ch
Feedback
Panduan Telegram

Panduan Telegram

前往频道在 Telegram

Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.

显示更多
2025 年数字统计snowflakes fon
card fon
49 343
订阅者
无数据24 小时
+127
-11230
帖子存档
00:11
视频不可用在 Telegram 中显示
Mesej berjadual. Tekan lama butang 'Kirim' di mana-mana bual dan pilih 'Mesej Berjadual' untuk menghantar mesej atau media secara automatik pada waktu yang ditentukan pada masa akan datang (Tidak termasuk DeLorean). Sekiranya anda tidak dapat meneka waktu apa yang sesuai, pilih untuk sampaikan mesej apabila penerima anda berada di talian.
显示全部...
scheduled messages_1.mp43.52 MB
00:14
视频不可用在 Telegram 中显示
Hantar semasa di talian. Anda boleh jadualkan mesej atau media untuk dikirim semasa penerima anda di talian. Masukkan mesej anda dengan siaran pagi - atau arahkan stiker itik bila perjumpaan mula membosankan.
显示全部...
send when online_1.mp44.83 MB
00:06
视频不可用在 Telegram 中显示
Hantar mesej senyap dengan menekan butang kirim. Penerima anda akan menerima notifikasi tanpa bunyi, jadi anda tidak akan mengganggu meditasi mereka pada malam Jumaat.
显示全部...
Garfield send without sound eng.mp42.90 MB
00:14
视频不可用在 Telegram 中显示
Peringatan. Sekiranya anda menjadualkan mesej di bual Mesej Disimpan, ia akan berubah menjadi peringatan. Jadilah setiausaha perjalanan masa anda sendiri - samada mengenai temu janji dengan doktor gigi minggu depan, atau bangun tepat pada waktu untuk penghantaran nasi dagang.
显示全部...
reminders_1.mp43.16 MB
00:03
视频不可用在 Telegram 中显示
Bual Diarkib. Leret ke kiri pada bual untuk pindahkannya ke folder arkib. Apabila bual diarkib mendapat notifikasi, ia akan keluar dari folder dan masuk ke dalam senarai bual anda. Bual disenyap akan kekal diarkibkan selama-lamanya. Bilangan bual yang tidak terhad dapat disematkan dalam arkib anda untuk menyimpan mesej mengikut urutan yang anda mahu.
显示全部...
archived chats_2.mp46.66 KB
00:05
视频不可用在 Telegram 中显示
Sembunyikan arkib. Leret ke kiri pada arkib untuk sembunyikannya. Leret ke bawah untuk tunjukkan arkib semula.
显示全部...
hiding the archive_1.mp41.31 MB
00:23
视频不可用在 Telegram 中显示
Folder Bual. Dengan pekerjaan, kajian, rakan dan keluarga semuanya dalam satu aplikasi, sedikit organisasi akan membawa banyak faedah. Pengguna boleh menambahkan folder bual untuk mencipta tab yang berasingan untuk bual tertentu agar tiada mesej lagi akan terlepas pandang. Terdapat beberapa pilihan yang telah disetkan (seperti ‘Belum Dibaca’), serta folder khusus yang merangkumi dan mengecualikan bual mengikut jenis dan status baca. Untuk yang lain, anda boleh tambah dan alih keluar bual dari folder secara berasingan sehingga mempunyai semua yang anda mahukan dan tiada perkara yang anda tidak mahu. Untuk kawalan lebih, folder menyokong sematan tanpa had untuk selalu menyimpan bual mengikut urutan pilihan anda. Untuk memulakannya, sila ke Aturan > Folder di mana-mana peranti. Oh, dan mereka juga disegerakkan pada semua peranti anda! 👍
显示全部...
chat folders_1.mp46.54 MB
00:33
视频不可用在 Telegram 中显示
Saluran adalah alat yang hebat untuk menyiarkan mesej kepada khalayak ramai yang tiada had jumlah pelangganya. Hanya pentadbir yang dibenarkan mengirim kemaskini, tetapi anda boleh tambah komen untuk berinteraksi dengan pengguna - lihat @durov sebagai contoh. Saluran tidak dikaitkan dengan nama: pos menunjukkan nama dan foto saluran, dan bukannya individu yang mengeposnya. Senarai pelanggan juga bersifat peribadi dan hanya dapat dilihat oleh pentadbir. Untuk puluhan fungsi saluran lain yang terlalu banyak untuk dihuraikan di sini, sila lihat panduan lengkap kami.
显示全部...
Channels_1.mp45.94 MB
00:06
视频不可用在 Telegram 中显示
Komen Saluran. Saluran yang dilink ke Grup Diskusi mempunyai butang komen di bawah setiap pos, di mana pelanggan dan pelawat dapat berkongsi pendapat mereka mengenai kemaskini terkini. Komen muncul dalam utas tersendiri, tetapi juga dipos dalam grup diskusi untuk memberi pentadbir dan kekerapan peserta, tempat untuk melihat setiap komen baru di satu ruang. Sekiranya anda bukan ahli grup diskusi saluran, notifikasi untuk balasan kepada komen anda akan dihantar ke bual khas yang dinamakan Balasan.
显示全部...
channel comments.mp41.95 MB
00:11
视频不可用在 Telegram 中显示
