ch
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

前往频道在 Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

显示更多
2025 年数字统计snowflakes fon
card fon
79 101
订阅者
-1224 小时
-1517
-47530
帖子存档
照片不可用在 Telegram 中显示
Artik mengalami tahun terpanas dalam tempoh 125 tahun, dengan litupan ais laut mencapai paras terendah dalam 47 tahun pada kemuncaknya pada Mac, ketika rantau itu melalui peralihan pesat ke arah keadaan yang lebih panas dan lembap, menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi. Kad Laporan Artik tahunan NOAA menunjukkan yang dari Oktober 2024 hingga September 2025, rantau itu mencatatkan suhu tertinggi dalam 125 tahun, dengan sedekad kebelakangan ini merekodkan 10 tahun paling panas dalam sejarah. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/artik-catat-tahun-terpanas-dalam-125-tahun-ais-laut-capai-paras-terendah-dalam-47-tahun-laporan-552162 #AWANInews
显示全部...
11🔥 3👍 1👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Artik mengalami tahun terpanas dalam tempoh 125 tahun, dengan litupan ais laut mencapai paras terendah dalam 47 tahun pada kemuncaknya pada Mac, ketika rantau itu melalui peralihan pesat ke arah keadaan yang lebih panas dan lembap, menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi. Kad Laporan Artik tahunan NOAA menunjukkan yang dari Oktober 2024 hingga September 2025, rantau itu mencatatkan suhu tertinggi dalam 125 tahun, dengan sedekad kebelakangan ini merekodkan 10 tahun paling panas dalam sejarah. Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/artik-catat-tahun-terpanas-dalam-125-tahun-ais-laut-capai-paras-terendah-dalam-47-tahun-laporan-552162 #AWANInews
显示全部...
Hari ini 6 tahun yang lalu, Donald Trump didakwa atas penyalahgunaan kuasa & menghalang Kongres. Selepas Demokrat menguasai semula Dewan Perwakilan, mereka melancarkan beberapa penyiasatan terhadap urus niaga & hubungan kempen Trump dengan penggodam Rusia yang menyerang pesaingnya, Hillary Clinton pada pilihan raya presiden 2016. Namun usaha tersebut gagal meyakinkan Speaker, Nancy Pelosi & ahli Dewan yang lain bahawa mereka mempunyai sebab untuk mendakwa, sehinggalah satu skandal baharu muncul untuk akhirnya usul Demokrat itu diterima. Pada September 2019, khalayak mendapat tahu apabila satu aduan ‘whistleblower’ mendedahkan ada panggilan telefon pada Julai antara Trump dengan Presiden Ukraine, Vlomymyr Zelensky. Aduan itu disokong oleh pemangku Duta Besar A.S. ke Ukraine. Ia menyatakan bahawa Trump telah mengugut untuk menahan wang bantuan asing A.S. kepada Ukraine sehingga Zelensky berjanji untuk menyiasat Hunter Biden, anak Presiden A.S. ke-46 Joe Biden, atas dakwaan urus niaga mencurigakan di negara itu. White House menafikan sebarang “quid pro quo” atau perjanjian pertukaran disebutkan itu. Begitupun, menjelang akhir November itu, Demokrat cukup yakin dalam kes mereka & meneruskan usaha dengan membawa usul ke Dewan Perwakilan. Selepas berminggu berbincang, Dewan Perwakilan akhirnya mengundi untuk mendakwa Trump atas dua pertuduhan tersebut, dengan 230 menyokong, 197 menentang. Trump menjadi Presiden A.S. ketiga yang berdepan pendakwaan, selepas Bill Clinton & Andrew Johnson. Perbicaraan di Senat diadakan bermula 16 Januari 2020, dikepalai Ketua Hakim Mahkamah Agung A.S., John Robert. Namun Senat, yang dikawal majoriti oleh ahli Republikan, mengundi untuk membebaskan Trump daripada kedua-dua pertuduhan. Pada 13 Januari 2021, Trump didakwa sekali lagi (satu-satunya Presiden A.S. yang didakwa 2 kali) susulan insiden rusuhan di bangunan Capitol. Sekali lagi, undian Senat menggugurkan Trump daripada pertuduhannya. Sumber: History, Astro AWANI #PeristiwaHariIni #AWANInews
显示全部...
