Astro AWANI
Open in Telegram
Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com
Show more2025 year in numbers

79 116
Subscribers
-1324 hours
-1687 days
-49030 days
Posts Archive
Photo unavailableShow in Telegram
Dalam realiti kehidupan wanita moden yang sarat dengan tekanan kerja, tanggungjawab keluarga, dan tuntutan harian, keperluan terhadap kesejahteraan kini dilihat melangkaui aspek kecantikan luaran semata-mata, sebaliknya merangkumi ketenangan dalaman dan kesihatan menyeluruh.
Berteraskan kesedaran itu, SIIKAT Head Spa melancarkan cawangan keempatnya sebagai spa khusus wanita yang menawarkan rawatan kulit kepala berasaskan bahan semula jadi dengan pendekatan kesejahteraan holistik, sekali gus memenuhi keperluan wanita yang mencari ruang rehat selamat, privasi dan pemulihan diri.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SIIKAT Head Spa, Siti Nur’ Rahmah, berkata SIIKAT bukan sekadar pusat rawatan rambut konvensional, sebaliknya memberi tumpuan kepada kesihatan kulit kepala yang dianggap sebagai asas kepada kesejahteraan keseluruhan tubuh badan.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/siikat-natural-head-spa-tawar-pendekatan-kesejahteraan-asli-khusus-wanita-552668
#AWANInews
❤ 6👏 3
Photo unavailableShow in Telegram
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Isnin berkenan berangkat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi lawatan khas bermula hari ini hingga 24 Dis ini.
Lawatan khas julung kali baginda ke UAE itu adalah atas jemputan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat khas yang membawa baginda berlepas dari Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru pada 9 pagi.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/yang-dipertuan-agong-berangkat-ke-uae-atas-jemputan-khas-presiden-552638
👎 31👍 12❤ 3👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Thailand meletakkan tiga syarat utama kepada Kemboja dalam usaha mencapai keamanan di kedua-dua sempadan negara berkenaan.
Kementerian Luarnya dalam kenyataan di laman sesawang mereka menegaskan, syarat pertama ialah Kemboja mesti menjadi pihak yang terlebih dahulu mengisytiharkan gencatan senjata.
Jelas kementerian itu, Thailand telah membentangkan kepada negara-negara anggota ASEAN berhubung fakta-fakta di lapangan serta pendirian rasmi mengenai situasi semasa.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/konflik-sempadan-thailand-letak-tiga-syarat-kemboja-perlu-isytihar-gencatan-senjata-dulu-552689
#AWANInews
Photo unavailableShow in Telegram
Inflasi Malaysia meningkat 1.4 peratus pada November 2025, naik daripada 1.3 peratus pada Oktober, dengan indeks harga pengguna (IHP) berada pada 135.1 mata berbanding 133.3 mata pada bulan yang sama tahun sebelum itu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan tersebut didorong terutamanya inflasi lebih tinggi bagi kumpulan pendidikan, yang meningkat 2.6 peratus daripada 2.4 peratus pada Oktober.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/inflasi-malaysia-naik-14-peratus-pada-november-2025-perangkaan-552636
👎 25👍 7❤ 1👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Setiap tahun, belanjawan negara dibentangkan dalam bentuk angka, peruntukan dan inisiatif.
Namun, di sebalik setiap baris dan setiap ringgit yang diumumkan, wujud proses panjang melibatkan kerja tanpa henti, analisis mendalam serta sesi libat urus bersama rakyat di seluruh negara.
Dokumentari khas Belanjawan 2026: Kisah Di Sebalik Angka membawa penonton menelusuri proses sebenar pembentukan Belanjawan 2026, daripada peringkat awal perancangan, penyelarasan antara kementerian, sesi libat urus bersama kerajaan negeri dan pemain industri, hinggalah ke saat akhir sebelum pembentangan di Parlimen.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dokumentari-khas-kisah-individu-di-sebalik-belanjawan-2026-malam-ini-552656
#AWANInews
👎 52❤ 13👍 4👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan pelantikan Mahathir Nor Ismail sebagai Ketua Pegawai Rangkaian Kanan (SCNO) manakala Datuk Muhammad Nazri Pazil sebagai Ketua Pegawai Strategi dan Kelestarian Kanan (SCSSO) berkuat kuasa 1 Jan, 2026, susulan pembentukan dua jawatan itu.
