uk
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

Відкрити в Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

Показати більше
2025 рік у цифрахsnowflakes fon
card fon
79 111
Підписники
-1224 години
-1517 днів
-47530 день
Архів дописів
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang ramai supaya kekal berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa susulan situasi cuaca tidak menentu akibat Monsun Timur Laut yang sedang melanda negara, khususnya di beberapa negeri Pantai Timur. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan dan perkembangan itu perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak bagi mengelak sebarang risiko terhadap keselamatan diri serta keluarga. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tpm-ahmad-zahid-nasihat-orang-ramai-kekal-waspada-susulan-monsun-timur-laut-552133 #AWANInews
Показати все...
👏 7 5🔥 4👎 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Penggunaan dana dalam Tabung Justice For Zara mempunyai rekod yang jelas, kata Noraidah Lamat yang juga ibu kepada Zara Qairina Mahathir. Noraidah, 45, berkata pihaknya telah dinasihatkan untuk hanya melakukan audit dana terbabit selepas prosiding inkues dan kes anaknya selesai. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penggunaan-dana-tabung-zara-qairina-direkod-jelas-ibu-552129 #AWANInews
Показати все...
👍 16🔥 4 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mengisytiharkan Malaysia kalah 3-0 bagi tiga Perlawanan Antarabangsa Tier 1 perlu dihormati dan wajar diterima secara terbuka. Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali menyarankan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk terus fokus dan bergerak ke hadapan serta menumpukan kepada usaha membangunkan bola sepak negara. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/keputusan-fifa-perlu-dihormati-jangan-ulang-kesilapan-sama-safee-552134 #AWANInews
Показати все...
👍 17🔥 15 5👎 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris di Hulu Terengganu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula pada Rabu susulan kejadian hakisan tanah di kawasan permukaan dinding culvert atau pembetung akibat arus air yang deras. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abd Wahab berkata sebelum ini sebahagian jalan itu mula mengalami hakisan tanah pada Mei lepas, namun ia runtuh sepenuhnya pada 7 pagi Rabu. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jalan-aring-8kenyirkuala-jeneris-ditutup-sepenuhnya-akibat-hakisan-tanah-552126 #AWANInews
Показати все...
🔥 10 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meneruskan komitmen dalam memperkasa kesejahteraan masyarakat melalui penganjuran Program Cahaya Prihatin: Elektrik untuk Komuniti di Kampung Utara Malaysia, Padang Besar, Perlis. Inisiatif ini dilaksanakan bersama Malaysia Energy Literacy Program (MELP) dengan kerjasama strategik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), serta dirancang sebagai pemangkin kepada peluasan usaha pemindahan ilmu dan teknologi kepada masyarakat seluruh negara secara berperingkat pada 2026. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tnb-unimap-dan-petra-perkasa-komuniti-menerusi-program-cahaya-prihatin-552122 #AWANInews
Показати все...
🔥 5
Фото недоступнеДивитись в Telegram
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan aliran trafik hingga 2.2 juta kenderaan sehari di lebuh raya kendaliannya pada hari puncak 19, 20, 22, 23, 24, 26 dan 27 Dis ini sempena cuti persekolahan akhir tahun dan perayaan Krismas. PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan jangkaan itu termasuk pada 2 Jan 2026 dengan Smart Lane akan diaktifkan di 30 lokasi tumpuan trafik bagi membantu aliran trafik di lebuh raya sempena musim percutian dan perayaan kali ini. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/plus-jangka-22-juta-kenderaan-sehari-sempena-cuti-akhir-tahun-552096 #AWANInews
Показати все...
8🔥 5👍 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Polis menahan lapan lelaki tempatan kerana dipercayai menetak seorang lelaki berusia lingkungan 20-an sehingga menyebabkan mangsa cedera parah dalam kejadian di Amara Residensi, Batu Caves, di Gombak, Ahad lalu. Rakaman kejadian berdurasi satu minit 17 saat itu turut dikesan tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-tetak-di-batu-caves-lapan-ditahan-552103 #AWANInews
Показати все...
🔥 6 1👍 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Dalam memperluas capaian sokongan kemahiran kognitif dan keyakinan diri golongan kanak-kanak istimewa, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) merapatkan jurang kesedaran khususnya di luar bandar dengan mewujudkan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR). Pengurus Besar RMHC Malaysia, Mohd Nasri Mohd Nordin berkata, inisiatif RMSR yang dibangunkan RMHC Malaysia itu dilihat sebagai pendekatan proaktif dalam menyediakan ruang terapi berkualiti kepada keluarga yang sebelum ini terpaksa bergantung sepenuhnya pada pusat jagaan jauh dari kawasan mereka. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/gaya-hidup/bilik-terapi-sensori-ronald-mcdonald-di-tampin-platform-bantu-anak-istimewa-luar-bandar-552109 #AWANInews
Показати все...
6👍 3👏 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Ketua Pengarah Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menegaskan adalah tidak adil agensi itu meletakkan penanda aras atau sasaran prestasi sekiranya keperluan tenaga kerja masih belum dipenuhi. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tidak-adil-letak-penanda-aras-ketika-akps-tidak-cukup-tenaga-kerja-mohd-shuhaily-552085 #AWANInews
Показати все...
👍 28👏 3👎 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan anggota Kabinet untuk terus bekerja dengan berdisiplin, bagi memastikan pelaksanaan dasar Kerajaan MADANI bergerak dengan pantas. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau mahu semua barisan menteri berkhidmat dengan penuh kerendahan hati, berintegriti serta sampai kepada rakyat tanpa lengah dan sebarang alasan. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/menteri-kabinet-perlu-pastikan-pelaksanaan-dasar-pantas-anwar-552094 #AWANInews
Показати все...
