Astro AWANI
前往频道在 Telegram
2025 年数字统计

79 083
订阅者
-1224 小时
-1517 天
-47530 天
帖子存档
照片不可用在 Telegram 中显示
Jawatankuasa Siasatan Bebas yang ditubuhkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak dapat mengesahkan individu bertanggungjawab dalam kes pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
👎 41🔥 4❤ 1👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari, antara wajah baharu politik nasional mewakili generasi muda di Dewan Rakyat, dilantik sebagai menteri penuh dengan menerajui Kementerian Belia dan Sukan.
Pelantikan Mohammed Dr Taufiq itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sebagai sebahagian daripada rombakan Kabinet Kerajaan MADANI, bagi mengisi beberapa jawatan yang dikosongkan.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-rombakan-kabinet-ini-profil-menteri-belia-dan-sukan-baharu-dr-mohammed-taufiq-johari-551958
#AWANInews
👎 28👍 24🔥 1👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Kerajaan tetap meneruskan pengharaman penuh rokok elektronik atau vape dengan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) mengenainya dijangka dibentang pada awal tahun hadapan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata MJM itu kini sedang dimuktamadkan untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri, selepas pembentangan tidak sempat dilakukan pada mesyuarat Kabinet sebelum ini.
"Memang kita ke arah pengharaman, isu pokoknya adalah bila. Saya yakin seberapa segera, seperti yang pernah saya katakan iaitu pada pertengahan 2026 atau selewatnya-lewatnya hujung tahun hadapan," katanya.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengharaman-vape-kekal-memorandum-jemaah-menteri-dibentang-awal-tahun-dr-dzulkefly-551929
👍 32👎 5❤ 4🔥 4
照片不可用在 Telegram 中显示
Perjalanan Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam kabinet kerajaan MADANI kini memasuki fasa baharu apabila beliau, selepas dua kali berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di kementerian berbeza, dilantik sebagai Menteri Ekonomi.
Akmal Nasrullah, 39, yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air akan menggantikan Datuk Seri Rafizi Ramli yang meletak jawatan pada 17 Jun lepas.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-rombakan-kabinet-akmal-nasrullah-galas-tugas-menteri-ekonomi-baharu-ganti-rafizi-551959
#AWANInews
👍 18👎 8🔥 5
照片不可用在 Telegram 中显示
Polis berjaya menumpaskan kegiatan mencuri kabel milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) selepas menahan enam lelaki dipercayai ahli Geng Kavi dalam serbuan, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata enam anggota kumpulan berkenaan terdiri daripada mereka berusia 27 hingga 51 tahun, aktif melakukan kegiatan jenayah berkenaan di sekitar Kuala Muda dan dipercayai terlibat dalam lima kes memotong dan mencuri kabel KTMB.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/geng-kavi-aktif-curi-kabel-ktmb-tumpas-551920
👏 14👍 8❤ 2🔥 1
01:25
视频不可用在 Telegram 中显示
Trump sedang menyiasat sama ada Israel telah melanggar gencatan senjata dan membunuh pemimpin Hamas
WASHINGTON, D.C., UNITED STATES.mp4143.61 MB
👎 30🔥 4👍 2❤ 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewujudkan semula portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Sabah dan Sarawak).
Portolio itu kini diisi Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud yang juga merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/terkini-rombakan-kabinet-portfolio-sabah-dan-sarawak-kembali-diterajui-mustapha-sakmud-551962
#AWANInews
👎 11❤ 5🔥 5
照片不可用在 Telegram 中显示
Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pelantikan menteri-menteri yang disifatkan sepadan dengan portfolio masing-masing.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pelantikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari sebagai Menteri Belia dan Sukan serta Hannah Yeoh sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) antara contoh padanan yang tepat.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-rombakan-kabinet-menteri-baharu-sesuai-dengan-portfolio-masingmasing-fahmi-551956
#AWANInews
👎 55❤ 5👍 3🔥 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melaksanakan pertambahan perkhidmatan tren bagi sektor Selatan dan Pantai Timur bermula 1 Jan depan, selaras dengan usaha berterusan untuk meningkatkan kapasiti, ketersambungan serta keselesaan perjalanan antara negeri.
KTMB dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan ia melibatkan pertambahan empat Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi sektor Selatan untuk laluan KL Sentral-JB Sentral-KL Sentral, menjadikan jumlah keseluruhan lapan perkhidmatan sehari disediakan di sektor berkenaan.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ktmb-tambah-perkhidmatan-tren-sektor-selatan-pantai-timur-bermula-1-jan-2026-551919
🔥 11❤ 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Tiga timbalan menteri dinaikkan kepada jawatan menteri iaitu Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Datuk Arthur Joseph Kurup dan Zulkifli Hasan.
