Astro AWANI
前往频道在 Telegram
2025 年数字统计

79 116
订阅者
-1324 小时
-1687 天
-49030 天
帖子存档
照片不可用在 Telegram 中显示
Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Ahad mengingatkan pemaju pembangunan semula Kampung Sungai Baru serta pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengutamakan pembinaan dua blok pangsapuri untuk penduduk di kawasan berkenaan terlebih dahulu.
Beliau yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, perkara itu perlu direalisasikan selari dengan janji yang diberikan kepada penduduk Kampung Sungai Baru.
Tegasnya, sehingga hari ini, penduduk yang telah berpindah demi memberi laluan kepada pembangunan masih menunggu pampasan yang dijanjikan, terutamanya dalam bentuk rumah baharu.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penduduk-masih-tunggu-pampasan-johari-gesa-pemaju-utamakan-rumah-penduduk-kampung-sungai-baru-552538
👍 21👎 6🔥 3👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Kemajuan dicapai dalam pelaksanaan pelan damai Gaza yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Sabtu memetik Utusan Khas AS ke Timur Tengah Steve Witkoff.
"Fasa pertama telah menunjukkan kemajuan termasuk peluasan bantuan kemanusiaan, pemulangan mayat tawanan, pengunduran sebahagian pasukan, serta pengurangan permusuhan," tulis Witkoff di platform X, sehari selepas rundingan bersama wakil Mesir, Qatar dan Turkiye.
"Rundingan lanjut akan diteruskan dalam beberapa minggu akan datang bagi memajukan pelaksanaan fasa kedua," kata beliau.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/kemajuan-dicapai-dalam-fasa-pertama-pelan-damai-gaza-witkoff-552532
👎 24❤ 1👍 1👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Tiada elemen jenayah membabitkan kes penemuan mayat seorang wanita yang ditemukan terapung di Sungai Gombak berhampiran sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, jasad wanita tempatan berusia 36 tahun itu telah dituntut oleh keluarganya.
“Punca kematian adalah akibat lemas dan setakat ini tiada unsur jenayah dalam kes terbabit. Polis telah merekodkan empat keterangan termasuk daripada ibu mangsa,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-mayat-wanita-terapung-di-sungai-tiada-unsur-jenayah-polis-552533
❤ 4🔥 4
照片不可用在 Telegram 中显示
Persiapan rapi menerusi latihan intensif selama sebulan di Mongolia menjadi resipi kejayaan atlet judo negara, Amir Daniel Abdul Majeed yang mencipta sejarah pada Sukan SEA Thailand 2025 apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia selepas 44 tahun.
Amir Daniel menamatkan penantian skuad judo sejak kali terakhir emas dimenangi pada 1981 menerusi kategori bawah 81 kilogram (kg) lelaki.
Atlet berusia 21 tahun itu berkata latihan intensif bersama pasukan kebangsaan itu, melibatkan sekurang-kurangnya dua sesi sehari, memainkan peranan penting dalam memastikan tahap prestasi terbaik menjelang kejohanan.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sukan-sea-latihan-sebulan-di-mongolia-resipi-kejayaan-amir-daniel-552525
❤ 13👍 5👏 3
照片不可用在 Telegram 中显示
Golongan belia berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun merekodkan jumlah mangsa penipuan jenayah telekomunikasi tertinggi dalam tempoh Jan hingga Nov tahun ini dengan melibatkan 8,789 orang.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dalam kenyataan memaklumkan dalam tempoh berkenaan, sebanyak 28,698 kes jenayah telekomunikasi dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kerugian mencecah RM715 juta.