👍 5🔥 5 1👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
🔥 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kelantan Lt Kol Mohd Farid Ishak berkata walaupun risiko hujan berterusan dilaporkan semakin berkurangan, orang ramai masih dinasihatkan supaya berwaspada berikutan kemungkinan kenaikan paras air sungai, limpahan air serta kejadian banjir kilat di kawasan rendah. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/paras-sungai-dipantau-agensi-keselamatan-kelantan-kekal-siap-siaga-552136 #AWANInews
显示全部...
11🔥 6👍 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Malaysia masih bebas daripada wabak Peste des Petits Ruminants (PPR) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) kini dalam proses mendapatkan pengiktirafan status bebas PPR daripada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH). DVS dalam satu kenyataan memaklumkan penyakit yang disebabkan oleh virus Morbillivirus itu telah mewabak di Vietnam baru-baru ini, sekali gus mendorong WOAH mengeluarkan peringatan kepada semua negara ASEAN agar meningkatkan tahap kesiapsiagaan, biosekuriti dan kesedaran berkaitan PPR. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-masih-bebas-penyakit-peste-des-petits-ruminants-552132 #AWANInews
显示全部...
🔥 8 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang ramai supaya kekal berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa susulan situasi cuaca tidak menentu akibat Monsun Timur Laut yang sedang melanda negara, khususnya di beberapa negeri Pantai Timur. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan dan perkembangan itu perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak bagi mengelak sebarang risiko terhadap keselamatan diri serta keluarga. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tpm-ahmad-zahid-nasihat-orang-ramai-kekal-waspada-susulan-monsun-timur-laut-552133 #AWANInews
显示全部...
👏 7 5🔥 4👎 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Penggunaan dana dalam Tabung Justice For Zara mempunyai rekod yang jelas, kata Noraidah Lamat yang juga ibu kepada Zara Qairina Mahathir. Noraidah, 45, berkata pihaknya telah dinasihatkan untuk hanya melakukan audit dana terbabit selepas prosiding inkues dan kes anaknya selesai. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penggunaan-dana-tabung-zara-qairina-direkod-jelas-ibu-552129 #AWANInews
显示全部...
👍 16🔥 4 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mengisytiharkan Malaysia kalah 3-0 bagi tiga Perlawanan Antarabangsa Tier 1 perlu dihormati dan wajar diterima secara terbuka. Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali menyarankan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk terus fokus dan bergerak ke hadapan serta menumpukan kepada usaha membangunkan bola sepak negara. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/keputusan-fifa-perlu-dihormati-jangan-ulang-kesilapan-sama-safee-552134 #AWANInews
显示全部...
👍 17🔥 15 5👎 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris di Hulu Terengganu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula pada Rabu susulan kejadian hakisan tanah di kawasan permukaan dinding culvert atau pembetung akibat arus air yang deras. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abd Wahab berkata sebelum ini sebahagian jalan itu mula mengalami hakisan tanah pada Mei lepas, namun ia runtuh sepenuhnya pada 7 pagi Rabu. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jalan-aring-8kenyirkuala-jeneris-ditutup-sepenuhnya-akibat-hakisan-tanah-552126 #AWANInews
显示全部...
🔥 10 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meneruskan komitmen dalam memperkasa kesejahteraan masyarakat melalui penganjuran Program Cahaya Prihatin: Elektrik untuk Komuniti di Kampung Utara Malaysia, Padang Besar, Perlis. Inisiatif ini dilaksanakan bersama Malaysia Energy Literacy Program (MELP) dengan kerjasama strategik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), serta dirancang sebagai pemangkin kepada peluasan usaha pemindahan ilmu dan teknologi kepada masyarakat seluruh negara secara berperingkat pada 2026. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tnb-unimap-dan-petra-perkasa-komuniti-menerusi-program-cahaya-prihatin-552122 #AWANInews
显示全部...
🔥 5
照片不可用在 Telegram 中显示
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan aliran trafik hingga 2.2 juta kenderaan sehari di lebuh raya kendaliannya pada hari puncak 19, 20, 22, 23, 24, 26 dan 27 Dis ini sempena cuti persekolahan akhir tahun dan perayaan Krismas. PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan jangkaan itu termasuk pada 2 Jan 2026 dengan Smart Lane akan diaktifkan di 30 lokasi tumpuan trafik bagi membantu aliran trafik di lebuh raya sempena musim percutian dan perayaan kali ini. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/plus-jangka-22-juta-kenderaan-sehari-sempena-cuti-akhir-tahun-552096 #AWANInews
显示全部...