Peranan itu memberi fokus lebih jelas, memperkukuh akauntabiliti serta pemisahan antara hala tuju strategik dan pelaksanaan operasi.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/tnb-perkenal-dua-jawatan-pimpinan-kanan-scno-scso-bagi-perkukuh-tadbir-urus-552624
👎 16❤ 10🔥 1
Photo unavailableShow in Telegram
Tenaga pengajar yang tular di media sosial memukul pelajar madrasah dengan menggunakan topi keledar dalam satu kejadian di sebuah premis, di Telipok didakwa atas 13 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kota Kinablau pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kes tersebut telah selesai disiasat dan dibawa kepada pihak pendakwaan.
"Hasil arahan yang diterima, suspek akan dituduh di mahkamah pada 22 Disember (hari ini) di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan 13 pertuduhan berasingan berkaitan kesalahan menyebabkan kecederaan," katanya dalam kenyataan.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ustaz-pukul-pelajar-guna-topi-keledar-didakwa-13-pertuduhan-552635
👍 40🔥 3❤ 2
Photo unavailableShow in Telegram
Hampir sebulan selepas banjir besar melanda Sumatera, penduduk di beberapa kawasan terjejas kini berdepan cabaran baharu apabila timbunan jutaan batang kayu balak yang dihanyutkan arus deras masih menutupi tanah di kawasan kediaman dan kebun.
Bagi penduduk, mereka kini sudah reda walaupun apa yang dilalui adalah antara hidup dan mati apabila terpaksa berpaut pada pokok, tiang elektrik serta berlindung di atas bumbung rumah tanpa makanan dan minuman selama tiga hari.
Dalam fikiran mereka ketika ini ialah bagaimana untuk memulakan semula kehidupan, apabila kebun dan tanah tempat mencari rezeki masih ditimbus sepenuhnya kayu-kayu berkenaan.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/banjir-sumatera-penduduk-rayu-timbunan-kayu-dibersihkan-mahu-mula-hidup-baharu-552617
🔥 10❤ 4👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin yang menolak semakan kehakiman difailkan bagi memaksa Kerajaan dan enam yang lain melaksanakan Titah Adendum.
"Sudah tentu dia kecewa, kenapa dia kecewa kerana keputusan Titah Adendum pada 29 Januari 2024, hampir memasuki tempoh dua tahun," jelas peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika sidang media.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-titah-adendum-najib-kecewa-keputusan-mahkamah-peguam-552625
👎 16👍 12🔥 5👏 3
Photo unavailableShow in Telegram
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin melepas dan membebaskan penyanyi rap Wee Meng Chee, atau lebih dikenali sebagai Namewee, daripada pertuduhan memberikan dadah ke dalam badannya.
Majistret S.Arunjothy membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa memaklumkan bahawa keputusan patologi adalah negatif dan pihaknya menarik balik pertuduhan tersebut.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-namewee-dibebaskan-daripada-pertuduhan-ambil-dadah-552621
👎 54👍 3🔥 1
Photo unavailableShow in Telegram
Syarikat pemula angkasa lepas Korea Selatan, Innospace Co., merancang melancarkan roket orbit komersial pertama negara itu minggu ini selepas tiga kali penangguhan, menurut syarikat berkenaan pada Isnin, lapor Agensi Berita Yonhap.
Roket Hanbit-Nano dijadual berlepas dari Pusat Angkasa Alcantara di Brazil pada 3.45 petang Isnin waktu tempatan, atau 3.45 pagi Selasa waktu Korea, menurut pegawai syarikat.
Hanbit-Nano akan membawa lapan muatan, termasuk lima satelit, sebelum menempatkannya ke orbit rendah pada ketinggian 300 kilometer.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/innospace-rancang-lancar-roket-orbit-komersial-pertama-korea-selatan-minggu-ini-552602
👎 4👍 3🔥 3❤ 2
Photo unavailableShow in Telegram
United Kingdom (UK) pada Ahad mengecam kelulusan Israel terhadap 19 penempatan haram baharu di Tebing Barat yang diduduki, lapor Anadolu Ajansi.
"UK mengecam kelulusan kerajaan Israel terhadap 19 penempatan baharu di Palestin. Penempatan ini adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa," tulis Menteri UK bagi Asia Barat dan Afrika Utara, Hamish Falconer menerusi platform media sosial X.
