uk
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

Відкрити в Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

Показати більше
2025 рік у цифрахsnowflakes fon
card fon
79 083
Підписники
-1224 години
-1517 днів
-47530 день
Архів дописів
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Perjalanan Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam kabinet kerajaan MADANI kini memasuki fasa baharu apabila beliau, selepas dua kali berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di kementerian berbeza, dilantik sebagai Menteri Ekonomi. Akmal Nasrullah, 39, yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air akan menggantikan Datuk Seri Rafizi Ramli yang meletak jawatan pada 17 Jun lepas. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-rombakan-kabinet-akmal-nasrullah-galas-tugas-menteri-ekonomi-baharu-ganti-rafizi-551959 #AWANInews
Показати все...
👍 18👎 8🔥 5
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Polis berjaya menumpaskan kegiatan mencuri kabel milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) selepas menahan enam lelaki dipercayai ahli Geng Kavi dalam serbuan, Khamis lepas. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata enam anggota kumpulan berkenaan terdiri daripada mereka berusia 27 hingga 51 tahun, aktif melakukan kegiatan jenayah berkenaan di sekitar Kuala Muda dan dipercayai terlibat dalam lima kes memotong dan mencuri kabel KTMB. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/geng-kavi-aktif-curi-kabel-ktmb-tumpas-551920
Показати все...
👏 14👍 8 2🔥 1
01:25
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Trump sedang menyiasat sama ada Israel telah melanggar gencatan senjata dan membunuh pemimpin Hamas
Показати все...
WASHINGTON, D.C., UNITED STATES.mp4143.61 MB
👎 30🔥 4👍 2 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewujudkan semula portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Sabah dan Sarawak). Portolio itu kini diisi Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud yang juga merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/terkini-rombakan-kabinet-portfolio-sabah-dan-sarawak-kembali-diterajui-mustapha-sakmud-551962 #AWANInews
Показати все...
👎 11 5🔥 5
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pelantikan menteri-menteri yang disifatkan sepadan dengan portfolio masing-masing. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pelantikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari sebagai Menteri Belia dan Sukan serta Hannah Yeoh sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) antara contoh padanan yang tepat. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-rombakan-kabinet-menteri-baharu-sesuai-dengan-portfolio-masingmasing-fahmi-551956 #AWANInews
Показати все...
👎 55 5👍 3🔥 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melaksanakan pertambahan perkhidmatan tren bagi sektor Selatan dan Pantai Timur bermula 1 Jan depan, selaras dengan usaha berterusan untuk meningkatkan kapasiti, ketersambungan serta keselesaan perjalanan antara negeri. KTMB dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan ia melibatkan pertambahan empat Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi sektor Selatan untuk laluan KL Sentral-JB Sentral-KL Sentral, menjadikan jumlah keseluruhan lapan perkhidmatan sehari disediakan di sektor berkenaan. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ktmb-tambah-perkhidmatan-tren-sektor-selatan-pantai-timur-bermula-1-jan-2026-551919
Показати все...
🔥 11 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Tiga timbalan menteri dinaikkan kepada jawatan menteri iaitu Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Datuk Arthur Joseph Kurup dan Zulkifli Hasan. Pertukaran portfolio tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media rombakan kabinet di Pejabat Perdana Putra di sini, hari ini. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/terkini-rombakan-kabinet-akmal-nasir-zulkifli-dan-arthur-dinaikkan-ke-jawatan-menteri-551951 #AWANInews
Показати все...
👎 25👍 3🔥 3
00:55
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Kini Gaza berdepan ribut musim sejuk yang membawa maut. Ribut tersebut telah membanjiri tempat perlindungan, meruntuhkan struktur bangunan dan memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sedia parah. Di kawasan Bir al-Naja, Beit Lahia di utara Gaza, pasukan pertahanan awam dilihat mencari mangsa dan individu yang terselamat di celah runtuhan bangunan yang roboh. Ribut petir dan hujan lebat telah menyebabkan sebahagian rumah runtuh, ramai penduduk terperangkap di bawah runtuhan. #AWANInews
Показати все...
gaza .mp490.76 MB
8🔥 4👍 2👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan diperintah menjalani program khidmat masyarakat selama 120 jam oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Selasa atas pertuduhan menganiaya anak kandungnya sehingga mendatangkan kecederaan fizikal di kepala dan lengan mangsa pada Oktober lalu. Hakim, Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Fatin Nur Diana Zakaria, 31, selepas mengambil kira pengakuan bersalahnya dan hujahan pihak pendakwaan serta pembelaan. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/padah-aniaya-anak-kandung-hingga-cedera-wanita-dihukum-penjara-tiga-bulan-551925
Показати все...