Mesej Disemat. Semua bual Telegram menyokong pelbagai mesej yang disemat, jadi maklumat penting sentiasa dapat dicapai. Tekan bar atas untuk melompat antara mesej atau tekan butang di sebelah kanan untuk melihat semua sematan pada halaman yang berasingan. Semasa menyemat mesej dalam grup, anda mempunyai pilihan untuk mengirim notifikasi kepada semua ahli grup, walaupun bual mereka disenyap.
显示全部...
pinned messages_1.mp44.66 MB
00:16
视频不可用在 Telegram 中显示
Undian dalam Grup dan Saluran. Undian Telegram boleh dibuat tanpa nama, atau mempunyai undian yang dapat dilihat sehingga semua orang dalam grup melihat siapa yang memilih untuk apa. Undian pelbagai jawapan dapat membantu ketika memutuskan tarikh atau tempat untuk sesuatu acara. Undian dengan mod Kuiz yang diaktifkan mempunyai jawapan yang betul dan dapat mengawal apa sahaja dari permainan trivia hingga peperiksaan perkhidmatan awam.
显示全部...
polls in groups_1.mp46.11 MB
00:17
视频不可用在 Telegram 中显示
Aturan Penggunaan Storan iOS. Telegram hampir tidak perlu ruang storan untuk guna peranti anda. Sila ke Aturan > Data dan Storan > Kegunaan Storan untuk hapus kac anda secara pilihan - malah untuk bual peribadi juga. Set Simpan Media untuk kerap mengeluarkan perkara yang tak diguna, atau Saiz Kac Maxima untuk simpan padu kesemuanya. Di sini bagaimana anda boleh lihat di Android.
显示全部...
iOS Cache Storage Usage Updated.mp44.77 MB
00:05
视频不可用在 Telegram 中显示
Akaun Pelbagai. Semua aplikasi Telegram membolehkan anda terus masuk dalam 3 akaun (dengan nombor telefon yang berbeza) secara serentak. Sama ada untuk bekerja, bermain atau identiti rahsia - mesej anda berada di hujung jari anda
显示全部...
multi account desk media_1.mp41.37 MB
00:15
视频不可用在 Telegram 中显示
Aturan video automatik dan muat turun automatik. Video yang lebih kecil mula dimainkan tanpa suara ketika mereka sampai di skrin anda. Untuk mendengarnya, tekan butang kelantangan di peranti anda. Sekiranya anda ingin kawal penggunaan data anda, cubalah aturan muat turun automatik yang baru. Sangat mudah untuk melihat aturan semasa anda dan kami telah tambah cara cepat baru untuk beralih antara praset Rendah, Sederhana dan Tinggi untuk Mobil, Perayauan dan Wi-Fi. Anda juga boleh mengatur muat turun automatik secara manual mengikut jenis bual, jenis media dan saiz fail. Aplikasi ini akan ingat pilihan anda sebagai praset Khusus sekiranya anda perlu beralih ke Rendah dan ke belakang buat sementara waktu - atau sebaliknya.
显示全部...
autoplaying videos and auto download settings_1.mp44.85 MB
00:22
视频不可用在 Telegram 中显示
Penyunting Media. Dengan lebih banyak fungsi daripada aplikasi penyuntingan mandiri, penyunting media Telegram yang perkasa mempunyai alat untuk tambah teks, gambar, stiker dan banyak lagi. Buat GIF khusus dari video anda sendiri, buat pembetulan asas dan lanjutan, dan tambah hiasan untuk mantapkan lapisan seni anda.
显示全部...
media editor general.mp43.38 MB
00:10
视频不可用在 Telegram 中显示
Foto dan video yang musnah sendiri. Anda boleh menghantar media yang musnah sendiri dalam bual peribadi. Mereka musnah dengan sendiri selepas dibuka, tanpa tinggalkan jejak buahan atau sayuran sulit anda 👀 Tekan dan tahan butang 'Kirim' > Kirim Dengan Pemasa.
显示全部...
self destruct media.mp44.20 MB
00:03
视频不可用在 Telegram 中显示
Tambahkan stiker beranimasi ke foto atau video apa pun untuk mencipta GIF secara cepat yang menampilkan watak kegemaran anda.
显示全部...
add animated stickers to media.mp41.11 MB
00:07
视频不可用在 Telegram 中显示
Pilihan Separa. Anda boleh memilih mana-mana bahagian mesej untuk disalin atau dikongsi, dan bukan hanya teks penuh. Inilah caranya di iOS.
显示全部...
Partial selection Android.mp41.90 MB
00:11
视频不可用在 Telegram 中显示
Kelajuan Main Balik Audio. Tekan untuk dayakan kelajuan main balik 2x untuk mesej suara, podkas dan fail audio panjang. Tekan dan tahan butang 2x untuk pilih kelajuan lain seperti 0.5x dan 1.5x. Jangan risau jika anda tidak habis mendengar - kemajuan anda disimpan secara automatik untuk kemudian. Kelajuan main balik pelbagai juga ada untuk video di pemain media dan mesej video.
显示全部...
Podcasts.mp43.39 MB
00:07
视频不可用在 Telegram 中显示
Cap waktu. Sekiranya anda tambah cap waktu seperti 0:05 pada kapsyen video, ia akan diserlahkan secara automatik sebagai link. Tekan cap waktu akan memainkan video dari tempat yang betul. Ini juga berfungsi jika anda menyeru cap waktu semasa membalas video. Cap waktu disokong pada video Telegram dan mesej dengan link YouTube, sekiranya anda ingin menandakan momen kegemaran anda ketika berkongsi episod Senario.
显示全部...
timestamps_1.mp42.74 MB