uk
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

Відкрити в Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

Показати більше
2025 рік у цифрахsnowflakes fon
card fon
79 116
Підписники
-1324 години
-1687 днів
-49030 день
Архів дописів
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Tukang masak peribadi Datuk Seri Najib Razak, Jaafar Ishak, meluahkan harapan tinggi agar bekas Perdana Menteri itu dibenarkan menjalani baki hukuman penjaranya di rumah, susulan keputusan penting Mahkamah Tinggi yang dijadual diumumkan pada Isnin. Jaafar, 79, yang telah berkhidmat bersama keluarga Najib sejak tahun 1987, berkata dia sudah bersedia untuk menyediakan hidangan kegemaran majikannya, sup kicap, sekiranya Najib dibenarkan pulang ke rumah. “Sup kicap memang kegemaran beliau. Hidangan itu ringkas, tapi sangat digemari. Selain itu, gulai kawah dan puding raja juga antara menu yang disukai keluarga beliau,” katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kalau-bossku-balik-rumah-hari-ini-saya-masak-sup-kicap-tukang-masak-peribadi-najib-razak-552590
Показати все...
25👍 17👎 9👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Bencana banjir yang melanda Kabupaten Aceh Barat membawa rezeki tidak terduga. Sejumlah penduduk mendakwa mereka menjumpai butiran emas di sekitar kawasan terjejas banjir di Gampong Seuradeuk, Kecamatan Woyla Timur, Indonesia pada Jumaat lalu. Penemuan itu dibuat ketika mereka sedang bergotong-royong membersihkan rumah masing-masing yang digenangi lumpur. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/penduduk-aceh-terjejas-banjir-berpesta-jumpa-emas-552588
Показати все...
23👏 5🔥 4👍 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Kira-kira 5,000 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di seluruh negara sedia digerakkan bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berterusan hingga Mac depan. Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan APM Kolonel (PA) Effendy Ali berkata operasi akan turut dibantu pasukan bantuan pertahanan awam (CDA) dengan jumlah keanggotaan mencecah 5,000 orang setakat ini. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/5000-pegawai-anggota-apm-siap-sedia-hadapi-gelombang-banjir-seterusnya-552565 #AWANInews
Показати все...
7👍 4👏 1
00:27
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada jam 8.41 pagi. Mahkamah Tinggi pada Isnin akan memutuskan sama ada Najib Razak dibenarkan untuk menjalani hukuman penjara di rumah atau kekal di Penjara Kajang. Sekiranya keputusan Titah Adendum di Mahkamah Tinggi di hari ini memihak kepada Najib Razak, maka bekas Perdana Menteri itu akan menjalani baki hukuman penjara di rumah serta-merta. #AWANInews
Показати все...
Najib Tiba.mp456.85 MB
15👎 14👍 4👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Enam buah bas dari Pekan, Pahang tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi Isnin, membawa ratusan penyokong setia bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang hadir seawal jam 7 pagi bagi memberi sokongan menjelang keputusan penting semakan kehakiman beliau. Tinjauan Astro AWANI mendapati kumpulan penyokong itu berkumpul sambil melaungkan slogan seperti “Bebas Bossku” dan “Lawan tetap lawan”, menzahirkan solidariti terhadap pemimpin yang kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/enam-bas-bawa-penyokong-najib-ke-mahkamah-tinggi-jalan-duta-552589
Показати все...
👎 21 15👍 5👏 4
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Jepun kini bersiap sedia untuk menghidupkan semula Loji Kuasa Nuklear Kashiwazaki-Kariwa, loji nuklear terbesar di dunia dari segi kapasiti, menandakan perubahan besar dalam dasar tenaga negara itu selepas tragedi Fukushima pada 2011. Loji yang terletak di Wilayah Niigata ini dikendalikan oleh Tokyo Electric Power Company (TEPCO), syarikat yang sama menguruskan loji Fukushima Daiichi yang lumpuh akibat gempa bumi dan tsunami dahsyat. Kashiwazaki-Kariwa mempunyai tujuh reaktor dan mampu menjana sehingga 8.2 gigawatt tenaga, cukup untuk membekalkan elektrik kepada lebih 13 juta rumah. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/jepun-bersedia-hidupkan-semula-loji-nuklear-terbesar-dunia-15-tahun-selepas-tragedi-fukushima-552585
Показати все...
