 1912 itu.
Selepas mula ditayangkan di Jepun pada 1 November, “Titanic” mengadakan tayangan perdananya di Mann Village Theatre di Westwood, Los Angeles pada 19 Disember 1997. Ia menerima pujian kritis atas keunggulan lakonan, kesan visual, pengarahan, skor, sinematografi, & nilai produksi.
Antara pelbagai anugerah yang dirangkul, “Titanic” menerima 14 pencalonan Anugerah Academy & menang 11 daripadanya termasuk Filem Terbaik & Pengarah Terbaik, terikat dengan “Ben-Hur” (1959) sebagai filem paling banyak memenangi Oscar.
Dengan kutipan awal seluruh dunia sekitar $1.84 bilion, “Titanic” adalah filem dengan kutipan tertinggi dalam sejarah hingga rekod itu dipecahkan oleh “Avatar” (2009), juga karya Cameron. Beberapa siri keluaran semula menjadikannya filem ke-2 yang mencapai angka kutipan 2 bilion selepas “Avatar.”
Sebuah filem ikonik, “Titanic” meletakkan penanda aras baharu dalam segenap aspek industri perfileman barat & memberi impak besar kepada dunia.
Sumber: Britannica, Roger Ebert, The New York Times
#PeristiwaHariIni
❤ 10👍 6
Photo unavailableShow in Telegram
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata sebanyak 198,992 kematian direkodkan pada 2024, merangkumi 133,844 (67.3 peratus) dan 65,148 (32.7 peratus) kematian yang disahkan secara perubatan.
"Sebanyak 12,112 kematian lelaki (15.3 peratus) disebabkan oleh penyakit jantung iskemia, manakala sebab kematian utama bagi perempuan ialah pneumonia, iaitu 6,776 (12.4 peratus)," katanya dalam kenyataan di Putrajaya pada Khamis.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-rekod-198992-kematian-pada-2024-pemyakit-jantung-iskemia-kekal-punca-utama-552266
#AWANInews
👎 6🔥 5❤ 2
Photo unavailableShow in Telegram
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata setakat ini 25 pangkalan haram telah dirobohkan sejak bulan lepas, melibatkan daerah Tanah Merah dan Pasir Mas.
"Kami menjangkakan kira-kira 20 lagi pangkalan haram dapat dirobohkan hingga akhir bulan ini memandangkan masih berbaki dua minggu lagi.
"Hasil pemantauan mendapati tiada cubaan untuk membina semula jeti pangkalan haram yang telah dirobohkan setakat ini, namun pemantauan berterusan akan dilaksanakan," katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Bharu pada Khamis.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/50-pangkalan-haram-di-sungai-golok-akan-dirobohkan-menjelang-akhir-bulan-ini-polis-552245
#AWANInews
👍 12❤ 4🔥 2👏 1
02:45
Video unavailableShow in Telegram
Ramai menganggap pemegang amanah hanya perlu bila isu besar atau urusan kompleks. Hakikatnya, perkhidmatan ini penting untuk syarikat persendirian, badan kerajaan, koperasi dan Syarikat Tujuan Khas (SPV) bagi memastikan tadbir urus patuh undang-undang, pengurusan aset telus serta perlindungan pihak berkepentingan.
#AWANInews #NiagaAWANI
ART.mp4361.09 MB
👍 2❤ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Mesin tersebut dibangunkan di sebuah makmal keselamatan tinggi di Shenzhen dengan bantuan bekas jurutera ASML, sekali gus membuka jalan kepada usaha membina industri cip tanpa bergantung kepada negara luar.
Bagaimanapun, mesin EUV berkenaan masih belum boleh digunakan untuk menghasilkan cip.
Dengan kejayaan ini, China dijangka mampu menghasilkan cip teknologi sendiri seawal 2028 atau selewat-lewatnya 2030, selepas memulakan program pembangunan teknologi cip tempatan enam tahun lalu berikutan sekatan eksport perkakasan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/china-berjaya-bina-prototaip-mesin-euv-sasar-cip-teknologi-sendiri-menjelang-2030-552179
#AWANInews
👍 13👏 5❤ 3
Photo unavailableShow in Telegram
Kilang yang dibuka pada 2001 itu merupakan kilang tempatan pertama ditutup syarikat berkenaan dalam tempoh 88 tahun.