Kenyataan itu dibuat selepas Kabinet Israel meluluskan cadangan bagi pembinaan 19 penempatan baharu di Tebing Barat yang diduduki, menjadikan jumlah keseluruhan penempatan baharu yang diluluskan sejak beberapa tahun kebelakangan ini kepada 69.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/uk-kecam-kelulusan-israel-terhadap-19-penempatan-haram-baharu-di-tebing-barat-552603
👍 39👎 3🔥 3❤ 1
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin, tiba pada jam 10.42 pagi untuk mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN bagi membincangkan perkembangan terkini hubungan antara Kemboja dan Thailand. #AWANInews
👎 20❤ 10👏 4👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Mahkamah Tinggi pada Isnin menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani tahanan rumah.
Hakim, Datuk Alice Loke menolak permohonan Najib yang kini menjalani baki hukuman penjara enam tahun yang dikurangkan susulan sabitan kes SRC International melalui tahanan di rumah.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
👍 63👎 34🔥 9👏 4
00:42
Video unavailableShow in Telegram
Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Mahkamah Tinggi pada jam 9.38 pagi susulan prosiding dan keputusan berkaitan Titah Adendum hari ini.
Turut kelihatan hadir ialah adik Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Mohamed Nazir, serta anak lelakinya Datuk Mohamad Nizar, sebagai tanda sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu.
#AWANInews
Rosmah Tiba.mp488.07 MB
👍 19👎 14❤ 4🔥 1
Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar jam 8.40 pagi, dengan kawalan ketat pihak berkuasa.
Bekas Perdana Menteri itu kelihatan tenang dan ceria ketika tiba.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah dijadual menyampaikan keputusan terhadap permohonan semakan kehakiman yang difailkan Najib, bertujuan mendapatkan kebenaran untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
#AWANInews
📷: Astro AWANI / Shahir Omar
❤ 20👎 8👍 6👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Tukang masak peribadi Datuk Seri Najib Razak, Jaafar Ishak, meluahkan harapan tinggi agar bekas Perdana Menteri itu dibenarkan menjalani baki hukuman penjaranya di rumah, susulan keputusan penting Mahkamah Tinggi yang dijadual diumumkan pada Isnin.
Jaafar, 79, yang telah berkhidmat bersama keluarga Najib sejak tahun 1987, berkata dia sudah bersedia untuk menyediakan hidangan kegemaran majikannya, sup kicap, sekiranya Najib dibenarkan pulang ke rumah.
“Sup kicap memang kegemaran beliau. Hidangan itu ringkas, tapi sangat digemari. Selain itu, gulai kawah dan puding raja juga antara menu yang disukai keluarga beliau,” katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kalau-bossku-balik-rumah-hari-ini-saya-masak-sup-kicap-tukang-masak-peribadi-najib-razak-552590
❤ 25👍 17👎 9👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
Bencana banjir yang melanda Kabupaten Aceh Barat membawa rezeki tidak terduga.
Sejumlah penduduk mendakwa mereka menjumpai butiran emas di sekitar kawasan terjejas banjir di Gampong Seuradeuk, Kecamatan Woyla Timur, Indonesia pada Jumaat lalu.
Penemuan itu dibuat ketika mereka sedang bergotong-royong membersihkan rumah masing-masing yang digenangi lumpur.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/penduduk-aceh-terjejas-banjir-berpesta-jumpa-emas-552588
❤ 23👏 5🔥 4👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kira-kira 5,000 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di seluruh negara sedia digerakkan bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berterusan hingga Mac depan.
Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan APM Kolonel (PA) Effendy Ali berkata operasi akan turut dibantu pasukan bantuan pertahanan awam (CDA) dengan jumlah keanggotaan mencecah 5,000 orang setakat ini.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/5000-pegawai-anggota-apm-siap-sedia-hadapi-gelombang-banjir-seterusnya-552565
#AWANInews
❤ 7👍 4👏 1
00:27
Video unavailableShow in Telegram
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada jam 8.41 pagi.
Mahkamah Tinggi pada Isnin akan memutuskan sama ada Najib Razak dibenarkan untuk menjalani hukuman penjara di rumah atau kekal di Penjara Kajang.
Sekiranya keputusan Titah Adendum di Mahkamah Tinggi di hari ini memihak kepada Najib Razak, maka bekas Perdana Menteri itu akan menjalani baki hukuman penjara di rumah serta-merta.
#AWANInews
Najib Tiba.mp456.85 MB
❤ 15👎 14👍 4👏 1