"Kumpulan umur 31 hingga 40 tahun mencatatkan jumlah mangsa kedua tertinggi iaitu 6,825 mangsa diikuti golongan berusia 41 hingga 50 tahun melibatkan 4,977 mangsa," katanya.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jenayah-telekomunikasi-belia-berusia-21-hingga-30-tahun-catat-mangsa-tertinggi-polis-552536
❤ 5🔥 4
照片不可用在 Telegram 中显示
Tragedi nahas pesawat yang meragut nyawa legenda NASCAR, Greg Biffle, bersama enam individu lain terus menimbulkan pelbagai persoalan, meskipun siasatan awal telah dimulakan oleh pihak berkuasa penerbangan Amerika Syarikat (AS).
Greg Biffle, 55, yang tersenarai sebagai salah seorang daripada 75 Pelumba Terhebat NASCAR, maut dalam nahas pesawat peribadi jenis Cessna Citation C550 pada pagi Khamis lalu ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Wilayah Statesville, North Carolina.
Turut terkorban ialah isterinya, Cristina, anak lelaki mereka Ryder, dan anak perempuan Biffle, Emma.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/masih-banyak-persoalan-dalam-nahas-yang-ragut-nyawa-legenda-nascar-enam-lagi-552515
🔥 5❤ 1👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Kemboja dan Thailand bagi bertukar pandangan serta membincangkan hala tuju terbaik ke arah meredakan ketegangan yang timbul antara kedua-dua negara.
Beliau menegaskan kepentingan untuk Kemboja dan Thailand berpegang kepada semangat dialog, kebijaksanaan dan saling menghormati demi menamatkan ketegangan serta memelihara keamanan dan kestabilan rantau ini.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/konflik-thailandkemboja-mesyuarat-esok-wadah-sesuai-capai-penyelesaian-adil-berkekalan-pm-anwar-552526
👎 49👍 19🔥 2👏 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Tujuh ekor gajah liar termasuk seekor anak gajah maut apabila sebuah kereta api ekspres berkelajuan tinggi merempuh sekumpulan haiwan itu yang sedang melintas landasan di negeri Assam, timur laut India, awal pagi Sabtu.
Insiden tragis itu berlaku apabila kereta api Rajdhani Express yang membawa kira-kira 650 penumpang dalam perjalanan dari Mizoram ke New Delhi melanggar kira-kira 100 ekor gajah di daerah Hojai.
Menurut jurucakap Keretapi India, Kapinjal Kishore Sharma, pemandu kereta api telah mengaktifkan brek kecemasan selepas menyedari kehadiran kawanan gajah, namun tidak sempat mengelak perlanggaran.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/kereta-api-ekspres-rempuh-sekawan-gajah-tujuh-ekor-maut-di-india-552518
❤ 7🔥 5👎 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Seorang jurutera dari Jerman, Michaela Benthaus, mencipta sejarah apabila menjadi individu pertama yang menggunakan kerusi roda berjaya ke angkasa lepas, menerusi misi pelancaran syarikat angkasa milik Jeff Bezos, Blue Origin.
Benthaus, 33, yang mengalami lumpuh separa akibat kemalangan berbasikal tujuh tahun lalu, menyertai lima lagi penumpang dalam penerbangan suborbital kapsul New Shepard dari tapak pelancaran Blue Origin di Texas.
Dalam penerbangan selama kira-kira 10 minit itu, beliau meninggalkan kerusi rodanya dan menikmati pengalaman terapung dalam keadaan graviti sifar sambil menyaksikan pemandangan Bumi dari angkasa.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/jurutera-jerman-jadi-pengguna-kerusi-roda-pertama-ke-angkasa-lepas-552510
👍 9👏 3
照片不可用在 Telegram 中显示
Sebarang bentuk artifak sejarah yang berada di luar negara jika ingin dibawa pulang atau dimiliki semula tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya dan perlu melalui proses yang betul berlandaskan undang-undang.
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah amat mudah untuk menggunakan sentimen bahawa artifak sejarah negara yang kini dalam pemilikan dan simpanan pihak luar telah 'dicuri' sewaktu penjajahan dahulu oleh pelbagai kuasa dunia, justeru hendaklah dibawa pulang sebagai hak milik kita.
