ch
Feedback
Astro AWANI

Astro AWANI

前往频道在 Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

显示更多
2025 年数字统计snowflakes fon
card fon
79 116
订阅者
-1324 小时
-1687
-49030
帖子存档
照片不可用在 Telegram 中显示
Enam buah bas dari Pekan, Pahang tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi Isnin, membawa ratusan penyokong setia bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang hadir seawal jam 7 pagi bagi memberi sokongan menjelang keputusan penting semakan kehakiman beliau. Tinjauan Astro AWANI mendapati kumpulan penyokong itu berkumpul sambil melaungkan slogan seperti “Bebas Bossku” dan “Lawan tetap lawan”, menzahirkan solidariti terhadap pemimpin yang kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/enam-bas-bawa-penyokong-najib-ke-mahkamah-tinggi-jalan-duta-552589
显示全部...
👎 21 15👍 5👏 4
照片不可用在 Telegram 中显示
Jepun kini bersiap sedia untuk menghidupkan semula Loji Kuasa Nuklear Kashiwazaki-Kariwa, loji nuklear terbesar di dunia dari segi kapasiti, menandakan perubahan besar dalam dasar tenaga negara itu selepas tragedi Fukushima pada 2011. Loji yang terletak di Wilayah Niigata ini dikendalikan oleh Tokyo Electric Power Company (TEPCO), syarikat yang sama menguruskan loji Fukushima Daiichi yang lumpuh akibat gempa bumi dan tsunami dahsyat. Kashiwazaki-Kariwa mempunyai tujuh reaktor dan mampu menjana sehingga 8.2 gigawatt tenaga, cukup untuk membekalkan elektrik kepada lebih 13 juta rumah. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/jepun-bersedia-hidupkan-semula-loji-nuklear-terbesar-dunia-15-tahun-selepas-tragedi-fukushima-552585
显示全部...
👍 11👎 4🔥 1👏 1
Hari ini 140 tahun yang lalu, Ito Hirobumi, seorang samurai, menjadi Perdana Menteri Jepun yang pertama. Lahir dengan nama Hayasi Risuke pada 16 Oktober 1841, beliau dibesarkan oleh keluarga Ito Yaemon, seorang samurai di Choshu di barat Jepun. Beliau membesar ketika tempoh kemerosotan Keshogunan Tokugawa yang mentabdir Jepun sejak 1603. Ketika remaja, Ito menyertai sebuah gerakan yang menjadi antara pencetus kepada Pemulihan Meiji. Mendapat status samurai pada 1863, Ito terpilih untuk melanjutkan pengajian dalam sains ketenteraan laut di University College, London. Sekembalinya ke tanah air, Ito sedikit demi sedikit mendaki hierarki pentadbiran. Karier politiknya melonjak pada 1878 apabila menggantikan Okubo Toshimichi yang dibunuh sebagai Menteri Dalam Negeri, menjadikannya orang paling berkuasa dalam kerajaan Meiji. Kemudian beliau bersama beberapa pegawainya ke Jerman pada 1882 untuk mempelajari hal ehwal perlembagaan. Apabila pulang, Ito mengepalai pembentukan Perlembagaan Meiji, projek terhebatnya yang dirangka berdasarkan kerajaan Prussia. Pada 1885, Ito memperkenalkan sistem kabinet dalam kerajaan, menggantikan sistem ‘Dajō-kan’ sebagai organisasi pembuat dasar negara. 22 Disember tahun itu, Ito menjadi Perdana Menteri Jepun moden yang pertama. 3 tahun kemudian, Ito meletakkan jawatan namun kekal berpengaruh di sebalik tabir. Beliau menjadi semula PM sebanyak 3 kali: sebagai PM ke-5 (1892-1896), PM ke-7 (Januari-Jun 1898), & kali terakhir pada 1900-1901 sebagai PM ke-10. Pada November 1905, Korea memeterai Perjanjian Eulsa yang menjadikannya negara naungan Jepun & Ito dilantik sebagai Residen Jeneralnya yang pertama. Kerajaan Jepun mahu menggerakkan penjajahan, namun ditentang Ito. Selepas didesak kabinet, akhirnya Ito akur & meluluskan pelan untuk Jepun menjajah Korea pada 10 April 1909. Beliau kemudian meletak jawatan pada 14 Jun tahun itu setelah dipaksa oleh Tentera Empayar Jepun, pendesak terkuat langkah penjajahan itu. Pada Oktober 1909, Ito ditembak mati di Manchuria oleh seorang nasionalis Korea, An Jung-geun. Sumber: Britannica, New World Encyclopedia #PeristiwaHariIni
显示全部...