👍 11👎 4🔥 1👏 1
Hari ini 140 tahun yang lalu, Ito Hirobumi, seorang samurai, menjadi Perdana Menteri Jepun yang pertama. Lahir dengan nama Hayasi Risuke pada 16 Oktober 1841, beliau dibesarkan oleh keluarga Ito Yaemon, seorang samurai di Choshu di barat Jepun. Beliau membesar ketika tempoh kemerosotan Keshogunan Tokugawa yang mentabdir Jepun sejak 1603. Ketika remaja, Ito menyertai sebuah gerakan yang menjadi antara pencetus kepada Pemulihan Meiji. Mendapat status samurai pada 1863, Ito terpilih untuk melanjutkan pengajian dalam sains ketenteraan laut di University College, London. Sekembalinya ke tanah air, Ito sedikit demi sedikit mendaki hierarki pentadbiran. Karier politiknya melonjak pada 1878 apabila menggantikan Okubo Toshimichi yang dibunuh sebagai Menteri Dalam Negeri, menjadikannya orang paling berkuasa dalam kerajaan Meiji. Kemudian beliau bersama beberapa pegawainya ke Jerman pada 1882 untuk mempelajari hal ehwal perlembagaan. Apabila pulang, Ito mengepalai pembentukan Perlembagaan Meiji, projek terhebatnya yang dirangka berdasarkan kerajaan Prussia. Pada 1885, Ito memperkenalkan sistem kabinet dalam kerajaan, menggantikan sistem ‘Dajō-kan’ sebagai organisasi pembuat dasar negara. 22 Disember tahun itu, Ito menjadi Perdana Menteri Jepun moden yang pertama. 3 tahun kemudian, Ito meletakkan jawatan namun kekal berpengaruh di sebalik tabir. Beliau menjadi semula PM sebanyak 3 kali: sebagai PM ke-5 (1892-1896), PM ke-7 (Januari-Jun 1898), & kali terakhir pada 1900-1901 sebagai PM ke-10. Pada November 1905, Korea memeterai Perjanjian Eulsa yang menjadikannya negara naungan Jepun & Ito dilantik sebagai Residen Jeneralnya yang pertama. Kerajaan Jepun mahu menggerakkan penjajahan, namun ditentang Ito. Selepas didesak kabinet, akhirnya Ito akur & meluluskan pelan untuk Jepun menjajah Korea pada 10 April 1909. Beliau kemudian meletak jawatan pada 14 Jun tahun itu setelah dipaksa oleh Tentera Empayar Jepun, pendesak terkuat langkah penjajahan itu. Pada Oktober 1909, Ito ditembak mati di Manchuria oleh seorang nasionalis Korea, An Jung-geun. Sumber: Britannica, New World Encyclopedia #PeristiwaHariIni
Показати все...
9👍 6
Фото недоступнеДивитись в Telegram
🔥 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Korea Selatan pada Ahad melaporkan satu lagi jangkitan selesema burung berpatogen tinggi di sebuah ladang itik di Wilayah Jeolla Selatan, menjadikan kes ke-16 seumpamanya dikesan di ladang ternak ayam itik musim ini, lapor Agensi Berita Yonhap. Kes terbaharu itu dikesan di sebuah ladang di Naju, kira-kira 285 kilometer di selatan Seoul, yang menternak 23,000 ekor itik, menurut ibu pejabat pengurusan bencana pusat. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/korea-selatan-lapor-kes-baharu-selesema-burung-552563 #AWANInews
Показати все...
🔥 7 4
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Sebuah "mesin basuh manusia" yang mampu membersih dan mengeringkan seluruh tubuh badan, serta mencuri tumpuan ramai ketika dipamerkan di Ekspo Dunia Osaka tahun ini akan mula dijual kepada pengguna pada 2026, lapor Agensi Berita Kyodo memetik kenyataan pembangunnya. Menurut laporan itu, penghantaran awal mesin berkenaan ke pusat penjagaan warga emas dijadual bermula Mac tahun depan. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/mesin-basuh-manusia-dipamer-di-ekspo-osaka-akan-dijual-pada-2026-552566 #AWANInews
Показати все...
6👎 4👏 2👍 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Sebanyak 97 penerbangan dibatalkan manakala lebih 200 lagi mengalami kelewatan berikutan jarak penglihatan terhad akibat kabus di Lapangan Terbang Delhi pada Ahad, lapor Press Trust of India (PTI). Seorang pegawai berkata sebanyak 48 penerbangan tiba dan 49 penerbangan berlepas dibatalkan di lapangan terbang berkenaan. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/97-penerbangan-dibatal-lebih-200-lagi-lewat-di-lapangan-terbang-delhi-552568 #AWANInews
Показати все...
🔥 5👍 2👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara mematahkan cubaan menyeludup rokok putih tanpa cukai bernilai lebih RM2.8 juta dalam serbuan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di Jalan Kampung Pek di Kota Bharu, pada Ahad . Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata serbuan pada 6.30 pagi dilakukan anggota risik Batalion 9 PGA selepas mengesan sebuah lori Isuzu NPR merah dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan rondaan rutin. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pga-rampas-rokok-putih-bernilai-lebih-rm2-juta-552572 #AWANInews
Показати все...