8🔥 5👍 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Polis menahan lapan lelaki tempatan kerana dipercayai menetak seorang lelaki berusia lingkungan 20-an sehingga menyebabkan mangsa cedera parah dalam kejadian di Amara Residensi, Batu Caves, di Gombak, Ahad lalu. Rakaman kejadian berdurasi satu minit 17 saat itu turut dikesan tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-tetak-di-batu-caves-lapan-ditahan-552103 #AWANInews
显示全部...
🔥 6 1👍 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Dalam memperluas capaian sokongan kemahiran kognitif dan keyakinan diri golongan kanak-kanak istimewa, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) merapatkan jurang kesedaran khususnya di luar bandar dengan mewujudkan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR). Pengurus Besar RMHC Malaysia, Mohd Nasri Mohd Nordin berkata, inisiatif RMSR yang dibangunkan RMHC Malaysia itu dilihat sebagai pendekatan proaktif dalam menyediakan ruang terapi berkualiti kepada keluarga yang sebelum ini terpaksa bergantung sepenuhnya pada pusat jagaan jauh dari kawasan mereka. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/gaya-hidup/bilik-terapi-sensori-ronald-mcdonald-di-tampin-platform-bantu-anak-istimewa-luar-bandar-552109 #AWANInews
显示全部...
6👍 3👏 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Ketua Pengarah Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menegaskan adalah tidak adil agensi itu meletakkan penanda aras atau sasaran prestasi sekiranya keperluan tenaga kerja masih belum dipenuhi. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tidak-adil-letak-penanda-aras-ketika-akps-tidak-cukup-tenaga-kerja-mohd-shuhaily-552085 #AWANInews
显示全部...
👍 28👏 3👎 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan anggota Kabinet untuk terus bekerja dengan berdisiplin, bagi memastikan pelaksanaan dasar Kerajaan MADANI bergerak dengan pantas. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau mahu semua barisan menteri berkhidmat dengan penuh kerendahan hati, berintegriti serta sampai kepada rakyat tanpa lengah dan sebarang alasan. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/menteri-kabinet-perlu-pastikan-pelaksanaan-dasar-pantas-anwar-552094 #AWANInews
显示全部...
👎 39👍 13🔥 3
照片不可用在 Telegram 中显示
Pasukan Pertahanan Awam Gaza pada Selasa menemukan 30 jasad daripada satu keluarga yang sama di bawah runtuhan rumah mereka di bahagian barat Bandaraya Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA). Mangsa merupakan ahli keluarga Salem, yang terkorban pada 19 Dis 2023 dalam serangan udara Israel ke atas rumah mereka di kawasan kejiranan al-Rimal di Bandaraya Gaza, menurut Pertahanan Awam dalam satu kenyataan. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/30-jasad-sekeluarga-ditemukan-di-bawah-runtuhan-rumah-di-gaza-552069
显示全部...
🔥 11 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah menasihatkan anggota Jemaah Menteri agar sentiasa menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti serta mengutamakan kepentingan rakyat. Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah kerajaan perlu menitikberatkan kesejahteraan rakyat, kestabilan negara serta kemakmuran ekonomi selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/yang-dipertuan-agong-nasihat-jemaah-menteri-bekerja-demi-rakyat-552079
显示全部...
👍 12 5🔥 5👏 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Usaha mempertingkatkan pembangunan luar bandar secara inklusif dan mampan terus diperkasa menerusi pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI apabila Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merasmikan dan menyerahkan projek fizikal di Kampung Baharu, Sabak Bernam, Selangor, pada Isnin. Majlis perasmian dan penyerahan projek berkenaan disempurnakan oleh Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin di Balai Raya Kampung Baharu. Turut hadir ialah Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam, Awaluddin Zakaria. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/berpaksikan-data-dosm-lestarikan-pembangunan-kampung-angkat-madani-552074
显示全部...
👎 20 5
照片不可用在 Telegram 中显示
Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan pihak pendakwaan meneruskan rayuan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, daripada pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). Arahan itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin menerusi sepucuk surat kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, yang diperoleh media pada Rabu. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/agc-teruskan-rayuan-berhubung-pembebasan-syed-saddiq-552070
显示全部...
👍 21👎 6 4🔥 1