"Biarpun benar ada yang telah diambil dengan cara yang tidak betul, namun hakikatnya sepanjang peradaban sejarah negara sebelum merdeka, kerajaan-kerajaan terdahulu banyak berhubung dan berkongsi pelbagai perkara termasuk cendera kenangan yang kini menjadi artifak sejarah bersama," titah Raja Zariah Sofiah. #AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/artifak-sejarah-luar-negara-tidak-boleh-dibawa-pulang-sewenangwenangnya-552500
❤ 6🔥 4👎 2👏 1
Hari ini 13 tahun yang lalu, “Gangnam Style” menjadi video pertama mencapai tontonan 1 bilion di Youtube.
“Gangnam Style” adalah sebuah lagu K-pop daripada penyanyi Korea Selatan, Psy, yang dilancarkan pada 15 Julai 2012 oleh YG Entertainment sebagai single utama untuk album studio keenamnya, “Psy 6 (Six Rules), Part 1” (Ssai Yukgap Part 1).
Lirik lagu itu menceritakan tentang terma “Gangnam Style”, satu neologisme Korea merujuk kepada gaya hidup mewah & sofistikated yang dikaitkan dengan daerah Gangnam, daerah paling kaya di metropolis Seoul, ibu negara Korea Selatan.
“Gangnam Style” menjadi lagu paling meledak di Korea Selatan sejurus pelancarannya, di AS pula berjaya menduduki tangga kedua Billboard Hot 100. Menjelang penghujung 2012, ia menghuni persada carta muzik di 30 negara termasuk Rusia & Jerman.
Muzik videonya dilancarkan pada tarikh yang sama, menular dengan pantas ke seluruh dunia pada Ogos. Bulan seterusnya, ia mendapat pengiktirafan oleh Rekod Dunia Guinness sebagai video paling banyak mendapat “like” di Youtube pada ketika itu.
Pada 24 November 2012, “Gangnam Style” melepasi angka 805 juta tontonan untuk menjadi video paling banyak ditonton di Youtube, merampas rekod dipegang video muzik “Baby” nyanyian Justin Bieber menampilkan Ludacris.
“Gangnam Style” menjadi video Youtube pertama mencapai 1 bilion tontonan pada 21 Disember 2012. Sehinggalah pada 10 Julai 2017, takhta dirampas oleh video muzik “See You Again” (Wiz Khalifa feat. Charlie Puth) yang melepasi kiraan 2,894,022,885 tontonan.
Setakat 21 Disember 2023, “Gangnam Style” sudah mencapai 4.9 bilion tontonan di laman itu. "Baby Shark" oleh Pinkfong menjadi video paling tinggi tontonan (13 bilion), diikuti "Despacito" - Luis Fonsi feat. Daddy Yankee (8.3 bilion) seterusnya “Johny Johny Yes Papa” - LooLoo Kids (6.8 bilion).
Sumber: Astro AWANI, Reuters, The Guardian, BBC, ABC News
#PeristiwaHariIni
❤ 11
照片不可用在 Telegram 中显示
Amerika Syarikat (AS) telah merampas sebuah lagi kapal tangki minyak di luar pantai Venezuela, menjadikannya rampasan kedua dalam beberapa minggu, menurut kenyataan pegawai kanan AS pada Sabtu.
Tindakan ini dijangka mempertingkatkan lagi ketegangan antara Washington dan Caracas.
Presiden AS, Donald Trump mengesahkan rampasan tersebut dalam satu kenyataan ringkas, menyifatkannya sebagai langkah “berdasarkan alasan yang sangat kukuh”.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/rampas-kapal-minyak-kedua-di-luar-pantai-venezuela-tingkatkan-ketegangan-serantau-552509
👎 27❤ 5🔥 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Tirai Sukan SEA 2025 secara rasmi ditutup malam Sabtu apabila api hijau temasya dipadamkan dalam majlis penutup yang penuh warna-warni dan bertenaga di Stadium nasional Rajamangala, di Bangkok.
