Panduan Telegram
Відкрити в Telegram
Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
Показати більше2025 рік у цифрах

49 343
Підписники
Немає даних24 години
+127 днів
-11230 день
Архів дописів
00:11
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Mesej berjadual. Tekan lama butang 'Kirim' di mana-mana bual dan pilih 'Mesej Berjadual' untuk menghantar mesej atau media secara automatik pada waktu yang ditentukan pada masa akan datang (Tidak termasuk DeLorean).
Sekiranya anda tidak dapat meneka waktu apa yang sesuai, pilih untuk sampaikan mesej apabila penerima anda berada di talian.
scheduled messages_1.mp43.52 MB
00:14
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Hantar semasa di talian. Anda boleh jadualkan mesej atau media untuk dikirim semasa penerima anda di talian. Masukkan mesej anda dengan siaran pagi - atau arahkan stiker itik bila perjumpaan mula membosankan.
send when online_1.mp44.83 MB
00:06
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Hantar mesej senyap dengan menekan butang kirim. Penerima anda akan menerima notifikasi tanpa bunyi, jadi anda tidak akan mengganggu meditasi mereka pada malam Jumaat.
Garfield send without sound eng.mp42.90 MB
00:14
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Peringatan. Sekiranya anda menjadualkan mesej di bual Mesej Disimpan, ia akan berubah menjadi peringatan. Jadilah setiausaha perjalanan masa anda sendiri - samada mengenai temu janji dengan doktor gigi minggu depan, atau bangun tepat pada waktu untuk penghantaran nasi dagang.
reminders_1.mp43.16 MB
00:03
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Bual Diarkib. Leret ke kiri pada bual untuk pindahkannya ke folder arkib. Apabila bual diarkib mendapat notifikasi, ia akan keluar dari folder dan masuk ke dalam senarai bual anda. Bual disenyap akan kekal diarkibkan selama-lamanya.
Bilangan bual yang tidak terhad dapat disematkan dalam arkib anda untuk menyimpan mesej mengikut urutan yang anda mahu.
archived chats_2.mp46.66 KB
00:05
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Sembunyikan arkib. Leret ke kiri pada arkib untuk sembunyikannya. Leret ke bawah untuk tunjukkan arkib semula.
hiding the archive_1.mp41.31 MB
00:23
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Folder Bual. Dengan pekerjaan, kajian, rakan dan keluarga semuanya dalam satu aplikasi, sedikit organisasi akan membawa banyak faedah. Pengguna boleh menambahkan folder bual untuk mencipta tab yang berasingan untuk bual tertentu agar tiada mesej lagi akan terlepas pandang.
Terdapat beberapa pilihan yang telah disetkan (seperti ‘Belum Dibaca’), serta folder khusus yang merangkumi dan mengecualikan bual mengikut jenis dan status baca. Untuk yang lain, anda boleh tambah dan alih keluar bual dari folder secara berasingan sehingga mempunyai semua yang anda mahukan dan tiada perkara yang anda tidak mahu.
Untuk kawalan lebih, folder menyokong sematan tanpa had untuk selalu menyimpan bual mengikut urutan pilihan anda. Untuk memulakannya, sila ke Aturan > Folder di mana-mana peranti. Oh, dan mereka juga disegerakkan pada semua peranti anda! 👍
chat folders_1.mp46.54 MB
00:33
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Saluran adalah alat yang hebat untuk menyiarkan mesej kepada khalayak ramai yang tiada had jumlah pelangganya.
Hanya pentadbir yang dibenarkan mengirim kemaskini, tetapi anda boleh tambah komen untuk berinteraksi dengan pengguna - lihat @durov sebagai contoh.
Saluran tidak dikaitkan dengan nama: pos menunjukkan nama dan foto saluran, dan bukannya individu yang mengeposnya. Senarai pelanggan juga bersifat peribadi dan hanya dapat dilihat oleh pentadbir.
Untuk puluhan fungsi saluran lain yang terlalu banyak untuk dihuraikan di sini, sila lihat panduan lengkap kami.
Channels_1.mp45.94 MB
00:06
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Komen Saluran. Saluran yang dilink ke Grup Diskusi mempunyai butang komen di bawah setiap pos, di mana pelanggan dan pelawat dapat berkongsi pendapat mereka mengenai kemaskini terkini.
Komen muncul dalam utas tersendiri, tetapi juga dipos dalam grup diskusi untuk memberi pentadbir dan kekerapan peserta, tempat untuk melihat setiap komen baru di satu ruang.
Sekiranya anda bukan ahli grup diskusi saluran, notifikasi untuk balasan kepada komen anda akan dihantar ke bual khas yang dinamakan Balasan.
channel comments.mp41.95 MB
00:11
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Mesej Disemat. Semua bual Telegram menyokong pelbagai mesej yang disemat, jadi maklumat penting sentiasa dapat dicapai. Tekan bar atas untuk melompat antara mesej atau tekan butang di sebelah kanan untuk melihat semua sematan pada halaman yang berasingan.