👎 39👍 13🔥 3
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Pasukan Pertahanan Awam Gaza pada Selasa menemukan 30 jasad daripada satu keluarga yang sama di bawah runtuhan rumah mereka di bahagian barat Bandaraya Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA). Mangsa merupakan ahli keluarga Salem, yang terkorban pada 19 Dis 2023 dalam serangan udara Israel ke atas rumah mereka di kawasan kejiranan al-Rimal di Bandaraya Gaza, menurut Pertahanan Awam dalam satu kenyataan. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/30-jasad-sekeluarga-ditemukan-di-bawah-runtuhan-rumah-di-gaza-552069
Показати все...
🔥 11 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah menasihatkan anggota Jemaah Menteri agar sentiasa menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti serta mengutamakan kepentingan rakyat. Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah kerajaan perlu menitikberatkan kesejahteraan rakyat, kestabilan negara serta kemakmuran ekonomi selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/yang-dipertuan-agong-nasihat-jemaah-menteri-bekerja-demi-rakyat-552079
Показати все...
👍 12 5🔥 5👏 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Usaha mempertingkatkan pembangunan luar bandar secara inklusif dan mampan terus diperkasa menerusi pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI apabila Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merasmikan dan menyerahkan projek fizikal di Kampung Baharu, Sabak Bernam, Selangor, pada Isnin. Majlis perasmian dan penyerahan projek berkenaan disempurnakan oleh Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin di Balai Raya Kampung Baharu. Turut hadir ialah Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam, Awaluddin Zakaria. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/berpaksikan-data-dosm-lestarikan-pembangunan-kampung-angkat-madani-552074
Показати все...
👎 20 5
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan pihak pendakwaan meneruskan rayuan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, daripada pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). Arahan itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin menerusi sepucuk surat kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, yang diperoleh media pada Rabu. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/agc-teruskan-rayuan-berhubung-pembebasan-syed-saddiq-552070
Показати все...
👍 21👎 6 4🔥 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah agar barisan Jemaah Menteri baharu yang dilantik melaksanakan amanah dengan penuh integriti serta berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira fahaman atau kepentingan parti politik. Titah baginda itu dikongsikan oleh Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Sim Tze Tzin selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan serta Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia yang berlangsung di Istana Negara, pada pagi Rabu. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rombakan-kabinet-berkhidmat-untuk-rakyat-tanpa-mengira-parti-titah-agong-552066
Показати все...
👎 36👍 10 9🔥 1
03:27
Відео недоступнеДивитись в Telegram
'Ayah saya beritahu saya bahawa lobi (pengaruh) Yahudi (Jewish) adalah yang paling berkuasa di Amerika Syarikat!’ President Amerika Syarikat, Donald Trump membuat pengakuan dan memberi amaran dalam ucapan beliau di Washington D.C tentang peningkatan anti-Semitisme khususnya dikalangan Kongres AS serta kehadiran AOC Plus Three dan tokoh seperti Ilhan Omar yang dikatakan membenci orang Yahudi. Trump juga menyatakan bahawa sebagai Presiden AS, beliau akan sentiasa menyokong dan kekal menjadi ‘kawan dan juara' kepada orang Yahudi. #AWANInews
Показати все...
TRUMP 17disem.mp4442.32 MB
👎 78🔥 4 3👏 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Atlet pencak silat wanita negara, Ummi Mashitah Hassan, memulakan langkah kanan buat kem pencak silat selepas menyumbangkan emas pertama dalam kelas C 55-60kg, individu wanita, Sukan SEA Thailand 2025 di Arena Muang Thong Thani, Bangkok, pada Rabu. Taktikal Ummi yang kerap mengunci dan menjatuhkan pihak lawan memastikan dia menewaskan wakil tuan rumah, Anuntaya Niyompan, dengan keputusan 104-88. Untuk rekod, ini merupakan penyertaan pertama Ummi di temasya Sukan SEA. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/sukan-sea-ummi-mashitah-tuai-emas-pencak-silat-dalam-penampilan-pertama-552061
Показати все...
20🔥 5👏 2👍 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Keupayaan inovasi tempatan memperhalusi pengesanan kanser usus sekali lagi dibuktikan apabila NodeReveal diumumkan sebagai juara minggu kedua program realiti inovasi, INNOVATHON musim ketiga, yang disiarkan pada Sabtu lalu. Kejayaan itu hadir hasil pembentangan inovasi yang memberi tumpuan kepada cabaran utama dalam pemeriksaan kanser usus, khususnya proses pengesanan nodus limfa yang bersifat teknikal, rumit dan memakan masa. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/innovathon-3-nodereveal-unggul-pada-minggu-kedua-dengan-inovasi-tingkat-ketepatan-kesan-kanser-usus-552046
Показати все...
👏 7 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menutup bekalan elektrik sekitar daerah itu, susulan hujan berterusan dan banjir. TNB menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa pencawang elektrik yang terjejas berikutan penutupan bekalan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai, Seri Damai Sejahtera 1 dan 2,Lorong Seri Damai Jaya 9, Jalan Seri Damai Jaya 1/13 dan Mat Kilau. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/banjir-tnb-tutup-bekalan-elektrik-sekitar-kuantan-552064
Показати все...
👍 7🔥 3
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar pagi Rabu meluangkan masa buat kali terakhir untuk menyantuni warga kementerian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Beliau yang tiba kira-kira jam 8.20 pagi di Kompleks Islam, Putrajaya, disambut oleh pegawai serta kakitangan agensi termasuk Setiausaha Politiknya Muhamad Razak Idris, meluangkan masa kira-kira dua jam bersama warga kementerian. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rombakan-kabinet-mohd-naim-mahu-berehat-tunai-umrah-552054
Показати все...
👍 18 8👏 2