Langkah ini diambil ketika pengeluar kenderaan Barat berdepan cabaran bersaing dengan pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China.
Kekurangan kepakaran perisian dan penggunaan cip menyebabkan mereka ketinggalan berbanding inovasi yang diperkenalkan pesaing Asia.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/volkswagen-tutup-kilang-dresden-selepas-88-tahun-ubah-jadi-pusat-ai-robotik-dan-cip-552188
#AWANInews
🔥 9❤ 3👏 2
Photo unavailableShow in Telegram
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata polis menerima laporan berhubung kehilangan wanita itu di Balai Polis Ampang, Ampang Jaya, pada Isnin.
Beliau berkata laporan terbabit diserahkan kepada Balai Polis Pedas, Rembau hari ini sebelum menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi yang dikesan terdapat pelakuan jenayah.
"Berdasarkan pemeriksaan di sekitar kawasan rumah, polis menemukan satu beg mengandungi mayat seorang wanita yang ditanam di kawasan belakang rumah itu.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mayat-ditemukan-dalam-beg-dipercayai-wanita-hilang-di-ampang-552286
#AWANInews
❤ 6🔥 4
Photo unavailableShow in Telegram
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memohon bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mempermudahkan urusan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Aceh, Indonesia yang dilanda banjir, khususnya melalui saluran diplomasi Malaysia-Indonedia.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata sokongan kerajaan amat diperlukan bagi mengelakkan kekangan birokrasi serta salah faham dalam urusan merentasi sempadan yang melibatkan pelbagai pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa.
"Bila melibatkan hubungan antarabangsa, semuanya menjadi sensitif dan kita tidak mahu timbul sebarang kekeliruan...sebab itu kita berharap pejabat Perdana Menteri sendiri dapat membantu memudahkan segala urusan yang perlu," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur pada Khamis.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ppim-mohon-bantuan-pm-anwar-mudahkan-penyaluran-bantuan-kemanusiaan-ke-aceh-552248
#AWANInews
👍 18👎 6❤ 3👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kerajaan akan meneruskan kadar tol seperti biasa pada tahun hadapan melibatkan 10 lebuh raya utama di seluruh negara sebagai usaha melindungi kebajikan rakyat.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata 10 lebuh raya terlibat ialah Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).
Selain itu, beliau berkata Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) serta Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) turut dikekalkan kadar tol.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kadar-tol-semasa-dikekalkan-pada-tahun-hadapan-nanta-552281
#AWANInews
👏 12🔥 2❤ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor dan Kelantan meningkat setakat petang ini, manakala di Terengganu menyaksikan penurunan.
Situasi banjir di PAHANG semakin buruk apabila jumlah mangsa terus meningkat kepada 10,956 orang daripada 3,635 keluarga yang ditempatkan di 78 PPS berbanding 8,226 orang daripada 2,653 keluarga di 69 PPS pagi Khamis.
Aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan sebanyak 8,748 mangsa ditempatkan di 43 PPS di Kuantan, Maran (902 mangsa di 14 PPS), Pekan (854 mangsa di 10 PPS), Rompin (423 mangsa di lapan PPS) dan Jerantut (29 orang di tiga PPS).
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pahang-catat-jumlah-mangsa-banjir-tertinggi-lebih-10000-mangsa-ditempatkan-di-pps-552262
#AWANInews
👏 4
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,Datuk Seri Nor Hisham Mohammad meninjau kawasan terjejas banjir di Pahang menerusi Udara pada Khamis.
Beliau turut berkesempatan mengiringi YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyantuni mangsa banjir di UNIPSAS dan Perumahan Inderapura.
Pasukan operasi JBPM bersama agensi berkaitan terus melaksanakan pemantauan, bantuan pemindahan mangsa dan kawalan laluan bagi memastikan keselamatan awam.
