Astro AWANI
前往频道在 Telegram
2025 年数字统计

79 111
订阅者
-1224 小时
-1517 天
-47530 天
帖子存档
照片不可用在 Telegram 中显示
Mahkamah Majistret Petaling Jaya menetapkan 16 Jan depan untuk mengetahui keputusan laporan pemeriksaan mental seorang remaja lelaki yang didakwa membunuh pelajar perempuan berumur 16 tahun di tandas sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pada Oktober lepas.
Peguam Kitson Foong yang mewakili tertuduh berusia 14 tahun itu berkata Majistret Amira Sariaty Zainal menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melanjutkan tempoh bagi mendapatkan laporan berkenaan daripada Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-tikam-pelajar-laporan-pemeriksaan-mental-suspek-remaja-diketahui-16-jan-552331
#AWANInews
🔥 8❤ 3
照片不可用在 Telegram 中显示
Tindakan licik seorang lelaki yang cuba membeli barangan kemas menggunakan wang palsu bernilai kira-kira RM30,000 terbongkar selepas disedari seorang jurujual di sebuah kedai emas di Chabang Tiga pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, laporan berhubung kejadian diterima jam 6.31 petang dan disiasat di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan kerana menggunakan wang palsu.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 3.10 petang apabila seorang lelaki berusia awal 30-an datang bersendirian ke sebuah kedai emas dengan memakai kopiah putih, cermin mata hitam serta pelitup muka berwarna merah jambu.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/taktik-beli-emas-guna-wang-palsu-rm30000-terbongkar-552308
#AWANInews
🔥 10❤ 2👏 2
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada Jumaat menyalurkan faedah pencen penakat kepada waris Editor Visual Astro AWANI, Allahyarham Mohd Kusairi Ishak yang meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada 13 Disember lalu.
Ketua Cawangan Penjenamaan, Media dan Perhubungan Awam PERKESO, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin memaklumkan, hasil semakan mendapati Allahyarham merupakan pencarum di bawah Skim Perlindungan Pekerja serta memenuhi syarat kelayakan untuk faedah di bawah skim keilatan.
📸: Astro AWANI/ Shahir Omar
#AWANInews
👍 9❤ 5👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol 50 peratus daripada kadar tol biasa selama dua hari, iaitu pada 23 dan 24 Dis ini kepada pengguna kenderaan persendirian bersempena dengan sambutan Hari Krismas.
Diskaun tol ini diberikan kepada kenderaan kelas 1 (kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang) di semua plaza tol kecuali Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan berkata kerajaan akan menanggung implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20.65 juta bagi membayar pampasan kepada semua syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/diskaun-tol-50-peratus-sempena-krismas-pada-23-24-dis-nanta-552315
#AWANInews
👎 12❤ 8🔥 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Komuniti Yahudi Australia dan ratusan pelayar laut berkumpul di Pantai Bondi pada Jumaat bagi memperingati 15 mangsa yang terkorban dalam insiden tembakan beramai-ramai ketika sambutan Hanukkah hujung minggu lalu, serangan paling dahsyat di Australia dalam tempoh hampir 30 tahun.
Upacara doa pagi (Shacharit) diadakan di kawasan pantai yang baru dibuka semula selepas menjadi lokasi kejadian berdarah pada Ahad lalu.
Dalam suasana penuh hiba, para hadirin membaca doa dan menyalakan lilin sebagai penghormatan kepada mangsa.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/ratusan-pelayar-laut-berkumpul-di-bondi-hormati-mangsa-tembakan-552302
#AWANInews
👎 14🔥 3❤ 1👍 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Enam tahanan reman yang dikaitkan dengan kumpulan protes Palestine Action kini berada dalam keadaan kritikal akibat mogok lapar berpanjangan, dengan dua daripadanya telah menolak makanan selama hampir tujuh minggu, menurut amaran ratusan profesional kesihatan di United Kingdom.
Lebih 800 doktor, jururawat, ahli terapi dan penjaga menandatangani surat kepada Setiausaha Kehakiman UK, David Lammy, pada Khamis, memberi amaran bahawa tanpa penyelesaian segera, “kematian tahanan muda British dalam penjara, tanpa pernah disabitkan kesalahan, kini menjadi kemungkinan yang nyata dan semakin hampir”.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/tahanan-palestine-action-kritikal-akibat-mogok-lapar-doktor-uk-beri-amaran-552301
#AWANInews
👎 6🔥 6❤ 3👏 2
Hari ini 28 tahun yang lalu, “Titanic” mengadakan tayangan perdananya di AS.
“Titanic” merupakan sebuah kisah epik cinta dua darjat antara Jack Dawson lakonan Leonardo Dicaprio & Rose DeWitt Bukater lakonan Kate Winslet, berlatarkan tragedi kapal RMS Titanic yang karam di utara laut Atlantik pada 15 April 1912 ketika pelayaran sulungnya.
James Cameron selaku pengarah, penulis, penyunting bersama & penerbit filem ini, mendapat inspirasi daripada keterpesonaannya terhadap kapal karam & merasakan kisah cinta disulami kehilangan amat cocok untuk menyampaikan impak emosi tragedi tersebut.
