Astro AWANI
Open in Telegram
Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com
Show more2025 year in numbers

79 116
Subscribers
-1324 hours
-1687 days
-49030 days
Posts Archive
Photo unavailableShow in Telegram
Mereka ini antara yang bersengkang mata, jelajah ke serata negeri, mengumpul aspirasi serta denyut nadi anda! Mereka pastikan setiap keputusan memberi impak kepada segenap lapisan rakyat Malaysia. Saksikan dokumentari khas #Belanjawan2026 Kisah Di Sebalik Angka pada Isnin, 22 Disember 2025, jam 9 malam.
#AWANInews
๐ 26๐ 16๐ฅ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Keputusan berhubung Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sama ada beliau dibenarkan menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah, dijangka diketahui Isnin.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Alice Loke, dijadualkan menyampaikan keputusan terhadap semakan kehakiman difailkan Najib, yang memohon menjalani baki hukuman penjara di kediaman sendiri.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/titah-adendum-keputusan-permohonan-najib-jalani-hukuman-di-rumah-diketahui-esok-552539
๐ฅ 16โค 5๐ 1๐ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Ahad mengingatkan pemaju pembangunan semula Kampung Sungai Baru serta pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengutamakan pembinaan dua blok pangsapuri untuk penduduk di kawasan berkenaan terlebih dahulu.
Beliau yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, perkara itu perlu direalisasikan selari dengan janji yang diberikan kepada penduduk Kampung Sungai Baru.
Tegasnya, sehingga hari ini, penduduk yang telah berpindah demi memberi laluan kepada pembangunan masih menunggu pampasan yang dijanjikan, terutamanya dalam bentuk rumah baharu.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penduduk-masih-tunggu-pampasan-johari-gesa-pemaju-utamakan-rumah-penduduk-kampung-sungai-baru-552538
๐ 21๐ 6๐ฅ 3๐ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kemajuan dicapai dalam pelaksanaan pelan damai Gaza yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Sabtu memetik Utusan Khas AS ke Timur Tengah Steve Witkoff.
"Fasa pertama telah menunjukkan kemajuan termasuk peluasan bantuan kemanusiaan, pemulangan mayat tawanan, pengunduran sebahagian pasukan, serta pengurangan permusuhan," tulis Witkoff di platform X, sehari selepas rundingan bersama wakil Mesir, Qatar dan Turkiye.
"Rundingan lanjut akan diteruskan dalam beberapa minggu akan datang bagi memajukan pelaksanaan fasa kedua," kata beliau.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/kemajuan-dicapai-dalam-fasa-pertama-pelan-damai-gaza-witkoff-552532
๐ 24โค 1๐ 1๐ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Tiada elemen jenayah membabitkan kes penemuan mayat seorang wanita yang ditemukan terapung di Sungai Gombak berhampiran sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, jasad wanita tempatan berusia 36 tahun itu telah dituntut oleh keluarganya.
โPunca kematian adalah akibat lemas dan setakat ini tiada unsur jenayah dalam kes terbabit. Polis telah merekodkan empat keterangan termasuk daripada ibu mangsa,โ katanya ketika dihubungi pada Ahad.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-mayat-wanita-terapung-di-sungai-tiada-unsur-jenayah-polis-552533
โค 4๐ฅ 4
Photo unavailableShow in Telegram
Persiapan rapi menerusi latihan intensif selama sebulan di Mongolia menjadi resipi kejayaan atlet judo negara, Amir Daniel Abdul Majeed yang mencipta sejarah pada Sukan SEA Thailand 2025 apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia selepas 44 tahun.
Amir Daniel menamatkan penantian skuad judo sejak kali terakhir emas dimenangi pada 1981 menerusi kategori bawah 81 kilogram (kg) lelaki.
Atlet berusia 21 tahun itu berkata latihan intensif bersama pasukan kebangsaan itu, melibatkan sekurang-kurangnya dua sesi sehari, memainkan peranan penting dalam memastikan tahap prestasi terbaik menjelang kejohanan.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sukan-sea-latihan-sebulan-di-mongolia-resipi-kejayaan-amir-daniel-552525
โค 13๐ 5๐ 3
Photo unavailableShow in Telegram
Golongan belia berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun merekodkan jumlah mangsa penipuan jenayah telekomunikasi tertinggi dalam tempoh Jan hingga Nov tahun ini dengan melibatkan 8,789 orang.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dalam kenyataan memaklumkan dalam tempoh berkenaan, sebanyak 28,698 kes jenayah telekomunikasi dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kerugian mencecah RM715 juta.
"Kumpulan umur 31 hingga 40 tahun mencatatkan jumlah mangsa kedua tertinggi iaitu 6,825 mangsa diikuti golongan berusia 41 hingga 50 tahun melibatkan 4,977 mangsa," katanya.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jenayah-telekomunikasi-belia-berusia-21-hingga-30-tahun-catat-mangsa-tertinggi-polis-552536
โค 5๐ฅ 4
Photo unavailableShow in Telegram
Tragedi nahas pesawat yang meragut nyawa legenda NASCAR, Greg Biffle, bersama enam individu lain terus menimbulkan pelbagai persoalan, meskipun siasatan awal telah dimulakan oleh pihak berkuasa penerbangan Amerika Syarikat (AS).