Semasa menyemat mesej dalam grup, anda mempunyai pilihan untuk mengirim notifikasi kepada semua ahli grup, walaupun bual mereka disenyap.
pinned messages_1.mp44.66 MB
00:16
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Undian dalam Grup dan Saluran. Undian Telegram boleh dibuat tanpa nama, atau mempunyai undian yang dapat dilihat sehingga semua orang dalam grup melihat siapa yang memilih untuk apa.
Undian pelbagai jawapan dapat membantu ketika memutuskan tarikh atau tempat untuk sesuatu acara.
Undian dengan mod Kuiz yang diaktifkan mempunyai jawapan yang betul dan dapat mengawal apa sahaja dari permainan trivia hingga peperiksaan perkhidmatan awam.
polls in groups_1.mp46.11 MB
00:17
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Aturan Penggunaan Storan iOS. Telegram hampir tidak perlu ruang storan untuk guna peranti anda.
Sila ke Aturan > Data dan Storan > Kegunaan Storan untuk hapus kac anda secara pilihan - malah untuk bual peribadi juga.
Set Simpan Media untuk kerap mengeluarkan perkara yang tak diguna, atau Saiz Kac Maxima untuk simpan padu kesemuanya. Di sini bagaimana anda boleh lihat di Android.
iOS Cache Storage Usage Updated.mp44.77 MB
00:05
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Akaun Pelbagai. Semua aplikasi Telegram membolehkan anda terus masuk dalam 3 akaun (dengan nombor telefon yang berbeza) secara serentak. Sama ada untuk bekerja, bermain atau identiti rahsia - mesej anda berada di hujung jari anda
multi account desk media_1.mp41.37 MB
00:15
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Aturan video automatik dan muat turun automatik. Video yang lebih kecil mula dimainkan tanpa suara ketika mereka sampai di skrin anda. Untuk mendengarnya, tekan butang kelantangan di peranti anda.
Sekiranya anda ingin kawal penggunaan data anda, cubalah aturan muat turun automatik yang baru. Sangat mudah untuk melihat aturan semasa anda dan kami telah tambah cara cepat baru untuk beralih antara praset Rendah, Sederhana dan Tinggi untuk Mobil, Perayauan dan Wi-Fi.
Anda juga boleh mengatur muat turun automatik secara manual mengikut jenis bual, jenis media dan saiz fail. Aplikasi ini akan ingat pilihan anda sebagai praset Khusus sekiranya anda perlu beralih ke Rendah dan ke belakang buat sementara waktu - atau sebaliknya.
autoplaying videos and auto download settings_1.mp44.85 MB
00:22
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Penyunting Media. Dengan lebih banyak fungsi daripada aplikasi penyuntingan mandiri, penyunting media Telegram yang perkasa mempunyai alat untuk tambah teks, gambar, stiker dan banyak lagi.
Buat GIF khusus dari video anda sendiri, buat pembetulan asas dan lanjutan, dan tambah hiasan untuk mantapkan lapisan seni anda.
media editor general.mp43.38 MB
00:10
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Foto dan video yang musnah sendiri. Anda boleh menghantar media yang musnah sendiri dalam bual peribadi. Mereka musnah dengan sendiri selepas dibuka, tanpa tinggalkan jejak buahan atau sayuran sulit anda 👀
Tekan dan tahan butang 'Kirim' > Kirim Dengan Pemasa.
self destruct media.mp44.20 MB
00:03
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Tambahkan stiker beranimasi ke foto atau video apa pun untuk mencipta GIF secara cepat yang menampilkan watak kegemaran anda.
add animated stickers to media.mp41.11 MB
00:07
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Pilihan Separa. Anda boleh memilih mana-mana bahagian mesej untuk disalin atau dikongsi, dan bukan hanya teks penuh. Inilah caranya di iOS.
Partial selection Android.mp41.90 MB
00:11
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Kelajuan Main Balik Audio. Tekan untuk dayakan kelajuan main balik 2x untuk mesej suara, podkas dan fail audio panjang. Tekan dan tahan butang 2x untuk pilih kelajuan lain seperti 0.5x dan 1.5x.
Jangan risau jika anda tidak habis mendengar - kemajuan anda disimpan secara automatik untuk kemudian.
Kelajuan main balik pelbagai juga ada untuk video di pemain media dan mesej video.
Podcasts.mp43.39 MB
00:07
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Cap waktu. Sekiranya anda tambah cap waktu seperti 0:05 pada kapsyen video, ia akan diserlahkan secara automatik sebagai link. Tekan cap waktu akan memainkan video dari tempat yang betul. Ini juga berfungsi jika anda menyeru cap waktu semasa membalas video.
Cap waktu disokong pada video Telegram dan mesej dengan link YouTube, sekiranya anda ingin menandakan momen kegemaran anda ketika berkongsi episod Senario.
timestamps_1.mp42.74 MB