Produksi bermula pada September 1995 dengan rakaman bangkai kapal Titanic oleh Cameron, sebelum penggambaran dijalankan pada Julai 1996-Mei 1997. Dengan kos pembikinan $200 juta, ia merupakan filem termahal pernah dibuat ketika itu.
Ketelitian Cameron membikin filem ini tidak hanya pada naratifnya tetapi juga dalam pembinaan replika hampir sempurna kapal ikonik tersebut, menggabungkan set praktikal & imej janaan komputer yang membawa penonton kembali ke malam tragik 14 April 1912 itu.
Selepas mula ditayangkan di Jepun pada 1 November, “Titanic” mengadakan tayangan perdananya di Mann Village Theatre di Westwood, Los Angeles pada 19 Disember 1997. Ia menerima pujian kritis atas keunggulan lakonan, kesan visual, pengarahan, skor, sinematografi, & nilai produksi.
Antara pelbagai anugerah yang dirangkul, “Titanic” menerima 14 pencalonan Anugerah Academy & menang 11 daripadanya termasuk Filem Terbaik & Pengarah Terbaik, terikat dengan “Ben-Hur” (1959) sebagai filem paling banyak memenangi Oscar.
Dengan kutipan awal seluruh dunia sekitar $1.84 bilion, “Titanic” adalah filem dengan kutipan tertinggi dalam sejarah hingga rekod itu dipecahkan oleh “Avatar” (2009), juga karya Cameron. Beberapa siri keluaran semula menjadikannya filem ke-2 yang mencapai angka kutipan 2 bilion selepas “Avatar.”
Sebuah filem ikonik, “Titanic” meletakkan penanda aras baharu dalam segenap aspek industri perfileman barat & memberi impak besar kepada dunia.
Sumber: Britannica, Roger Ebert, The New York Times
#PeristiwaHariIni
❤ 10👍 6
照片不可用在 Telegram 中显示
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata sebanyak 198,992 kematian direkodkan pada 2024, merangkumi 133,844 (67.3 peratus) dan 65,148 (32.7 peratus) kematian yang disahkan secara perubatan.
"Sebanyak 12,112 kematian lelaki (15.3 peratus) disebabkan oleh penyakit jantung iskemia, manakala sebab kematian utama bagi perempuan ialah pneumonia, iaitu 6,776 (12.4 peratus)," katanya dalam kenyataan di Putrajaya pada Khamis.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-rekod-198992-kematian-pada-2024-pemyakit-jantung-iskemia-kekal-punca-utama-552266
#AWANInews
👎 6🔥 5❤ 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata setakat ini 25 pangkalan haram telah dirobohkan sejak bulan lepas, melibatkan daerah Tanah Merah dan Pasir Mas.
"Kami menjangkakan kira-kira 20 lagi pangkalan haram dapat dirobohkan hingga akhir bulan ini memandangkan masih berbaki dua minggu lagi.
"Hasil pemantauan mendapati tiada cubaan untuk membina semula jeti pangkalan haram yang telah dirobohkan setakat ini, namun pemantauan berterusan akan dilaksanakan," katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Bharu pada Khamis.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/50-pangkalan-haram-di-sungai-golok-akan-dirobohkan-menjelang-akhir-bulan-ini-polis-552245
#AWANInews
👍 12❤ 4🔥 2👏 1
02:45
视频不可用在 Telegram 中显示
Ramai menganggap pemegang amanah hanya perlu bila isu besar atau urusan kompleks. Hakikatnya, perkhidmatan ini penting untuk syarikat persendirian, badan kerajaan, koperasi dan Syarikat Tujuan Khas (SPV) bagi memastikan tadbir urus patuh undang-undang, pengurusan aset telus serta perlindungan pihak berkepentingan.
#AWANInews #NiagaAWANI
ART.mp4361.09 MB
👍 2❤ 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Mesin tersebut dibangunkan di sebuah makmal keselamatan tinggi di Shenzhen dengan bantuan bekas jurutera ASML, sekali gus membuka jalan kepada usaha membina industri cip tanpa bergantung kepada negara luar.
Bagaimanapun, mesin EUV berkenaan masih belum boleh digunakan untuk menghasilkan cip.
Dengan kejayaan ini, China dijangka mampu menghasilkan cip teknologi sendiri seawal 2028 atau selewat-lewatnya 2030, selepas memulakan program pembangunan teknologi cip tempatan enam tahun lalu berikutan sekatan eksport perkakasan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/china-berjaya-bina-prototaip-mesin-euv-sasar-cip-teknologi-sendiri-menjelang-2030-552179
#AWANInews
👍 13👏 5❤ 3
照片不可用在 Telegram 中显示
Kilang yang dibuka pada 2001 itu merupakan kilang tempatan pertama ditutup syarikat berkenaan dalam tempoh 88 tahun.
Langkah ini diambil ketika pengeluar kenderaan Barat berdepan cabaran bersaing dengan pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China.
