Astro AWANI
Відкрити в Telegram
Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com
Показати більше2025 рік у цифрах

79 117
Підписники
-1324 години
-1687 днів
-49030 день
Архів дописів
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Inflasi Malaysia meningkat 1.4 peratus pada November 2025, naik daripada 1.3 peratus pada Oktober, dengan indeks harga pengguna (IHP) berada pada 135.1 mata berbanding 133.3 mata pada bulan yang sama tahun sebelum itu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan tersebut didorong terutamanya inflasi lebih tinggi bagi kumpulan pendidikan, yang meningkat 2.6 peratus daripada 2.4 peratus pada Oktober.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/inflasi-malaysia-naik-14-peratus-pada-november-2025-perangkaan-552636
👎 25👍 7❤ 1👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Setiap tahun, belanjawan negara dibentangkan dalam bentuk angka, peruntukan dan inisiatif.
Namun, di sebalik setiap baris dan setiap ringgit yang diumumkan, wujud proses panjang melibatkan kerja tanpa henti, analisis mendalam serta sesi libat urus bersama rakyat di seluruh negara.
Dokumentari khas Belanjawan 2026: Kisah Di Sebalik Angka membawa penonton menelusuri proses sebenar pembentukan Belanjawan 2026, daripada peringkat awal perancangan, penyelarasan antara kementerian, sesi libat urus bersama kerajaan negeri dan pemain industri, hinggalah ke saat akhir sebelum pembentangan di Parlimen.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dokumentari-khas-kisah-individu-di-sebalik-belanjawan-2026-malam-ini-552656
#AWANInews
👎 52❤ 13👍 4👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan pelantikan Mahathir Nor Ismail sebagai Ketua Pegawai Rangkaian Kanan (SCNO) manakala Datuk Muhammad Nazri Pazil sebagai Ketua Pegawai Strategi dan Kelestarian Kanan (SCSSO) berkuat kuasa 1 Jan, 2026, susulan pembentukan dua jawatan itu.
Peranan itu memberi fokus lebih jelas, memperkukuh akauntabiliti serta pemisahan antara hala tuju strategik dan pelaksanaan operasi.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/tnb-perkenal-dua-jawatan-pimpinan-kanan-scno-scso-bagi-perkukuh-tadbir-urus-552624
👎 16❤ 10🔥 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Tenaga pengajar yang tular di media sosial memukul pelajar madrasah dengan menggunakan topi keledar dalam satu kejadian di sebuah premis, di Telipok didakwa atas 13 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kota Kinablau pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kes tersebut telah selesai disiasat dan dibawa kepada pihak pendakwaan.
"Hasil arahan yang diterima, suspek akan dituduh di mahkamah pada 22 Disember (hari ini) di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan 13 pertuduhan berasingan berkaitan kesalahan menyebabkan kecederaan," katanya dalam kenyataan.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ustaz-pukul-pelajar-guna-topi-keledar-didakwa-13-pertuduhan-552635
👍 40🔥 3❤ 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Hampir sebulan selepas banjir besar melanda Sumatera, penduduk di beberapa kawasan terjejas kini berdepan cabaran baharu apabila timbunan jutaan batang kayu balak yang dihanyutkan arus deras masih menutupi tanah di kawasan kediaman dan kebun.
Bagi penduduk, mereka kini sudah reda walaupun apa yang dilalui adalah antara hidup dan mati apabila terpaksa berpaut pada pokok, tiang elektrik serta berlindung di atas bumbung rumah tanpa makanan dan minuman selama tiga hari.
Dalam fikiran mereka ketika ini ialah bagaimana untuk memulakan semula kehidupan, apabila kebun dan tanah tempat mencari rezeki masih ditimbus sepenuhnya kayu-kayu berkenaan.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/banjir-sumatera-penduduk-rayu-timbunan-kayu-dibersihkan-mahu-mula-hidup-baharu-552617
🔥 10❤ 4👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin yang menolak semakan kehakiman difailkan bagi memaksa Kerajaan dan enam yang lain melaksanakan Titah Adendum.
"Sudah tentu dia kecewa, kenapa dia kecewa kerana keputusan Titah Adendum pada 29 Januari 2024, hampir memasuki tempoh dua tahun," jelas peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika sidang media.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-titah-adendum-najib-kecewa-keputusan-mahkamah-peguam-552625
👎 16👍 12🔥 5👏 3
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin melepas dan membebaskan penyanyi rap Wee Meng Chee, atau lebih dikenali sebagai Namewee, daripada pertuduhan memberikan dadah ke dalam badannya.
Majistret S.Arunjothy membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa memaklumkan bahawa keputusan patologi adalah negatif dan pihaknya menarik balik pertuduhan tersebut.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-namewee-dibebaskan-daripada-pertuduhan-ambil-dadah-552621
👎 54👍 3🔥 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Syarikat pemula angkasa lepas Korea Selatan, Innospace Co., merancang melancarkan roket orbit komersial pertama negara itu minggu ini selepas tiga kali penangguhan, menurut syarikat berkenaan pada Isnin, lapor Agensi Berita Yonhap.