Greg Biffle, 55, yang tersenarai sebagai salah seorang daripada 75 Pelumba Terhebat NASCAR, maut dalam nahas pesawat peribadi jenis Cessna Citation C550 pada pagi Khamis lalu ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Wilayah Statesville, North Carolina.
Turut terkorban ialah isterinya, Cristina, anak lelaki mereka Ryder, dan anak perempuan Biffle, Emma.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/masih-banyak-persoalan-dalam-nahas-yang-ragut-nyawa-legenda-nascar-enam-lagi-552515
๐ฅ 5โค 1๐ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Kemboja dan Thailand bagi bertukar pandangan serta membincangkan hala tuju terbaik ke arah meredakan ketegangan yang timbul antara kedua-dua negara.
Beliau menegaskan kepentingan untuk Kemboja dan Thailand berpegang kepada semangat dialog, kebijaksanaan dan saling menghormati demi menamatkan ketegangan serta memelihara keamanan dan kestabilan rantau ini.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/konflik-thailandkemboja-mesyuarat-esok-wadah-sesuai-capai-penyelesaian-adil-berkekalan-pm-anwar-552526
๐ 49๐ 19๐ฅ 2๐ 2
Photo unavailableShow in Telegram
Tujuh ekor gajah liar termasuk seekor anak gajah maut apabila sebuah kereta api ekspres berkelajuan tinggi merempuh sekumpulan haiwan itu yang sedang melintas landasan di negeri Assam, timur laut India, awal pagi Sabtu.
Insiden tragis itu berlaku apabila kereta api Rajdhani Express yang membawa kira-kira 650 penumpang dalam perjalanan dari Mizoram ke New Delhi melanggar kira-kira 100 ekor gajah di daerah Hojai.
Menurut jurucakap Keretapi India, Kapinjal Kishore Sharma, pemandu kereta api telah mengaktifkan brek kecemasan selepas menyedari kehadiran kawanan gajah, namun tidak sempat mengelak perlanggaran.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/kereta-api-ekspres-rempuh-sekawan-gajah-tujuh-ekor-maut-di-india-552518
โค 7๐ฅ 5๐ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Seorang jurutera dari Jerman, Michaela Benthaus, mencipta sejarah apabila menjadi individu pertama yang menggunakan kerusi roda berjaya ke angkasa lepas, menerusi misi pelancaran syarikat angkasa milik Jeff Bezos, Blue Origin.
Benthaus, 33, yang mengalami lumpuh separa akibat kemalangan berbasikal tujuh tahun lalu, menyertai lima lagi penumpang dalam penerbangan suborbital kapsul New Shepard dari tapak pelancaran Blue Origin di Texas.
Dalam penerbangan selama kira-kira 10 minit itu, beliau meninggalkan kerusi rodanya dan menikmati pengalaman terapung dalam keadaan graviti sifar sambil menyaksikan pemandangan Bumi dari angkasa.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/jurutera-jerman-jadi-pengguna-kerusi-roda-pertama-ke-angkasa-lepas-552510
๐ 9๐ 3
Photo unavailableShow in Telegram
Sebarang bentuk artifak sejarah yang berada di luar negara jika ingin dibawa pulang atau dimiliki semula tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya dan perlu melalui proses yang betul berlandaskan undang-undang.
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah amat mudah untuk menggunakan sentimen bahawa artifak sejarah negara yang kini dalam pemilikan dan simpanan pihak luar telah 'dicuri' sewaktu penjajahan dahulu oleh pelbagai kuasa dunia, justeru hendaklah dibawa pulang sebagai hak milik kita.
"Biarpun benar ada yang telah diambil dengan cara yang tidak betul, namun hakikatnya sepanjang peradaban sejarah negara sebelum merdeka, kerajaan-kerajaan terdahulu banyak berhubung dan berkongsi pelbagai perkara termasuk cendera kenangan yang kini menjadi artifak sejarah bersama," titah Raja Zariah Sofiah. #AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/artifak-sejarah-luar-negara-tidak-boleh-dibawa-pulang-sewenangwenangnya-552500
โค 6๐ฅ 4๐ 2๐ 1
Hari ini 13 tahun yang lalu, โGangnam Styleโ menjadi video pertama mencapai tontonan 1 bilion di Youtube.
โGangnam Styleโ adalah sebuah lagu K-pop daripada penyanyi Korea Selatan, Psy, yang dilancarkan pada 15 Julai 2012 oleh YG Entertainment sebagai single utama untuk album studio keenamnya, โPsy 6 (Six Rules), Part 1โ (Ssai Yukgap Part 1).
Lirik lagu itu menceritakan tentang terma โGangnam Styleโ, satu neologisme Korea merujuk kepada gaya hidup mewah & sofistikated yang dikaitkan dengan daerah Gangnam, daerah paling kaya di metropolis Seoul, ibu negara Korea Selatan.