Kekurangan kepakaran perisian dan penggunaan cip menyebabkan mereka ketinggalan berbanding inovasi yang diperkenalkan pesaing Asia.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/volkswagen-tutup-kilang-dresden-selepas-88-tahun-ubah-jadi-pusat-ai-robotik-dan-cip-552188
#AWANInews
🔥 9❤ 3👏 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata polis menerima laporan berhubung kehilangan wanita itu di Balai Polis Ampang, Ampang Jaya, pada Isnin.
Beliau berkata laporan terbabit diserahkan kepada Balai Polis Pedas, Rembau hari ini sebelum menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi yang dikesan terdapat pelakuan jenayah.
"Berdasarkan pemeriksaan di sekitar kawasan rumah, polis menemukan satu beg mengandungi mayat seorang wanita yang ditanam di kawasan belakang rumah itu.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mayat-ditemukan-dalam-beg-dipercayai-wanita-hilang-di-ampang-552286
#AWANInews
❤ 6🔥 4
照片不可用在 Telegram 中显示
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memohon bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mempermudahkan urusan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Aceh, Indonesia yang dilanda banjir, khususnya melalui saluran diplomasi Malaysia-Indonedia.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata sokongan kerajaan amat diperlukan bagi mengelakkan kekangan birokrasi serta salah faham dalam urusan merentasi sempadan yang melibatkan pelbagai pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa.
"Bila melibatkan hubungan antarabangsa, semuanya menjadi sensitif dan kita tidak mahu timbul sebarang kekeliruan...sebab itu kita berharap pejabat Perdana Menteri sendiri dapat membantu memudahkan segala urusan yang perlu," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur pada Khamis.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ppim-mohon-bantuan-pm-anwar-mudahkan-penyaluran-bantuan-kemanusiaan-ke-aceh-552248
#AWANInews
👍 18👎 6❤ 3👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Kerajaan akan meneruskan kadar tol seperti biasa pada tahun hadapan melibatkan 10 lebuh raya utama di seluruh negara sebagai usaha melindungi kebajikan rakyat.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata 10 lebuh raya terlibat ialah Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).
Selain itu, beliau berkata Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) serta Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) turut dikekalkan kadar tol.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kadar-tol-semasa-dikekalkan-pada-tahun-hadapan-nanta-552281
#AWANInews
👏 12🔥 2❤ 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor dan Kelantan meningkat setakat petang ini, manakala di Terengganu menyaksikan penurunan.
Situasi banjir di PAHANG semakin buruk apabila jumlah mangsa terus meningkat kepada 10,956 orang daripada 3,635 keluarga yang ditempatkan di 78 PPS berbanding 8,226 orang daripada 2,653 keluarga di 69 PPS pagi Khamis.
Aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan sebanyak 8,748 mangsa ditempatkan di 43 PPS di Kuantan, Maran (902 mangsa di 14 PPS), Pekan (854 mangsa di 10 PPS), Rompin (423 mangsa di lapan PPS) dan Jerantut (29 orang di tiga PPS).
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pahang-catat-jumlah-mangsa-banjir-tertinggi-lebih-10000-mangsa-ditempatkan-di-pps-552262
#AWANInews
👏 4
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,Datuk Seri Nor Hisham Mohammad meninjau kawasan terjejas banjir di Pahang menerusi Udara pada Khamis.
Beliau turut berkesempatan mengiringi YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyantuni mangsa banjir di UNIPSAS dan Perumahan Inderapura.
Pasukan operasi JBPM bersama agensi berkaitan terus melaksanakan pemantauan, bantuan pemindahan mangsa dan kawalan laluan bagi memastikan keselamatan awam.
📸 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#AWANInews
👏 5❤ 4
照片不可用在 Telegram 中显示
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menutup tirai tahun 2025 dengan pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu, Perodua Traz, yang direka khusus untuk memenuhi keperluan penggunaan harian pengguna Malaysia merangkumi gaya hidup bandar, keluarga dan aktiviti luar.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata model lima tempat duduk itu dibangunkan dengan penekanan kepada praktikaliti, kepelbagaian fungsi serta ciri yang benar-benar relevan untuk digunakan dalam rutin seharian.
“Model ini dibangunkan untuk menjadi praktikal dan versatil, sesuai dengan rutin serta gaya hidup seharian pengguna. Dengan kapasiti but sehingga 471-liter, ia mampu memuatkan pelbagai barangan termasuk untuk aktiviti luar, sekali gus menjadikannya pilihan yang amat praktikal,” katanya.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/perodua-traz-tampil-suv-praktikal-untuk-gaya-hidup-harian-552271
#AWANInews
照片不可用在 Telegram 中显示
Dua hari sebelum perlawanan Liga Super minggu ke-12 menentang DPMM, Sabah kelihatan tempang apabila Jean-Paul de Marigny meletakkan jawatan selaku jurulatih berkuat kuasa hari ini (Khamis).
Usai kekecewaan gagal menewaskan Johor Datul Ta'zim (JDT) dalam aksi final Piala FA Ahad lalu, De Marigny melepaskan kerusi panas itu meskipun berhasil membawa Sang Badak ke final selepas 27 tahun.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-sukan/liga-super-jurulatih-sabah-letak-jawatan-552241
#AWANInews
❤ 7🔥 3👏 1