Roket Hanbit-Nano dijadual berlepas dari Pusat Angkasa Alcantara di Brazil pada 3.45 petang Isnin waktu tempatan, atau 3.45 pagi Selasa waktu Korea, menurut pegawai syarikat.
Hanbit-Nano akan membawa lapan muatan, termasuk lima satelit, sebelum menempatkannya ke orbit rendah pada ketinggian 300 kilometer.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/innospace-rancang-lancar-roket-orbit-komersial-pertama-korea-selatan-minggu-ini-552602
👎 4👍 3🔥 3❤ 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
United Kingdom (UK) pada Ahad mengecam kelulusan Israel terhadap 19 penempatan haram baharu di Tebing Barat yang diduduki, lapor Anadolu Ajansi.
"UK mengecam kelulusan kerajaan Israel terhadap 19 penempatan baharu di Palestin. Penempatan ini adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa," tulis Menteri UK bagi Asia Barat dan Afrika Utara, Hamish Falconer menerusi platform media sosial X.
Kenyataan itu dibuat selepas Kabinet Israel meluluskan cadangan bagi pembinaan 19 penempatan baharu di Tebing Barat yang diduduki, menjadikan jumlah keseluruhan penempatan baharu yang diluluskan sejak beberapa tahun kebelakangan ini kepada 69.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/uk-kecam-kelulusan-israel-terhadap-19-penempatan-haram-baharu-di-tebing-barat-552603
👍 39👎 3🔥 3❤ 1
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin, tiba pada jam 10.42 pagi untuk mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN bagi membincangkan perkembangan terkini hubungan antara Kemboja dan Thailand. #AWANInews
👎 20❤ 10👏 4👍 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Mahkamah Tinggi pada Isnin menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani tahanan rumah.
Hakim, Datuk Alice Loke menolak permohonan Najib yang kini menjalani baki hukuman penjara enam tahun yang dikurangkan susulan sabitan kes SRC International melalui tahanan di rumah.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
👍 63👎 34🔥 9👏 4
00:42
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Mahkamah Tinggi pada jam 9.38 pagi susulan prosiding dan keputusan berkaitan Titah Adendum hari ini.
Turut kelihatan hadir ialah adik Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Mohamed Nazir, serta anak lelakinya Datuk Mohamad Nizar, sebagai tanda sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu.
#AWANInews
Rosmah Tiba.mp488.07 MB
👍 19👎 14❤ 4🔥 1
Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar jam 8.40 pagi, dengan kawalan ketat pihak berkuasa.
Bekas Perdana Menteri itu kelihatan tenang dan ceria ketika tiba.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah dijadual menyampaikan keputusan terhadap permohonan semakan kehakiman yang difailkan Najib, bertujuan mendapatkan kebenaran untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
#AWANInews
📷: Astro AWANI / Shahir Omar
❤ 20👎 8👍 6👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Tukang masak peribadi Datuk Seri Najib Razak, Jaafar Ishak, meluahkan harapan tinggi agar bekas Perdana Menteri itu dibenarkan menjalani baki hukuman penjaranya di rumah, susulan keputusan penting Mahkamah Tinggi yang dijadual diumumkan pada Isnin.
Jaafar, 79, yang telah berkhidmat bersama keluarga Najib sejak tahun 1987, berkata dia sudah bersedia untuk menyediakan hidangan kegemaran majikannya, sup kicap, sekiranya Najib dibenarkan pulang ke rumah.
“Sup kicap memang kegemaran beliau. Hidangan itu ringkas, tapi sangat digemari. Selain itu, gulai kawah dan puding raja juga antara menu yang disukai keluarga beliau,” katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kalau-bossku-balik-rumah-hari-ini-saya-masak-sup-kicap-tukang-masak-peribadi-najib-razak-552590
❤ 25👍 17👎 9👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Bencana banjir yang melanda Kabupaten Aceh Barat membawa rezeki tidak terduga.
Sejumlah penduduk mendakwa mereka menjumpai butiran emas di sekitar kawasan terjejas banjir di Gampong Seuradeuk, Kecamatan Woyla Timur, Indonesia pada Jumaat lalu.
Penemuan itu dibuat ketika mereka sedang bergotong-royong membersihkan rumah masing-masing yang digenangi lumpur.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/penduduk-aceh-terjejas-banjir-berpesta-jumpa-emas-552588
❤ 23👏 5🔥 4👍 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Kira-kira 5,000 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di seluruh negara sedia digerakkan bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berterusan hingga Mac depan.
Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan APM Kolonel (PA) Effendy Ali berkata operasi akan turut dibantu pasukan bantuan pertahanan awam (CDA) dengan jumlah keanggotaan mencecah 5,000 orang setakat ini.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/5000-pegawai-anggota-apm-siap-sedia-hadapi-gelombang-banjir-seterusnya-552565
#AWANInews
❤ 7👍 4👏 1
00:27
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada jam 8.41 pagi.