📸 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#AWANInews
👏 5❤ 4
Photo unavailableShow in Telegram
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menutup tirai tahun 2025 dengan pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu, Perodua Traz, yang direka khusus untuk memenuhi keperluan penggunaan harian pengguna Malaysia merangkumi gaya hidup bandar, keluarga dan aktiviti luar.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata model lima tempat duduk itu dibangunkan dengan penekanan kepada praktikaliti, kepelbagaian fungsi serta ciri yang benar-benar relevan untuk digunakan dalam rutin seharian.
“Model ini dibangunkan untuk menjadi praktikal dan versatil, sesuai dengan rutin serta gaya hidup seharian pengguna. Dengan kapasiti but sehingga 471-liter, ia mampu memuatkan pelbagai barangan termasuk untuk aktiviti luar, sekali gus menjadikannya pilihan yang amat praktikal,” katanya.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/perodua-traz-tampil-suv-praktikal-untuk-gaya-hidup-harian-552271
#AWANInews
Photo unavailableShow in Telegram
Dua hari sebelum perlawanan Liga Super minggu ke-12 menentang DPMM, Sabah kelihatan tempang apabila Jean-Paul de Marigny meletakkan jawatan selaku jurulatih berkuat kuasa hari ini (Khamis).
Usai kekecewaan gagal menewaskan Johor Datul Ta'zim (JDT) dalam aksi final Piala FA Ahad lalu, De Marigny melepaskan kerusi panas itu meskipun berhasil membawa Sang Badak ke final selepas 27 tahun.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-sukan/liga-super-jurulatih-sabah-letak-jawatan-552241
#AWANInews
❤ 7🔥 3👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Malaysian Refining Company Sdn Bhd (MRCSB), anak syarikat milik PETRONAS bersama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) terus memperkukuh agenda pendidikan negeri apabila menganjurkan Melaka Future Talent: STEMatic Carnival, sebuah karnival dua hari bagi meningkatkan minat serta kompetensi pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Program yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), Alor Gajah itu menghimpunkan 690 pelajar dari 313 sekolah rendah dan menengah seluruh negeri, termasuk penyertaan pelajar prasekolah dan pendidikan khas.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mrcsb-anjur-karnival-stem-perkasa-bakat-masa-depan-anak-melaka-552244
#AWANInews
👍 3👏 2❤ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Pada jam 11.59 pagi, polis dilihat mengusung satu mayat yang dibalut dengan plastik hitam untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, salah seorang wanita berusia 31 tahun yang merupakan salah seorang anak pemilik rumah berkenaan berkata, rumah tersebut sudah tidak berpenghuni sejak dua tahun lalu dan mereka hanya pulang sesekali untuk mengambil barang serta membersihkan kawasan rumah.
"Kira-kira jam 4 pagi tadi, ibu saudara saya telefon beritahu polis mahu meminta kebenaran untuk buat pemeriksaan di rumah.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mayat-ditemui-di-belakang-rumah-pusaka-dipercayai-individu-hilang-552230
#AWANInews
👍 7🔥 3❤ 1👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Mahkamah Majistret hari ini menangguhkan prosiding sebutan kes dadah membabitkan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee kerana penyanyi rap itu yang dijangkiti Influenza A tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini.
Pada prosiding di dua mahkamah berasingan, peguam Joshua Tay yang mewakili Namewee, 42, memaklumkan kepada Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim dan Majistret S.Arunjothy bahawa anak guamnya tidak dapat hadir ke mahkamah kerana kurang sihat.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/namewee-dijangkiti-influenza-sebutan-kes-dadah-ditangguh-552214
#AWANInews
👎 30🔥 2❤ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kerajaan Denmark mencadangkan peluasan larangan pemakaian penutup muka penuh seperti burqa dan niqab ke semua institusi pendidikan, termasuk sekolah dan universiti, dalam langkah terbaharu yang mencetuskan perdebatan mengenai kebebasan beragama dan integrasi sosial.
Menteri Imigresen dan Integrasi Denmark, Rasmus Stoklund, dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, pakaian yang menutup keseluruhan wajah tidak sesuai dalam persekitaran pembelajaran di negara itu.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/denmark-cadang-perluas-larangan-burqa-niqab-ke-institusi-pendidikan-552208
#AWANInews
👎 43👍 3👏 3🔥 2