👍 4 1👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Filem animasi Papa Zola The Movie arahan Nizam Razak mencatat kejayaan membanggakan apabila menduduki tangga pertama carta Top 10 pawagam tempatan, mengatasi filem antarabangsa seperti Avatar: Fire And Ash, Zootopia 2 dan Five Nights At Freddy’s 2. Keluaran MONSTA dan Astro Shaw itu mendapat pujian kerana mengangkat nilai kekeluargaan serta kisah tanggungjawab seorang bapa yang dekat dengan realiti kehidupan seharian. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/papa-zola-movie-kuasai-carta-pawagam-tempatan-atasi-avatar-dan-zootopia-552558 #AWANInews
Показати все...
51👏 15👍 6🔥 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Kerajaan berjaya menjimatkan RM800 juta hasil pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) sejak 30 Sept lalu hingga kini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata penjimatan itu dicapai hasil penyasaran subsidi minyak secara lebih berkesan supaya hanya dinikmati warganegara Malaysia, sekali gus mengekang ketirisan yang sebelum ini melibatkan lebih 3.5 juta warga asing serta aktiviti penyeludupan puluhan ribu liter minyak ke luar negara. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-jimat-rm800-juta-sejak-budi95-dilaksanakan-pm-anwar-552552 #AWANInews
Показати все...
👎 59👍 20 14🔥 10
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Barisan Nasional (BN) kekal setia dan tidak pernah goyah sebagai rakan dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal, sekali gus menolak sebarang dakwaan bahawa gabungan itu berniat untuk menekan atau menjatuhkan kerajaan sedia ada. Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan, BN kekal konsisten mendukung kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berperanan sebagai rakan strategik yang melengkapkan agenda pentadbiran negara. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/bn-kekal-rakan-setia-kerajaan-perpaduan-tidak-pernah-goyah-zahid-552545 #AWANInews
Показати все...
👎 80👍 13 10🔥 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen Malaysia atas kejayaan meraih keseluruhan 231 pingat pada temasya Sukan SEA 2025. Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa bangga terhadap semangat juang serta komitmen tinggi yang dipamerkan oleh para atlet negara sepanjang berlangsungnya temasya berkenaan. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/yang-dipertuan-agong-raja-permaisuri-agong-zahir-tahniah-kepada-kontinjen-malaysia-552543 #AWANInews
Показати все...
11👍 8👎 3👏 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Agak mengejutkan apabila bekas gitaris IKLIM, Umarul, tampil beraksi bersama sebuah kumpulan muzik baharu selepas beliau dan Mohalim mengumumkan pembubaran IKLIM tidak lama dahulu. Umarul yang juga komposer dan penerbit sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk bersara daripada bermain gitar selepas pembubaran kumpulan legenda dari Pantai Timur itu. Malah, vokalis yang membuat persembahan bersamanya itu memang diakui memiliki iras suara milik arwah Salim yang sentiasa dirindui oleh peminat tegar IKLIM. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/iklim-kekal-dibubarkan-nada-iklim-adalah-daripada-restu-kami-umarul-mohalim-552528
Показати все...
5👍 3🔥 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda luar pesisir Wilayah Aomori di utara Jepun pada Ahad, lapor Xinhua memetik agensi kaji cuaca negara itu. Gegaran berlaku pada 10.29 pagi waktu tempatan di luar pesisir Pasifik Aomori pada kedalaman 50 kilometer, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA). Pusat gempa dikenal pasti pada latitud 40.7 darjah utara dan longitud 142.3 darjah timur. Tiada amaran tsunami dikeluarkan. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/gempa-bumi-55-skala-richter-landa-luar-pesisir-wilayah-aomori-jepun-552540
Показати все...
5🔥 5👏 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Mereka ini antara yang bersengkang mata, jelajah ke serata negeri, mengumpul aspirasi serta denyut nadi anda! Mereka pastikan setiap keputusan memberi impak kepada segenap lapisan rakyat Malaysia. Saksikan dokumentari khas #Belanjawan2026 Kisah Di Sebalik Angka pada Isnin, 22 Disember 2025, jam 9 malam. #AWANInews
Показати все...
👎 26👍 16🔥 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Keputusan berhubung Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sama ada beliau dibenarkan menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah, dijangka diketahui Isnin. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Alice Loke, dijadualkan menyampaikan keputusan terhadap semakan kehakiman difailkan Najib, yang memohon menjalani baki hukuman penjara di kediaman sendiri. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/titah-adendum-keputusan-permohonan-najib-jalani-hukuman-di-rumah-diketahui-esok-552539
Показати все...
🔥 16 5👎 1👏 1