Mahkamah Tinggi pada Isnin akan memutuskan sama ada Najib Razak dibenarkan untuk menjalani hukuman penjara di rumah atau kekal di Penjara Kajang.
Sekiranya keputusan Titah Adendum di Mahkamah Tinggi di hari ini memihak kepada Najib Razak, maka bekas Perdana Menteri itu akan menjalani baki hukuman penjara di rumah serta-merta.
#AWANInews
Najib Tiba.mp456.85 MB
❤ 15👎 14👍 4👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Enam buah bas dari Pekan, Pahang tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi Isnin, membawa ratusan penyokong setia bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang hadir seawal jam 7 pagi bagi memberi sokongan menjelang keputusan penting semakan kehakiman beliau.
Tinjauan Astro AWANI mendapati kumpulan penyokong itu berkumpul sambil melaungkan slogan seperti “Bebas Bossku” dan “Lawan tetap lawan”, menzahirkan solidariti terhadap pemimpin yang kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/enam-bas-bawa-penyokong-najib-ke-mahkamah-tinggi-jalan-duta-552589
👎 21❤ 15👍 5👏 4
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Jepun kini bersiap sedia untuk menghidupkan semula Loji Kuasa Nuklear Kashiwazaki-Kariwa, loji nuklear terbesar di dunia dari segi kapasiti, menandakan perubahan besar dalam dasar tenaga negara itu selepas tragedi Fukushima pada 2011.
Loji yang terletak di Wilayah Niigata ini dikendalikan oleh Tokyo Electric Power Company (TEPCO), syarikat yang sama menguruskan loji Fukushima Daiichi yang lumpuh akibat gempa bumi dan tsunami dahsyat.
Kashiwazaki-Kariwa mempunyai tujuh reaktor dan mampu menjana sehingga 8.2 gigawatt tenaga, cukup untuk membekalkan elektrik kepada lebih 13 juta rumah.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/jepun-bersedia-hidupkan-semula-loji-nuklear-terbesar-dunia-15-tahun-selepas-tragedi-fukushima-552585
👍 11👎 4🔥 1👏 1
Hari ini 140 tahun yang lalu, Ito Hirobumi, seorang samurai, menjadi Perdana Menteri Jepun yang pertama.
Lahir dengan nama Hayasi Risuke pada 16 Oktober 1841, beliau dibesarkan oleh keluarga Ito Yaemon, seorang samurai di Choshu di barat Jepun. Beliau membesar ketika tempoh kemerosotan Keshogunan Tokugawa yang mentabdir Jepun sejak 1603.
Ketika remaja, Ito menyertai sebuah gerakan yang menjadi antara pencetus kepada Pemulihan Meiji. Mendapat status samurai pada 1863, Ito terpilih untuk melanjutkan pengajian dalam sains ketenteraan laut di University College, London.
Sekembalinya ke tanah air, Ito sedikit demi sedikit mendaki hierarki pentadbiran. Karier politiknya melonjak pada 1878 apabila menggantikan Okubo Toshimichi yang dibunuh sebagai Menteri Dalam Negeri, menjadikannya orang paling berkuasa dalam kerajaan Meiji.
Kemudian beliau bersama beberapa pegawainya ke Jerman pada 1882 untuk mempelajari hal ehwal perlembagaan. Apabila pulang, Ito mengepalai pembentukan Perlembagaan Meiji, projek terhebatnya yang dirangka berdasarkan kerajaan Prussia.
Pada 1885, Ito memperkenalkan sistem kabinet dalam kerajaan, menggantikan sistem ‘Dajō-kan’ sebagai organisasi pembuat dasar negara. 22 Disember tahun itu, Ito menjadi Perdana Menteri Jepun moden yang pertama.
3 tahun kemudian, Ito meletakkan jawatan namun kekal berpengaruh di sebalik tabir. Beliau menjadi semula PM sebanyak 3 kali: sebagai PM ke-5 (1892-1896), PM ke-7 (Januari-Jun 1898), & kali terakhir pada 1900-1901 sebagai PM ke-10.
Pada November 1905, Korea memeterai Perjanjian Eulsa yang menjadikannya negara naungan Jepun & Ito dilantik sebagai Residen Jeneralnya yang pertama. Kerajaan Jepun mahu menggerakkan penjajahan, namun ditentang Ito.
Selepas didesak kabinet, akhirnya Ito akur & meluluskan pelan untuk Jepun menjajah Korea pada 10 April 1909. Beliau kemudian meletak jawatan pada 14 Jun tahun itu setelah dipaksa oleh Tentera Empayar Jepun, pendesak terkuat langkah penjajahan itu.
Pada Oktober 1909, Ito ditembak mati di Manchuria oleh seorang nasionalis Korea, An Jung-geun.
Sumber: Britannica, New World Encyclopedia
#PeristiwaHariIni
❤ 9👍 6