9👍 6
照片不可用在 Telegram 中显示
🔥 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Korea Selatan pada Ahad melaporkan satu lagi jangkitan selesema burung berpatogen tinggi di sebuah ladang itik di Wilayah Jeolla Selatan, menjadikan kes ke-16 seumpamanya dikesan di ladang ternak ayam itik musim ini, lapor Agensi Berita Yonhap. Kes terbaharu itu dikesan di sebuah ladang di Naju, kira-kira 285 kilometer di selatan Seoul, yang menternak 23,000 ekor itik, menurut ibu pejabat pengurusan bencana pusat. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/korea-selatan-lapor-kes-baharu-selesema-burung-552563 #AWANInews
显示全部...
🔥 7 4
照片不可用在 Telegram 中显示
Sebuah "mesin basuh manusia" yang mampu membersih dan mengeringkan seluruh tubuh badan, serta mencuri tumpuan ramai ketika dipamerkan di Ekspo Dunia Osaka tahun ini akan mula dijual kepada pengguna pada 2026, lapor Agensi Berita Kyodo memetik kenyataan pembangunnya. Menurut laporan itu, penghantaran awal mesin berkenaan ke pusat penjagaan warga emas dijadual bermula Mac tahun depan. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/mesin-basuh-manusia-dipamer-di-ekspo-osaka-akan-dijual-pada-2026-552566 #AWANInews
显示全部...
6👎 4👏 2👍 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Sebanyak 97 penerbangan dibatalkan manakala lebih 200 lagi mengalami kelewatan berikutan jarak penglihatan terhad akibat kabus di Lapangan Terbang Delhi pada Ahad, lapor Press Trust of India (PTI). Seorang pegawai berkata sebanyak 48 penerbangan tiba dan 49 penerbangan berlepas dibatalkan di lapangan terbang berkenaan. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/97-penerbangan-dibatal-lebih-200-lagi-lewat-di-lapangan-terbang-delhi-552568 #AWANInews
显示全部...
🔥 5👍 2👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara mematahkan cubaan menyeludup rokok putih tanpa cukai bernilai lebih RM2.8 juta dalam serbuan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di Jalan Kampung Pek di Kota Bharu, pada Ahad . Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata serbuan pada 6.30 pagi dilakukan anggota risik Batalion 9 PGA selepas mengesan sebuah lori Isuzu NPR merah dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan rondaan rutin. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pga-rampas-rokok-putih-bernilai-lebih-rm2-juta-552572 #AWANInews
显示全部...
👍 4 1👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Filem animasi Papa Zola The Movie arahan Nizam Razak mencatat kejayaan membanggakan apabila menduduki tangga pertama carta Top 10 pawagam tempatan, mengatasi filem antarabangsa seperti Avatar: Fire And Ash, Zootopia 2 dan Five Nights At Freddy’s 2. Keluaran MONSTA dan Astro Shaw itu mendapat pujian kerana mengangkat nilai kekeluargaan serta kisah tanggungjawab seorang bapa yang dekat dengan realiti kehidupan seharian. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/papa-zola-movie-kuasai-carta-pawagam-tempatan-atasi-avatar-dan-zootopia-552558 #AWANInews
显示全部...
51👏 15👍 6🔥 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Kerajaan berjaya menjimatkan RM800 juta hasil pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) sejak 30 Sept lalu hingga kini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata penjimatan itu dicapai hasil penyasaran subsidi minyak secara lebih berkesan supaya hanya dinikmati warganegara Malaysia, sekali gus mengekang ketirisan yang sebelum ini melibatkan lebih 3.5 juta warga asing serta aktiviti penyeludupan puluhan ribu liter minyak ke luar negara. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-jimat-rm800-juta-sejak-budi95-dilaksanakan-pm-anwar-552552 #AWANInews
显示全部...
👎 59👍 20 14🔥 10
照片不可用在 Telegram 中显示
Barisan Nasional (BN) kekal setia dan tidak pernah goyah sebagai rakan dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal, sekali gus menolak sebarang dakwaan bahawa gabungan itu berniat untuk menekan atau menjatuhkan kerajaan sedia ada. Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan, BN kekal konsisten mendukung kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berperanan sebagai rakan strategik yang melengkapkan agenda pentadbiran negara. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/bn-kekal-rakan-setia-kerajaan-perpaduan-tidak-pernah-goyah-zahid-552545 #AWANInews
显示全部...
👎 80👍 13 10🔥 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen Malaysia atas kejayaan meraih keseluruhan 231 pingat pada temasya Sukan SEA 2025. Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa bangga terhadap semangat juang serta komitmen tinggi yang dipamerkan oleh para atlet negara sepanjang berlangsungnya temasya berkenaan. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/yang-dipertuan-agong-raja-permaisuri-agong-zahir-tahniah-kepada-kontinjen-malaysia-552543 #AWANInews
显示全部...
11👍 8👎 3👏 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Agak mengejutkan apabila bekas gitaris IKLIM, Umarul, tampil beraksi bersama sebuah kumpulan muzik baharu selepas beliau dan Mohalim mengumumkan pembubaran IKLIM tidak lama dahulu. Umarul yang juga komposer dan penerbit sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk bersara daripada bermain gitar selepas pembubaran kumpulan legenda dari Pantai Timur itu. Malah, vokalis yang membuat persembahan bersamanya itu memang diakui memiliki iras suara milik arwah Salim yang sentiasa dirindui oleh peminat tegar IKLIM. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/iklim-kekal-dibubarkan-nada-iklim-adalah-daripada-restu-kami-umarul-mohalim-552528
显示全部...