🔥 6 1👍 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Nai’m Mokhtar antara nama yang tidak tersenarai dalam kabinet baharu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Portfolio Menteri Wilayah Persekutuan yang sebelum ini dipegang Dr Zaliha kini digantikan oleh Hannah Yeoh. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-dr-zaliha-naim-tiada-dalam-senarai-kabinet-baharu-pm-551945 #AWANInews
Показати все...
👎 40👍 13🔥 4 3
Pengumuman anggota kabinet kerajaan MADANI oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim. #AWANInews 📸 : Afiq Hambali/Prime Minister’s Office of Malaysia
Показати все...
👎 42👍 8🔥 3
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Hannah Yeoh dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dalam rombakan Kabinet Kerajaan Madani yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Putra di Putrajaya, pada Selasa. PM Anwar turut mengumumkan senarai pelantikan menteri dan timbalan menteri baharu melibatkan beberapa kementerian utama dalam usaha memperkukuh pentadbiran dan kecekapan pentadbiran Kerajaan MADANI. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/terkini-rombakan-kabinet-10-menteri-18-timbalan-menteri-dilantik-pm-anwar-551937 #AWANInews
Показати все...
👎 62👍 10 3🔥 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Semua kenderaan berat tanpa muatan (BTM) atau berat dengan muatan (BDM) melebihi lima tan dan ketinggian melebihi 3.5 meter tidak dibenarkan melalui Jambatan Angkat atau Drawbridge mulai 1 Jan depan. Ketua Pegawai Eksekutif TI Properties Sdn Bhd Awasi Mohamad berkata langkah berkenaan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya serta melindungi keutuhan struktur jambatan yang merupakan satu daripada infrastruktur penting dan ikonik negeri. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenderaan-berat-lebih-5-tan-dilarang-guna-jambatan-angkat-mulai-1-jan-2026-551923
Показати все...
👍 21👏 4 2👎 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
👎 39 3👍 2🔥 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Ini senarai penuh terkini Kabinet Kerajaan MADANI yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa. Sumber: @malaysiapmo #AWANInews
Показати все...
👎 39👍 6
Ini senarai penuh terkini Kabinet Kerajaan MADANI yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa. #AWANInews Sumber: @malaysiapmo
Показати все...
👍 5👎 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Laporan 'Cloudflare Radar 2025 Year in Review' mendedahkan beberapa data menarik mengenai penggunaan internet dunia sepanjang tahun ini. Trafik internet global meningkat 19% berbanding 2024, dengan 43% daripadanya datang daripada peranti mudah alih. Daripada jumlah ini, 65% ialah peranti Android manakala baki 35% peranti iOS. Di Malaysia, 75% peranti mudah alih menggunakan Android dan selebihnya iOS. Perkhidmatan paling popular kekal Google, diikuti Facebook, Apple, Microsoft dan Instagram. Dalam kategori media sosial, Facebook menduduki tangga teratas diikuti Instagram, TikTok, Snapchat dan LinkedIn. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/cloudflare-dedah-trend-penggunaan-internet-2025-trafik-global-naik-19-551898
Показати все...
🔥 7 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Ikuti langsung pengumuman Kabinet baharu Kerajaan MADANI oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. #AWANInews
Показати все...
👎 51👍 19 2👏 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di bawah Kementerian Ekonomi terus memperkukuh peranannya dalam pembangunan pendidikan negara menerusi pelaksanaan Program Sekolah Angkat MADANI, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang berteraskan pembangunan insan secara holistik. Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Fizikal Sekolah Angkat MADANI DOSM disempurnakan oleh Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, Sungai Besar. Turut hadir ialah Guru Besar sekolah berkenaan, Ismail Hussin. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/program-sekolah-angkat-madani-dosm-bantu-perkasa-pendidikan-luar-bandar-551926
Показати все...
👏 5👎 3 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, telah secara terbuka merayu kepada Presiden China, Xi Jinping, agar membebaskan tokoh media prodemokrasi Hong Kong, Jimmy Lai, yang baru-baru ini disabitkan kesalahan di bawah undang-undang keselamatan negara. Dalam satu kenyataan kepada media, Trump menyatakan kebimbangannya terhadap kesihatan Lai yang berusia 78 tahun dan menyifatkan sabitan itu sebagai satu tamparan hebat terhadap kebebasan media di Hong Kong. “Saya rasa sangat sedih. Saya telah bercakap dengan Presiden Xi dan meminta beliau mempertimbangkan pembebasan Jimmy Lai,” kata Trump kepada wartawan. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/trump-desak-xi-jinping-bebaskan-jimmy-lai-dari-penjara-hong-kong-551903
Показати все...
🔥 8 4