Majlis dimulakan dengan segmen 'The Sound of Whistle'', menampilkan penyanyi bintang T-POP, Daou dan Kratae, mendendangkan lagu ikonik Thailand, 'Rak Nak Naen', yang digubah semula bagi mencerminkan semangat kesukanan, disiplin dan perpaduan negara-negara ASEAN yang bertanding.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/selamat-tinggal-sukan-sea-2025-selamat-datang-ke-malaysia-552493
#AWANInews
👍 12👏 7❤ 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Polis merampas 33 mesin perlombongan bitcoin dalam serbuan di Taman Merbau Butterworth dan Taman Ara Jaya Tasek Gelugor, di Butterworth yang menggunakan sambungan elektrik tidak sah, semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman berkata operasi turut dibantu Tenaga Nasional Bhd (TNB) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-rampas-33-mesin-bitcoin-di-pulau-pinang-552491
#AWANInews
🔥 8❤ 2👍 2👏 2
00:41
视频不可用在 Telegram 中显示
Penduduk dan pelawat mengunjungi Jabal Al-Lawz di Arab Saudi pada Jumaat selepas salji luar biasa menyelubungi pergunungan itu, mencetuskan suasana musim sejuk yang menarik perhatian ramai.
Agensi Berita Arab Saudi (SPA) melaporkan pemantauan keselamatan dipertingkat di wilayah Tabuk, manakala Pusat Meteorologi Kebangsaan memberi amaran suhu terus menurun di beberapa kawasan. #AWANInews
2112 snow2.mp481.34 MB
👍 7❤ 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Seramai 31 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myawaddy, Myanmar, berjaya dibawa pulang dan selamat tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah pada petang Sabtu.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan kumpulan itu tiba di Kompleks ICQS kira-kira pukul 6.50 petang Sabtu dan seterusnya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan lanjut.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/31-rakyat-malaysia-mangsa-sindiket-penipuan-pekerjaan-di-myanmar-selamat-dibawa-pulang-552492
#AWANInews
👍 11❤ 2👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Seorang guru di sebuah sekolah di Kampung Pandan di sini, ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun, pada Jumaat.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata semakan mendapati, lelaki berusia 40 tahun itu telah mengajar di sekolah berkenaan kira-kira 11 tahun.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/guru-ditahan-bagi-siasatan-amang-seksual-murid-lelaki-552487
#AWANInews
🔥 6
照片不可用在 Telegram 中显示
Orang ramai sanggup beratur pada Sabtu di Zoo Ueno di sini pada hujung minggu pertama sejak diumumkan bahawa pasangan panda gergasi kembar, Xiao Xiao dan adiknya Lei Lei, akan meninggalkan Jepun bulan depan, dengan ramai pengunjung datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada haiwan itu, lapor Agensi Berita Kyodo.
Seorang wanita berusia 45 tahun dari Daerah Taito, Tokyo, berkata beliau kerap berkunjung untuk melihat panda berkenaan dan menyifatkan haiwan itu sebagai "comel dan menenangkan." Beliau menambah pengumuman mengenai kepulangan haiwan itu ke China dibuat secara mengejut dan merupakan satu "kejutan."
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/pengunjung-serbu-zoo-ueno-susulan-pengumuman-kepulangan-panda-ke-china-552486
#AWANInews
❤ 8👍 3🔥 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Data rasmi Pusat Tindak Balas Keselamatan Siber (Cyber999) di bawah CyberSecurity Malaysia merekodkan sebanyak 5,735 laporan insiden siber sehingga September lepas.
Ketua Setiausaha Kementerian Digital Fabian Bigar berkata jumlah itu meningkat lebih 1,000 kes, berbanding 4,659 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebih-5000-insiden-siber-dilaporkan-sembilan-bulan-pertama-tahun-ini-552469
#AWANInews
🔥 8👍 2❤ 1