5👍 3🔥 2
照片不可用在 Telegram 中显示
Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda luar pesisir Wilayah Aomori di utara Jepun pada Ahad, lapor Xinhua memetik agensi kaji cuaca negara itu. Gegaran berlaku pada 10.29 pagi waktu tempatan di luar pesisir Pasifik Aomori pada kedalaman 50 kilometer, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA). Pusat gempa dikenal pasti pada latitud 40.7 darjah utara dan longitud 142.3 darjah timur. Tiada amaran tsunami dikeluarkan. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/gempa-bumi-55-skala-richter-landa-luar-pesisir-wilayah-aomori-jepun-552540
显示全部...
5🔥 5👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Mereka ini antara yang bersengkang mata, jelajah ke serata negeri, mengumpul aspirasi serta denyut nadi anda! Mereka pastikan setiap keputusan memberi impak kepada segenap lapisan rakyat Malaysia. Saksikan dokumentari khas #Belanjawan2026 Kisah Di Sebalik Angka pada Isnin, 22 Disember 2025, jam 9 malam. #AWANInews
显示全部...
👎 26👍 16🔥 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Keputusan berhubung Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sama ada beliau dibenarkan menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah, dijangka diketahui Isnin. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Alice Loke, dijadualkan menyampaikan keputusan terhadap semakan kehakiman difailkan Najib, yang memohon menjalani baki hukuman penjara di kediaman sendiri. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/titah-adendum-keputusan-permohonan-najib-jalani-hukuman-di-rumah-diketahui-esok-552539
显示全部...
🔥 16 5👎 1👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Ahad mengingatkan pemaju pembangunan semula Kampung Sungai Baru serta pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengutamakan pembinaan dua blok pangsapuri untuk penduduk di kawasan berkenaan terlebih dahulu. Beliau yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, perkara itu perlu direalisasikan selari dengan janji yang diberikan kepada penduduk Kampung Sungai Baru. Tegasnya, sehingga hari ini, penduduk yang telah berpindah demi memberi laluan kepada pembangunan masih menunggu pampasan yang dijanjikan, terutamanya dalam bentuk rumah baharu. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penduduk-masih-tunggu-pampasan-johari-gesa-pemaju-utamakan-rumah-penduduk-kampung-sungai-baru-552538
显示全部...
👍 21👎 6🔥 3👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Kemajuan dicapai dalam pelaksanaan pelan damai Gaza yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Sabtu memetik Utusan Khas AS ke Timur Tengah Steve Witkoff. "Fasa pertama telah menunjukkan kemajuan termasuk peluasan bantuan kemanusiaan, pemulangan mayat tawanan, pengunduran sebahagian pasukan, serta pengurangan permusuhan," tulis Witkoff di platform X, sehari selepas rundingan bersama wakil Mesir, Qatar dan Turkiye. "Rundingan lanjut akan diteruskan dalam beberapa minggu akan datang bagi memajukan pelaksanaan fasa kedua," kata beliau. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/kemajuan-dicapai-dalam-fasa-pertama-pelan-damai-gaza-witkoff-552532
显示全部...
👎 24 1👍 1👏 1
照片不可用在 Telegram 中显示
Tiada elemen jenayah membabitkan kes penemuan mayat seorang wanita yang ditemukan terapung di Sungai Gombak berhampiran sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, jasad wanita tempatan berusia 36 tahun itu telah dituntut oleh keluarganya. “Punca kematian adalah akibat lemas dan setakat ini tiada unsur jenayah dalam kes terbabit. Polis telah merekodkan empat keterangan termasuk daripada ibu mangsa,” katanya ketika dihubungi pada Ahad. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-mayat-wanita-terapung-di-sungai-tiada-unsur-jenayah-polis-552533
显示全部...
4🔥 4
照片不可用在 Telegram 中显示
Persiapan rapi menerusi latihan intensif selama sebulan di Mongolia menjadi resipi kejayaan atlet judo negara, Amir Daniel Abdul Majeed yang mencipta sejarah pada Sukan SEA Thailand 2025 apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia selepas 44 tahun. Amir Daniel menamatkan penantian skuad judo sejak kali terakhir emas dimenangi pada 1981 menerusi kategori bawah 81 kilogram (kg) lelaki. Atlet berusia 21 tahun itu berkata latihan intensif bersama pasukan kebangsaan itu, melibatkan sekurang-kurangnya dua sesi sehari, memainkan peranan penting dalam memastikan tahap prestasi terbaik menjelang kejohanan. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sukan-sea-latihan-sebulan-di-mongolia-resipi-kejayaan-amir-daniel-552525
显示全部...
13👍 5👏 3