Pertukaran portfolio tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media rombakan kabinet di Pejabat Perdana Putra di sini, hari ini.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/terkini-rombakan-kabinet-akmal-nasir-zulkifli-dan-arthur-dinaikkan-ke-jawatan-menteri-551951
#AWANInews
👎 25👍 3🔥 3
00:55
视频不可用在 Telegram 中显示
Kini Gaza berdepan ribut musim sejuk yang membawa maut. Ribut tersebut telah membanjiri tempat perlindungan, meruntuhkan struktur bangunan dan memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sedia parah.
Di kawasan Bir al-Naja, Beit Lahia di utara Gaza, pasukan pertahanan awam dilihat mencari mangsa dan individu yang terselamat di celah runtuhan bangunan yang roboh.
Ribut petir dan hujan lebat telah menyebabkan sebahagian rumah runtuh, ramai penduduk terperangkap di bawah runtuhan.
#AWANInews
gaza .mp490.76 MB
❤ 8🔥 4👍 2👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan diperintah menjalani program khidmat masyarakat selama 120 jam oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Selasa atas pertuduhan menganiaya anak kandungnya sehingga mendatangkan kecederaan fizikal di kepala dan lengan mangsa pada Oktober lalu.
Hakim, Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Fatin Nur Diana Zakaria, 31, selepas mengambil kira pengakuan bersalahnya dan hujahan pihak pendakwaan serta pembelaan.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/padah-aniaya-anak-kandung-hingga-cedera-wanita-dihukum-penjara-tiga-bulan-551925
🔥 6❤ 1👍 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Nai’m Mokhtar antara nama yang tidak tersenarai dalam kabinet baharu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Portfolio Menteri Wilayah Persekutuan yang sebelum ini dipegang Dr Zaliha kini digantikan oleh Hannah Yeoh.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-dr-zaliha-naim-tiada-dalam-senarai-kabinet-baharu-pm-551945
#AWANInews
👎 40👍 13🔥 4❤ 3
Pengumuman anggota kabinet kerajaan MADANI oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
📸 : Afiq Hambali/Prime Minister’s Office of Malaysia
👎 42👍 8🔥 3
照片不可用在 Telegram 中显示
Hannah Yeoh dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dalam rombakan Kabinet Kerajaan Madani yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Putra di Putrajaya, pada Selasa.
PM Anwar turut mengumumkan senarai pelantikan menteri dan timbalan menteri baharu melibatkan beberapa kementerian utama dalam usaha memperkukuh pentadbiran dan kecekapan pentadbiran Kerajaan MADANI.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/terkini-rombakan-kabinet-10-menteri-18-timbalan-menteri-dilantik-pm-anwar-551937
#AWANInews
👎 62👍 10❤ 3🔥 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Semua kenderaan berat tanpa muatan (BTM) atau berat dengan muatan (BDM) melebihi lima tan dan ketinggian melebihi 3.5 meter tidak dibenarkan melalui Jambatan Angkat atau Drawbridge mulai 1 Jan depan.
Ketua Pegawai Eksekutif TI Properties Sdn Bhd Awasi Mohamad berkata langkah berkenaan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya serta melindungi keutuhan struktur jambatan yang merupakan satu daripada infrastruktur penting dan ikonik negeri.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenderaan-berat-lebih-5-tan-dilarang-guna-jambatan-angkat-mulai-1-jan-2026-551923
👍 21👏 4❤ 2👎 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Ini senarai penuh terkini Kabinet Kerajaan MADANI yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.
Sumber: @malaysiapmo
#AWANInews
👎 39👍 6
Ini senarai penuh terkini Kabinet Kerajaan MADANI yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.
#AWANInews
Sumber: @malaysiapmo
👍 5👎 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Laporan 'Cloudflare Radar 2025 Year in Review' mendedahkan beberapa data menarik mengenai penggunaan internet dunia sepanjang tahun ini.
Trafik internet global meningkat 19% berbanding 2024, dengan 43% daripadanya datang daripada peranti mudah alih.
Daripada jumlah ini, 65% ialah peranti Android manakala baki 35% peranti iOS. Di Malaysia, 75% peranti mudah alih menggunakan Android dan selebihnya iOS.
Perkhidmatan paling popular kekal Google, diikuti Facebook, Apple, Microsoft dan Instagram. Dalam kategori media sosial, Facebook menduduki tangga teratas diikuti Instagram, TikTok, Snapchat dan LinkedIn.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/cloudflare-dedah-trend-penggunaan-internet-2025-trafik-global-naik-19-551898
🔥 7❤ 1