โGangnam Styleโ menjadi lagu paling meledak di Korea Selatan sejurus pelancarannya, di AS pula berjaya menduduki tangga kedua Billboard Hot 100. Menjelang penghujung 2012, ia menghuni persada carta muzik di 30 negara termasuk Rusia & Jerman.
Muzik videonya dilancarkan pada tarikh yang sama, menular dengan pantas ke seluruh dunia pada Ogos. Bulan seterusnya, ia mendapat pengiktirafan oleh Rekod Dunia Guinness sebagai video paling banyak mendapat โlikeโ di Youtube pada ketika itu.
Pada 24 November 2012, โGangnam Styleโ melepasi angka 805 juta tontonan untuk menjadi video paling banyak ditonton di Youtube, merampas rekod dipegang video muzik โBabyโ nyanyian Justin Bieber menampilkan Ludacris.
โGangnam Styleโ menjadi video Youtube pertama mencapai 1 bilion tontonan pada 21 Disember 2012. Sehinggalah pada 10 Julai 2017, takhta dirampas oleh video muzik โSee You Againโ (Wiz Khalifa feat. Charlie Puth) yang melepasi kiraan 2,894,022,885 tontonan.
Setakat 21 Disember 2023, โGangnam Styleโ sudah mencapai 4.9 bilion tontonan di laman itu. "Baby Shark" oleh Pinkfong menjadi video paling tinggi tontonan (13 bilion), diikuti "Despacito" - Luis Fonsi feat. Daddy Yankee (8.3 bilion) seterusnya โJohny Johny Yes Papaโ - LooLoo Kids (6.8 bilion).
Sumber: Astro AWANI, Reuters, The Guardian, BBC, ABC News
#PeristiwaHariIni
โค 11
Photo unavailableShow in Telegram
Amerika Syarikat (AS) telah merampas sebuah lagi kapal tangki minyak di luar pantai Venezuela, menjadikannya rampasan kedua dalam beberapa minggu, menurut kenyataan pegawai kanan AS pada Sabtu.
Tindakan ini dijangka mempertingkatkan lagi ketegangan antara Washington dan Caracas.
Presiden AS, Donald Trump mengesahkan rampasan tersebut dalam satu kenyataan ringkas, menyifatkannya sebagai langkah โberdasarkan alasan yang sangat kukuhโ.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/rampas-kapal-minyak-kedua-di-luar-pantai-venezuela-tingkatkan-ketegangan-serantau-552509
๐ 27โค 5๐ฅ 2
Photo unavailableShow in Telegram
Tirai Sukan SEA 2025 secara rasmi ditutup malam Sabtu apabila api hijau temasya dipadamkan dalam majlis penutup yang penuh warna-warni dan bertenaga di Stadium nasional Rajamangala, di Bangkok.
Majlis dimulakan dengan segmen 'The Sound of Whistle'', menampilkan penyanyi bintang T-POP, Daou dan Kratae, mendendangkan lagu ikonik Thailand, 'Rak Nak Naen', yang digubah semula bagi mencerminkan semangat kesukanan, disiplin dan perpaduan negara-negara ASEAN yang bertanding.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/selamat-tinggal-sukan-sea-2025-selamat-datang-ke-malaysia-552493
#AWANInews
๐ 12๐ 7โค 2
Photo unavailableShow in Telegram
Polis merampas 33 mesin perlombongan bitcoin dalam serbuan di Taman Merbau Butterworth dan Taman Ara Jaya Tasek Gelugor, di Butterworth yang menggunakan sambungan elektrik tidak sah, semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman berkata operasi turut dibantu Tenaga Nasional Bhd (TNB) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-rampas-33-mesin-bitcoin-di-pulau-pinang-552491
#AWANInews
๐ฅ 8โค 2๐ 2๐ 2
00:41
Video unavailableShow in Telegram
Penduduk dan pelawat mengunjungi Jabal Al-Lawz di Arab Saudi pada Jumaat selepas salji luar biasa menyelubungi pergunungan itu, mencetuskan suasana musim sejuk yang menarik perhatian ramai.
Agensi Berita Arab Saudi (SPA) melaporkan pemantauan keselamatan dipertingkat di wilayah Tabuk, manakala Pusat Meteorologi Kebangsaan memberi amaran suhu terus menurun di beberapa kawasan. #AWANInews
2112 snow2.mp481.34 MB
๐ 7โค 2
Photo unavailableShow in Telegram
Seramai 31 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myawaddy, Myanmar, berjaya dibawa pulang dan selamat tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah pada petang Sabtu.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan kumpulan itu tiba di Kompleks ICQS kira-kira pukul 6.50 petang Sabtu dan seterusnya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan lanjut.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/31-rakyat-malaysia-mangsa-sindiket-penipuan-pekerjaan-di-myanmar-selamat-dibawa-pulang-552492
#AWANInews
๐ 11โค 2๐ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Seorang guru di sebuah sekolah di Kampung Pandan di sini, ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun, pada Jumaat.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata semakan mendapati, lelaki berusia 40 tahun itu telah mengajar di sekolah berkenaan kira-kira 11 tahun.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/guru-ditahan-bagi-siasatan-amang-seksual-murid-lelaki-552487
#AWANInews
๐ฅ 6
